Friday, November 10, 2006

Panduan Akal Fikiran

Saya sudah terlambat ke tempat kerja. Di radio, DJ-DJ yang bertugas sesi pagi itu terkekeh-kekeh ketawa apabila satu topik yang dibincangkan mencuit hati mereka. Perbincangan mereka berhenti seketika untuk memberi laluan kepada sebuah lagu. Alhamdulillah nyanyian Too Phat. Serta-merta tergambar di mata saya suatu perkara. Abdul Razak Baginda VS Attantuya Shaariibuu. Betapa akal fikiran yang tidak dipandu oleh keimanan dan ketaqwaan membawa kepada keruntuhan akhlak dan nilai kemanusiaan. Allahu Akbar..!!

Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna asset nilai berjuta
Saling tukar wanita senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar...

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur 786
Alhamdulillah Syukur

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah

10 comments:

Bunga Rampai said...

Salam lagi buat Indera,

Sesudah membaca, saya pun belek-belek hati meninjau letak diri.

Mengenai kes yang hebat diperkatakan sekarang...tulisan-tulisannya sering saya ikuti, dan ya, amat memeranjatkan.

AKMA said...

indah sekali nukilan ni. lagu ya barangkali? karya siapa ya?

akma

INDERA KENCANA said...

Salam Bunga Rampai,
Saya jawab comment Bunga Rampai panjang lebar. Akhirnya tidak dapat ditampal di sini.

Ulangan kisah Basishar, cuma dalam contact yang lebih ringan.


AKMA, Lagu kumpulan Too Phat bertajuk Alhamdulillah. Jika AKMA pulang ke Malaysia nanti akan saya hadiahkan sekeping CD yang mempunyai lagu ini. Mahu English Version atau Malay Version? Top Chart you di Dubai suatu masa dulu. Hehehe.

Iman Mawaddah said...

Indera..lagu alhamdulillah ini gabungan suara too phat dan seorang penyanyi yang dulu terkenal dengan lagu nasyid.Ntah di mana silapnya..sebutir permata digilap menjadi seorang tahfiz akhirnya tergelincir kerana mengejar populariti...sgt2 berbeza dia semasa zaman persekolahannya dengan dia sekarang.

hakim dirani said...

Wah rupanya Indera pandai berbahasa arab.

INDERA KENCANA said...

Iman,
Iman kenal baikkah dengan penyanyi yang menyumbang suara di dalam album Too Phat itu?


Hakim,
Saya tidak pandai berbahasa Arab sekalipun saya mempelajarinya selama 5 tahun di sekolah dahulu. Saya tidak pandai bertutur tetapi memahami juga sedikit jika orang lain menuturkannya di hadapan saya.

Bait Arab dalam nukilan itu adalah sebuah lagu sebuah kumpulan di Malaysia yang pernah popular di Malaysia dan Dubai satu masa dahulu.

Iman Mawaddah said...

Indera,

Saya tidak la kenal rapat. Tapi saya antara ribuan saksi yang melihat bakatnya diasah dan digilap.

kingbinjai said...

mamat itu sgt kejam. tak boleh diterima akal aku ini.

zwitterion said...

hmmm..tak tau lah..akhir zaman ni.

INDERA KENCANA said...

Iman, Adik saya pernah menyatakan bahawa dia seorang gaduan pengajian Islam Universiti Malaya.


King, Bukan Ko je. Semua anggap pembunuhan itu terlalu kejam. Siapa yang melakukannya, wallahua'lam. Mahkamah belum menjatuhkan hukuman.


Zwitterion, banyak perkara pelik-pelik sekarang ni ye.. Naik pening kepala saya.