Saturday, December 02, 2006

Perjalanan Mencari Bidadari Hati (Bah. 4)

Ya Allah, aku pasrah pada ketentuanMu. Andai dirinya tercipta untukku, rela jua kumenjadi miliknya...

Minggu itu masih dalam suasana berhari raya. Kebanyakan pejabat masih lagi ditutup. Saya pulang terlalu awal rupanya. Pejabat Nizam pula sudah dibuka. Saya menjenguknya dalam kesihatan yang masih belum pulih. Ternyata bisa demam itu kemudian menular kepada Nizam dan rakan kongsinya, Fendi. Pejabat mereka tutup selama 2 minggu selepas saya berkunjung. Mereka mengidap Demam Campak. Paling teruk si Fendi. Habis dinaiki ruam berair hingga ke kaki.

Mak Uda Zaidah masih lagi belum berputus asa. Saban hari bertanyakan Mak, tentang keputusan untuk menyunting gadis itu.
"Entah Kak Zaidah. Dia pulang mengejut sahaja. Tak sempat saya hendak bertanyakan dia" kata Mak.
"Habis tu Dah (nama Mak saya) pula macam mana? Bila hendak melihat budak perempuan itu?" tanya Mak Uda Zaidah.
"Saya pun tak tahu, Kak. Kami sekeluarga semua diserang demam selepas Hari Raya tu"

Mak, Apak dan cucu-cucu Mak habis terkapar diserang demam. Siapa pembawa virusnya, saya pun tidak tahu.
"Macam mana Indera? Kamu hendak tak budak itu" tanya Mak.
Saya sendiri pun tidak tahu. Makanya saya membiarkan persoalan itu berlalu pergi. Dua minggu sesudah Hari Raya itu, Mak Uda Zaidah menelefon lagi bertanyakan Mak bila Mak ingin melihat gadis itu. Kali ini Mak sudah sihat. Mak sudah kebah dari demam.
"Baiklah Kak Zaidah. Saya pergi melihat budak perempuan itu. Tetapi saya tidak boleh membuat keputusan. Segala-galanya di tangan Indera. Dia yang hendak berkahwin. Kalau dia tak suka, saya tak boleh buat apa-apa" kata Mak.

Mak pergi melihat gadis itu dengan ditemani oleh Apak, Yeop, Kak Asma dan Kak Ani. Pulang sahaja dari rumah gadis itu Mak agak kepucatan. Lantas segera menghubungi saya di Shah Alam. Saya terkejut bila suara Mak seperti teramat gusar dan cemas.
"Ya Allah, Indera. Mak tak tahu nak buat macam mana. Mak bingung dan bimbang. Bila Mak naik sahaja ke rumah deme, deme dah siap dengan sekelian waris dan juga tepak sirih. Mak Uda kamu memberitahu mereka, Mak dan Apak datang tu kononnya datang meminang..."

Dusss... masalah besar sudah melanda. Saya terduduk di atas benteng yang dibina berhampiran taman permainan kanak-kanak itu. Jari saya memetik seranting pokok sambil mendengar suara Mak yang cemas.
"Mak takut kalau-kalau Indera tak mahu. Pasti mereka itu menanggung malu besar. Tetapi jangan sebab itu pula Indera bersetuju..."

Saya terus terkalap mendengar kata-kata Mak. Ranting yang saya cabut itu mempunyai daun yang banyak pada satu ranting dan daunnya mirip daun buah belimbing. Sambil mendengar suara Mak, sambil saya memetik satu daun. Terima. Tidak. Terima. Tidak. Sehingga daun yang terakhir dicabut itu jatuh pada TERIMA.

"Mak. Dengar kata Indera betul-betul ya Mak. Katakan kepada keluarga gadis itu, saya bersungguh masuk meminangnya. Ikhlasnya saya katakan pada Mak, saya tidak mempercayai bahawa sebuah ikatan boleh tersimpul erat tanpa adanya rasa kasih dan juga cinta. Namun Indera menerimanya Mak, sebagai tanggungjawab Indera untuk mengelakkan gadis itu daripada menanggung malu di hadapan waris-warisnya andai kata Indera menolaknya kerana mereka sudah sedia dengan tepak sirih beradat".

Di saat saya melafazkan kata-kata itu, hati saya bagaikan dihiris-hiris sembilu. Kenapa hidup saya tidak pernah merasai erti cinta. Apakah ini suratan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T untuk saya walaupun puas saya cuba menolaknya. Ya Allah, sesungguhnya ilmuMu meliputi segala yang berada di langit dan di bumi. Kupinta padaMu, pandulah aku ke jalan yang benar andai itu yang telah engkau tetapkan padaku.

Dalam kesedihan itu saya tertidur sendiri di bilik saya. Menurut teman sebilik saya, sewaktu saya tidur itu, baki airmata saya bertakung di sudut mata saya. Teman saya itu merasa hairan. Lalu bertanyakan hal sebenar sebaik sahaja saya membuka mata pada keesokan paginya. Malu besar saya. Lantas saya simpan ianya sebagai rahsia dari pengetahuan teman serumah.

Sewaktu upacara pertunangan dilangsungkan itu, hati saya merasa kosong. Suka tidak. Benci pun tidak. Saya membelek-belek hantaran pertunangan itu tanpa perasaan seolah-olah barangan itu milik individu lain sahaja gayanya. Rumah Mak sunyi sepi selepas ahli keluarga saya berombongan ke rumah gadis itu dengan meninggalkan saya keseorangan.

Saya ke rumah Opah. Opah tidak turut serta kerana Opah sudah terlalu uzur untuk berjalan ke sana-sini. Mendung larat mengandung hujan itu dikesani oleh Opah.
"Orang yang bertunang ini selalunya sudah dipercik dengan seri pengantin. Tapi.. tapi Opah tak nampak seri itu di muka Indera. Kenapa? tanya Opah.

Saya hanya mengelengkan kepala sambil duduk di sebelahnya. Saya peluk Opah. Kepada Opah saya katakan kepadanya di dalam hati saya kini kosong tanpa cinta.

(Bersambung)

20 comments:

INDERA KENCANA said...

Entri ini dipercepatkan kerana saya dijangka akan bercuti Isnin 4.12.2006. Bersambung pada hari Selasa 5.12.2006. Insya-Allah.

P/s Tarikh dipercepatkan. Konon-kononnya berselang hari..

Iman Mawaddah said...

Perh..ni dah mcm kisah hindustan pun ada. Anyway,tabik spring kat bro..kerana menyelamatkan maruah seorang gadis sedang diri sendiri diulit dilema.

p/s: Tak banyak keje ke hari ni? sempat mengarang...baru je jenguk b4 lunch td tak de entri baru..alih2 dah ada :)

Ghazali said...

Dear Indera;

Terlebih dahulu tahniah, kerana sudah menjadi tunangan orang ...

Percayalah ... bibit bibit cinta akan wujud andainya kita menyemainya dengan hati yg ikhlas ....

Sebab dari hati pasti turun ke hati ....

Ikhlaskan segala niat ... nescaya pasti terpacar cahaya keimanan ...

BooK said...

bro, cerita ni berapa bahagian baru abih?

bro, perbincangan kita hari tu tak abih?

INDERA KENCANA said...

Iman,
Banyak kerja. Semua entri sudah disiapkan dan disimpan sebagai draft. Bila nak published, klik sahaja. (Hanya di hujung jari. Hehehehe)


Bro Ghaz,
Baru ni Bro Ghaz nak berkunjung ye? Apa-apa pun terima kasih. Saya bukan tunangan orang lagi dah Bro Ghaz. Saya sekarang sudah suami orang anak 2. Nak challenge Bro Ghaz.. Hehehehe...


Book,
Sikit lagi habislah kot..

Aku OK je book. Ikut jadual engkau la bila engkau free. Hari tu engkau cakap engkau nak exam, kan? Dah habis exam dah ke?

Iman Mawaddah said...

Bro. ghazali,

Indera dah jadi bapak orang.. bukan tunangan orang lagi dah hehe

hayad said...

fuaaahhh!! semakin bertambah episod, semakin mendebarkan!

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat bercuti.

Nanti bila dah sampai bahagian terakhir baru nak komen...

hehehe

Lan Rambai said...

wawawa.. ko ni... kalau dah ada semua, publish jelah semua sekali weii.... lambat lagi tu nak tunggu bah 5!

hakim dirani said...

Saya rasa anda bakat menulis novel, sedap beno.

Sambung, jangan tak sambung.

kingbinjai said...

ooo ooo aku tunggu

khairyn said...

Salam.

Yep, pasti demam telenovela sedang melanda saya. Plot campuran hindustan, tamil, siam, filipino brazil, colombia, spanyol dsb tapi tetap dengan citarasa melayu. Best!

zwitterion said...

kena tunggu ke?..

Anonymous said...

Salam buat Indera :)

Oh saya ketinggalan lagi! Tapi pagi yang agak santai ini membolehkan saya menyelusuri sambungan cerita Indera itu. Menarik sekali...teruskan!

Selamat bercuti...jangan lupa ceritakan pengalaman-pengalaman menarik semasa bercuti :) Hisy, jaga tepi kain orang sungguh saya ini! :(

Rie said...

oit oit.. akhirnya jangan ko cakap ko bermimpi pulak...! aku report polis nanti. tau

aku dah feel baca nih. huha huha

BooK said...

la
aku ingatkan kau yang busy
aku free. maksud aku. aku lapang. selepas khamis ini. insyaAllah

ZaKiN said...

payahkan disaat hati mulai kosong tak mungkin boleh sekelip mata kita membina kembali kekuatan dalam hati......

Saya mulai sedih tuan.. dan akan bercuti juga.. dan kembali pada satu tarikh yang tak pasti....

Unknown said...

sebab dah jadi bapak, tak yah komenlah mesti dah happynya hidup tapi nak tanya... kenapa ye tak boleh makan ikan tapah. mak saya pun macam tu jugak.. saya pulak tak dela pantang2, tapi tak pernahlah jugak makan ikan tapah... ada sumpahan ke?? orang Parit ke Yeop??

(first time nih datang, lompat dari King :D)

Anonymous said...

perjalanan babak yang menarik. Semua watak berfungsi penuh dramatik..
Tahniah.. kelangsungan cerita yang saya nantikan..
capat sikit sambung tu :)

INDERA KENCANA said...

hayad & Hakim,
Ye ke? Terima kasih

Bro BP,
Aisehman, tak nak komen skang ke..??

Lan,
Panjang Lan. Takde masa orang nak baca panjang-panjang. Tu pasal publish sket-sket.

King,
Tunggu...

Khairyn,
Ya, dah jadi telenovela dah...

Zwit,
Sikit lagi habis la..

Salam Bunga Rampai,
Insya-Allah. Sehari bercuti, tak banyak yang dapat dipungut untuk dinukilkan. Walau bagaimanapun, saya akan meletakkan sebahagiannya di dalam post yang akan datang. Insya-Allah.

Esis,
Ini bukan mimpilah... Ini betul-betul kejadian.

Zack,
Terima kasih kerana mengerti. Selamat bercuti dan jangan sedih-sedih tau!!

Aminbakish,
Kata orang macam itulah. Ada sumpahan. Kalau takut dan was-was, nasihat saya jangan makan. Bahaya.

Ya, saya berasal dari kawasan sana/

Salam perkenalan.


Bayu Senja,
Terima kasih banyak-banyak.