Wednesday, December 06, 2006

Perjalanan Mencari Bidadari Hati (Bah. 6)

Hingga sejauh ini perjalanan ditempoh.. Mengharungi segala onak derita. Pencarian itu berakhir larat di hujung perjalanan jua. Mengorak kembang di taman nirwana...

"APA?? Maksudnya engkau sememangnya tersangat teruna? Teruna yang naif tentang seks..?? Tetapi kenapa pembawakan kamu seperti seorang yang sangat berpengalaman. Err.. maksud aku dari segi gaya kamu berbicara..." Abang Ngah tersangat hairan. Saya hanya mampu mengangkat bahu.
"Tolonglah Abang Ngah. Bagi pendapat sikit.." saya sudah mengelabah.
"Aku tak tahu Indera. Ini masalah engkau. Sekiranya engkau memandang Azah sebagai hanya sekadar tanggungjawab, aku rasa masalah ini tak dapat nak diatasi. Tetapi sekiranya engkau memandang Azah sebagai insan yang harus engkau sayangi, maka nafsu kamu akan datang aku kira.." Abang Ngah tersenyum nakal sambil memandang saya ke atas dan ke bawah.
"Bagaimana keadaan sekeliling malam tu..??" tanyanya lagi.
"Panas dan ramai orang.." jawab saya
"Engkau ada exercise tak?" tanyanya lagi
"Ada..."
"Engkau dengan dia pakai minyak wangi tak?"
"Cukuplah tu... Amboi, lebih-lebih pulak tanya..." saya sudah tidak dapat menahan kemarahan bercampur gelihati.
"OK. Kalau macam tu.. langkah pertama yang kamu mesti buat ialah.." Saya berguru dengan Abang Ngah malam itu secara teori di restoran mamak sehingga membawa ke tengah malam.

Saya pulang ke kampung dan mempraktik segala ajaran Abang Ngah. Ianya berjaya!! Sungguh tidak disangka. Saya kini bukan lagi lelaki yang tersangat bodoh tentang hal-ehwal seks. Setiapkali saya merenung semula kisah ini akan membuatkan tertawa sendiri apa lagi setelah mendengar lagu Pria Terhebat.

Namun antara saya dengan Azah masih lagi ada jurang yang memisahkan kami. Perasaan cinta itu masih belum wujud. Saya telah berhenti dari syarikat pemaju itu dan membuka perniagaan sendiri dengan Abang Ngah. Saya tetap tidak merasakan tanggungjawab yang besar terhadap Azah dan saya akan pulang bila-bila masa yang saya inginkan dan sering berlama-lama meninggalkannya. Selalunya 2 minggu saya tinggalkan. Ini kerana kami tidak tinggal bersama kerana dia ingin menjaga kedua ibu dan ayahnya yang uzur.

Setelah beberapa bulan berkahwin, kami masih belum dikurniakan dengan cahayamata. Azah sudah gelisah dengan cakap-cakap orang sekeliling namun saya tetap berlagak selamba. Layanan yang diberikan oleh Azah pada saya sangat memuaskan hati malah berlebih-lebihan. Dia tahu apa yang saya sukai dan apa yang saya tidak saya sukai. Sehinggakan perkara yang sekecil-kecilnya seperti saya selalu terjaga di tengah malam untuk mendapatkan segelas air. Di tepi katil kami memang sudah sedia terhidang sejag air masak untuk saya. Di suatu masa, saya diserang demam yang kuat. Azahlah yang berada di sisi saya memberikan air untuk saya minum dan mendemah dahi saya.

Namun kebaikannya terus berlalu begitu sahaja. Saya akui Azah isteri yang terlalu baik. Saya mula menyayanginya. Namun setakat sayang. Belum ada cinta lagi.

Saya sering mengisi kekosongan hati saya dengan melukis. Kebiasaannya saya akan meletakkan kanvas di bawah sinaran lampu yang terang. Dari pancaran cahaya itu, saya akan terpandang garis-garis halus yang timbul dan saya akan mula melukis berdasarkan garisan yang timbul itu.

Sungguh, hati saya kosong di saat. Melalui pandangan mata saya, garis-garis halus itu membina suatu imej. Imej laut yang bergelora. Sama seperti bergeloranya hati saya. Selain daripada kanvas itu, terdapat lukisan yang lain seperti gambar seekor naga, gambar seorang wanita yang sedang memegang sekuntum bunga dan juga gambar rumah Opah. Di tepi lukisan itu akan tertulis bait-bait puisi.

Minggu itu adalah minggu pertama selepas perkahwinan adik saya, Azlina Kesuma. Keluarga saya sedang sibuk berkemas-kemas selepas kenduri berakhir. Tiba-tiba telinga saya menangkap suara Azah berkata sesuatu,
Dahulu, cinta kita berbunga..
Sayang sepenuh nyawa
Di dalam hatiku merindu
Sayang kau tak tahu..

Saya menoleh. Azah sedang melihat koleksi lukisan itu. Entah ditemuinya dari mana. Saya lekas-lekas menghambatnya untuk mengambil semula lukisan itu tetapi Azah lebih pantas berlari di belakang meja makan. Maka berhambatlah kami berdua di sekeliling meja makan. Mak dan cucu-cucu Mak terkejut.

Entah bagaimana, dalam saya mengejar lukisan itu dari tangan Azah, saya terpijak bola getah anak buah saya. Saya hilang keseimbangan sebelum... GEDEBAKKK!! jatuh tersungkur. Melihatkan saya tersungkur itu Azah ketawa bersungguh-sungguh. Saya yang pada mula asalnya marah, langsung turut ketawa bersama-sama.

Malam itu saya tidur di rumah Mak. Selimut cuma ada satu. Itupun kecil lembarannya. Malam itu saya terjaga. Saya lihat Azah mengerekot kesejukan di sisi saya. Selimut itu sudah membaluti tubuh saya. Pasti dia yang menyelimuti saya. Saya terharu. Perlahan-lahan saya meletakkan selimut itu di tubuhnya dan mengucup dahinya.

Saya harus pulang ke Kuala Lumpur. Terlalu banyak tugasan yang menanti. Jika terlalu banyak tugas yang tertangguh, Abang Ngah akan berkicau panjang. Hati saya berat untuk menghantar Azah pulang ke rumah mertua saya. Saya tidak tahu mengapa. Saya terasa ingin memegangnya, mengucup dahinya dan mendengar tawa cerianya.

Pulang sahaja dari rumah mertua saya, saya teringatkan diari saya tertinggal di dalam bilik tempat kami bermalam sebelumnya. Sebaik sahaja saya mengambil diari saya, sewaktu saya ingin melangkah keluar dari bilik itu, saya terpandangkan selimut yang dipakai oleh Azah malam itu. Hati saya seperti dihiris sembilu. Saya duduk di bibir katil itu dan menarik selimut itu ke dalam dakapan saya. Di hujung selimut itu saya letakkan ke pipi...

I love you...

(Bersambung)

12 comments:

Iman Mawaddah said...

Erk..tak mo komen lebih2 laa.BTW..Permata Buat Isteri lagu nyanyian Korpratasa la bro.Pada Syurga Di Wajahmu baru nyanyian Nash.

khairyn said...

Salam

Ahhh!!! setengah malam saya dihabiskan dengan membaca entri2 indera. Seperti yang pernah saya katakan dulu, hati saya memang terpaut dengan bait2 tulisan anda. Senang, puitis dan penuh makna dan jujur (w/pun bab yang perlu di baca dengan minda yang terbuka) hatta membaca sejarah raja siam maupun susur galur keluarga indera. Teruskan. Anda mungkin menjadi seorang penulis yang hebat suatu hari nanti.

Cinta datang dari hati yang tulus. itu pendapat saya. Dan ketulusan hati isteri terserlah dari tingkah laku dan prihatin dia terhadap indera. Dari situ dia berjaya mencuri hati anda. Tahniah buat Pn Azah!!

Sungguh saya katakan saya pasti akan beli senaskah sekiranya kisah ini dibukukan.

Jarum jam sudah menginjak ke pukul 1.05am tapi mata masih belum mahu layu... alahai.

Adinina said...

eeeuuuu..dah start jiwang dahhh..adakah selimut itu nnt akan dibawa pulang ke KL??? Kalau ye,sy hanya mahu ketawa..kahkahkah..btw, was that the time when realised that you loved her??

achik said...

salam

aduh masih bersambung lagi...

selalu tumpang baca hari ni tumpang komen...

Sang Perba said...

tempias kisah aku dengan wife aku..

INDERA KENCANA said...

Iman,
Eh..?? Salah ye..?? Sorry, tak perasan..

Khairyn,
Saya menulis sekadar suka-suka sahaja :).

Itulah yang dikatakan saat di mana kesabaran memenangi keangkuhan.

Jaga diri baik-baik di rantau orang. Salam buat suami dan anak-anak Khairyn.


Nina,
Kira masa tu ada macam sesuatulah dalam hati.. I guess it was love..

Achik,
Letak je komen. Sekurang-kurangnya kita boleh berkawan di dalam blog.

Sang Perba,
Engkau pun cam tu ke..?? Aku ingat ini sumpahan D6 kot.. Sapa dok D6 ja, mesti kena gu tu, tak..??

hayad said...

wahhh..dah nak start bunga2 cinta ;)

zwitterion said...

cinta mula berputik..hehe

hakim dirani said...

ceritayang best sangat. indera, saya bagi 5 bintang untuk cerita ini.

kingbinjai said...

i love u too

AKMA said...

walau dalam ribut amanah...blog indera masih AKMA curi-curi singgah. memang tidak silap hati kecil AKMA. indera menulis dari hati. dan itu yang buat entry-entry indera memberi bekas yang mendalam kepada AKMA.

Teruskan menulis..

INDERA KENCANA said...

hayad & Zwit,
Hehehehehe....

Hakim,
Wahhh.. 5 bintang? Banyak tu..

King,
Hahh..?? U love me..?? Oh.. nehi, nehi, nehi..

AKMA,
Terima kasih kerana dalam kesibukanmu, AKMA masih sempat menjenguk saya di sini. Terharunya.