Thursday, December 07, 2006

Perjalanan Mencari Bidadari Hati (Bah. Terakhir)

Dia telah menentukannya,
Kita bertemu dan bercinta,
Inilah oh, takdirnya,
Bukan kerana harta,
Inilah citra cahaya cinta....


Saya mendapat panggilan telefon dari Chik Li. Teman rapat sewaktu di kolej dahulu. Chik Li sudah punya anak 2. Dia mengusulkan kami bertemu di Kompleks PKNS Shah Alam.
"Engkau tunggu aku depan Kedai Farmasi Watson itu. Setengah jam lagi aku sampai.." katanya.

"Engkau nak beli apa kat Watson?" tanya saya sejurus dia sampai.
"Aku nak beli kosmetik isteri aku sekejap.."

Melihat Chik Li bertanya itu dan ini kepada jurujual itu, hati saya terasa lucu. Namun berlainan pula riak wajah jurujual itu. Dia nampak seolah kagum pada Chik Li. Entah apa yang dikagumkannya, saya pun tidak pasti.
"Ada pula orang lelaki beli kosmetik. Heeiii.. kelakarlah engkau!!" saya mentertawakan Chik Li.
"Indera. Aku rasa engkau dan aku, sama sahaja. Kita suka melihat wanita cantik. Bila lalu sahaja wanita cantik, pandangan kita akan mengekori wanita itu. Tidak kira wanita itu dara atau sudah menjadi isteri orang. Engkau fikir wanita itu sahaja yang cantik. Isteri engkau tidak cantik. Kerana apa? Kerana engkau larang dia memakai barangan yang mampu menyerlahkan kecantikannya dengan alasan isteri hanya patut bergaya untuk suami. Itu betul!! Tetapi pernahkah engkau membelikan barangan yang boleh menggembirakan hatinya..?? Tidak pernah. Kemudian engkau salahkan isterimu tidak cantik. Adilkah begitu...?"

Kata-kata Chik Li itu mengetuk ego saya. Kali pertama melangkah masuk membeli kosmetik itu memang terasa janggal dan serba tidak kena. Malu. Namun setelah diberitahu ianya untuk isteri saya, pandangan jurujual itu berubah kepada kekaguman dan hormat. Sama seperti Chik Li terima sewaktu masuk ke Watson dahulu.

Azah disahkan mengandung. Terasa dunia ini umpama di kayangan rasanya. Gembira. Ceria dan begitu bermakna. Namun tatkala di usia kandungan sudah menghampiri minggu terakhirnya, saya disingkir oleh Abang Ngah dari Lembaga Pengarah dengan alasan yang cukup tidak munasabah. Saya kehilangan segala harta saya. Namun Azah umpama bidadari yang turun dari syurga memujuk hati saya yang lara walau hatinya sendiri penuh ketidakpastian akan kehidupan kami di hari mendatang. Dia berpegang kepada satu iaitu hal rezeki itu di tangan Allah S.W.T.

Siri Aufa lahir menerusi pembedahan pada bulan Mei tahun itu. Wajahnya mirip saya. Sewaktu menyentuh dan memangkunya, saya terlupa segala kesedihan yang saya tanggungi. Saya berjanji bahawa hidupnya akan dipenuhi dengan keriangan dan kasih sayang. Sekalipun tanpa curahan harta yang melimpah ruah.

Azah masih setia di sisi saya walaupun saya sekarang berusaha keras mengembalikan taraf kehidupan kami ke tahap seperti dahulu. Walaupun sinar kesenangan itu masih belum menampakkan pancarannya namun Azah redha di atas segala takdir hidupnya bersuamikan saya.

Azah kini semakin cantik dan pandai bergaya. Cuma berat badannya semakin bertambah selepas kelahiran Siri Aufa. Dia baik. Dia bijak menguruskan rumahtangga kami. Segala-gala tentangnya amat membahagiakan saya.

Tiga tahun sesudah kelahiran Siri Aufa berselang, rumahtangga kami diserikan dengan kehadiran Adil Rayyan pula. Mirip wajah Azah. Dan segala-galanya yang berkaitan dengan Azah. Sewaktu melihat keperitan yang ditanggung oleh Azah sewaktu melahirkan Adil Rayyan membuatkan saya sebak. Saya tidak dapat membayangkan kehidupan saya tanpa Azah.

Haiii... perempuan boleh datang berbagai-bagai. Ada yang baik. Ada yang jahat. Ada yang suci. Ada yang melencong. Ada yang jelita. Ada yang buruk. Tidak semua perempuan itu serupa. Sama halnya seperti lelaki jua. Namun kebanyakan lelaki hari ini meletakkan kecantikan itu diturutan utama kemudian baru agama dan budi pekerti. Kecantikan hanya perkara luaran. Ianya boleh lenyap dimakan usia. Namun hati yang tulus ikhlas dan suci murni itu mampu menyerlahkan diri seorang wanita itu umpama bidadari dalam hati suaminya melainkanlah lelaki itu jenis yang tidak pandai menilai hati budi seorang wanita.

Perjalanan kami masih jauh lagi. Cuma pencarian itu rasanya sudah lama berakhir. Saya yakini diri saya bahawa hanya dia yang saya mahukan dan cinta saya hanya untuk dia. Iaitu Azah.

Sebuah bait yang sering saya bisikkan pada Azah sekiranya kami berselisih faham..

Percintaan ini kita memilihnya
Kesilapan hanya suatu perbandingan...

(Tamat).

25 comments:

hayad said...

yeaaaa!!! hepi ending! :)

semoga indera kencara sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang.

"Isteri bukanlah hak milik,tapi anugerah" ;)

Iman Mawaddah said...

Then they live happily ever after...Tabik spring infiniti untuk Pn Azah yang berjaya melenturkan ego lelaki.Sampaikan salam saya buat wanita tabah itu :)

AKMA said...

AKMA hadir lagi menitip pengalaman Indera. Seolah terlalu banyak persamaan. Yang tersayang juga melahirkan anak sulong dengan pembedahan. Insya-allah Indera, pulang ke bumi Malaysia tahun hadapan, kita tautkan kasih maya ini...Insya-Allah.

INDERA KENCANA said...

Hayad,
Terima kasih banyak-banyak atas doa hayad..

Saya setuju.


Iman,
Insya-Allah, akan saya sampaikan pada Azah.


AKMA,
Insya-Allah hendaknya dan jangan lupa maklumkan kepada saya kepulangan AKMA nanti ye!! March tahun depan, kan..??

Adinina said...

waa bahagianyaa..hehe..cuma sy tertanya2..was it difficult for you to tell her that you loved her?..nyway, i still think that it was your sincerity to save her from humiliation, and the fact that you stood upright for her dignity, those led you to His rewards of happiness and a never-ending love story :) bravo bro!

INDERA KENCANA said...

Nina,
In the first year of the marriage, I had reminded her once "Dont ask me if I love you or not... because if the answer is not, you will be in a deeply hurt". Kesian dia. Tapi itulah hikmahnya.

Lan Rambai said...

"Indera : Saya pernah berkata kepada si dia bahawa hal-ehwal rumahtangga kami tidak akan dimasukkan di dalam blog ini. Namun kisah itu adalah perkara sebelumnya pernikahan kami. Harap-harap si dia tidak marahkan saya. Hehehehe..."

AKu tak puas hati! Aku ingatkan keseluruhan cerita ni adalah kisah sebelum pernikahan dgn isteri ko yang sekarang ni.

Tapi... aku juga puas hati kerana Azah itu adalah si dia itu haha.

Lepas ni.. cuba ko tambah tolak cerita ini dan jadikan 200 mukasurat dan submit kat penerbit novel ya.

Ehh.. buat bab 1 dan 2 je dulu dan submit.. kalau diterima abru sambung hehe

INDERA KENCANA said...

Lan,
Asalnya memang nak kisahkan perihal sebelum berkahwin tetapi kemudian dia jadi tergantung. Nanti kesudahannya ramai yang tidak berpuas hati.

Terima kasih atas cadangan tu. Tapi aku malulah, cerita ini bukannya menarik sangat...

blackpurple @ jowopinter said...

Pengakhiran cerita CINTA yang menarik. Semoga cinta bersama tuan bersama Puan Azah kekal hingga ke akhir hayat.


Psst... Minta izin. Dah copy & print kesemua bahagian.. bila dah panjang sangat sy lebih selesa membaca di lembaran kertas berbanding di monitor komputer.

Hehehe

INDERA KENCANA said...

Bro BP,
Print la Bang. Tak apa. Sememangnya ditulis untuk tatapan umum.

achik said...

dah lama tapi layan novel chenta tp baca kisah benar ni lagi best... bukan rekaan semata2 ;p

semoga bahagia selamanya :)

INDERA KENCANA said...

Achik,
Terima kasih...
Banyak ke baca novel..??

Anonymous said...

semoga bahagia hingga ke akhirnya, semga murah rejeki dan semoga di berkati hendaknya. Amin.

Anonymous said...

semoga bahagia hingga ke akhirnya, semga murah rejeki dan semoga di berkati hendaknya. Amin.

hakim dirani said...

Memang seronok!

khairyn said...

salam

akhirnya terlerai segala kekusutan. Seronok baca 'happy ending'. Semoga berpanjangan.

Nak kira, cerita Indera biasa-biasa saja, tapi pengolahannya membuatkan ia lebih menarik dari biasa. Indera 'attentive'. Setiap perkara yang 'mundane' dari yang kecil hingga ke besar diolah menjadi segar. Itu sebab saranan dibukukan kisah ini memang tepat sekali.

Salam untuk puan Azah dan anak2. Doakan kejayaan saya.Kemudian baru saya lipatgandakan pula perjuangan mencari bidadara hati :>

Unknown said...

perjalanan hidup ini masih jauh. Semoga en. Indera dan Azah berjaya mengharunginya dengan tabah dan memperoleh keberkatan dariNya.

saya kagumlah dengan isteri en. Indera.. :) sampaikan salam saya buatnya dan buat Aufa dan Adil juga.. oh, tak lupa juga dekat Chik Li ye..

baguslah ada lelaki2 macam ni... sayangilah isteri anda..:)

Sang Perba said...

ermmm... aku doa kan kalian bahagia...

INDERA KENCANA said...

King,
Terima kasih atas doamu itu.

Hakim,
Terima kasih

Khairyn,
Terima kasih atas komen dari Khairyn itu. Tentang cadangan untuk membukukan kisah ini, saya rasa mungkin saya perlu erbincang dengan mereka yang arif dalam bidang penerbitan.

Akan saya sampaikan salam khairyn pada Azah dan anak2. Saya sentiasa mendoakan kejayaanmu di sana. Juga doa saya semoga ketemu bidadara hatimu secepat mungkin.

Aminbakish,
Terima kasih atas doamu dan Insya-Allah saya akan sampaikan salam Aminbakish pada Azah, Aufa dan Adil. Chik Li tentu suka bila pendapatnya itu saya rakamkan di dalam blog ini. Sememengnya dia seorang lelaki yang amat menyayangi isterinya.

INDERA KENCANA said...

Jer @ Sang Perba @ Ahmad Marzu,
Terima kasih atas doamu itu. Aku amat menghargainya.

Idham said...

:) belum sempat baca habis...janji pengakap saya akan kembali...

idham

Anonymous said...

ya..
sekali melangkah ke alam ini, pantangkan diri anda berundur :)
itu lah pilihan kita, sama samalah kita hadapi dan tempuhi.
sebarang kesilapan jadikan anjakan kepada peningkatan kemesraan dan kepercayaan.
Manakan dapat pelangi kalau tak ada hujan.. kan?

cewah..cakap tu macam pengalam la plak. kalau ada apa yang berlaku pada saya dalam hal ni, boleh kot saya rujuk indera?

INDERA KENCANA said...

Bro Idham,
Janji pengakap..?? Hahahaha... yelah, Bro Idham kat pengakap dulu, kan?

Bayu senja,
Boleh, boleh.. tak jadi masalah. Jika malu, emailkan ke indera5kencana@yahoo.com

zwitterion said...

semoga berkekalan..amin

Rie said...

nasib baik cerita ni bukan mimpi ko.

kalau tak... siaplah!!

boleh buat filem ni.. hehe