Wednesday, December 13, 2006

Waktu Makan Malam Itu.

Hari itu terlalu panjang dan membosankan. Juga hari yang menyakitkan mata saya. Jam 3.00 petang itu saya terserempak dengan Rozita sedang berdua-duaan ketawa mesra bersama Zulhilmi, musuh ketat saya di tangga sekolah itu. Orang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, mereka pula seronok-seronok berkasih-kasihan. Geramnya saya.
"Kan aku dah cakap dulu. Engkau tak mahu dengar.." pulang Mizwar. Saya bungkam.
"Sudah aku cakap, jangan Indera. Budak Rozita tu memang gatal sikit. Selain engkau, dia mengaku sukakan si Zulhilmi tu. Selain dari tu dia kata dia sukakan si Azman (senior kami) dan juga Bob. Tapi engkau tak mahu dengar cakap aku. Yelah... orang dah suka. Apa pun elok.." Mizwar bersyarah panjang depan saya.

Saya menggaru-garu kepala. Teringatkan saat manis pertemuan kali pertama dengan Rozita. Dia memang cantik. Berpapasan dengan saya lewat tengahari itu. Hati saya terpikat. Tetapi sekolah kami tidak membenarkan pertemuan dua mata antara lelaki dan perempuan. Maklum sahaja sekolah agama. Jika tertangkap buruk padahnya.

Akhirnya saya mengutuskan sepucuk surat buat Rozita. Tidak lupa saya selitkan pantun Pecah Kaca Pecah Gelas itu. Dia membalasnya. Menyatakan hasrat hatinya sudi menjadi "rakan istimewa" saya. Hooorrraayyy!! seronoknya. Indahnya hidup.

Sewaktu lawatan ke Muzium Kesenian Islam itu, saya singgah ke Pasar Seni membeli sekeping kaca bercorak gambar kucing Garfield yang boleh ditulis kata-kata di atasnya. Saya enggan menulis sebarang puisi di atas kaca itu, sebaliknya saya memilih untuk menulis,
"Rozita, kenangilah daku sekali sekala".

Mizwar terdengar akan hal itu. Sebenarnya datang dari mulut saya sendiri.
"Kau tulis apa? Sekali-sekala? Haa... tengoklah esok, sekali-sekala je dia ingatkan engkau" kata Mizwar sambil ketawa.

Haii... Benarlah Rozita itu tidak boleh dipercayai. Tetapi hati saya kuat mahukan dia. Dia yang cantik. Dia yang manis. Tetapi perlakuannya? Ohhh... Rozita kenapa engkau begitu?.

Waktu makan malam di Dewan Makan itu amat gamat bunyinya. Perbualan pelajar yang sejumlah 300 orang itu seumpama dengungan lebah. Bunyi kerusi ditarik dan ditolak menambahkan bising suasana. Waktu makan pelajar lelaki dan perempuan di buat serentak. Di bahagian kiri kaunter itu, barisan meja untuk pelajar lelaki. Di bahagian kanan khas untuk pelajar perempuan. Ini bermakna kami makan secara menghadap antara satu sama lain.

Saya mencari Rozita. Dan kejauhan saya nampak dia. Saya memilih duduk menghadap dia. Kerusi itu sudah diduduki oleh Pie Juling, pelajar tingkatan dua. Atas nama senior, saya menyuruh Pie Juling bangun mencari tempat duduk lain. Pie Juling menurut tanpa banyak soal. Mizwar dan Open datang duduk di hadapan saya. Mizwar menoleh ke belakang. Dia nampak Rozita di belakangnya.
"Ohh.. patutlah beria-ia menyuruh budak Pie tu mencari tempat lain...??"

Saya duduk di situ. Saya makan. Saya lihat Rozita pun makan. Tetapi saya sudah tidak berselera untuk makan. Saya sempat mengernyitkan mata pada Rozita. Dia buat muka panjang. Selamba sahaja. Minum. Lantas meneruskan perbualannya bersama-sama rakannya.

"Limaaza lam tak'kul khadhrawaat? (kenapa kamu tak makan sayur?)" tegur Ustaz Amin.
Terkejut saya. Bagaimana Ustaz Amin ini boleh berada di sisi saya? Perlukah saya membalasnya di dalam Bahasa Arab?. Bahasa Arab saya sering gagal sepanjang penggal.
"Errr..errr tak sedap, Ustaz". Mizwar dan Open mengekek memanjang.

Ustaz Amin sudah sampai di kaunter, bertanyakan itu dan ini kepada pembantu dewan makan. Saya bangun dari kerusi meninggalkan Mizwar dan Open yang terpinga-pinga. Sewaktu menyusuri jalan keluar itu saya berselisih dengan Ustaz Amin sekali lagi. Tiba-tiba, PPPAAAPP!! Bekalan elektrik terputus. Ahhh... bala, bala, bala. Saya menyerungkup ke lantai sambil menekup kepala. Gayanya seperti ada bom yang bakal meletus dalam pekat malam di dewan makan itu.

Bising. Kecoh. Dengan bunyi jeritan pelajar perempuan di sana sini. Ohh.. tuhan. Ya Allah, cepatlah bekalan ini disambung semula. Tiba-tiba saya teringat Ustaz Amin yang baru berpapasan dengan saya. Semua itu berlaku terlalu pantas. Setengah minit kemudian bekalan elektrik disambung semula. Dewan Makan itu cerah dilimpahi cahaya.

Semua terpinga-pinga. Ramai pelajar perempuan yang menangis. Ada yang terpercikkan kuah ke tudung. Ada yang pula wajah mereka disinggahi dengan kulit tembikai. Ada juga yang basah dek air sirap. Ustaz Amin yang paling teruk. Sekeping kulit tembikai tersangkut di atas songkoknya. Bajunya sudah penuh dengan kesan tembikai dan kari ikan. Tidak kurang juga pelajar lelaki yang turut menjadi mangsa keadaan.

Rozita merungut-rungut kerana wajah dan bajunya penuh dengan kesan kotoran. Saya melihat itu terasa ingin tertawa. Simpati pun ada. Saya selamat sepenuhnya oleh tindakan pantas saya.

Rupa-rupanya sewaktu bekalan elektrik itu terputus, kebanyakan pelajar-pelajar lelaki itu bertindak membaling kulit tembikai dan juga ikan yang dimasak kari ke arah pelajar-pelajar perempuan. Kegelapan itu mampu sahaja menyembunyikan identiti mereka. Ustaz Amin menjadi mangsa kerana perkara itu terjadi sewaktu dia menyusuri laluan di kawasan meja makan pelajar-pelajar lelaki itu. Kasihan Ustaz Amin.

Hingga kini saya merasa ngeri jika terputus bekalan elektrik.


Indera : Untuk pengetahuan Ustaz, saya tidak terlibat langsung di dalam perlakuan jahat itu. Semoga Ustaz menempuh hari-hari persaraan dengan penuh rahmat dari Allah S.W.T. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kesihatan Ustaz. Maafkan saya kerana puas Ustaz mendidik saya agar pandai berbahasa Arab, namun saya tetap begitu juga. Sehingga di suatu peringkat Ustaz memberikan soalan ramalan kepada saya, tetapi saya ambil mudah. Bukan saya tidak mahukan gred yang baik Ustaz, sebaliknya saya mahu berusaha atas kemampuan saya sendiri. Saya tahu Usaz kecewa bila saya sekadar mendapat P7 dalam Bahasa Arab. Tetapi percayalah Ustaz, Ustaz tetap yang terbaik dalam hati kami semua. Buktinya ramai di kalangan kami yang telah melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan, Madinah dan Syria. Saya? Seperti yang saya maklumkan kepada Ustaz dahulu, saya ke Shah Alam. Satu institusi yang tidak pernah Ustaz senangi dahulu kerana terlalu banyak berita salah laku. Ustaz membenarkan saya pergi dalam payah. Bukankah begitu, Ustaz?

15 comments:

Adinina said...

bahasa arab tinggi mmg susah. sy hanya hafal utk score. akibatnye skrg sudah lupe. ayah slalu perli2 sejak pulang dr Oz..malu krn dia masih ingat wpun sudah tua. oh ye, kenapa x baling tembikai pd rozita?? :p

INDERA KENCANA said...

Nina pun belajar Bahasa Arab Tinggi?? Waahhh.. Trust!! (hehehe pinjam style Bro Ghaz). Selepas tu gi UNSW..?? Waahh.. Double Trust !!(hehehe juga pinjam style Bro Ghaz).

Masa tu saya dah jauh dari situ. Tapi kalu ada kat situ pun, tak sampai hati.. :P

blackpurple @ jowopinter said...

Biasanya kalau gadis bernama Rozita agak ranggi . Biasanya la....

Sy 7 tahun belajar bahasa Arab masih terkial-kial lagi....hehehe

INDERA KENCANA said...

Bro BP pun belajar bahasa Arab. 7 tahun lagi... Waahh.. Trust jugak!! (hehehe.. pinjam lagi sekali style Bro Ghaz)

Bro Ghaz jangan marah...

zwitterion said...

hehe..bahasa arab mmg x pandai langsung.waktu dekat U dl, sibuk sy blajar bhs jepun, siap kena perli ng kwn2 sbb x blajar pun bhs arab..hehe

Sang Perba said...

wah asrama ko macam asrama aku bila black out jer terbang segala benda dalam dewan makan yang pasti aku selalu selamat ekekeke

Ghazali said...

Indera Kencana ... aiiyyooo ala ala malu malu kucing gitu .... sebab IK dok refer refer to my name ... ala ala very d popular ker????

Hehheheeeee

Peristiwa Yg Silam menjadi sebuah Memory Yg Indah .....


Teringat lak kat kawan kawan sekolah, apa kah perkembangan masing masing ... iya ler dah lebih 20 tahun kaaannnnn ....

INDERA KENCANA said...

Zwit,
Bahasa Jepun pun ok, apa? Janji Bahasa asing. Kita pun digalakkan mempelajari bahasa asing tak kira lah Arab ke, Jepun ke, Jerman ke, Korea ke.. Yang penting melalui bahasa akan memperkayakan pengetahuan kita.

Pandai ke Zwit cakap Jepun?


Jer @ Ahmad Marzu,
Aku rasa aku dengan engkau banyak persamaan dari segi citarasa dan kenakalan manakala putaran hidup dan sensitiviti pula aku punya banyak persamaan dengan AKMA.


Bro Ghaz,
Aiiiyyoo perlu ke malu-malu tu..?? Memang betul Bro Ghaz fofulaarrr, gitu. Hehehe.. Anak-anak Bro Ghaz sihat? Bro Ghaz kat mana ni? Sudan atau Malaysia? Bro Ghaz bila nak up-date blog? (Wahhh.. banyaknya soalan..)

Terima kasih atas lawatan Bro Ghaz. Contact lah teman-teman lama. Mereka tentu suka bila Bro Ghaz call diaorang, sebab Bro Ghaz kan ke seorang yang ala-ala peramah, gitu.. kan?

khairyn said...

salam

Saya suka jumjumatun - berirama, indah hehehe.

Rozita? hanya wanita pembuka bicara. Ustaz lah yang dikenang jua.
alhamdulillah. Siapalah anak murid tanpa gurunya. Saya teringat guru bahasa melayu saya, namanya Rozita juga. Baik orangnya. Rajin dan 'passionate' sebagai seorang guru.

Anonymous said...

ha ha ha

dude, kau ada masalah nak komen di blog aku?

INDERA KENCANA said...

Salam Khairyn,
Jasa guru terlalu besar membentuk keperibadian kita. Tanpa jasa guru-guru siapalah kita. Itu tersangat betul.


King,
Aku cuba tinggal komen hampir 10 kali tapi masih tak berjaya. Kenapa? Ada masalah?

Unknown said...

saya budak sekolah yang baik, memberontak dalam diam... hehe :D

ganasz betul acara baling membaling :D

INDERA KENCANA said...

Aminbakish,
Diam-diam gunung berapi tu yang bahaya tu.

achik said...

laa blackout je... nape ramai budak perempuan nangis hehe... tapi dasat tu siap main baling2 dah la ustaz ada... walaupun tak tau sape tapi berani sungguh yea...

bluecherry @ fai said...

indera, kalau kat umah blackout.. bukan leh buat mcm hang buat, siap kena kerabat dek 3 ultramen kecik..