Monday, January 08, 2007

Calon suami Siri Aufa

Setiap kali musim perayaan tiba, Siri Aufa mesti melonjak-lonjak keriangan. Ada sesuatu yang mengembirakan baginya setiapkali cuti itu tiba. Rahsia katanya. Tetapi dalam rahsia itu, sudah berpuluh umat manusia dihebahkannya tentang rahsia itu. Iskandar, cucu Opah Limah yang tinggal bersebelahan dengan rumah Opahnya akan bercuti melawat Opah Limah. Dapatlah Siri Aufa berbual-bual panjang dengan Abang Is. Abang Is berumur 28 tahun. Tinggal di Putrajaya. Selalu Siri Aufa memberitahu Baba,
"Baba, Kak Long nak kahwin dengan Abang Is.."
Memang Baba akan tunjuk muka cemberut. Baba tidak suka dengan pilihan Siri Aufa. Baba tidak suka bukan kerana Abang Is tidak kacak atau tidak bekerja, Baba tidak suka kerana Abang Is hampir sebaya dengan Baba.

Suatu hari Opah Limah memberitahu Siri Aufa, Abang Is sudah ada teman istimewa. Abang Is hendak mengahwini perempuan itu. Siri Aufa merasakan perasaannya hancur berkecai. Mulai dari hari itu, Siri Aufa cuba melupakan Abang Is.
"Kak Long tak nak kahwin dengan Abang Is" katanya.
Pun begitu kenangan dengan Abang Is tetap segar dalam ingatan.
"Baba, Putrajaya dengan Rawang tu jauh tak?" tanya Siri Aufa kepada Baba.
"Tak jauh. Kenapa Kak Long tiba-tiba tanya pasal Putrajaya ni?"tanya Baba.
Siri Aufa cuma tersenyum malu.

Dalam usaha melupakan Abang Is itu, Siri Aufa bertemu dengan Abang Alif ketika Umi membawa Siri Aufa ke sekolah. Roman wajah Abang Alif yang seperti Badrul Muhayat itu membuatkan Siri Aufa terpikat. Abang Alif lebih muda dari Abang Is. Umur Abang Alif 12 tahun. Setiapkali Umi mengajar di kelas tambahan itu, Siri Aufa mesti duduk di sebelah Abang Alif. Biarlah Kak Suraya atau Kak Marlina panggil. Siri Aufa akan buat tidak endah. Siri Aufa lebih senang duduk bersama Abang Alif. Abang Alif baik. Dia pun suka pada Angah (Adil Rayyan).

Hari itu hari kahwin Kak Faezah di Sungai Siput. Ramai sepupu Umi yang datang termasuk Makcik Normi dan Pakcik Zali membawa anak-anak mereka - Kak Yana, Abang Aiman dan Abang Aizad. Nama timang-timangan Abang Aizad ialah Abang Kulup. Abang Kulup umur 5 tahun. Tetapi perangainya mengada-ngada, sombong dan suka menangis. Pakcik Zali kata, dia berkenan ingin mengambil Siri Aufa menjadi menantunya. Dia hendak jodohkan Siri Aufa dengan Abang Kulup.
"Kak Long tak suka Abang Kulup. Abang Kulup mengada-ngada" gerutunya.
Tetapi yang menghairankan ialah Baba berkenan sangat pada Abang Kulup itu. Mungkin kerana Baba sangat akrab dengan Pakcik Zali barangkali.

Petang semalam Baba bertemu dengan Pakcik Osman, kawan lama Baba. Melihat sahaja Siri Aufa, Pakcik Osman sudah berkenankan pada Siri Aufa yang keletah.
"Anak engkau Indera?" tanya Pakcik Osman.
"Iya.." jawab Baba.
"Hiiee... comelnya. Kahwin dengan anak Pakcik nak? Pakcik nak ambil jadi menantu, nak?" tanya Pakcik Osman.
Siri Aufa cuma terdiam. Tiba-tiba Baba bertanya.
"Kak Long nak kahwin tak?"
"Nak..." jawab Siri Aufa.
"Kak Long nak kahwin dengan siapa?" tanya Baba lagi.
"Dengan Abang Alif"
"Abang Alif tu siapa?" tanya Baba.
"Darjah 6.."

Baba tersenyum kepada Pakcik Osman sambil mengangkat bahu.
"Maafkan aku, Man. Hati anak perempuan aku sudah dimiliki..."

16 comments:

zwitterion said...

heheh..kecik2 lagi dah pandai.mesti Indera cepat dpt menantu ni.:)

achik said...

hehehe comelnya... budak2 skang ni advance :)

Anonymous said...

Hebat betul transformasi minda budak2 sekarang ya. Tergelak besar saya membacanya. Apa2 pun hati2 Indera, Siri Aufa seorang yang bijak..bimbing dia agar kebijaksanaannya tidak disalahgunakan.

Anonymous said...

Hati Siri Aufa mudah tertambat.Entah-entah sudahnya dengan pilihan baba juga ; )

Sang Perba said...

wah...macam anak aku jugak dibooking oleh kengkawan buat menantu...

hayad said...

Hehe...very nice story!!!
Teringin la nak jumpe siri aufa ni. Dan mak nye jugee ;)

Anonymous said...

Salam pagi buat Indera, moga hari ini yang indah lagi damai :)

Comel sungguh kisah ini. Ayat (dialog) terakhir tu paling saya suka...huh, romantik sungguh ayah Siri Aufa ;)

bluecherry @ fai said...

hamboiii.. kecik2 dah pandai pilih woo, besaq nanti tak tau laa.. carik badrul muhayat yg real aper? he he..

budak2 ada jer keletah depa.

blackpurple @ jowopinter said...

Anak yang bijak...

:)

Rie said...

http://tanahseberang.blogspot.com/

bro ini projek blook motivasi. jom la join.. walaupun tarikh tammat tapi aku fikir boleh lagi kot.. emaillah basri.

INDERA KENCANA said...

Zwit,
Mudah-mudahan.. Amin. Hehehehe..

Achik,
Hehehehe...

Iman,
Bimbingan dan panduan Insya-Allah akan sentiasa diberikan.

Areyoung,
Salam bertemu.

Pilihan Baba biasanya tepat. Hehehehe...


Jer @ Ahmad Marzu,
Wahh.. anak engkau pun dibooking orang? Menarik tu. Errr.. kenapa tak update blog? Sibuk?

Dayah,
InsyaAllah kami singgah rumah Dayah nanti..

Salam buat Bunga Rampai,
Berseri rasanya laman ini menyambut haruman bunga rampai.

Baba Siri Aufa memang sentiasa romantik.. :)


Cherry,
Masa tu mungkin dia tak cari Badrul Muhayat yang sebenar sebab Badrul masa tu dah tua. Hehehehe.. Err.. kenapa saya masih tak dapat nak meninggalkan komen di blog anda? Huhuhuhu...

Bro BP,
Yang manja dan keletah :)

Esis,
Apa alamat Basri?. Dia bukan nak layan aku. Huhuhuhu... boleh jadi dia phobia kan aku sebab muka kitaorang serupa....
(Hehehehe.. Jgn marah Bas..)

Anonymous said...

salam

Tahniah Siri Aufa. Kecil-kecil cili padi, sudah tetap pendirian dan berani orangnya.

Wirawati juga mempunyai seorang anak saudara lelaki yang menginjak usia remaja hampir dewasa. Dia manusia biasa saja bukan wirawan penyelamat dunia.

Orangnya handsome juga, kurus tinggi dan berkulit cerah. Ada orang kata macam cina juga.

Wirawati ingatkan dia, zaman sekolah jangan nak berchenta, hatta cinta monyet ataupun anak anjing. Jawab dia, 'ish! Tak mainlah chenta-chenta sekarang. Org nak score SPM next year.' Wirawati kecilkan mata. Dalam hati berbisik 'Iye ke?'

Adinina said...

the title sounded very solemn..yet it was meant for a little kid..haha..funnyla..

Unknown said...

kiut sangat Siri Aufa... :D

Anonymous said...

yeay!!! setelah berkali klai mencuba dapat juga komen! mcam yang sms aku hantar : wah! cepatnya dapat menantu!

INDERA KENCANA said...

Khairyn,
Kiranya Wirawati punyai keponakan yang sudah layak bercinta...
Mungkin benar kata-kata keponakan Wirawati bahawa dia itu ingin menumpukan perhatian pada pembelajaran. Doakan moga ianya berterusan begitu. Ada juga mereka yang memiliki wajah yang menawan tetapi agak kaku sedikit dalam bercinta.. Hehehehe..

Nina,
Is it? Hehehehe... Siri Aufa is turning 4 this year. All she knows about marriage is wearing great costumes or play around with her groom.

Aminbakish,
Sori la... anak saya gedik sikit.. Hehehehe..

King,
Yeay!! Tahniah kerana anda telah berjaya. Seperti yang aku jawab dalam sms tu untuk komen engkau : HEHEHEHEHE