Saya telah ditag oleh Bunga Rampai. Asalnya saya berniat untuk memendamkannya sahaja sementelahan pula tiada apa yang menarik tentang diri saya. Tetapi kemudiannya saya merasakan bahawa adalah tidak wajar sekiranya saya membiarkan persoalan itu terus berlalu pergi begitu sahaja. Bunga Rampai itu terlalu baik, jadi sebagai sebagai tanda menghargai teman di alam maya ini, berikut saya turunkan beberapa perkara tentang diri saya.
5 Benda atau Perkara yang saya lakukan jika saya seorang jutawan
1. Melangsaikan semua hutang-hutang saya (hutang kereta dan rumah terutamanya)
2. Menyediakan Tabung Amanah untuk pengajian anak-anak saya - Siri Aufa ke Royal College of Surgeons in Ireland dan Adil Rayyan ke Massachussets Institute of Technology.
3. Menyediakan satu tabung amanah yang memberikan biasiswa kepada anak-anak miskin tetapi memiliki keputusan yang cemerlang yang diberi nama Yayasan Uthman Affan sempena nama bapa angkat saya.
4. Membeli sebuah rumah di Makkah Al-Mukarramah. Setiap kali tiba bulan Ramadhan, saya akan bersolok di sana bersama ayah dan bonda serta keluarga saya sehinggalah tamat musim haji.
5. Membalas semua jasa ibu ayah saya, bersedekah dan juga berwakafkan harta ke jalan Allah.
5 Tabiat buruk
1. Suka berangan-angan
2. Kuat makan
3. Malas
4. Terlalu pemalu
5. Sedikit boros
5 Perkara yang saya benci melakukannya
1. Melakukan tugas orang lain
2. Melakukan kerja dengan separuh hati
3. Meninggalkan anak-anak saya setiap hujung minggu berakhir
4. Memandu setiap minggu dari Kuala Lumpur ke kampung yang setiap perjalanan sejauh 215km
5. Menyakiti hati orang lain secara tidak saya sengajakan
5 Perkara yang tidak akan saya lakukan
1. Menonjolkan diri di khalayak ramai (publisiti)
2. Pergi ke Konsert Ruang Terbuka
3. Pergi disco atau Night-Club
4. Berlagak seperti wanita sekalipun setakat dengan mengenakan aksesori tertentu seperti rantai.
5. Mengemis barangkali. Mudah-mudahan Allah mengurniakan saya dengan tenaga untuk bekerja sehingga ke akhir hayat saya.
5 Perkara yang saya menyesal melakukannya
1. Meninggalkan solat
2. Saya menerima pelawaan rakan perniagaan saya dahulu untuk kali kedua.
3. Menyakiti hati Apak, Mak, isteri saya serta adik beradik saya
4. Menghabiskan sepinggan mee goreng tanpa memberikan walau sedikit pun kepada adik saya pada suatu ketika sewaktu kami kecil dahulu. Setiapkali menjamah mee goreng setiapkali itu redup sayu pandangan matanya menjelma di fikiran saya.
5. Menghabiskan wang simpanan di Bank Simpanan Nasional yang berjumlah RM180.00 ketika di Tingkatan 1. Duit itu simpanan Mak untuk saya.
5 Permata Hati Saya
1. Mak
2. Apak
3. Siri Aufa
4. Adil Rayyan
5. Isteri saya
5 Tempat yang saya sukai
1. Di tengah bendang di kampung
2. Tiang seri masjid
3. Padang Pipit
4. Titik pertemuan Sungai Nil Putih dengan Sungai Nil Biru, Khartoum
5. Uhuru Street, Nairobi
5 Saat yang penuh bermakna
1. Saat kelahiran Siri Aufa
2. Hari pernikahan dengan isteri
3. Konvokesyen
4. Keputusan SPM saya diumumkan
5. Berkhatan hehehehe..
5 Benda/Perkara yang saya sukai
1. Minyak wangi
2. Coklat
3. Ketenangan
4. Gamelan
5. Buah Oren
5 Perkara tentang diri saya
1. Mudah bersedih sehinggakan perkara kecil pun menjadi isu besar
2. Menjadikan Beh (Pak cik saya) sebagai contoh akhlak
3. Akhir-akhir ini sukar untuk marah-marah (berkait dengan nombor 2)
4. Terlalu takutkan penyakit dan terlalu mengambil kira soal kesihatan sehinggakan sebarang tanda merah disangkakan tanda barah.
5. Selalu merasakan wajah saya tidak tidak lawa.
5 Orang yang paling saya sukai di dalam Blog
1. Tuan Gab, atas ketabahan, kebijaksanaan dan kejayaannya
2. Bro Idham, orang lama yang kaya pengalaman
3. Hakim, pengembara yang cool
4. Bunga Rampai, dengan ayat seharum mewangi dan amat menyenangkan.
5. Pok Ku Bustamam. Setiap hari pasti melawat blognya.
5 orang yang saya pilih untuk menyambung tag ini
1. Kanjeng Sunan Jati yang sering bertekak dengan 13May
2. KingBinjai, sudah beberapa kali ditag masih berkeras
3. Esis, pensyarah universiti itu
4. AKMA yang jauh di Netherland
5. Imanmawaddah, orang kampung saya.
Indera : Hanya tujuan untuk suka-suka. Tiada maksud yang terselindung. Apa yang saya nyatakan adalah yang sebenarnya lahir dari hati.