Wednesday, October 11, 2006

Diari lewat semalam

6.00 p.m
Bergegas pulang ke rumah untuk memasak. Hai..entahlah. Isteri jauh di kampung. Nasib agak menyebelahi saya kerana kesesakan lalulintas untuk memasuki Mukim Rawang agak sederhana dan membolehkan saya pulang tanpa gangguan. Jam sudah melewati jam 6.00 dan sudah pasti juadah ringkas sahaja yang akan saya sediakan.

Sampai sahaja di rumah, terus masuk ke dapur menanak nasi dan memotong cabai bawang. Menu iftar hari ini, Ikan Sardin dan Daging Burger. Ringkas dan murah. Memasak Ikan Sardin sekadar mengambil masa lima minit. Ketika cuba mengambil sepotong burger yang beku dengan hujung pisau, tekanan yang digunakan agak kuat. Daging burger terlerai dan hujung pisau menusuk ke tapak tangan. Ooouuuuccchhh!!!


10.00 p.m
Mesej Pesanan Ringkas dari isteri setelah selesai bertarawikh,
"Bang, Zah tak dapat ikut abang bermalam di rumah mak abang malam Sabtu ini sebab Zah nak buat kerepek dan Kuih Samprit. Harap abang tak marah. Kalau nak beli.., faham-faham je lah. I Love you!!

Hmmm... akal jahat saya berbisik, "Dia sentiasa mencari alasan untuk tidak bermalam di rumah mak aku. Asyik aku je yang bermalam di rumah mak dia". Dengan itu hati saya lantas menjadi panas. Tiba-tiba saya terkenangkan sesuatu. Ya, kakak dan abang saya juga tidak semestinya setiap minggu bermalam di rumah mak. Kadang-kala mereka juga punya urusan yang menghalang mereka dari mengunjungi mak. Tidak selalu cuma kadang-kala sahaja. Saya juga demikian. Jadi tindakan saya untuk tidak bermalam di rumah mak dan memberi kelonggaran kepada isteri saya itu wajar. Hanya minggu ini sahaja. Minggu hadapan saya sekeluarga akan bersama mak lagi. Insya-Allah.


11.00 p.m.
Saya menonton drama Seputih Qaseh Ramadhan. Terpaku menatap wajah jelita Sharifah Shahriza (Eja). Ohh.. Eja. Satu babak di mana Arash sekeluarga baru pulang dari tarawikh. Efa memesan sesuatu dari Mc Donald,
Efa : Yeah, 1 Big Mac set. 1 large portridge dan 2 sets of cheeseburger. You better dont late or I'll be angry, you know!!. OK, Byeee...
Arash : Bi, kenapa you ni. Cakap melayu sudah la..
Efa : There's no way that I want to speak in that language. I'll look stupid if I speak in Malay, you know...

Kata-kata itu meluncur terus mengarah ke sesuatu. Dan perginya tidak tersasar. Saya lantas ketawa terbahak-bahak dalam gema rumah saya yang lapang seperti padang bola itu.

11 comments:

ZaKiN said...

ala cian erkk.. itu la kehidupan biler jauh dari isteri...!! hehehe

INDERA KENCANA said...

Maniq, ikh..ikh..ikh.. Cobaaaann!!

Bunga Rampai said...

Salam Indera,

Kenapa tak beli je lauknya? Mudah.

INDERA KENCANA said...

Salam Bunga Rampai,
Kadang-kala tu ada juga beli di Bazaar Ramadhan. Ada yang ok dan ada juga lauk semalam yang dijual. Bergantung kepada nasib. Selain daripada kos yang mahal, saiz dan kuantitinya juga tidak munasabah. Contohnya sebungkus air sirap bandung di Bandar Tasik Puteri dijual dengan harga RM2.00 sedang kos penyediaannya hanya mencecah 30 sahaja. Memikirkan yang saya ini agak cerewet tentang soal kos dan perbelanjaan, saya lebih suka menyediakannya sendiri. Bunga Rampai janganlah kata saya berkira pula ye!! hehehehe

Tetapi saya juga ada perangai yang agak pelik jika berbelanja. Saya akan membeli barang yang tidak perlu melebihi dari keperluan. Sesudah tiba di rumah, pasti saya bingung seketika, "Aikk, apa yang saya beli tadi ye..".

hakim dirani said...

Anda memang hebat, lani orang suka membeli ja.

Saya, untuk beberapa tahun lah nampaknya tak tidur rumah mak.

Bunga Rampai said...

Salam Indera,
Berkiralah tu ;) Maksud saya berkira yang bertempat. Berjimat cermat sebenarnya Indera ni. Beruntung isteri :) Huh, melampau benar harga sirap bandung tu!

Sebaiknya, buat senarai barangan sebelum beli-belah, ini dapat elakkan daripada kita membeli barang bukan keperluan.

Selamat beli-belah untuk raya :)

INDERA KENCANA said...

Hakim, Tak hebat langsung sebab tak ada banyak wang untuk dibelanjakan. Orang yang hebat ialah orang yang banyak wang.

Tak apa. Tahun-tahun akan datang InsyaAllah Hakim dapat berbuka dan bermalam lama-lama di rumah mak Hakim.


Bunga Rampai, Jika saya pulang ke kampung, teringin juga membawa isteri ke Bazaar Ramadhan dan isteri saya terlalu kepingin membeli itu ini. Tetapi seperti biasa, mengenangkan Syawal bakal menuntut perbelanjaan yang lebih banyak, niat itu terpaksa dibatalkan. Nanti anak buah tidak merasa duit raya pula.

Saya pernah menyenaraikan barang keperluan untuk dibeli, tetapi akhirnya senarai itu hanya tinggal senarai. Hahahaha...

kingbinjai said...

wahahahahaha. ko tinggal kat rawang ke? baiklah baiklah perjumpaan nara yuda yang seterusnya aku jemput kau berbuka sama nanti insyaAllah

INDERA KENCANA said...

King, Insya-Allah. Kalau orang jemput aku, aku datang je..

ezmil said...

a'kum...ex-teknik ipoh kan? nak mintak tulun register kat www.smtpbi.org. tulun yer...

INDERA KENCANA said...

Ezmil, Eh, bukan, bukan. Aku bukan dari Teknik Ipoh. Adik beradik sepusat sepusing (my sworn brothers) aku yang belajar di SMTI (batch 90/91).

Nanti aku bagi address ko, mintak dorang register kat situ.

Selamat Datang ke Layangan Indera. Datanglah lagi ye!!