Thursday, October 12, 2006

Nakal sangatkah???

Inderaaaaaa!!! Inderaaaa!!!. Suara kakak saya bertempik di petang bulan puasa itu mengejutkan tidur saya. Hiiieee... orang hendak berehat pun tidak boleh. Ada sahaja yang mengacau. Sudahlah tekak dahaga, dipekik-pekik sedemikian rupa membuatkan hati saya menjadi panas membara. Ini mesti tiada hal lain. Mesti mengarah saya ke kedai. Tepung habislah. Gula habislah. Cabai. Bawang. Belacan. Hiiieee.. geramnya.

Inderaaaaa!!! Inderaaaa!!!. Hai, tidak sudah lagi pekiknya. Ya, ya, datanglah ni... Hmmm.. laparnya perut. Pontianak ini tidak sudah-sudah menjerit. "Inderaaaa, mari sini" jeritnya lagi. Dari arah ruang tamu terdengar Apak menegur kakak saya, "Apa yang kamu jerit-jerit ni, Asma. Sakit telinga Apak ni dengar, tahu".
"Apak, apak tengoklah benda ni dah jadi macam ni..."
"Astaghafirullahal azim"

Inderaaaaaa!!! kali ini bukan suara pontianak itu, ini suara.... Alamak!!! suara Apak. Apa yang sudah terjadi???

"Ya, Apak. Ada apa??" tanya saya terkalut. Belum sempat Apak membuka mulut bertanya, kakak saya terlebih dahulu menyerang. "Kamu yang pecahkan thermometer ni, kan??".
"Ehhh.. mana ada. Buat apa orang nak pecahkan pulak??" saya cuba berdalih.
"Akak tahu mesti kamu yang pecahkan..." kakak saya menebak
"Kamu tahu di mana Akak jumpa thermometer ni?? Dalam laci tempat kamu simpan Kerantung Nakus tu. Ni, lampu air Kak Ani pun. Apak, tengok ni. Ni semua kerja si Indera ni..."

Sememangnya saya punya perangai yang agak pelik iaitu menyorokkan barang yang rosak di tempat tersorok. Thermometer itu hadiah dari kawan baik kakak saya sewaktu tamat cuti penggal. Terletak pada plague tembaga yang berbentuk sauh. Tetapi apa istimewanya sehingga diletakkan di atas almari hiasan itu?? Yang saya tahu, tanda merah itu setiap masa berada di atas sedikit dari angka 25. Suatu hari saya teringin untuk membelek-beleknya. Saya gores sebatang mancis dan mancis yang menyala itu saya cucuhkan pada buli-buli kaca thermometer. Wahhh... air yang merah itu naik ke angka 100. Kemudian turun semula. Saya tidak berpuas hati. Saya cucuh lagi. Sekali lagi air merah itu naik. Saya mulai seronok. Saya cucuh berulang-ulang kali. Tiba-tiba... poopp, buli-buli kaca itu pecah. Raksa merah memercik mengenai pipi saya. Takut jika marahi oleh kakak saya, saya menyimpannya di dalam laci almari usang berhampiran dengan dapur itu.

Lampu air Kak Ani pula pecah ketika saya bermain dengannya di bawah katil. Melimpah airnya keluar membasahi bawah katil sehingga ke kaki katil. Cepat-cepat saya simpan lampu yang sudah pecah itu di tempat yang sama. Apabila abang saya Khairul bertanyakan tentang air di kaki katil itu, lekas-lekas saya katakan Si Tompok yang terkencing di situ. "Tetapi kenapa tiada bau...?? pelik!!" kata abang saya.

"Betul kamu pecahkan..??" suara Apak memutuskan lamunan saya.
"Ya, saya pecahkan" saya terpaksa mengaku. Cuma saya sahaja yang menyimpan barang-barang di situ.
"Tonggeng di sini". Apak merotan punggung saya 5 kali. Oooouuuccchhh, sakitttt...
"Sekarang pergi masuk bilik, baca buku. Senja ni berbuka dengan air sejuk sahaja. Pukul sembilan baru boleh makan. Pergi masuk!!!" tengking ayah saya.

Saya melangkah longlai ke bilik. Haiii... panjanglah puasa saya hari ini. Kenapa semua orang marah dengan saya..??? Saya ini nakal benarkah..???

"Apak..." telinga saya menangkap suara abang saya, Khairul.
"Belakang TV dah berlubang. Indera tebuk dengan skrudrebar (Screw driver). Dia kata nak tangkap Mickey Mouse dalam TV tu..."

"Apa..?????" INDERAAAAAAAAAA

5 comments:

kingbinjai said...

dude! betulkah kau mahu menangkap mickey mouse itu? ha ha

INDERA KENCANA said...

Ye lah. Aku ingat Mickey Mouse tu bermain-main dalam kotak besar yang berdindingkan kaca di bahagian depan tu. Entah macam mana aku boleh tebuk belakang TV tu. Kalau aku pecahkan kaca di bahagian depan tu lagi naya bapak aku...

kingbinjai said...

wahahhaha

Bunga Rampai said...

Salam Indera,

Hehehehe...gelak dulu! Padan muka kena rotan.. hehehe.

Isy, apalah Indera ni kakaknya dipangil pontianak?

Saya berfikir sebenarnya, tahap ingin tahu tu bukan main tinggi lagi, uji sana sini, korek sana sini...mesti minat ingin tahu tu ada kaitan dengan bidang kerjaya sekarang :)

Memang nakal!!!

INDERA KENCANA said...

King, hmmm.... hahahahha..

Salam Bunga Rampai,
Hehehehe...

Bunga Rampai belum dengar dia ketawa lagi... Apa-apa pun dia juga memanggil saya sebagai Kacang Hantu..

Kerjaya saya sekarang langsung tiada kaitan dengan minat saya sewaktu kecil. Emak saya pernah berkata "Kusangkakan dah besar jadi engineer.." Hehehehe...