Thursday, November 15, 2007

Gambar lagi...!!

Minggu ini sememangnya merupakan minggu yang sibuk bagi saya. Dalam pada terpaksa menghadirkan diri ke pejabat untuk sesi pagi, di waktu tengaharinya pula saya terpaksa ke Bangunan Selangor Dredging bagi menyertai Bengkel IELTS yang diadakan di sana. Sepulangnya pula tersangkut pada kesesakan lalu lintas menuju ke Rawang sehingga terpaksa menunaikan Fardhu Maghrib di mana-mana surau yang terdapat di sepanjang jalan pulang ke rumah. Untuk itu, saya ketika ini benar-benar culas untuk menulis. Kita lihat gambar sahaja ye??
Ini adalah gambar Siri Aufa yang terbaru. Apabila bergambar, dia lebih gemar menutup mulutnya kerana dia merasakan giginya tidak cantik. Mungkin juga. Ini kerana saya dapati giginya hadapan sudah dihakis oleh cavity. Sewaktu dia seusia dengan Adil Rayyan dahulu, Siri Aufa agak sukar dibawa untuk diberus giginya. Dalam masa yang sama, kegemarannya tetap pada gula-gula dan coklat. Akibatnya, gigi hadapannya nyaris mereput dimamah cavity. Mujur sahaja sebaik usia melewati 4 tahun, dia sudah tahu akan kepentingan memberus gigi dan tidak culas lagi untuk melakukan pembersihan gigi setiap kali dia masuk ke bilik air untuk mandi.



Usianya kini 4 tahun 6 bulan. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya seperti barusan semalam dia dilahirkan. Saya tersenyum memandangnya. Kehairanan melihat kulitnya yang putih melepak. Tertawa kehairanan mendengar tangisan sewaktu dipeluk kali pertama oleh Azah untuk disodorkan susu. Kini dia sudah dara sunti... Sudah tahu erti cinta pun, katanya!!




Dua minggu lepas, saya membawanya ke taman tema The Lost World di Ipoh. Alangkah gembiranya dia apabila dapat menaiki carousel. Dia cuma tersenyum apabila saya letakkan dia di atas pelana kuda terbang itu.
"Kak Long naik sorang tau!! Kalau Baba naik sama, nanti Baba pengsan..."
Dia mengangguk tanda mengerti.
"Baba, kenapa kuda Kak Long cantik?" tanya sambil tertawa.
"Baba rasa kuda Kak Long cantik sebab tuannya pun cantik..."

Kemudian carousel itu bergerak. Berputar dengan perlahan. Sewaktu kuda itu berjalan pergi, dia menoleh ke arah saya sambil melambaikan tangannya. Dari pegun pandangan matanya, saya seperti dapat menangkap suara hatinya,
"Baba, janganlah tinggalkan Kak Long, ye!!!"



Ini gambar terbaru Adil Rayyan. Bulan November ini usia 1 tahun 6 bulan. Cuma berbeza 3 hari sambutan harijadi dengan kakaknya. Rambutnya agak unik. Ini kerana rambut tidak pernah dipotong kecuali sehabis tempoh pantang Azah melahirkan dia. Oleh kerana rambutnya kerinting mewarisi rambut Azah, rambut Adil Rayyan tidak nampak panjang sangat kecuali apabila rambutnya ditarik lurus sewaktu bersikat ataupun sewaktu sedang mandi.


Dari Isnin hingga Jumaat, ketika waktu bekerja, dia akan ditinggalkan di bawah jagaan pengasuhnya yang dia panggil Mak Dah. Di rumah Mak Dahnya ini, dia punya 2 orang "saudara kembar". Kesemuanya lelaki. Bayangkan bagaimana penatnya Kak Dah terpaksa menjaga 3 orang kanak-kanak kecil yang lasak. Adil Rayyan sangat sukakan kereta. Eta, eta.. mulutnya tidak berhenti mengungkapkan kata-kata itu jika dia dibawa bersiar-siar. Tidurnya pula mesti dengan Opah. Mesti dipeluk Opahnya. Suatu malam dia terjaga. Dilihatnya, Kak Long sedang enak memeluk Opah kesayangannya. Dengan perasaan cemburu yang meluap-luap dia bangun dan terus menjatuhkan tamparan pedih ke muka kakaknya.

"Hey sakit aku***!! Apa yang kamu tampar aku... bla... bla.. bla...!!" suara kakaknya membebel di tengah malam buta.
Sejak dari malam itu kakaknya tidak lagi berani tidur di sisi Opahnya.

*** Puas saya mengingatkan Siri Aufa agar tidak menggunakan gantinama "aku" apabila dia marahkan adiknya. "Aku" itu pada hampir kesemua keadaan menggambarkan satu kata gantinama yang kasar.



Di Hari Raya yang barusan berlalu itu, saya dan Azah mengenakan Adil Rayyan dengan Baju Melayu lengkap bersampin. Cuma songkok sahaja yang tidak dapat diperolehi oleh kerana tiada saiz yang sesuai untuknya. Alangkah kacaknya dia dengan pakaian itu berlarian di dalam rumah sambil bermain bersama sepupu-sepupunya. Sayangnya, saya tidak sempat merakamkan saat itu..

Semalam sepulangnya dia dari rumah Mak Dahnya, di dalam perjalanan pulang, dia terlihatkan sebuah Proton Iswara Hijau yang mirip seakan kereta saya.
"Baaakk" katanya memberitahu Azah bahawa itu adalah kereta saya.
"Bukan. Itu bukan kerana Baba..." kata Azah.

Langsung dia menangis tersedu-sedu marahkan Uminya menafikan bahawa itu adalah kereta Babanya. Sewaktu saya hendak meninggalkannya di hujung minggu, saya pasti berkata,
"Angah, Baba balik dulu tau!! Angah jangan nakal-nakal tau..!!"
"Na Nak" katanya.

Baginya Na Nak itu bermaksud "jangan", "tidak mahu" atau "bukan".



Ini pula adalah potret keluarga Azah yang diabadikan sewaktu Hari Raya ketiga baru-baru ini. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali saya, cuba anda teka yang mana satukah saya dan Azah. Pemenang yang bertuah akan membawa pulang hadiah percutian "Menyelam Ke Dasar Laut di Benua Antartika Tanpa Menggunakan Sebarang Peralatan Menyelam Selama 14 hari 11 malam Yang Bernilai Errrr... Errrr.... Apa-Apa Sahajalah!! (Perbelanjaan ditanggung sendiri)".

Kata Kunci : Adil Rayyan
(Kalau jumpa kedudukan Adil Rayyan, pasti tahu siapa ayahnya. Dan pastinya anda tahu yang mana satu Uminya)

16 comments:

Izariza said...

Indera,
Rasa tahu yang mana satu .. tapi takut BETUL .. saya tak mahu mati percuma! Hahaha!

Unknown said...

Kak Iza,
Hahahahahaha....

Ada tak kak..??

pB said...

Salam Indera ...

terimakasih sebab menepati janji ....


patutler call tak berbalas, sibuk ruper rupernyer

hayad said...

alaa..sy dh x boleh teka la ek? tp takpe, adiah tak best,kekekke

Masy said...

baju merah! betul x?

tp klu betul, hadiahnya sy sedekahkan utk mat2 rempit malaysia yg gemarkan aksi ekstrim hihih

Unknown said...

rasanya boleh agak! :)

KAMATO said...

comel puteri aufa mu itu...

KAMATO said...

noraini ingin sangat nak tau sapa sebernar indera, nanti dia tenguk sendiri

Sastri said...

nak cuba teka laaa... yang berbaju merah tu ke Indera?

Bunga Rampai said...

Yang mana satu idaman kalbu? ;)

Yang berbaju merah tu barangkali?

Salam Indera :)

AKMA said...

Salam sahabat,

Comel sungguh permata hati Indera! Entah bila dapat ketemu.

AKMA minta laluan....

Nak minta tolong kalau ada sahabat-sahabat yang ada rumah nak disewakan di Tok Jembal/Seberang Takir, Budget - RM350. URGENT.

Terima kasih.
i d h a m k h a l i l @ g m a i l . c o m

achik said...

saya pun teka yang baju merah.. ;)

Mak Su said...

hai... salam kenal

zwitterion said...

baju merah...:)

Unknown said...

meh saya teka...awk yg pakai baju merah & wife sblh rayyan tu kot.wah!sihatnya awak.rasanya cam kenal je...tapi di mana ya...dlm angan kot,tak pun mimpi...eh..org macam awk mesti minat lagu ZZ kan?..

Unknown said...

meh saya teka...awk yg pakai baju merah & wife sblh rayyan tu kot.wah!sihatnya awak.rasanya cam kenal je...tapi di mana ya...dlm angan kot,tak pun mimpi...eh..org macam awk mesti minat lagu ZZ kan?..