Tuesday, February 13, 2007

Ke Puncak Cita Bhgn 9

"Dr. Indera dah tak ada" kata abang itu. Di dadanya tertulis tanda nama SABRI. "Dia dah bersara masa cuti semester dulu. Sekarang ni dengarnya dia pergi buat umrah dan lepas tu dia nak melawat anaknya yang sedang belajar di UK"
Kata-kata abang itu betul-betul meredakan rusuh di hati saya.
"Abang Sabri ni..." gerutu saya. "Lain kali cakaplah dah bersara. Ada pulak cakap 'tak ada'.. tak ada tu banyak maksudnya".
"Eh, bukan aku cakap dah bersara tadi ke?... Haa!! yang engkau ni pulak buat apa kat sini?? Engkau bukan dah habis belajar ke..??" tanya Abang Sabri lagi.
"Saya sambung buat Advance.."
"Berapa lama lagi..?"
"Dua tahun"
"Hmmm... lagi dua tahun la aku tengok muka engkau kat sini.." kata Abang Sabri.
"Haiii..?? Bunyi macam dah menyampah je. Tak suka tengok muka saya ke..?? Kalau tak suka, saya baliklah..."
"Eleh, merajuk.."
Hahahahahahahahahaha....
Saya kenal dengan Abang Sabri sejak di awal semester sewaktu diploma lagi. Orangnya agak kasar dalam bergurau. Tetapi baik hati menolong pelajar-pelajar yang berurusan di Pejabat Pengurusan Fakulti itu.

"Abang, kalau Dr. Indera telefon sini, abang tolong tanyakan alamat dia.." kata saya.
"Baiklah. Tapi engkau kena belanja abang Teh Tarik.."
"Berkiranya.... Ok lah bang. Saya masuk kelas dulu. Sembang lama-lama dengan abang, bukan ada faedah pun..." kata saya sambil bergurau.
Hahahahahahaha.....

Kursus Diploma Lanjutan itu benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental saya. Petua Abang Shamsuri sudah tidak boleh dipakai lagi di peringkat ini. Andai kata sering gagal di dalam kuiz dan ujian dan ditambahi pula prestasi yang buruk di dalam peperiksaan, akan gagallah. Kedatangan yang penuh dan komitmen yang jitu tidak upaya menyokong seseorang pelajar untuk lulus. Dalam erti kata lain, Diploma Lanjutan bukanlah masanya lagi untuk bersenang lenang sambil mengharapkan Senarai Kedatangan yang penuh datang membantu di saat kritikal. Di peringkat ini bermaksud, tidak boleh buat bererti gagal.

Cabarannya yang terlalu sukar ditambahi pula dengan pensyarah-pensyarah yang tegas, gesaan di dalam penggunaan Bahasa Inggeris peringkat tinggi, bebanan kewangan kerana saya sudah tidak mendapat kemudahan asrama, membuatkan saya benar-benar tertekan dan hampir-hampir berhenti di separuh jalan. Setelah dirisik, bukan saya sahaja mengalami nasib sedemikian. Bahkan hampir keseluruhan pelajar di dalam kursus itu.
"Saya tak tahulah macam mana nak buat dengan Indera ni..." kata Dr. Rasid ketika saya dan beberapa teman berkumpul di biliknya.
"Saya dah 'bedah' sana, 'bedah' sini. Masih tak upaya nak selamatkan dia... Nampaknya semester ini saya terpaksa gagalkan awak" kata Dr. Rasid lagi sambil ketawa. Tetapi saya yang kepucatan. Hampir setiap malam sepanjang cuti semester itu saya tidak dapat tidur. Namun sampai sahaja keputusan semester itu, saya masih lulus. Lulus dengan gred yang amat buruk. Saya tetap jua bersyukur.

Saya mendengar khabar angin mengatakan pihak atasan ITM berjuang untuk mendapatkan status universiti untuk ITM. Sekurang-kurangnya Diploma Lanjutan nanti boleh ditukar nama menjadi Ijazah Sarjana Muda Kepujian. Sebelum ini disebut sebagai Diploma Lanjutan Setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian. Alangkah tidak praktikalnya di dalam penyebutan.

Suatu pagi Jumaat, warga kampus bergembira apabila kerajaan meluluskan permohonan ITM untuk menukarkan Diploma Lanjutan dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian. Akan tetapi ITM masih belum dapat dinaik-tarafkan sebagai sebuah universiti. Ini bermakna, kumpulan kami bakal menyandang gelaran Ijazah buat julung-julung kalinya di dalam konvokesyen. Solat Jumaat hari itu seakan lain benar syahdunya. Terasa heningnya menusuk ke dasar jiwa seolah-olah hari itu menyambut ribuan kesyukuran dari warga kampus. Tentu Dr. Indera yang entah berada di mana itu sedang bergembira dengan khabar ini. Dr. Indera...

Setiap kursus pastinya tidak lengkap tanpa thesis. Thesis saya menjurus tentang pergerakan harga di pasaran saham. Silap saya. Ruang lingkup pengkajiannya terlalu besar. Sepatutnya saya menjurus kepada beberapa kaunter terpilih sahaja. Akibatnya saya dimarahi oleh Ketua Kursus kami. Apa daya saya. Saya sudah cuba sedaya mungkin.

Walau bagaimanapun, saya merasakan sedikit bimbang. Dari cakap-cakap pensyarah ITM membayangkan bahawa Malaysia bakal berdepan dengan kegawatan ekonomi yang teruk. Lebih teruk dari yang dialami pada awal-awal tahun 80-an dahulu. Di akhbar menayangkan gambar George Soros sedang duduk dengan gaya yang angkuh. Benarkah itu semua angkara George Soros? Nilai Bhat jatuh menjunam-junam. Di akhbar pagi itu menunjukkan gambar seorang pekerja di Korea Selatan yang tertidur di tangga akibat kehilangan pekerjaan. Di Taiwan juga sedang rusuh apabila syarikat-syarikat besar mula mengalami kerugian bilamana kos operasi luar negara gagal ditampung setelah kejatuhan nilai matawang mereka. Benarkah sesudah ini Malaysia mengalami nasib yang sama?

Saya tidak bimbang. Ini kerana saya tahu apa yang akan saya lakukan sesudah tamat belajar nanti. Saya sudah punya matlamat saya sendiri.
"Engkau cadang nak kerja di mana nanti Indera..?" tanya Nizam ketika kami sedang asyik menonton television di malam minggu.
"Aku nak sambung belajar..." jawab saya acuh tidak acuh.
"Wahh... maksud engkau, engkau nak buat Masters?"
Saya cuma mengangguk.
"Aku akan memohon buat Masters selepas aku bercuti panjang 3 bulan"
"Huuuiii, boleh jammed otak engkau asyik belajar je.."
Saya hanya mengangkat bahu.

Setamat sahaja peperiksaan akhir, semua teman-teman memohon untuk bekerja di institusi kewangan di ibukota. Saya sekadar memandang sepi kesibukan mereka mengepil dokumen itu dan ini. Keputusan peperiksaan boleh diketahui secara online. Dail sahaja nombor, akan keluar segala maklumat.
"Maaf, maklumat anda tiada di dalam sistem kami. Harap maklum"

Suatu malam, setelah 10 kali mendail nombor yang sama, akhirnya penantian saya berakhir di penghujungnya.
"95987459, Indera Kencana Bin Muhammad Suria. Status, lulus semua matapelajaran. Analysis and Valuation of Securities II, B+..."
Saya sudah tidak mendengar suara melalui mesin itu. Suara saya berteriak kesukaan membelah malam yang sunyi membangkitkan seisi rumah dan mengejutkan Mak dan Apak yang sedang nyenyak tidur.

(Bersambung)

13 comments:

zwitterion said...

suspen oo kalau nak tau result..biasa sy tepon tgh2 malam waktu mak ayah dah tido..hehe

hayad said...

ceh! ingatkan dr.Indera....
sangkaanku meleset sama sekali

Iman Mawaddah said...

Sempat merasa sarung jubah baru kaler biru tak? BTW, amplang ada..tapi gambar tak boleh nak upload, "buah hati" tukang ambil gambar tak keluar2 icu hehe. Teringin nak rasa ke? bak address saya pos. Rasanya lebih kurang macam junk food double decker. Ok lah..not bad..tapi saya kurang gemar.

achik said...

saya pun ingatkan dr indera...
cam sangkaan hayad ;p

kingbinjai said...

oooo bersara je rupanya. kau ni!

areyoung said...

Nak sambung master plak.. mmg berfikir di luar kotak ah.

khairyn said...

salam indera,

diam bukan hilang. masih mengikuti kisah indera.

'ada orang dilahirkan dengan bakat, ada orang terpaksa mengasah bakat'

fikir-fikirkan, di mana letaknya kategori indera.

INDERA KENCANA said...

Zwit,
Sebab kalo Mak Ayah belum tido, nanti diaorang nak tau result lak kan..?? Buatnya kantoi, nak jawab apa... :P

Dayah & Achik,
kwang kwang kwang... jangkaan anda meleset...

Iman,
Kami pakai jubah lama je. :(
Belum keluar lagi..? Lamanya..
Tentang amplang tu, kalau kawan dari Sabah tu nak antar lagi, cakap ke dia, minta dia hantar seguni. Hehehehehehe..

King,
Kenapa..?? Bunyi macam dah arwah ke..??

Areyoung,
Ingat nak buat juga. Hanya itu sahaja bekalan masa depan..

Khairyn,
Masih belum sembuh 'sakit' lagi ke..??
Saya rasa saya yang kedua. Terpaksa mengasah bakat..

Bunga Rampai said...

Waduh, apa ni?? Ke Puncak Cita Bhgn 9? Mak ooi, banyaknya saya ketinggalan, alahai...

Nanti saya datang lagi seusai membaca semuanya :)

Salam seharum bunga rampai buat Indera Kencana, moga sihat ceria dan dalam damai ..

pB said...

tahniah...

bila nak sambung...?

zizie ali said...

sambung.jgn tak sambung. jalan ke puncak tentu paaaaaaaanjaaaaaaaaang...

Lan Rambai said...

aku dah agak dah.. mesti Dr Indera tu belum mati lagi.. errr.. dalam cerita ko ni lah... ko buat master apa pulak? Mastercard? Master of Puppet?

INDERA KENCANA said...

Salam Bunga Rampai,
Layangan Indera ini sudah lama sepi tidak disinggahi haruman Bunga Rampai. Layangan ini akan merentang pelangi apabila harumanmu datang bersimpuh. Datanglah lagi, wahai Bunga Rampai.

Kak Pb,
Selamat datang ke laman saya.
Saya baru je sambung.

Abang Zizie (abang?)
Paaaaannjjaaaaaanngg...

Lan,
Aku mastermind. Tapi belum sampai tahap Grand Master lagi. Bawah sikit dari Headmaster. Atas sikit dari Station Master.