Monday, September 18, 2006

Kami Dilarang Menjamah Ikan Tapah

Seperti Basri tanya dalam entri saya sebelum, memang wujud persoalan mengapa kami dilarang dan ditegah menjamah Ikan Tapah sedangkan Ikan Tapah juga adalah rezeki kurniaan Ilahi dan dengar khabarnya merupakan antara ikan sungai yang mempunyai rasa yang enak.

Mungkin kalian semua pernah mendengar dongeng Pak Kaduk yang suka menyabung ayam kemudian melalui tipu helah sultan, dia menukarkan ayamnya dengan ayam sultan. Pertaruhannya adalah kampungnya sendiri. Akhirnya ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai. Kampung itu adalah kampung kami dan Pak Kaduk sendiri adalah my great-great grandfather. Benar, Pak Kaduk itu adalah moyang saya yang berasal dari Siak, Sumatera yang membuka kampung kami. Kampung yang tidak pernah tunduk kepada sultan. Akhirnya sultan menggunakan tipu helah untuk mendapatkan kampung itu melalui sabung ayam - permainan kesukaan Pak Kaduk sendiri.

Dongeng yang tercatat di buku berakhir dengan tergadainya kampung itu. Melalui cerita lisan kami pula, setelah kampungnya tergadai, harta-bendanya dirampas, anak dan isterinya menjadi gundik sultan, tiada apa yang tinggal pada dirinya lagi. Pak Kaduk hanya mampu duduk termenung di sebuah dangau (pondok) di tepi Sungai Perak. Duduklah dia di situ berkeluh-kesah mengenangkan untung nasibnya (yang dicari sendiri. Siapa suruh menyabung ayam??) bertemankan kucing kesayangannya.

Tanpa disedarinya, kucingnya mengiau-ngiau di kakinya kemudian menuju ke tepi sungai. Kemudian kembali ke kakinya mengiau-ngiau dan balik semula ke tepi sungai. Sehinggalah tujuh kali kucing itu berkelakuan demikian, Pak Kaduk merasakan bahawa kucingnya itu ingin memberitahunya sesuatu. Lantas, Pak Kaduk mengekori kucingnya ke tepi sungai dan dilihatnya seekor Ikan Tapah yang besar sedang terdampar di tepi sungai itu.

Pak Kaduk melihat ikan itu masih hidup dan perutnya kelihatan kembung dan keras. Pak Kaduk agak kehairanan melihat ikan sebesar itu dan fikirnya, jika dibelah perut ikan itu pasti terdapat telur ikan yang banyak. Pak Kaduk membelah perut ikan itu dengan pisau yang terdapat di dangau di tepi sungai itu dan di dalamnya... Wahhh!!! setongkol emas merah!! Anehnya pula ikan itu tidak pula mati, walau telah dibedah perutnya oleh Pak Kaduk.

Pak Kaduk kemudiannya menjahit perut ikan dengan menggunakan jarum patah dan juga benang daun nenas sehingga selesai. Selesai sahaja menjahit, Pak Kaduk merendamkan ikan itu di tepi Sungai Perak sambil berkata, "Oleh sebabnya engkau, Allah kurniakan rezeki padaku dan dapatlah aku menebus semula tanah, harta dan anak isteriku. Dengan ini aku bersumpah bahawa Anak-anakku, Cucu-cucuku, piut-piutku, keturunanku dan segala yang hempas-hempas ke daun dilarang memakan Ikan Tapah sama sekali sehingga ke Hari Kiamat. Barang siapa yang melanggar sumpah ini akan mendapat celaka tubuh badannya".

Pak Kaduk kemudian menebus kembali segala yang telah tergadai dan langsung bertaubat dari pekerjaan menyabung ayam. Tidak lama sesudah itu anaknya memperolehi seekor Ikan Tapah lantas memakannya setelah ianya siap dimasak. Selepas memakan ikan itu, tubuh anak lelakinya mula melepuh seperti melecur. Sebaik sahaja lecur itu pecah, airnya akan mengalir ke anggota tubuh badan. Mana-mana anggota yang terkena air ini akan melepuh juga sehinggalah seterusnya. Pak Kaduk merasa amat susah hati dan bimbang. Sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan namun tidak mendatangkan hasil.

Suatu malam, Pak Kaduk bermimpi. Datang seorang tua memberitahunya bahawa anaknya itu telah melanggar sumpah. Sumpah Ikan Tapah. Orang itu berkata ubatnya adalah emas merah Ikan Tapah direndam di dalam secangkir air. Airnya diminum dan disapukan ke serata badan. Sewaktu Pak Kaduk merendam emas Ikan Tapah itu, air di dalam cangkir membuak-buak laksana air mendidih menandakan bahawa benar penyakit itu disebabkan Ikan Tapah.
Mulai saat itu, barang siapa ahli keluarga Pak Kaduk yang termakan Ikan Tapah akan dirawat dengan menggunakan emas merah Ikan Tapah. Pak Kaduk pulang ke Siak dan meninggal di sana. Legasi sumpahan itu masih berkesinambungan sehingga ke hari ini. Seorang sepupu saya (tentera) terkena wap rebusan Ikan Tapah, melepuh seluruh badan. Seorang saudara jauh yang tidak mempercayai mitos Ikan Tapah dengan sengaja menggulai ikan itu, akhirnya sehingga kini mengalami gila yang tidak berkesudahan.

Ubat melepuh itu hanyalah emas Ikan Tapah. Sehingga kini, kami masih belum mengetahui punca kenapa kami dilarang menjamah ikan tapah. Tiada kajian saintifik yang dibuat. Tetapi saya syak, melepuh itu adalah disebabkan alergi. Iaitu darah keturunan Pak Kaduk mempunyai alergi yang sangat hebat terhadap kandungan (minyak omega??) dalam badan Ikan Tapah. Itu sahaja. Bukan sebab Ikan Tapah itu yang membawa bencana. Semuanya di tangan Allah.

Tetapi terdapat seorang lelaki Cina dari Telok Intan yang datang ke kampung kami lewat tahun-tahun 70-an mencari ubat untuk penyakit kulitnya yang melepuh. Berhimpunlah orang-orang tua kampung kami melihat kulit lelaki Cina itu. Akhirnya mereka sepakat bahawa penyakit itu sama seperti simptom penyakit Ikan Tapah yang menyerang keluarga kami. Lelaki Cina itu kemudiannya dirawat dengan emas merah. Ketika emas merah itu dimasukkan ke dalam air, air itu membuak-buak menandakan ianya benar berpunca dari Ikan Tapah. Sekiranya tidak, air itu tidak akan membuak-buak. Setelah diselidiki, umum di kampung itu mengetahui bahawa lelaki Cina itu dilahirkan di kampung kami. Membesar sehingga berusia 20 tahun di kampung kami. Dia kemudian melarikan diri dan keluarganya ke Telok Intan sewaktu berlakunya Perang Sabil antara masyarakat Melayu dan Cina di Daerah Perak Tengah dan Hilir Perak dalam tahun 1948. Inilah yang dikatakan di dalam sumpah Pak Kaduk, ".... dan hempas-hempas ke daun". Ertinya percikan atau tempias sumpahannya.

Sejarah itu pahit tetapi mengandungi ubat yang sangat mujarab. Keluarga kami amat berhati-hati mengakui kami ini keturunan Pak Kaduk. Kerana Pak Kaduk itu menifestasi kepada kebodohan. Tetapi sejarah itu tidak boleh ditipu. Kebodohan akan terhapus oleh keazaman dan juga semangat untuk maju. Dalam perkara Ikan Tapah ini, saya sendiri tidak tahu untuk meletakkan diri saya di sebelah mana. Mempercayainya atau tidak. Untuk tidak percaya, saya sudah melihat kesannya di hadapan mata saya dan saya tidak sekali-kali ingin mengambil risiko untuk mencuba menjamah Ikan Tapah. Untuk percaya pula, saya ini bukanlah seorang yang tahyul atau merepek. Saya pulangkan segalanya di bawah urusan Allah. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Wallahua'lam.

32 comments:

kingbinjai said...

mula mula aku membaca tajuk blog ini au sudah terbayangkan stau kisah dongeng yang pernah aku dengar. namun aku tidak tahu apakh cerita dongeng tersebut sehinggalah engkau menerangkannya.

pertama, aku sedikit terkejut dengan pengakuan salasilah engkau. aku tidak tahu samaada mahu percaya atau tidak. namun aku ucaokan tahniah, kerana keturunan pak kaduk mempunyai blog!

aku mahu menanyakan satu soalan, di manakah emas merah itu? hilang atau sudah habis?

INDERA KENCANA said...

King, Emas merah tu masih ada hingga sekarang. Dalam simpanan cikgu merangkap datuk sedara aku. Emas merah itu kini dalam bentuk kerongsang yang boleh dibuat kalung. Hanya itu sahaja baki emas merah Ikan Tapah yang masih ada hingga ke hari ini.

Terima kasih kerana menghargai salasilah kami..

Bunga Rampai said...

Menarik kisah ini. Dulu saya andaikan saya sekadar mendengar cerita rakyat, tak sangka saya bertemu keturunan Pak Kaduk dalam blog :)

Nak tanya, maknanya seluruh penduduk kampung tak makan ikan tapah?

Agaknya, kalau baki emas merah tu dah tak ada, tak adalah penawar penyakit melepuh tu, atau mungkin sumpahan Pak Kaduk akan berakhir?

Salam.

kingbinjai said...

tak sabar aku nak berjumpa dengan waris pak kaduk ini

INDERA KENCANA said...

Salam utk Bunga Rampai;
Pada pendapat saya, cerita rakyat di Malaysia ini berdasarkan kepada kisah sebenar cuma ditokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita. Tetapi pangkalnya tetap sama. Hal ini terjadi kerana tiadanya pengkajian yang mendalam terhadap watak yang diceritakan dan akhirnya watak tersebut hanya kekal dalam salasilah keluarga.

Saya kira tidak mustahil sekiranya suatu masa nanti kita akan bertemu dengan waris Lebai Malang atau Mat Jenin. Mungkin waris mereka enggan mengaku di khalayak kerana seperti yang nyatakan di dalam entri saya ini, watak-watak Pak Kaduk, Lebai Malang atau Mat Jenin merupakan menifestasi terhadap kebodohan. Siapalah yang sanggup mengaku sebagai waris individu yang bodoh dan ini merupakan stigma di dalam masyarakat kita. Lainlah sekiranya waris kepada Tun Perak atau Hang Tuah.

Di dalam kampung itu keseluruhannya tidak boleh menjamah Ikan Tapah. Walaupun sebahagiannya merupakan golongan pendatang namun hasil daripada asimilasi budaya dan perkahwinan dengan keturunan Pak Kaduk tetap menghasilkan generasi yang tidak boleh sama sekali menjamah Ikan Tapah. Sekiranya Bunga Rampai berjumpa dengan orang Perak, jika mereka memberitahu Bunga Rampai bahawa mereka tidak boleh menjamah Ikan Tapah, ini bermakna mereka itu keturunan Pak Kaduk sendiri.

Emas Ikan Tapah suatu masa pernah cuba digadai oleh moyang saya (entah moyang ke berapa, akibat kemiskinan) tetapi dengan pertolongan Allah, turun ribut yang amat kencang yang menyekat perjalanan moyang saya itu. Jika perkara ini tidak terjadi, saya kira mana-mana yang terkena melepuh itu pasti akan menemui ajal tanpa dirawat. Kerana penawar yang ada setakat ini hanya emas merah Ikan Tapah (sebagai asbab) sahaja. Ubatan di hospital masih belum dapat menyembuhkan penyakit ini (setakat yang saya tahu, kerana rata-rata doktor yang merawat akan merujuk kepada pakar kulit dan pakar kulit hanya mampu memberi ubat penenang sahaja).


King, engkau jumpa aku nanti, engkau terpikat kat aku, aku tak tahu.. Ha ha, tak tahu... (Adam)
Kita jumpa di Bazaar Ramadhan. Gerai engko nomor brape..??

kingbinjai said...

BELUM TAHU LAGI

Jabbar said...

Sial-sila le berkunjung ke laman web Kampung Tua Lambor Kanan - http://www.kgtualambor.net/ untuk mendapatkan kisah penuh Ikan Tapah.

Nak tanye sikit, Indera ni anak sape?.. cucu-cicit Hj. Sulaiman ke?

- Keturunan Pak Kaduk -

Unknown said...

Memang keturunan yg dilarang memakan ikan tapah ni dah merata Malaysia merantau dan ingatlah jika terlanggar pantang ini kembalilah mencari penawarnya dikg Tua Bt 16 Lambor Kanan.

luncaik said...

salam nak tanye lah..nak contact org yang ade kturunan xleh makan ikan ni camne ek?saye nak wat research..so nak tau camne nak contact org2 yg dapat membantu saye,,please..huhu

M.E.Y said...
This comment has been removed by the author.
M.E.Y said...

salam...

Ayah sye pon berasal dri lambor kanan @ bota kanan....ayah sye ade bgtau jgk yg keturunan ktorg x leh mkn ikan tapah...nti akan terkene sumpahan tok kaduk...tapi ayah sye ckp 7 keturunan je...yg mne 1 yg betul?..7 keturunan shje atau smpai bile2 sumpahan ni x akan hapus??...plz reply...cnfius gak ni...

leto oje said...

saya adalah salah seorang dari keturunan ini..
saya juga dah mendengar pelbagai versi cerita..
mungkin para komentar boleh search di wikipedia..disana terdapat juga cerita sebegini..

Noor Azni said...

Saya juga salah seorang keturunan ini..cucu Tajul Molok..

Noor Azni said...

Saya juga salah seorang keturunan ini..cucu Tajul Molok..

Unknown said...

hi,cmne sy boleh dapatkan contact no ? sy dari astro, sy nak buat liputan pasal cerita ni. boleh tak kol sy di no 0112708827, emel azreenzachery@gmail.com

yusra zakwan said...

saya juga keturunan pak kaduk. duk kt kg tua batu 16. arwah tok saya omardin

Unknown said...

Sy juga keturunan pak kaduk dan di larang oleh keluarga dr menjamah ikan tapah. Onyang sy kulop riau..

Unknown said...

Kalau macam tu,kau mesti kenal Batrisyia Aqmar.Family dia macam tu.Kalau mereka sentuh ikan tapah dan airnya kulit mereka akan mengelupas Atuk Batrisyia yg bersumpah pasal keturunan dia tak boleh pegang atau sentuh air ikan tapah kalau tidak kulit akan mengelupas sehingga keturunan ku masih bersambung.So,kau mesti kenal Batrisyia Aqmar

Unknown said...

Assalammualaikum.. Saya pernah mendengar kisah ikan tapah ini. Dulu, nenek saya yg berasal dr perak menceritakan yg keturunan nya tidak boleh makan ikan tapah kerana akan terkena sumpahan itu. ketika saya masih kecil ayah saya pernah membawa kami sekeluarga pergi ke sebuah rumah tp saya lupa, cuma yg saya masih ingat di rumah itu ada satu bekas yg besar berisi air. saya pun tak tahu nama bekas tu apa. Dan saya seperti msih ingat yg pernah terlihat kalung emas yg direndam dalam air. Hingga kini, setelah nenek dan ayah saya telah kembali ke rahmatullah dan saat akhir mak saya juga pada 2014 memesan supaya jgn memakan ikan tapah kerana keuturunan sebelah nenek ayah saya tidak boleh makan ikan itu. Jadi, saya agak keliru. sumpahan ini terkena pada siapa, keterunan ka?Sebab ramai sangat saya tengok nama keturunan yg timbul. Kalau dulu, nenek saya kata kalau nak cari keturunan sebut Mat Bintang saja. sebab itu susur galur paling tingg. Mat Bintang keturunan kami.
Kalau benar kena pada keturunan saja, maknanya banyak2 nama keturunan yg timbul pasal tak boleh makan ikan tapah ini, adakah kita semua satu keturunan dan keluarga?

yusra zakwan said...

yup sumpahan 2 wujud. sb tok sedara sy prnh kena percikan air ikan 2 msa lalu psr.abs bdn. pergi berubat umah tersebut emas merah. n family sy mmg sll ingtkn tntg perkara ni sejak kecil lg. sumpahan ni terkandung dlm cte dongeng pak kaduk

Unknown said...

Assalamualaikum.
Maaf boleh saya dapatkan no. fon atau alamat infomen yang boleh dirujuk tentang kisah ikan tapah ini tak?
Saya tengah membuat kajian mengenai kisah sumpahan ini sebagai tesis saya di UMS tetapi saya tinggal di Beruas boleh dikatakan dekat juga la dengan kawasan Lambor ni.

Unknown said...

Hi , sorry just want to shared .. cerita no benar 100% bcause my arwah ayah asal lambor rumah belakang balai polis lama , if orang perak tengha they know where this police station located , kami di larang makan , tengok pun sama . bfore this laa past 7 years ago . kami pergi aquaria the aquarium di klcc , then my arwah ayah tanya ada ikan tapah tak ? that guy blur him do now pasal ikan . that him know shark clown fish , anything yang laut sahaja , then bila arwah ayah malas nak borak panjang kita masuk w/out any suspsion , bila sampai tempat ikan sungai baru je berapa langkah my arwah ayah dah ajak balik he saw a big TAPAH . he said if happen kita akan kena something but he not tell me selanjutnya .. yang penting orang yang menyumpah tuh memang BODOH , selfish !

Unknown said...

Teman udah lama x baca pasal cerita ni walaupun teman dr salisilah ketrurunan Pak Kaduk di Kg Tua Lambor Kanan, Parit, Perak. Udah ingat2 lupa kisah penuhnya tp teman x pernah lupakan pantang larang yg arwah opah dan bapak teman tentang ikan Tapah ni.

InsyaAllah dpt satu hari nnt keturunan Pak Kadok dapat berkumpul dan siapkan satu salisilah lengkap sebagai rujukan generasi akan datang.

Teruskan kajian ni... Teman sokong sepenuhnya

Unknown said...

kite kira sedara la.hihihi

Unknown said...

kampong aku tu.

Unknown said...

Assalamualaikum.. Teman saje bace balik maklom le lupe kisah pasal pak kaduk ni padehal keturunan awok. Lagi pun bagus blog ni sebab menceritakan asal usul macam mane kisah ni bermule. Sape-sape yg terkene sumpahan tu boleh le dtg terus ke Kampung Batu 16 Lambor Kanan Perak kampung teman. Sebelom terkene cam dulu rhope mane ikan tapah tu jangan ikut dan je makan tu yek.. Sekian

Aqish said...

Sya pon Sama jgk xbley mkn ikan tapah kerana sya pon keturunan pak kaduk

Unknown said...

Saya pun keturunan Pak Kaduk dr Kedah..arwah datuk anak jati Perak..masyarakat yg menafsirkannya sbg kebodohan..Pak Kaduk mempunyai sifat yg mulia iaitu selalu bersangka baik, tidak tahu berbohong sehingga org mengambil kesempatan ke atas kemuliaan hatinya..yang bodoh ialah manusia yang suka mengambil kesempatan..saya bangga dengan keturunan saya, iaitu Pak Kaduk yg asalanya dari Siak berdarah diraja..

Unknown said...

boleh saya dapatkan no telefon. Sebab saya terkena sakit kulit yang bermacam ubat tak elok

Unknown said...

boleh saya dapatkan no telefon. Sebab saya terkena sakit kulit yang bermacam ubat tak elok

Unknown said...

boleh saya dapatkan no telefon. Sebab saya terkena sakit kulit yang bermacam ubat tak elok

wanie mimok said...

nak tahu ape tu?? mana² yang keturunan sumatera indonesia(keturunan pak kaduk) mmg tak blh mkn ikan tapah ni. dah mmg dia bersumpah.