Tuesday, April 17, 2007

Minyak Primrose




Saya sampai di rumah jam sudah menunjukkan jam 11.00 malam. Kata Azah, Siri Aufa sudah tertidur setelah lama menunggu saya. Tertidurnya pun di bucu kelambu. Kasihan!!. Setelah menyiapkan hidangan makan malam, Azah masuk ke kelambu untuk menyusukan Adil Rayyan yang merengek. Tinggal saya seorang sahaja menikmati makan malam. Di luar, angin bertiup di dalam pekat malam dengan burung hantu berbunyi sahut-sahutan.


Saya terkesankan di wajah Azah nampak seperti tidak ceria. Saya menggenggam erat tangan sebelum memberikan satu ciuman di pipi.

"Kenapa awak nampak tidak ceria? Awak tak suka ke abang balik?"

"Suka" jawabnya pendek.

"Sudahnya kenapa? Tidak sihat?" tanya saya lagi.

"Sihat. Cuma saya kena senggugut.. Sakit!! Perut rasa tak tentu kira. Sama seperti sakit bersalinkan Adil dulu"

"Kan Izinni bagi petua supaya banyak makan lada hitam dengan halia.. awak dah cuba?" tanya saya (terima kasih, Izinni)

"Dah... tapi tak banyak kurang!!" katanya

"Ok.. kalau macam tu kita cuba petua Sastri pula.. Esok kita cari Evening Primrose Oil tu.."

"Hmmm... tengoklah nanti"

"Tak boleh tengok-tengok. Kena cuba!!"


Pagi-pagi esoknya, Azah sudah ke sekolah. Ada kelas tambahan untuk pelajar tahun 5 dan 6. Pulangnya bermuka monyok dan berkerut. Terus sahaja masuk ke bilik dan berselimut. Saya hairan. Anak-anak pula bergaduh apabila Adil Rayyan cuba mendapatkan botol body spray dari tangan kakaknya.

"Kenapa? Demam?" tanya saya.

"Entah... rasa badan sejuuukkk sangat" katanya pula.

"Bang, tolong picit kepala Zah, abang" pinta Azah. Saya memicit kepalanya namun hanya sebentar apabila terdengar Siri Aufa menjerit diikuti dengan tangisan Adil Rayyan. Rupa-rupanya anak lelaki saya itu telah ditolak oleh kakaknya.


AKMA sudah pulang dan menghantar pesanan ringkas. Mungkin beberapa ketika lagi dia akan mengusulkan satu pertemuan. Ohhh!! bagaimanakah harus saya bertemu dengannya dengan wajah orang bulan-bulan ini (istilah Linda)?. Ini semua gara-gara makanan laut yang diambil dari Pulau Pinang dahulu sehingga membawa kesannya ke hari ini.


Di sebuah klinik di sebuah bandar baru itu saya terpaksa membayar sebanyak RM80.00 demi untuk menjadi kacak semula.

"Berapa yang abang kena bayar?" tanya Azah.

"RM80.00" Menyesal saya sehingga menepuk dahi.

"Wahhh... lepas ni tentu ramai yang terpikat pada abang.." usik Azah.

"Siapa yang nak terpikat kat abang. Boss abang? Awak kan tahu kat pejabat tu bukankah semuanya lelaki?"


Petang harinya Azah sudah tidak berdaya menahan rasa sakitnya. Kami ke Pekan Ayer Tawar mencari Pandol Menstrual. Berkali-kali saya leteri Azah supaya membeli minyak Primrose itu.

"Mahal bang... harganya RM40.00" katanya.

"Ubat sapu ke?" tanya saya bodoh-bodoh. Saya sering terkeliru antara Primrose Oil dan juga French Oil.

"Ehh... ubat makan la bang. Ada 120 kapsul semua. Boleh tahan 4 bulan"

Saya menghulurkan Azah wang kertas RM40.00.

"Kalau macam tu awak pergi beli juga"

Tidak tega di hati saya, isteri menderita sakit sekadar dibelikan panadol. Sedang saya yang berusaha untuk kacak sanggup mengeluarkan belanja sehingga RM80.00.


Setelah malam menjelang, Azah berbisik bahawa selepas pengambilan Evening Primrose Oil itu, perutnya merasa lega. Banyak angin yang keluar dari badan dan kepalanya juga tidak lagi rasa sakit-sakit. Yang paling utama, pendarahan yang selama ini keluar berketul-ketul kini lancar pengeluarannya. Azah sudah kembali ke perwatakan asalnya. Riang dan tidak monyok lagi.

"Yang rasa elok kamu pun ambil Evening Primrose Oil tu Indera. Baik untuk kulit" kata kakak saya.

"Tak ada duit" jawab saya ringkas.

"Daripada kamu bayar doktor tu sampai RM80.00!! Baik kamu keluar RM40.00 lagi puas hati" tempelak kakak saya. Saya sekadar mampu terkebil-kebil.


Di dalam perjalanan pulang ke Rawang, Azah menyatakan rasa terimakasihnya di atas keperihatinan saya terhadap kesakitan yang dialaminya. Sesudah mengambil Evening Primrose Oil itu, dia nampak riang. Terima kasih untuk Sastri yang mencadangkan pengambilannya. Juga terima kasih pada Imanmawaddah dan Izinni atas petua tradisional itu. Maafkanlah, Azah agak kurang serasi dengan petua lada hitam itu. Kemungkinan dia sendiri kurang tahan pada kepedasan rasanya. Apa pun saya ucapkan terima kasih banyak-banyak pada anda. Juga pada King dengan petua sakit kepala itu. Ianya sangat berkesan!!

19 comments:

Adinina said...

xpe belanja lebih bro..nnt k.azah awet mude.haha. if you want a cheaper alternative, try garlic pills.

ah kim said...

brkerut dahi aku baca..! hmm..ok. (confuse)..

achik said...

Saya pun penah belikan mak saya Evening Primrose Oil tu... tapi tak dimakannya... jadi hiasan atas meja je...

blackpurple @ jowopinter said...

Evening Primrose itu memang elok sebab banyak kajian perubaan pun menyatakan begitu. Kalau tak salah Primrose itu sendiri mengandungi banyak Gamma Linolenat (kalau tak silap....)

Tapi tak tahu pulak kesannya ke atas lelaki. :D

blackpurple @ jowopinter said...

perubaan = perubatan. :)

Izariza said...

Itulah tanda kasih suami kepada isterinya. Saya pasti Azah tentu bersyukur punya suami sebaik indera. Semoga rahmat Allah bersama kamu sekeluarga :)

Anonymous said...

rupanya indera seorang suami yang romantis...beruntunglah si isteri yang mempunyai suami sebaik indera..

Iman Mawaddah said...
This comment has been removed by the author.
Iman Mawaddah said...

ooo ye ke? hehe tak tau nak komen apa.

Sampaikan salam saya dan hana (cempakabiru.blogspot.com) pada bro AKMA.

banggugar said...

salam,
petua yg berkesan.. nak terai pun takde kedut2 lagi.. utk hilang parut boleh ke?..
(",)

zwitterion said...

baiknya Indera..;)

Masy said...

baiknya indera.. :)
untung untung. sy kene cari org yg mcm ni jugek nih - tp bukan indera laaa hehehhehehe

pB said...

wah Indera, dah jadi macam entry iklan la pulak...

rasanya kak pB pun nak kena cuba Minyak PrimRose ni..
nak cantikkan kulit...

izinni said...

sama-sama. biasalah kena cuba macam2 cara sebelum jumpa yang serasi. Alhamdulillah dah jumpa penawarnya :)

Sastri said...

sama-sama... :D gembira dapat menolong sedikit sebanyak... EPO ni byk kelebihannya... Sas pun mula ambil sebab mak yg sarankan 5-6 tahun lepas... Sas ambil jenama Vitahealth Primolin Gold... sebotol ada 120 kapsul dan harganya RM100 lebih... diambil 2-3 biji sehari... insyaAllah, ok... salam Sas pada Azah... :D

zizie ali said...

spesis rosa dah lama menjadi salah satu herba ubatan tradisional melayu.
apapun, yg penting ikhtiar. keserasian memang tidak kepada semua orang. ada orang yg serasi dgn sesuatu ubat. orang lain serasi dgn ubat lain pula.

BaYu SenJa said...

tak pandai nak mengomen pulak kali ni.. tapi bayu cukup berbangga kerana pernah bersahabat dengan seorang suami seperti indera :)

CerminDiri said...

salam kehidupan,
memang ciri seorang suami mithali ada terselit dalam diri anda .teruskanlah

INDERA KENCANA said...

Nina,
Garlic pun bagus jugak ke Nina? Wahh.. boleh cuba ni. Bonda Nina sekarang bagaimana?

Azzam,
Confuse..?? Hahahhahahaha... tidak mengapa. Hal senggugut ini bukankah hal kaum wanita..

Achik,
Ada lagi EPO tu? Kalau Bonda Achik tak mahu, bagi saya.. :P

Bro BP,
Ya. Memang tinggi kandungan Gamma Linolenat. Tetapi penggunaannya di kalangan lelaki kurang menyerlah. Kenapa ye?

Iza, Sakura & Zwit,
Terima kasih. Sebenarnya pun, saya juga banyak kelemahan saya sendiri. Saya bukanlah suami yang baik. Azah kerap makan hati dengan tingkah saya..

Iman,
Insya-Allah. Buat masa dan ketika ini, kami masih belum berkesempatan untuk bertemu lagi...

Banggugar,
Rasanya boleh sebab Primrose ni memang untuk kulit..

Masy,
Sayangnya adik lelaki saya sudah berkahwin. Jika tidak, saya akan ambil Masy jadi adik ipar saya. Hehehehehe.. jgn marah ye Masy. Saya bergurau je..

Kak pB,
Dengar kata promoter tu, khasiatnya membuang toxic dalam badan. Melancarkan perjalanan darah. Mencantikkan kulit dan juga awet muda. Wahh.. pakej tu!! Cubalah Kak pB.

Izinni,
Terima kasih atas petua Izinni. Saya akan sampaikan pada yang lain (yang jenis tak kisah). Mungkin sesuai pada adik saya. Adik saya juga selalu senggugut.

Sas,
TQ Sas. Tak tahu nak cakap apa. Happay bila tengok dia kembali seperti asal. Masa dia sakit senggugut dulu, nak bercakap pun dia tak mahu. Sekarang nampak happy je.
Azah guna Bio-Life. Satu botol ada 120 kapsul. Harga RM40.00. Dapat diskaun RM3.00. So, kitaorg beli harga RM37.00 je.

Wahai abangku Zizie (Hehehe),
Betul. Saya setuju. Penerimaan tubuh seseorang terhadap sesuatu ubat itu memang berbeza. Ramai yang mencuba pelbagai jenis tetapi tak berkesan. Apabila bertemu dgn yang sesuai terus menggunakannya sampai bila2.
Saya tidak tahu yang Primrose itu di dalam keluarga Rosa. TQ kerana bagitahu.

Bayu,
Terima kasih. Saya bukanlah suami yang baik. Cuma sentiasa "ingin" dan mencuba menjadi suami yang baik. Tetapi kadangkala masih ada aspek yang org lain tidak puas hati..

Cermindiri,
Salam perkenalan dari saya.
Terima kasih atas galakan. Semoga persahabatan kita akan bercambah dan terus mekar..