Thursday, December 28, 2006

Asas's Old Boys

Cuti sekolah kian sampai ke penghujungnya. Sam, akan pulang semula menabur khidmat ke Negeri Di bawah Bayu pada 1 Januari. Sementelahan dia berada di kotaraya ini, kami sepakat mengadakan perjumpaan untuk meraikannya.

Perjumpaan itu dijadualkan pada jam 8.00 malam di Restoren Tupai-Tupai. Memikirkan keadaan trafik kawasan itu yang sukar diramal, saya keluar dari pejabat tepat-tepat jam 6.00 petang supaya saya boleh sampai di situ mengikut masa. Rupa-rupanya, trafik sangat lancar. Lima belas minit sahaja saya sudah tiba di perkarangan Tupai-Tupai.
"Mahu kuperbuat apa awal-awal sebegini.." fikir saya menggaru-garu kepala sambil jam menunjukkan masa pada 6.30 petang.

Keadaan tempat itu lengang dan sunyi sepi sahaja. Saya menghidupkan enjin kereta dan berlalu ke arah Bandaraya Kuala Lumpur. Niat di hati ingin membeli barang keperluan anak-anak atau jalan-jalan cari makan. Namun hajat tidak kesampaian apabila melihat trafik semakin sesak.

Akhirnya saya singgah sahaja di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Melihat bangunan usang dan ragam orang-orangnya. Tiada surau disediakan!!!. Sudahnya menapak ke Masjid Negara.

Sam dan Din sudah sedia menanti dalam suram perkarangan Tupai-Tupai. Sam tidak mengenali saya. Cuma Din yang masih mengecam saya kerana kami pernah bertemu 2 tahun yang lalu di Ipoh. Selepas diperkenalkan kepada Sam, dia mengucap panjang melihat saya.
"Berubah total. Aku sudah tidak mengenalimu..!!" katanya.
"Ahhh... kamu apa kurangnya. Perut sudah membusung ke hadapan.." kata saya berlucu.

Kami duduk di satu meja. Seorang demi seorang teman tiba. Setiap kali mereka mampir, setiap kali itu dahi mereka berkerut cuba mengingati gerangan insan-insan yang duduk semeja. Namun setelah bayangan wajah-wajah remaja belasan tahun mengisi ruang ingatan, terledak ketawa masing-masing. Berubah. Tersangat berubah.

Jarak masa 16 tahun menukarkan bentuk fizikal dan penampilan masing-masing. Sam dahulunya gempal, kini bertambah gemuk dengan ukur lilit pinggang 40 inci. Cuma jenakanya yang masih seperti dahulu. Mazlan, kelahiran Ipoh yang dingin kini lelaki metroseksual. Jamil masih seperti dahulu, cuma sekarang tersangat matang dan tiada lagi gaya samsengnya. Din pula sentiasa berkopiah dan masih rendah seperti dahulu. Awaludin juga seperti dahulu cuma kumisnya sangat tebal.

Saya yang paling banyak menimbulkan persoalan di hati mereka. Saya sewaktu di sekolah itu berkaca mata bingkai hitam dengan badan yang kurus melidi. Sekarang tidak lagi memakai kaca mata, bertubuh gempal, berdahi luas (akibat keguguran rambut. Hormon barangkali) serta kulit yang lebih cerah dari dahulu. Cuma saya masih pendiam seperti dahulu. Lebih suka mendengar perbualan orang lain.

Makanan di Tupai-Tupai agak mahal bagi saya yang berpendapatan kecil ini. Namun sesuai dengan konsep dan suasana santai yang ditawarkan. Perbualan kami banyak berkisar tentang rakan-rakan yang sudah lama tidak diketemui. Juga tentang perkara semasa dan perancangan masa hadapan. Masing-masing sudah punya anak 2 dan 3. Paling ramai setakat ini punya 4 orang anak.

Dalam riuh perbualan itu, ingin saya merakamkan gambar teman-teman. Ingin saya membuat perbandingan wajah mereka di zaman remaja kami dengan gambaran masa kini. Pasti ramai yang tidak percaya melihat perubahan fizikal masing-masing. Yang teramat pasti, masing-masing kini sudah matang dan merasakan diri sudah tua. Oh, ya!! Mizwar kini bertugas sebagai guru di Ipoh. Manakala Open di KWSP!!.

Pertemuan yang berakhir jam 12.00 malam itu terasa begitu singkat amat. Entah bila boleh ketemu lagi...

9 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Memang seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama, mengimbau nostalgia muda-muda.....

Wajah, rupa fizikal terutama tang perut, ada yang masih maintain, ada yang dan tak berapa maintain he he he...

zwitterion said...

hehe..memang best kalau dpt jumpa kwn2 lama. satu nikmat..

bluecherry @ fai said...

kawan lama byk cite kisah baru..
kawan baru byk cite kisah lama, ye laa baru nak berkenalan..

Rindu kawan2 kat hostel tahun 1996/97

Anonymous said...

Tu belum lagi termasuk jumpe gf atau bf lama zaman sekolah dolu2..hehe sure macam sesegan je bile berjumpa.

hayad said...

saya tiada apa mahu dikomen, cuma sekarang ini sedang menggoogle ttg lelaki metroseksual,ehe :D

Adinina said...

ASAS tu ape? (soalan sama 'pumpkin' tu ape?)

Anonymous said...

aku kenal kau je yang lain tu semua aku tak kenal

INDERA KENCANA said...

Bro. BP,
Tang perut tu..., hmmm... memang masing-masing tak cover. Kalah wife yang pregnant..

Zwit,
Hah? Nikmat?

Blue_cherry,
Saya suka kawan baru dan lama..

Iman,
Bila jumpa bf/gf lama, masing-masing maintain muka selamba... asal jangan ada kutu yang buka cerita lama, dah le... hehehehe..

Hayad @ Dayah,
Perlu diingat, metroseksual tiada sangkut paut dengan sexual orientation seseorang lelaki...

Nina,
ASAS tu maksudnya Sons of the devil's hostel... hehehehe

King,
Memang le. Dah engkau tak satu sekolah ngan aku. Kalo ko satu sekolah ngan aku, mesti ko dah set ngan aku. Perut satu saiz.

cik kiah said...

MEnarik...ASAS Boys