Kisah 1
Sudah seminggu saya tidak melihat kelibatnya di Layangan Indera ini. Sudah seminggu juga harumannya tidak menyapa alam maya ini. Saya tertanya-tanya. Kenapakah dia menghilang agaknya? Sibukkah dia atau tidak sihatkah dia? Hati saya digaru keresahan. Juga rindu. Rindu untuk menatap tulisannya yang indah di nian pujangga. Membaca baris-baris ayat digubah teratur sehingga menerbitkan rasa berbunga di hati. Tulisannya menjadi ilham untuk saya giat menulis. Mencemburui kebijaksanaan aturan ayat karangan sehingga saya sentiasa ingin menulis seperti dia.
Beberapa hari ini dia menyepikan diri tanpa meninggalkan selayangan perkhabaran buat saya. Sememangnya saya resah. Mujur teman-teman yang lain masih sudi menjenguk saya di layangan sepi ini. Sungguh, sekiranya teman-teman yang lain juga menghilangkan diri sepertinya dia, pasti saya akan merasa buntu dan hilang akal.
Layangan Indera ini sepi tanpa harummu..
Ke manakah engkau menghilang wahai Bunga Rampai...?
Kisah 2
Sudah dua hari Azah dan anak-anak menemani saya di Bandar Tasik Puteri. Selama dua hari itulah rumah saya berseri dengan gelak ketawa mereka. Rumah itu bagaikan mendapat sinarnya. Sudah tiada lagi kesuraman laksana mendung yang menyelubungi rumah itu.
Tiada lagi jadual harian yang ketat. Saya tidak perlu terkejar-kejar untuk pulang ke rumah memasak untuk makan malam dan juga tebongkok-bongkok menggosok baju bagi persediaan hari esoknya. Segala-galanya sudah disediakan oleh Azah. Alangkah baiknya jika ianya berterusan sepanjang musim.
Namun saya amat menyedarinya. Musim itu pasti akan berakhir jua. Mendung serta ribut pasti membadai di hujung senja. Sabtu ini Azah serta anak-anak akan pulang ke perdusunan itu semula, meninggalkan saya kesepian dikelilingi oleh memori tawa ceria anak-anak saya. Ahhh.. kenapakah setiap kegembiraan itu sering sahaja berakhir dengan cepat?
Indera : Juga terkenangkan adik saya, Maniq Kayangan yang pergi membawa hati laranya setelah cintanya dicurangi. Di manakah kalian?
11 comments:
indera
begitulah adatnya hidup...akupun dulu pernah merasa musim itu...dan kadang-kadang dalam hati kecilku berharap agar musim itu menjelma kembali kerana musim itu mengajar aku erti rindu dan ketabahan...
emm..x pasti apa yg nak dikomen saat ini..saya suka tulisan Indera.
Salam (sambungan dari jerangkung)
... dan ini akan membuatkan indera lebih menghargai nilai cinta dan kasih sayang keluarga.
Bersyukur kerana putaran musim itu singkat saja bagi indera. Manakala buat saya, mungkin 2 3 tahun nanti, baru saya akan dapat memeluk ibu bapa saya. kena tabah dan kuatkan hati.
Saya juga rindukan Maniq Kayangan.. oh, Akirasuri juga... di mana mereka??
ya..ya..ke mana agaknya si bunga rampai menghilangkan diri...?
kadang kadang kehilangan suatu pengajaran terbesar..
Mereka yang dirasai kehilangan adalah insan istimewa..
Namun,jangan selalu sangat hilang, nanti x ada pulak yang nak rasai kehilangan kita..
kalau kita la yang menyepi, ada ke manusia yang akan merindui ketiadaan kita?!
ya, saya juga tertunggu tunggu kehadiran bunga rampai
Indera...dalam roda hidup...kita kerap kali dilambung pedih rindu dan berselang seli dengan senyum tawa tersayang dan anak-anak. Ada kala kita seakan meratapi takdir Tuhan. Ya...kadang kita meratapi takdir. Hampir dua tahun...ya...hampir dua tahun AKMA cuba memahami secebis hikmah takdir Tuhan. Walau mulanya derita..akhirnya AKMA ketemu manisnya. Persoalannya...kalau AKMA tidak ketemu manisnya...apakah Tuhan itu zalim? Tidak...tidak sama sekali...DIA Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Lalui saja gelombang rindu ini...inilah manisnya hidup...
Jer @ Sang Perba @ Ahmad Marzu,
Benarkah begitu Ahmad Marzu. Aku kira orang ganas seperti engkau pandai rindu-rinduan. Hehehehe... aku bergurau sahaja.
Terima kasih kerana amat memahami rasa hatiku. Aku juga merindukan saat-saat lalu di D6. Jika aku tak berupaya pulang ke D6, dapat berbicara tentang D6 bersama-sama engkau pun sudah memadai.
Zwit,
Tak mahu komen apa-apa?
Terima kasih Zwit. U're so sweet..
Khairyn,
Yang membuatkan kita lebih menghargai sesuatu adalah apabila perkara itu amat sukar digapai. Saya amat mengagumi ketabahan khairyn. Jika saya di tempat khairyn, belum tentu saya sekuat khairyn walaupun saya ini lelaki.
Aminbakish,
Mudah-mudahan mereka akan pulang mewarnai alam maya ini.
Saya sudah ketemui kaedah meninggalkan komen di blog saudari.
Bro BP dan King,
Waahhh... korang pun tunggu dia juga ke..?? Senyap saja dia ye!!
Bayu Senja,
Memang yang hilang itu sangat istimewa.
Betul tu. Dibimbangi saja, kan? Bayu jika begitu janganlah menghilangkan diri ye!!
Entahlah. Susah nak kata. Bergantung pada keadaan dan populariti kita. Jika saya hilang mungkin tiada yang terasa. Tetapi jika Bro Black Purple kita tu hilang, mahu menangis bloggers seantero alam mencari dia...
AKMA,
Saya bersetuju dengan AKMA. Kesepian banyak mengajar saya agar merenung kembali anugerah yang dikurniakan oleh Allah dan mensyukuri setiap pemberiannya. Kepahitan membuatkan kita semakin hampir denganNya dan jiwa kita lebih redha terhadap ujian yang melanda.
Saya tabik padamu, bang...
same faith, different stories..except i dunno when it will end..in the meantime, just take it as tarbiyah..
Thanks Nina..
Post a Comment