Thursday, December 14, 2006

Eeeiii!! Geram tau...

Dia mengamuk lagi. Kali ini membaling sudu pula. Kena tepat ke dahi adiknya yang sedang merangkak-rangkak ke arah Babanya. Adiknya melolong kesakitan. Benjol dahi. Baba sudah mengetap bibir menahan kemarahan. Jika turutkan hati, pastinya dia sudah dibalun dan dirotan dengan penyangkut baju. Mujur sahaja usianya baru 3 tahun setengah. Baba tidak sampai hati untuk memukul kerana Baba tahu dia pasti tidak berupaya menahan pukulan Baba yang kuat.

Baba cuma berdiam diri. Menahan gelojak di hati. Tiga puluh saat kemudian Baba berkata,
"Kak Long tak boleh berperangai macam tu. Nanti adik tengok. Kemudian adik ikut. Kak Long nak nanti adik baling sudu pula ke dahi Kak Long sampai benjol?".
Dia diam. Bungkam. Wajahnya masam mencuka. Adik tergapai-gapai ingin masuk ke dakapan Baba. Dia sekadar memerhati.

Baba menimang adik. Adik terkekeh-kekeh ketawa. Dia memandang lagi. Baba merasa kasihan. Baba letak adik. Kemudian menghampirinya dan menggeletek perutnya. Dia ketawa. Kemudian marah.
"Baba mengada... Baba sosot".
Tetapi Baba menyinga.
"Baba tak suka Kak Long cakap bukan-bukan!!"
Dia terdiam. Baba tidak memahami maksud perkataan "sosot". Tetapi Baba tidak mahu dia menuturkan perkataan yang dia sendiri tidak faham maknanya. Yang dia tahu bunyinya agak lucu. Memang sejak akhir-akhir ini dia selalu menuturkan perkataan yang tidak dia fahami. Setiapkali dia mengungkapkannya, setiap kali itu Baba dan Umi akan berteriak kemarahan.

Dia merayu kepada Umi supaya membenarkan dia bermain basikal di luar rumah. Umi menghubungi Baba di pejabat minta kebenaran. Baba memberi lampu hijau. Dia keluar petang itu bersama basikal birunya.

Melihat sahaja jalan yang terbentang luas itu terasa alam ini seperti miliknya. Dia berkayuh basikal selaju mungkin sehingga sampai ke jalan besar. Umi sudah berteriak keras. Pantas mengejarnya ke tepi jalan. Menarik tangannya masuk semula ke rumah bersama basikal birunya. Dia menangis. Jiran-jiran semua melihatnya. Umi menutup pintu dan terus mengunci.

Dia radang lagi. Baba terlalu lewat pulang dari pejabat. Sering Baba pulang jam 7.00 malam. Sudah masuk waktu maghrib. Baba kepenatan. Baba tidak punya masa untuk membawanya ke padang permainan. Geram sungguh. Sudahlah itu seperkara, budak gemuk di sebelah rumah ini pula sering mengejeknya.
"Hieee... tak sukalah duduk di Rawang ni....!!!"

Ada tidaknya perkara yang menyukai hatinya ialah Baba sering membawanya pusing-pusing kawasan perumahan itu di waktu malam.

Semalam Umi mencubit lengannya kerana dia menyelerakkan buku-buku serta kertas-kertas yang Baba simpan di dalam laci itu. Pagi tadi sebelum Baba pergi kerja, Baba mencubit pipinya kerana Baba geram. Baba geram kerana dia menuangkan seteko air milo ke atas kepala adiknya yang sedang merangkak. Bukannya air milo itu panas. Adik tidak tahu apa-apa. Dia lihat adik ketawa sahaja. Tetapi Baba pula marah-marah. Umi tertunduk-tunduk mengelap lantai yang kebasahan.

Setiapkali dia melakukan perkara yang membuatkan Baba dan Umi marah, hatinya terasa lapang. Cuma Baba dan Umi sahaja yang tidak memahami maksud hatinya. Hairannya sewaktu di kampung, perasaan seumpama ini tidak timbul. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Baba tidak tahu. Umi pun tidak tahu.

Bosan. Bosan. Bosan. Dia memanjat jaring besi yang memagari muka pintu sehingga ke palang yang teratas. Dari dapur Umi berteriak.
"Kak Long!!!!"

21 comments:

bluecherry @ fai said...

eiii, mmg geram..

Tau sesangat.. ketiga2 ultramen kat umah pun mcm tu.. siap nyorok lagi tuang atas bantal.. basikal.. lantai.. karpet.. eiii geram, kecik2 pun mmg kena piap kaki nyer..

zwitterion said...

kak long tu Aufa ke?..hehe.melayan kerenah budak2 kecik..

Anonymous said...

salam

Seronok Aufa menyakat mama, baba dengan adiknya. Mungkin dia hendak perhatian yang lebih dari babanya agaknya.

Kesian mama dengan baba, sakit tekak menjerit :>

hayad said...

huhu,mcm2 karenah anak-anak kecik ni kan?

mmg saya tidak sesuai lg utk jadi parent,ehe

KAMATO said...

Salam
walau apa pun anak itu anugerah dari Nya yang tak ternilai

Anonymous said...

Indera...kadang anak-anak ada naluri rindu yang amat mendalam. Jauh hebat dari yang kita jangkakan. Lalu buat mereka kadang 'nakal' lebih dari biasa. Dari mata kita...kita marah...kurang senang. Tapi sebenarnya...itu terjemahan rindu akan kasih sayang kita. Dulu...AKMA pun tidak arif soal ini...tapi berjauhan dari anak-anak, buat AKMA jadi pemerhati yang teliti. Setiap kali nakal anak-anak di bumi Malaysia...selalunya ada kaitan dengan rindu mereka...juga rindu abah. Sama seperti...rindu di hati permata hati Indera dan suri.

Anonymous said...

indera..
baru baru ni saya bersama seorang pakcik (boleh dipanggil tokwan)yang datang melancong ke syria. Dia bertanya kepada seorang sahabat saya yang sedang mendokong anaknya.. "anak kecil ni selalu buat perangai tak?" sahabat saya menjawab "selalu.." lantaran pakcik tersebut membalas.."A" sambil mengangkat pacak ibu jarinya ke arah atas..:)

Lan Rambai said...

Sabar.. sabar hehehe


macamlah aku ni jenis sabar ngan anak2 aku hahaha..

INDERA KENCANA said...

Blue_cherry,
Bila tengok ragamnya boleh pening kepala. Tak menentu. Sekejap ok. Sekejap tak OK. Dek terlampau geram sangat tu, kena cubit juga. Hehehe..

Blue_cherry, saya masih tak boleh tinggalkan komen dalam kotak anda.. :(

Zwit,
Siapa lagi kalau bukan Siri Aufa itu..

Nak buat macam mana... Macam tu lah orang dah beranak pinak :(


Salam Khairyn,
Saya rasa pun dia inginkan perhatian. Perangainya menjadi-jadi sejak ada adik. Hairannya setiap kali dipujuk itu, mengamuk pulak tu...


Hayad,
Selamat kembali.
Macam tu la orang-orang umur macam saya. Hayad pun kena fikir juga. Masa tu tak jauh lagi tau!!


Kamato.
Salam perkenalan. Terima kasih atas ingatan anda dan kesudian anda mengunjungi layangan indera ini. Semoga persahabatan kita kuat terjalin.


AKMA,
Maksudnya kenakalan anak-anak terjemahan daripada rindu mereka kepada kita? Wahhh... saya tidak mengetahuinya. Terima kasih atas ingatan dari AKMA itu.


Bayu,
Nakal = lasak = sihat.
Mungkin itu tafsiran Tok Wan itu. Bagus juga tu.

Tapi jika sudah terlampau lasak itu pun letih juga.


Lan,
Sabar je lah aku.. Hehehehe..

Lan, anak engkau takut dengan engkau tak?

Sang Perba said...

anak aku kalau aku beliakkan bijik mata dia tahu ayahnya dah tak tahan kerenahnya...

Anonymous said...

tiba-tiba. aku terasa rindu kepada ultraman-ultraman kat kampung.

oit,
appointment kau dah expired. nak buat yang baru?

achik said...

budak2 mmg macam2 karenahnya... lagi2 yang baru dapat adik... anak buah saya dulu masa dia baru dpt adik dia tak nak ngan ibu dia ada la dlm seminggu padahal umur dia baru sethn lebih masa tu... rasa 'tergugat' kot hehehe...

INDERA KENCANA said...

Jer @ Ahmad Marzu,
Aku tak heran, sebab engkau memang ganas, ye tak?? Hehehehehe... aku gurau je la..


Book,
Aku tengok ko semedang ngan si'book' nya... aku malas nak kacau. Betul ke ko free skang ni..??


Achik,
Haa.. baru tahu..
Macam tu lah perangai budak-budak.
Tetapi kalau orang tua buat perangai budak-budak lai buruk..

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau lasak macam tu tanda bijak dan genius tu ...

hehehe

Rie said...

dia inginkan perhatian. berikan masa untuknya, bersamanya..

INDERA KENCANA said...

Bro BP,
Harap-harap boleh jadi begitu. Tetapi jika terlalu banyak ragam pun, mak bapak boleh pening jugak.


Esis,
Terima kasih atas ingatan itu..

Anonymous said...

Salam perkenalan. Memang lah sifat budak begitu. Anak saya seusia anak anda pun sama. Perlukan kesabaran tahap maksima berhadapan kerenah mereka. Saat-saat itulah yang manis untuk dikenang bila mereka dah besar nanti.

Anonymous said...

cian budak tu

Anonymous said...

Setuju dengan AKMA. Anak2 buah saya setiap kali ibu bapa mereka pulang dari kerja pasti ada perangai2 pelik yang dilakukan. Kadang2 kita tidak terfikir yang mereka boleh melakukannya. Itu baru berpisah beberapa jam..ini kan pula berpisah berhari2..bertahun2..

INDERA KENCANA said...

Hanisumayyah,
Salam Perkenalan.
Saya cuba meninggalkan komen dalam kotak anda tetapi tidak berjaya.

Terima kasih atas panduan anda. Salam untuk Hani yang tersayang.


King,
Sian....


Imanmawaddah,
Selamat kembali berblog. Sudah sihatkah?
Ya, betul kata Iman dan AKMA itu..

bluecherry @ fai said...

hm, sy tak pakai beta version pun.. tak pe laa, biar sy je tinggal komen kat blog awk.. :)