Sunday, February 04, 2007

Ke Puncak Cita Bhgn 4

Sebuah lagu nyanyian Shima, Teringin...

Sesekali kurasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiapkali kucuba hampiri
Makin jelas dengup jantung ini
Di ranjang keluh sepi
Ku sendiri

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah kuakui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti
Bukan lagi mimpi

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar kumelepaskan
Rasa hati...

Lagu itu berkumandang buat sekian kalinya di radio. Siri Aufa dan sepupunya kecoh berebut gula-gula di tempat duduk belakang kereta. Mereka tidak tahu bahawa saya di saat itu terbang pulang ke awal tahun 90-an.
"Indera, Niah paling suka lagu Teringin..." beritahu Haslina sewaktu kami menunggu pensyarah Bahasa Inggeris, Mrs. Pareira masuk ke kelas petang itu.
"Iyaa...??"
Haslina cuma mengangguk.
"Kalau macam tu, kau cakap kat Niah, aku akan sentiasa mengingatinya setiapkali aku mendengar lagu tu... Tak kira berapa lama sekalipun. Aku tak akan lupa..."

Sejak peristiwa malam itu, Niah mengelak dirinya dari saya. Sedang dia enak berbual dan berbincang dengan kawan-kawannya, Hartina, Jah dan Syikin itu, tatkala terpandang sahaja wajah saya, wajah Hasniah pasti mencuka.

"Baik, untuk tugasan kali ini, saya akan membahagikan kamu semua mengikut pasangan. Ertinya satu kumpulan hanya ada dua orang ahli. Seorang lelaki, seorang perempuan. Kertas kerja ini mesti sampai ke meja saya selewat-lewatnya dua minggu dari sekarang..." kata Dr. Tajuddin, pensyarah Ekonomi Malaysia.
"Kumpulan pertama, Azri Mamat dengan Khadijah Miskon. Azamir Johari dengan Hartina Muklas. Shahril Nordin dengan Azawati Hadi, Indera Suria dengan Hasniah Hasnan..."
Hooorraayy... hati saya bersorak...
"Armizam Ishak dengan..."

"Dr. Tajuddin, saya tidak setuju dengan kumpulan ini...!!!!"

Kami terkejut dan tercari-cari datangnya suara itu.. Hasniah!!!

"Doktor. Saya tidak kisah kalau saya dipasangkan dengan siapa sahaja. Asalkan tidak bersama Indera"
"Kenapa..??" saya bertanya.
"Sebab Niah tak suka awak.."
"Apa sebab..??"
"Sebabnya Niah memang tak sukakan awak.. faham tak..??"
Seisi kelas beserta Dr. Tajuddin berlongo melihat drama itu..
Huuuuuuuuuuuuuuhhhh, satu kelas bersorak panjang bila melihat airmata di pipi Niah.

"Indera, Hasniah. Masuk bilik saya sekejap.." panggil Dr. Tajuddin.
"Kenapa awak mengelak untuk diletakkan sekumpulan dengan Indera..?? Awak ada masalah ke..?? tanya Dr. Tajuddin sebaik sahaja kami berdua duduk di hadapannya.
"Tak ada..." jawab Hasniah. Pendek.
"Habis tu kenapa awak mengelak..? Indera, awak ada apa-apa dengan Hasniah..??"
"Ada Dr. Tajuddin. Tetapi saya tidak boleh menerangkannya kerana ianya terlalu peribadi. Maafkan saya, doktor.."

"Hasniah, Indera... saya tidak mahu awak berdua masukkan hal peribadi awak di dalam tugasan awak. Awak harus pandai selesaikan masalah awak berdua dan saya tidak mahu masuk campur. Keputusan saya muktamad. Awak berdua akan kekal sebagai satu kumpulan sehingga ke akhir semester..."

Wahh...!! Keputusan memihak kepada saya. Saya tersenyum menang. Saya berpeluang menatap wajahnya setiap hari. Tetapi berlainan pula dengan Hasniah. Dia langsung tidak mahu merenung wajah saya sepanjang tugasan kami. Setiapkali saya cuba membawa isu tentang kami berdua, dia akan membentak marah. Apa daya saya?

Keputusan kuiz kedua subjek Calculus diumumkan. Hasniah mendapat 96%. Manakala saya hanya mendapat 24%. Saya sememangnya tiada asas Matematik Tambahan di peringkat sekolah nyata tidak dapat bersaing.
"Kenapa engkau tidak minta tolong Niah ajar engkau..??" Hartina mengeluarkan cadangan.
"Minta dia ajar aku?. Tengok muka aku pun dia tak nak..."
"Kau tak cuba, mana kau nak tahu..?? marah Hartina.

"Tidak. Tidak!! faham tak? Dengan orang lain, Niah boleh ajar. Tapi tidak pada Kacang Hantu macam Indera" kata Niah marah-marah sewaktu saya meminta dia mengajar saya subjek Calculus itu. Keadaan saya sedang amat nazak. Tanpa pencapaian yang baik di peperiksaan, saya mungkin gagal kertas itu.

(Bersambung)

11 comments:

zwitterion said...

hasniah ingat kamu ada affair dgn suhaili..
kena tunggu lagi ka?..hehe

Unknown said...

ehehe dia jeles lahh.. lalalaatokk.
cuba pujuk dia baik2 ke..

Sang Perba said...

indera
ekekeke... cemburu sayang tuh... kadang-kadang kenangan lalu sering membuat aku tersenyum dan termenung!

ZaKiN said...

lama tak bertandang ke rumah tuan.. saya agak bz tuan.. huhuhu.. dari 1 lagu.. ada memori tersimpankan..

BaYu SenJa said...

salam, indera..
biasa la, orang pompuan:)

lama kan saya tak mendengar cerita indera? rasa rugi sangat terlambat mengikuti episod2 cerita indera yang menarik.

hayad said...

fuiyooo....sampai begitu sekali hasniah,hehehe...

ps: nanti di akhir bab, cerita la sket psl hasniah, ape kabar dia sekarang? sudah kahwen kah? berapa anak dah? :D hehehe

AKMA said...

AKMA masih berlari diasak tugasan. Tapi kisah ini terlalu kuat menggamit...

Senyum.

khairyn said...

salam Indera,

Babak 4 sungguh dramatik. Dia cemburu? hehehe.

Wah! satu rahsia Indera telah terbongkar. Lelaki bermata coklat hehehe.

Setuju dengan Akma. Saya juga ada tugasan yang mengejar waktu tapi harus ke sini dulu mencari penawar. Indera ibarat penglipur lara.

INDERA KENCANA said...

Zwit,
Itulah pun yang dia fikirkan..
Tunggu...

Linda,
Pujuk..?? Tak pasal-pasal saya kena ketuk dengan buku tebal..

Abang Jer,
Kenangan juga mematangkan kita...

Zack,
Kadang-kadang lagu mengingatkan kita ke masa silam.

Bayu,
Masih belum terlambat

Dayah,
Nak tahu kenalah tunggu. Hehehehe...

AKMA,
Selamat menyiapkan tugasan. Cerita saya menemani AKMA.
Saya pun tersenyum juga.

Khairyn,
Hehehehehehe....
Penglipur lara ok lagi. Jangan Tok Selampit dah la... :)

achik said...

hehehe sempat buat drama dlm kuliah.. "kuliah cinta" ;p

INDERA KENCANA said...

achik,
Kuliah cinta..?? Kikikikiki...