Hahahahaha... Selamat Hari Lahir, sayang-sayang Baba. Moga cepat besar, ya nak ya!! Untuk Siri Aufa yang telah berusia 4 tahun dan Adil Rayyan yang selamat menyambut hari lahir yang pertama.
Siri Aufa lahir pada 7.5.2003. Dia lahir pada jam 8.15 pagi setelah Azah menjalani pembedahan Caesarean kerana kedudukan Siri Aufa yang berada di dalam keadaan songsang di dalam rahim. Oleh yang demikian, kaedah bersalin secara normal tidak dapat dilakukan kerana akan membahayakan nyawa bayi dan ibu. Azah kemudiannya diusung ke dewan pembedahan sebaik sahaja selesai solat subuh. Tepat jam 8.15 pagi itu, Siri Aufa selamat dilahirkan ke dunia. Tidak tergambar bagaimana besarnya hati saya menerima anugerah Allah yang tidak ternilai harganya itu. Saya asalnya ingin menamakannya dengan nama Azizah Khairiah Arbain. Namun banyak pihak membantah dengan mengatakan nama tersebut seperti nama lama (nama orang dulu-dulu). Atas nasihat Mak, namanya saya ubah kepada Siri Aufa sempena nama murid kesayangan Mak. Hmmm... nama itu boleh tahan juga!!.
Sewaktu Siri Aufa di dalam kandungan, saya dan Azah menyangkakan bahawa bayi tersebut adalah lelaki. Sebaliknya yang keluar adalah perempuan. Manakala sewaktu mengandungkan Adil Rayyan pula, kami menyangkakan kandungan Azah itu perempuan. Namun yang keluar adalah lelaki. Begitulah kurniaan Allah. Kami bersyukur menerimanya. Adil Rayyan dilahirkan pada 3.5.2006. Empat hari sebelum Siri Aufa menyambut hari lahirnya yang ke-3. Adil Rayyan dilahirkan pada jam 11.30 malam setelah hampir 9 jam Azah dimasukkan ke wad bersalin. Wajahnya sebaik sahaja dilahirkan, persis wajah Siri Aufa. Saya namakannya Adil Rayyan. Sempena nama Imam Besar Masjid di Jeddah.
Tahun ini buat pertama kalinya Adil Rayyan menyambut hari lahirnya. Jatuhnya pada hari Khamis yang lepas. Sepanjang hari menurut Azah, Adil Rayyan mengamuk dan meragam tanpa dapat dipastikan sebab musababnya. Mungkin dia meragam kerana hari penting itu tanpa ayahnya di sisi barangkali. Hari lahir Siri Aufa pula jatuh pada semalam. Juga tanpa saya di sisinya.
Saya dan Azah sepakat mengadakan jamuan kecil sempena menyambut hari lahir Siri Aufa dan Adil Rayyan di sekolah tempat Azah mengajar. Kebetulan pada 5.5.2007 itu adalah hari di pertengahan tarikh kelahiran mereka berdua. Di sekolah tempat Azah mengajar pula, ada kelas tambahan bagi murid-murid Tahun 6. Dengan berbekalkan sebiji kek bersaiz sederhana, sedikit snek, gula-gula, kekacang dan buah-buahan, sambutan hari lahir Siri Aufa dan Adil Rayyan berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi meriah.
"Umi, Kak Long nak nyanyi dan tiup lilin macam orang dalam TV tu.." pinta Siri Aufa.
Atas permintaan Azah, murid-muridnya menyanyikan lagu harijadi untuk Siri Aufa dan Adil Rayyan. Sekadar tujuan untuk suka-suka.
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Adil and Siri
Happy Birthday to you...
Yeayyyy....!!! Budak-budak itu semua bersorak riang.
"Uuuukkhhhh... Nak ber*k!!" kata Siri Aufa sebaik sahaja budak-budak itu selesai menyanyi. Bikin malu.
Hahahahahahahahaha......
(Haiii.. anak aku tidak boleh dibawa ke majlis!!)
Rata-rata murid di sekolah tempat Azah mengajar datang dari keluarga yang susah dan ibubapa mereka ramai terdiri daripada mereka yang menyertai Program PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Sudah tentulah hal sambutan memotong kek harijadi ini sesuatu yang asing bagi mereka.
"Banyak makanan ni, kenapa tak makan?" tanya Azah pada Firdaus.
"Tak apalah cikgu. Saya simpan untuk adik saya"
Azah memandang saya. Saya hanya mengangguk.
"Tak apalah. Yang tu biar simpan untuk adik. Sekarang makan yang ini" kata Azah sambil menghulurkan sepinggan juadah berisi kek, gula-gula dan kacang untuk Firdaus. Firdaus tersenyum.
Siri Aufa suka betul hari itu. Maklum sahaja, dia kini sudah 4 tahun. Sudah memahami keriaan sebuah sambutan hari jadi.
Sepanjang pulang ke rumah selepas jamuan itu, Siri Aufa berkempen untuk pergi ke Jom Heboh yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh selepas mendengar budak perempuan yang tinggal di sebelah rumah Opahnya kecoh bercakap tentang Jom Heboh. Saya pusing kepala.
Hanya sambutan yang kecil. Tiada hadiah. Yang ada hanyalah ciuman tanda kasih dari Baba.
31 comments:
selamat hari lahir utk anak2 Indera. moga besar jadi muslimin dan muslimat yg diberkati kehidupannya.
amiiin~
salam kehidupam,
teringin untuk disambut hari jadi,sehingga sekarang tak kesampaian.
memang suka tengok kanak2 bergembira:)
Selamat hari lahir utk Siri Aufa dan Adil Rayyan.. semoga menjadi permata hati yg soleh utk umi dan baba.. :)
ciuman kasih sayang dr baba dia lbih bermakna dari hadiah kereta ferrari enzo..hehe..
Selamat Hari Lahir buat buah hati pengarang jantung Indera dan Azzah... Semoga kedua2nya membesar menjadi anak2 yg soleh dan taat pada ibubapa...
semoga berbahagia hendaknya...
selamat hari jadi buat budak2 2...moga panjang umur. x nak ajak achik makan kek ke...?lapar nie...
selamat hari jadi, semoga panjang umur dan murah rejeki. org tua tua kata, anak songsang ni kalau mak dia sakit sakit badan jika disuruh urt akan cepat melegakan. tak tahulah
Salam Hari Lahir buat Siri Aufa dan Adil Rayyan. Ahh....kebetulan lagi! AKMA berkongsi bulan kelahiran dengan pengarang jantung Indera. Beberapa hari saja lagi.
Siri aufa, Adil Rayyan, abang Hakim doakan kamu berdua menjadi orang hebat kelak. ameen.
indera,
tentu sekali dapat saya bayangkan kegembiraan dua anak itu menyambut hari lahir mereka kan. Semoga Siri Aufa dan Adil Rayyan menjadi anak solehah dan solah kelak.. amin.
Wah, pandai Indera dan Azah timing masa ...
Dua dua lahir bulan Mei...
Selamat Hari Jadi..
Sayu bila bab tang
"saya simpan utk adik saya tu..."
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang terlewat) buat adik Siri Aufa dan Adil Rayyan.
Semoga menjadi anak-anak yang soleh, akademis dan bertaqwa.. :)
Happy Birthday to your kids..Siri Aufa mmg buat lawak... mahu ***** pula...akakaka...tp bagus eh bday dkt2..jimat kek! just like me n adik, beza 1 hari.
selamat hari lahir buat kedua2 anakmu..
didik mereka dgn bijak spaya mnjadi 'seseorang'..
jgn jd mcm uncle azzam..ok?
Salam Indera,
Selamat Hari Lahir untuk Siri Aufa dan Adil Rayyan. Moga dewasa menjadi anak-anak soleh dan soleha.
Didoakan juga moga ibu dan ayah mereka dipermudahkan olehNya urusan mengasuh dan mendidik mereka.
Saya sebenarnya suka sangat dengan nama anak-anak Indera itu. Cubit sayang saya untuk mereka :)
wah...begitu unik sekali
nama anak2 indera...
Slmt hari lahir untuk mereka. Moga mereka membesar menjadi anak2 yang baik..
ye..ye..dah hapdet..dah hapdet..
selamat ulang tahun kelahiran buat Siri Aufa dan Adil Rayyan.. moga besar nanti mengerti dan mengenang kasih baba dan mama (betul ke panggil camtu?)
kakak saya juga bersalin anak songsang, sampai sekarang masih ketakutan.. Anas masih belum beradik :)
[Patuhilah ayah kamu, kamu akan dipatuhi anak kamu] Hadith Nabawi
Anak-anak adalah permata hati ....
Semuga anak anak mu menjadi insan yang bertaqwa dan beriman ....
Auntie Masy, Auntie Achik, Auntie Sas, Uncle Zam, Uncle Hakim & Uncle Black (BP),
Kak Long dan Angah ucapkan tima kacih....
Cermin,
Kalau tak de sapa nak raikan, raikanlah sendiri. Cari kek yang kecil, lepas tu panggil kawan-kawan buat doa selamat :P
Azzam,
Kalau la ciuman aku semahal Ferrari Enzo..
Uncle Achik Sufi,
Hari tu Kak Long dan Angah call Uncle Achik kat Syria, kenapa Uncle tak jawab phone pun..??
King,
Tak tahu pulak aku. Tapi bila anak sulung aku picit badan aku, rasa cam dipijak dek kucing je..
AKMA,
Terlalu banyak kebetulan kita ini, ye!! Selamat bertugas dan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke... err, berapa ye..?
Iza,
Haa.. dek terlampau seronok, Adil Rayyan mencelupnya tangannya ke dalam air teh panas. Meraung jugak la..!!
Kak pB,
Kebetulan je tu Kak pB. Ngeh.. ngeh.. ngeh..
Terima kasih.
Kesian jugak tengok budak2 tu suma kak pB.. Elok juga sambutan tu buat di sekolah. Sekurang-kurang boleh jamu budak2 tu..
Nina,
Rafique balik celebrite tak bila tiba birthday Nina..??
Uncle Azzam,
TQ uncle. Kitaorg akan ingat pesan uncle.
Tapi uncle best la.. Kadang kadang tu ada otak biru-biru sket. Hehehehehehe... Jgn marah uncle!!!
Salam untuk Auntie Bunga Rampai,
Sebenarnya kan, Baba kata dia peminat tulisan Auntie. Terima kasih atas ucapan selamat dari Auntie. Kami berdua doakan Auntie pun macam tu juga..
Nama kami tak adalah istimewa sangat. Baba tak pernah terfikir nama tentukan nama. Mana nama yang Baba berkenan, itu yang dia pilih. TQ Auntie Bunga Rampai. Salamat sayang dari Siri Aufa dan Adil Rayyan.
Sakura,
Terima kasih.
Nama biasa. Cuma jarang digunakan oleh orang kita..
Azzam,
Hah..?? ye ke? ye ke?
Uncle Bayu,
TQ uncle. Kita panggil Umi la.. :P
(Haa.. ni pulak dari ayah dia..)
Memang begitulah selalunya Bayu. Kelahiran songsang ni, boleh bawa trauma jika tidak kena dengan gayanya. Cantik nama anak saudara Bayu. Anas.
Kurma2biji,
Terima kasih atas ingatan anda. Insya-Allah akan saya jadikan panduan selalu dalam hidup saya.
Salam perkenalan.
Bro Ghaz,
Terima kasih banyak Bro Ghaz. Saya perlukan bimbingan Bro Ghaz selalu dalam mendidik anak-anak saya juga..
ye..ye..dah hapdet lagi!
selamat hari lahir untuk kedua2nya. Moga keluargamu sentiasa diberkatiNya
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!
PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT
Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya
KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUA BELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGA BELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPAT BELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMA BELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAM BELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUH BELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri;
-Rasa hormat kepada orang lain;
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPAN BELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILAN BELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUA PULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Sambutan tu pun kira hadiah juga, kita masa kecik2 dulu mana ada sambut2 nih.. dah memasing start keje baru buat majlis kecik, makan satu keluarga.. selalunya kek n satay.
Semoga anak2 indera sihat sejahtera dan bijaksana. Menjadi anak yang taat serta patuh pada ibubapa dan agama. InsyaAllah.
Seronok kan bila lihat keletah anak2..
YE..YE..DAH HAPDET..DAH HAPDET!
UNTUK SEKIAN KALINYA!
SALAM...
azzam
salam,
hehehehe.. gugar dah kembali..
hepi besday.. dari ammu gugar untuk anak indera..
(",)
mana en indera ni?? 'bermeditasi' gak ke?? huhuhu ;)
Hahahahaha
Post a Comment