"Baba, jomlah kita naik Giant-Wheel tu..!!"
("Indera, jomlah kita naik Giant-Wheel tu..!!")
Rayuan anak perempuan saya mengingatkan saya pada ajakan Armizam lebih sedekad lalu apabila kami melepasi kawasan Bukit Raja di Shah Alam. Ketika itu kami baru sahaja pulang dari Bandar Kelang dan sewaktu melintasi kawasan berkenaan, tempat itu telah bermandi cahaya dengan sinar lampu dari tapak funfair berdekatan.]
"Aduuhhh!! Nak pengsan aku!! Hehehehehehehe... Dah besar bagak ni pun masih ada hati nak naik Buaian Pusing..??" saya mengejek Armizam.
"Helleh.. engkau mengata aku..!! Silap-silap engkau pun teringin nak naik sama. Baik engkau mengaku sekarang yang engkau tu pun tak pernah naik Buaian Pusing, kan..??"
Saya hanya tertawa besar tanda mengiyakan kata-kata Armizam. Dengan berbekalkan wang RM5.00 seorang, kami melangkah masuk ke tapak pesta berkenaan. Orang yang berkunjung terlalu ramai ditambahi pula dengan musik dan lagu yang dipasang terlalu kuat sehingga membingitkan telinga.
"Berapa sekali naik, bang..??" tanya saya kepada pemuda yang bertugas mengawasi keselamatan pengunjung yang ingin menaiki Buaian Pusing itu.
"Seringgit saja.." katanya.
Kami pun membayar wang seringgit seorang lalu mengambil tempat di dalam barisan. Armizam tidak henti-henti tersengih tanda tidak sabar menaiki Buaian Pusing itu.
"Yang engkau dok tersengih-sengih ni, kenapa?" tanya saya, jengkel.
"Suka hati akulah nak tersengih ke, nak muncung ke.."
Sewaktu tiba giliran kami, Armizam meluru masuk ke dalam buaian besi itu. Hampir dilanggarnya saya. Saya cuma mampu menggeleng-gelengkan kepala. Sewaktu buaian itu berpusing, Armizam terpekik tanda kesukaan.
"Heiii.. diam sikit. Malu kat oranglah... Entah-entah orang-orang tu ingat kita ni keluar dari hutan mana nanti..!!" kata saya mengingatkan Armizam supaya menjaga kelakuan.
Setelah dua kali pusingan, Buaian kami berhenti di aras tanah. Kami terpinga-pinga apabila pemuda yang bertugas itu membukakan pintu buaian.
"Dah habis pusing, bang. Orang lain nak masuk!!" katanya kepada kami.
"Takkan bayar mahal-mahal, dua kali pusing je..??" tanya saya tanda tidak puas hati.
"Yalah... Dah tu kamu nak berapa kali pusing? Seratus kali..??" tanya pemuda itu lagi.
Dengan rasa tidak puas hati saya dan Armizam melangkah turun.
"Itulah engkau. Nak naik sangat. Bayar mahal-mahal, dua kali pusing je!!" gerutu saya menyalahkan Armizam. Armizam langsung tidak bersuara apabila melihat saya mula membebel. Namun pandangan matanya terus tertumpu pada Buaian Pusing itu sehinggalah kami menaiki motosikal kami pulang terus ke Shah Alam.
Armi seperti kebudak-budakan, kata hati saya. Namun cara dia memandang ke arah buaian pusing itu masih melekat di ingatan saya sehingga kini walaupun dia sudah tiada lagi di dunia ini....
Hari Sabtu yang lalu, saya membawa anak-anak dan isteri saya bersiar-siar ke Bandar Seri Manjung. Di dalam kereta, Siri Aufa mengadu lapar perut. Bila dibelikan roti berintikan krim jagung di Stesen Minyak Petronas itu, dia menjamah hanya sedikit. Dia inginkan Burger. Tetapi mesti burger McDonald.
Dalam perjalanan pulang, sewaktu melintasi Bandar Sitiawan, dia terpandangkan sinaran lampu daripada tapak funfair di situ.
"Baba, jomlah kita naik Giant-Wheel tu..!!"
Kata-katanya mengingatkan saya pada kata-kata yang diucapkan oleh Armizam lebih sedekad lalu. Namun waktu itu senja mula menampakkan dirinya. Kami singgah di masjid berhampiran kerana Azah ingin menunaikan Solat Maghrib. Sedang saya pula dapat kemudahan untuk menjamakkan solat. Di dalam kereta, Adil Rayyan tersengguk-sengguk ingin melelapkan mata. Saya meletakkan kepalanya di ribaan saya sambil mengusap-usapkan rambutnya.
Tidurlah anakanda cahayamata Baba
Tidurlah anakanda dalam
Hembusan udara..
Yang membawa anakanda
Masuk ke alam impian
Beraneka warna
Tidurlah anakanda, tidurlah...
Selesai sahaja Azah bersolat Maghrib, Siri Aufa merengek minta dibawakan ke tapak pesta itu. Azah merasa sakit kepala manakala Adil Rayyan tertidur. Hanya saya dan Siri Aufa sahaja yang masuk ke tapak pesta itu. Kepala Siri Aufa melangut ke atas melihat betapa tingginya Buaian Pusing itu.
Bayaran menaiki Buaian Pusing itu hanya dua token setiap seorang. Satu token bersamaan dengan nilai seringgit. Saya membeli 8 keping token. Wang kertas dan token bertukar tangan. Siri Aufa gembira kerana akhirnya berpeluang menaiki Buaian Pusing itu.
"Hanya dua pusingan, pasti tidak apa-apa.." fikir saya.
Namun jangkaan saya rupanya meleset. Dengan bayaran RM2.00, Buaian itu berpusing sebanyak 10 kali pusingan. Saya melihat dunia saya sudah berputar ligat. Peluh dingin memercik keluar di dahi dan juga tengkuk. Saya alihkan pandangan saya ke arah Siri Aufa. Dia tersenyum senang. Seronok dengan pusingan Buaian yang laju.
Sebaik sahaja pintu besi Buaian itu terbuka, saya meluru keluar. Hampir terjeluih isi perut saya di hadapan orang ramai. Mujur berupaya saya menahannya daripada terhambur keluar di tengah orang ramai. Token masih berbaki 4 keping.
"Baba, Kak Long nak naik Kapal Angkasa.." katanya sambil menuding ke arah Merry-Go-Round yang dipasang seperti kapal angkasa.
"Habislah aku kali ni.." kata hati saya.
"OK, dengan satu syarat. Naik kapal angkasa saja tau!! Lepas ni kita balik.." kata saya mengenakan syarat. Siri Aufa mengangguk tanda setuju.
Kami menaiki kapal angkasa mini itu. Semakin lama semakin laju. Peluh dingin saya memercik membasahi kolar baju. Dunia saya makin ligat berputar. Siri Aufa memandang saya sambil tersenyum. Saya tersenyum memandangnya. Cuma di mata saya sudah keluar bintang-bintang berwarna kehitaman. Sepuluh kali pusingan itu terasa lambat benar berakhir. Sebaik sahaja Merry-Go-Round itu berhenti, saya terhoyong-hayang cuba mengawal imbangan diri.
"Bang, Abang OK ke..?" tanya budak yang menjaga tempat itu.
"Ya.. saya tak ada masalah.." kata saya cuba berlagak selamba.
Sebaik sahaja saya masuk ke kereta, saya terus tersandar di tempat duduk. Tekak saya terasa pahit. Kepala saya seperti dihempap seketul batu besar.
"Abang ni.. buat malu je!! Anak tak ada apa-apa, abang pulak yang nak pitam" kata Azah mengejek saya.
Sampai di rumah mertua, saya rebah di atas tilam. Kepala saya berdenyut-denyut. Anak-anak yang ingin bermanja dan naik atas badan saya, tidak saya pedulikan. Adil Rayyan semakin galak bergolek-golek di atas badan saya.
"Abang, baik mandi. Nanti kurang sakit kepala tu.." kata Azah.
Saya hanya bangun setelah denyut kepala saya berkurangan. Itupun hanya untuk menunaikan Solat. Setelah itu saya rebah lagi tidak sedarkan diri hingga ke pagi.
"Aduuuuhhh!!! Nak pengsan aku!!"
13 comments:
He he he. Itu belum lagi roller coaster IK. Lagi mencabar adrenalin!
hehehe.. saya x penah naik..
gayat.. hehe ;p
erkk tak penah gak
heheheh.. kehkehkeh
hahaha sy paling seronok klu dapat naik buaian tergantung dan berpusing laju sambil turun ke atas ke bawah. macam naik buaian yg tersangkut di pokok rasanya.
indera mungkin fobia dgn ketinggian ye?
teringat masa naik Biang Lala di DuFan, Jakarta tahun lepas... selepas 2 pusingan hilang rasa gayat...
salam indera..
anak2 sekarang mmg berani.mak ayahnya pulak naik takut..he he.sib baik x kuar isi perut depan org ramai
Salam Indera ...
bawak ler anak anak dan azzah minggu depan...
di puchong hampir dengan rumah blackpurple ada sarkas ..
royal sarkas ...
anak anak kat rumah tu pun dah sibuk mengajak ...
ha ha apada
Gayat? hahahaha
Gayat jugak?
Serupalah kita! hehehe ...
Salam buat Indera :)
Bro BP,
Huuuiiii.. Kalau naik yang tu, alamatnya dari atas lagi dah terkeluar isi perut..
Achik & Linda,
Kalau tak penah naik, saya syorkan jangan naik. Memang tak besh langsung kat atas tu pun..
Kanjeng Sunan,
Ekekekekeke...
Masy,
Kalau tahan memang seronok..
Fobia...?? Tak jugak. Masa ada assignment kat Menara Tabung Haji, saya selamba je berdiri atas Heli Pad warna ijau tu..
Sas,
Wahhh.. kena 2 kali pusing terus hilang rasa takut dan gayat. Bagus betul la Sas..
Salam Irfa,
Selamat berkunjung.
Anak-anak sekarang memang berani. Tak macam kita dulu yang penakut serba serbi..
Kak pB,
Alaa.. Kak pB. Azah tak jadi datang sini la. Pak dia tak baik lagi. Adik beradik dia pulak sorang pun takde yang balik. Nampak gayanya, plan bertandang ke umah Kak pB terpaksa ditunda ke bulan 10.
King,
Hahahahha.. ko jangan ketawakan aku!!
Khairyn,
Tak gayat. Tapi mabuk. Rasa macam mabuk laut rasanya..
Salam Bunga Rampai,
Hahahahahaha...
Serik rasanya untuk menaiki permainan seumpama itu. Cukuplah yang lepas-lepas.
Salam kenal dari Indonesia, saya paling suka naik mesin macam itu... terbang bebas saya rasanya, dibuai angin saat tiba di atas banyak pemandangan tampak dari sana.... serasa kecil saya sebagai mahluk ciptaan Tuhan, Di Indonesia alat macam itu berada di Dunia Fantasi, Jakarta......Mampirlah kesana jika anda sempat datang ke Indonesia. Salam hangat.
Post a Comment