Friday, September 28, 2007

Biar Sukar Bagai Cinta Zulaikha



Entah kenapa di lewat petang semalam, sewaktu menunggu tibanya waktu berbuka, saya termenung memandang jauh keluar jendela. Memerhatikan tingkah kanak-kanak bermain serta melihat kesibukan jiran-jiran membuat persiapan berbuka. Sebentar kemudian pandangan saya terarah ke arah sepasang suami isteri yang kelihatannya agak mesra. Hati saya berdetik bahawa setiap manusia itu dijadikan oleh Allah berpasang-pasangan. Saling melengkapi antara satu sama lain tidak kira manusia itu seorang Raja, Hamba bahkan Nabi sekalipun diciptakan oleh Allah pasangan mereka.

Kemudiannya akal saya membilang-bilang akan isteri Nabi-nabi yang telah diriwayatkan oleh mana-mana kitab termasuk Al-Quran. Isteri Nabi Allah Adam A.S. bernama Hawa. Isteri Nabi Muhammad S.A.W. tidak dapat saya hafali keseluruhannya. Hanya sekadar mengingati nama Saiyidatina Khadijah, A’isyah, Hafsah dan Mariatul Qibtiah.

Isteri Nabi Musa A.S bernama Zipphora atau di dalam nama Arabnya lebih mesra dikenali sebagai Safura. Manakala isteri Nabi Allah Ibrahim seperti yang tersebut di dalam Al-Quran bernama Hajar dan Sarah. Isteri Nabi Allah Ayub bernama Rahmah. Isteri Nabi Allah Sulaiman, saya tercari-cari di dalam ingatan saya, mungkinkah Balqis itu isterinya Nabi Allah Sulaiman A.S? Mungkin ada di antara anda yang dapat mengesahkannya.

Namun di dalam banyak-banyak kisah percintaan romantis para Nabi dan Rasul itu, kisah Nabi Allah Yusuf A.S dengan Siti Zulaikha paling menyentuh hati dan nurani saya. Kisah mereka paling tragis, mengharukan dan akhirnya sampai ke titik penghujungnya iaitu kebahagiaan hakiki.

Siapa kata Zulaikha wanita yang tidak tahu menjaga kehormatan diri? Siapa kata Zulaikha wanita yang hina? Siapa kita untuk menghakimi Zulaikha kerana jika tidak kerana kedudukannya yang mulia, tidak akan dia diangkat darjatnya untuk sehidup semati dengan Nabi Allah Yusuf A.S.?

Seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran, di dalam Surah Yusuf, Allah mengkhabarkan sejelas-jelasnya kisah yang terjadi beribu-ribu tahun yang lampau. Walaupun jarak masa yang terlalu jauh antara kita dengan Nabi Allah Yusuf, namun mengenalinya seperti kita mengenalinya saudara kita sendiri. Kisah seorang insan pilihan Allah yang diberikan mukjizat menghuraikan perkara mimpi. Kerana kelebihannya inilah, dia dicampakkan ke dalam sumur sehingga membawanya kepada sebuah pengembaraan yang jauh ke Negeri Mesir.

Allah mengurniakan lagi kelebihan kepada baginda berupa wajah yang tersangat tampan hatta tiada dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dalam dunia ini. Walaupun saya ini merupakan lelaki terkacak di dalam dunia moden, namun masih juga tidak berupaya menandingi kecantikan wajah baginda. (Kau nak kata apa Lan? Engkau ingat engkau sorang kacak? Aku pun kacak jugak…)

Kerana kekacakan baginda ini makanya baginda terperangkap dengan gelora nafsu Zulaikha iaitu isteri kepada Abdul Aziz. Dengan pujuk rayu, Zulaikha cuba menarik Yusuf agar melakukan kemungkaran namun Yusuf berlindung dengan Allah dari sebarang kemaksiatan. Melihatkan bujukannya tidak berhasil, Zulaikha berkeras sehingga akhirnya dia menarik belakang baju Yusuf sehingga terkoyak di bahagian belakangnya. Semua yang dilakukan oleh Zulaikha itu adalah didasari pada gelora nafsunya yang tidak tertahan sehingga Zulaikha hilang pertimbangan.

Bagi mengelakkan terjadinya perkara umpama itu, Yusuf merelakan dirinya dibuang ke dalam penjara sehingga akhirnya membawa kepada takwil mimpi Raja yang mengembalikan Yusuf kepada kemuliaan setelah dilantik menjadi wazir Negeri Mesir. Ini semua dinyatakan dengan terang di dalam Al-Quran. Namun perkahwinan antara Yusuf dengan Zulaikha tidak dinyatakan Cuma hal ini telah diriwayatkan di dalam Kitab Tarikh At-Tabari karangan Abi Jaafar Muhammad ibn Jarir Al-Tabari (838-923) yang memperihalkan tentang kisah para Nabi dan Kaisar dahulu kala, ada menyentuh tentang hal ini.

Mnurut kitab tersebut, setelah Yusuf dipenjarakan, Zulaikha masih tidak dapat membuangkan rasa cintanya terhadap Yusuf. Memandangkan hal itu, suaminya Abdul Aziz itu lantas menceraikannya dan membiarkan Zulaikha hidup terkontang-kanting keseorangan. Zulaikha hilang segala-galanya yang pernah dimilikinya suatu masa dahulu. Dia kehilangan kekayaannya, kekuasaannya, kecantikannya dan yang paling besar, Zulaikha kehilangan pandangan matanya.

Ini kerana Zulaikha dikatakan menangis sehingga keluar airmata darah kerana merindui Yusuf selama Yusuf dipenjara menyebabkan matanya rosak dan seterusnya buta. Dia berdoa kepada Berhala agar dikurniakan semula pandangan matanya agar suatu hari kelak dia berupaya bertemu dan melihat Yusuf kembali.

Namun batu tetap batu. Zulaikha kemudian menyedari kekhilafannya dan kesesatan jalan hidupnya selama ini. Keinsafan itu membawa kepada Zulaikha mencari cinta teragung yang menemukan Zulaikha dengan cinta kepada penciptanya. Zulaikha menemui cinta teragung itu dan di hatinya kini hanya ada Allah.

Suatu hari sewaktu Nabi Allah Yusuf berjalan melihat Bandaraya Mesir yang sibuk itu, Yusuf telah bertemu dengan Zulaikha di dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Zulaikha buta dan bergelandangan di tepi jalan yang sibuk. Melihatkan akan hal itu, Yusuf merasa sebak dan terus membawa Zulaikha pulang untuk dirawat. Setelah sembuh dirawat, menurut sesetengah pendapat mengatakan buta mata Zulaikha dirawat sebagaimana kaedah rawatan ke atas Nabi Allah Yaakob A.S.

Dengan izin Allah, Zulaikha dapat melihat kembali. Allah kemudiannya mengembalikan keremajaan dan kecantikan Zulaikha sehingga menyebabkan Yusuf jatuh cinta kepadanya. Mereka kemudiannya diijabkabulkan.

Di malam pengantin mereka, Yusuf telah bersiap-siap berdandan untuk sebuah pertemuan bagi melepaskan rindu berahi. Namun timbul masalah. Zulaikha tidak berhenti-henti beribadat dan berzikir sehingga Yusuf merasa sudah tidak sabar lagi. Akhirnya Yusuf menarik baju Zulaikha sehingga terkoyak baju Zulaikha di bahagian belakang. Di saat itu menjelma Malaikat Jibrail…

“Hai Yusuf!! Sesungguhnya baju dengan baju. Maka dengan ini tertebuslah maruah Zulaikha!!”
Berbahagialah mereka berdua kemudiannya sehingga ke akhir hayat. Hasil perkongsian hidup mereka, lahirlah seorang anak perempuan yang tersangat cantik bernama Rahmah yang kemudiannya brkahwin dengan Nabi Allah Ayub A.S.

13 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Elok juga sesekali bercerita tentang kisah-kisah nabi seperti ini Indera, Tahniah!

Memang tak akan jemu membaca cerita nabi Yusof yang ini. Banyak tafsirannya yang tersirat kalau mahu dikupas dari yang tersurat.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

memang cerita nabi yusof adalah cerita yang paling menarik. dan itu telah diakui oleh al-quran sendiri.

Sang Perba said...

betapa aku sedar darimkekhilafan ini...

Masy said...

amboiii puji diri sendiri nampak ;D hehehehe

achik said...

betul2... Puteri Balqis tu isteri Nabi Sulaiman..


ps: ingat sbb nama saya ala2 nama beliau.. hehe ;p

khairyn said...

Mula2 dulu baca kisah Zulaikha dan Nabi Yusof a.s, rasa macam x puas hati dengan Zulaikha tapi bila dah habis baca... rasa macam syahdu sangat.

Kalah cerita cinta Shakespeare Romeo & Juliet.

~inilah saya~ said...

Selamat Berpuasa Indera.

:-)

Sastri said...

terima kasih kerana bercerita tentang Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s... sungguh terharu membacanya...

Lan Rambai said...

Lan yang kacak tu aku kan kan kan hahaha

indera kencana said...

Bro BP,
Terlalu banyak pengajaran yang dapat kita ambil daripadanya. Semua itu buat bekalan dan ingatan kita umat akhir zaman.

Cermindiri,
Antara kisah yang terindah.. Sangat menyentuh hati..

Zam,
Sebab itu kita disarankan agar sentiasa bertaubat.. Raya balik mana bang..??

Masy,
Hehehehehe... tajam juga mata Cik Masy ni ye!!

Cik Balkish,
Tak nak cari suami nama Sulaiman..??

Khairyn,
Saya pun tak sangka pengakhiran kisah Nabi Yusuf dia berkahwin dengan Zulaikha..

Luke,
Welcome3x... aku call engkau raya ni. Nanti kita makan satay sama2. Kita ajak Bro Ghaz sekali. Kita makan sampai senak perut... Hahahahhaha... Cuti sampai bila..??

Sas,
Saya suka part Yusuf tarik baju Zulaikha sampai koyak..

Lan,
Engkau la tu...!!
Sapa lagi..
Tapi aku rasa la kan, aku pun bersuara lunak!!

Sang Perba said...

indera
aku balik tepen pastu baru balik kg aku kat sungai petani

HAPPYIRFA said...

salam indera..
menarik sekali citer ni walaupun dah byk kali baca dan dengar..emmm

CerminDiri said...

salam kehidupan,

salam aidilfitri buat anda dari cermin yang diperantauan. salam ampun juga maaf atas ketaksiran yang ditonjolkan diri.