Saya melihat-lihat sekeliling. Semuanya rata-rata berusia 40 tahun ke atas. Hanya saya sahaja dalam lingkungan 30-an. Mereka berbual-bual mesra. Namun tiada yang yang ingin berbicara dengan saya.
Di hadapan saya penuh dengan kotak-kotak berukuran 1 kaki x 4 kaki lebar sumbangan Unilever. Ahhh.. malu pula. Namun disebabkan niat untuk mewakili bapa mertua saya yang sedang uzur, saya kuatkan juga hati. Malu rasanya kalau-kalau ada yang beranggapan serong menyangka saya melukut memohon sumbangan Hari Raya sedangkan tubuh badan saya masih sihat dan cergas.
Sebaik sahaja nama bapa mertua saya diumumkan, saya segera tampil mengambil sumbangan. Tetapi Abang Jamaluddin yang berdiri di sisi Ustaz Ismi itu sempat membisikkan sesuatu di telinga Ustaz Ismi. Walaupun sekadar berbisik, namun saya masih sempat menyambar bunyi butirnya.
“Inilah anak Cikgu Suria”
Aduuuhhh… malunya saya!! Tambahan pula saya terpandangkan dahi Ustaz Ismi yang berkerut. Mungkin dia merasa hairan bagaimana Cikgu Suria, tiga pupunya itu boleh punya anak lelaki yang tinggal di kampung itu dan menerima sumbangan pula. Tentu di hatinya berkira-kira betapa susahnya hidup saya sehingga layak menerima sumbangan pula. Sedang dia tidak tahu bahawa kehadiran saya di situ hanyalah mewakili bapa mertua saya sahaja.
Mak terkekeh-kekeh bila saya menceritakan hal itu. Bikin malu sahaja, kata Mak dengan nada bergurau. Sementara menunggu Mak bersiap, saya sempat tertidur di sofa panjang di ruang tamu. Mak meminta saya membawanya ke rumah Beh (panggilan bagi bapa saudara saya. Perkataan yang mempunyai pengaruh Kerinchi yang sangat kuat) bagi mengambil panggu kelapa sawit bulan September.
Entah kenapa di dalam kereta, saya dan Mak masing-masing melayan emosi sendiri. Sebaik sahaja melewati simpang masuk ke rumah Mak Yong Halimah, saya teringatkan kata-kata Kak Ina yang sepejabat dengan Razif yang saya temui di kedai sepulangnya saya dari menerima sumbangan Ustaz Ismi.
“Kata Kak Ina, Razif sekarang sudah enggan mahu berbual-bual. Dia banyak termenung dan selalu cari alasan untuk pulang lewat dari pejabat”
“Kenapa..??” Mak bertanya.
“Entah… mungkin dia kecil hati sebab ayahnya kahwin lain kot” kata saya.
“Haiii… macam tu lah. Kome tak merasa, kome tak faham. Mak ni dah merasa apa yang dia rasa tu, sedih sangat rasanya” kata Mak merenung jauh.
Mak teringatkan sewaktu Opah Saadiah meninggal dunia dalam tahun 1972. Sesudah Opah meninggal, Tok Haji Hassan menduda selama 5 bulan. Namun hati Mak akan tersayat hiba apabila melihat keadaan Tok Haji Hassan yang tidak menentu makan dan pakainya. Atas persepakatan mereka adik beradik, Mak dan abang-abangnya memberi restu untuk Atuk berkahwin lagi.
Setelah dikirakan oleh jiran tetangga, Tok Haji Hassan bertanya kepada Mak tentang calon yang dipadankan dengannya. Seorang anak dara berusia 16 tahun.
“Tidak, tidak… saya tak izinkan” kata Mak.
“Kalau baru 16 tahun tu, saya nanti nak panggil dia apa? Mak? Adik?. Lagi pun Ayah, dia tu anak dara. Ayah dah tua. Kalau dia nak kahwin dengan Ayah juga, apa tujuannya? Saya rasa mesti sebab harta” bangkang Mak.
“Tak apalah. Kalau kome dah tak suka, tak adalah aku kahwin dengan dia” jawab Atuk dalam suara yang lerih.
Setelah 3 bulan, Atuk bertanya Mak lagi. Kali ini calon yang lain iaitu janda dari Beruas yang dipadankan oleh Opah Lijah yang tinggal di seberang jalan rumah Atuk.
“Berapa umurnya Ayah?” tanya Mak.
“45 tahun” jawab Atuk, pendek.
“Ada anak?”
“Ada seorang. Perempuan. Tetapi sudah layak kahwin”
“Kalau ayah dah suka, Idah tak ada halangan. Doa Idah, Ayah bahagia dengan pilihan hati Ayah ni” kata Mak memberi keizinan.
Berkahwinlah Tok Haji Hassan dengan Opah Esah yang pada ketika itu berusia hampir separuh abad. Atuk pula berusia 75 tahun. Mereka diijabkabulkan di Beruas dengan tanpa kehadiran Mak kerana Mak sedang dalam pantang melahirkan abang saya, Khairul.
Sesudah bernikah, pasangan pengantin baru ini berbulan madu ke Kuala Lumpur. Sepulang sahaja mereka dari sana, Opah Esah kemudiannya menjadi suri dalam rumah peninggalan Opah Saadiah.
“Walaupun Mak sudah memberi restu, tapi setiapkali terpandangkan Opah Esah kamu mundar-mandir dalam rumah tu, hati Mak macam dihiris-hiris. Hati Mak berkata, dulu Mak aku di dalam dapur tu, sekarang orang lain. Dulu mak aku dalam bilik tu, sekarang dah orang lain…” cerita Mak dengan linangan airmata. Mata saya hanya terpaku di hadapan sambil tangan kejap di stereng. Tetapi telinga saya tetap berkomunikasi dengan Mak.
Kemudian Tok Haji Hassan menceritakan kepada Mak pengalaman mereka berbulan madu di Kuala Lumpur. Menaiki kereta kabel di Bukit Nanas. Hati Mak semakin dimakan api cemburu.
“Dulu masa Mak aku masih ada, tak merasa dia semua tu..” hati Mak berkata-kata.
Mak terkilan. Terkilan tanpa sebab yang kukuh. Mak rasakan Tok Haji Hassan lebih menyayangi isteri baru berbanding ibunya dulu.
Tidak lama sesudah itu, Mak mendapat durian runtuh. Kerajaan membayar tunggakan gaji Mak sedari tarikh permulaan perkhidmatan Mak dengan kerajaan. Setelah dihitungkira, jumlah tunggakan itu mencecah sebanyak RM 17,000.00. Satu jumlah yang besar!!! Oleh kerana Apak keuzuran, Mak berpergian bersama Tok Haji Hassan menuntut cek di Pejabat Pendidikan. Ketika itu bulan Ramadhan.
Oleh kerana Mak rasa terkilan dengan Atuk, semacam dendam pula, kesemua wang tersebut Mak masukkan ke dalam akaun Bank tanpa memberikan walau sesen pun kepada Atuk. Atau Mak mungkin terlupa???
Sudah bukan rezeki Atuk…
Julai 1977,
Sewaktu Mak sarat mengandungkan Adina, Tok Haji Hassan pulang ke rahmatullah. Opah Esah walaupun sesudah itu berkahwin lain pernah berkata dalam ketiga-tiga lelaki yang pernah dikahwininya, Tok Haji Hassan yang tetap menduduki tahta hatinya kerana ketika bersama Atuk, tidak pernah dia merasakan sebegitu istimewa layanannya.
Tidak lama selepas Atuk meninggal, Mak bertemu dengan salah seorang rakan karibnya yang juga turut sama menerima tunggakan gaji beberapa tahun sebelum itu.
“Kamu tahu Idah, aku bagi ayah aku RM1,000.00, melompat orang tua tu. Dipeluknya aku. Diciumnya aku. Airmatanya mengalir laju tanda seronok sangat dapat pemberian dari aku… Ayah aku kata itulah hadiah Hari Raya yang sangat berharga yang pernah dia terima”.
Di saat mendengar kata-kata itu, Mak seakan lemah lutut. Bumi yang dipijaknya terasa lembut. Airmata Mak mengalir laju.
“Apa bodohnya Mak masa tu. Mak langsung tak teringat nak bagi sumbangan walau sikit pun pada Atuk kamu. Sudahlah pergi mengambil cek dengan dia. Adakah teringat nak hulur sesen pun. Puncanya marah tak bersebab. Kalau ikut kira, tidakkah boleh Mak fikir yang Atuk kamu dah bersusah payah besarkan Mak….? Tapi apa nak buat, orangnya dah tak ada”
Mak kehilangan kata-kata. Mengesat airmata dengan hujung tudungnya yang rejuh. Saya hanya boleh menggengam tangan Mak tanda simpati.
“Mak sedekahkan amalan soleh untuk Arwah Atuk. Sedekah dan doa Mak jauh lebih berharga dari nilai RM1,000.00 yang Mak lupa nak bagi..”
Mak hanya mengangguk. Di rumah Beh, Mak menghulurkan RM400.00 pada Beh.
“Buat beli batu nesan baru untuk Ayah” kata Mak pada Beh.
Indera:
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Jutaan kemaafan saya pohonkan….
16 comments:
Selamat Hari Raya Indera & Maaf Zahir Batin
Sebak juga saya membaca kisah ni.
Terima Kasih yer
Luke,
Selamat Hari Raya..
Dah sampai Malaya ke Bang..??
Selamat Hari Raya ...
Maafkan kak pB nyer ...
Kosong kosong gitu ....
psst ..kak pB masih menanti gambar dari Indera ...
Selamat Hari Raya ...
Maafkan sy nyer ...
Kosong kosong gitu ....
psst ..sy masih menanti gambar dari Indera ...
(tiru kak pB heheh)
Kak pB,
Selamat Hari Raya juga untuk Kak pB. Maafkan jika atas tersalah bahasa atau terkata nista. Kosong kosong :P
Masy,
Selamat hari Raya juga untuk Masy. Saya suka mengusik Masy dan tak tahu sama ada Masy boleh tahan atau tak. Tapi Masy brutal sikit, saya faham.. oppsss maaf lagi sekali.
Btw Masy, ayat "tak cover" tu sebenarnya adalah semacam ayat yg agak popular masa saya kata ITM dulu. Maksud "tak cover" tu paling hampir dengan perkataan "kantoi" sekarang la... so, bila saya maksudkan tak cover tu maknanya hanya perkataan biasa je. Serius Masy, saya takut Masy faham kot lain lak..
Masy dan Kak pB,
Gambar yang ada dalam simpanan saya sekarang hanya gambar yang diambil dalam tahun 1998. Gambar lama. Saya cadang nak masukkan gambar Raya tahun lepas dalam blog ni. Kalau ada rezeki raya ni, saya masukkan gambar terbaru...
aduss.. sedihnya baca n3 ni..
selamat hari raya buat en indera sekeluarga.. maaf zahir batin.. :)
isk takde laa faham lain, cuma x jelas je.. mekasih ye atas penjelasan tu ye :)
selamat hari raya
selamat menyambut eid-ul fitr untuk indera, teman sejiwa puan Azah, puteri Siri Aufah dan putera Adil Rayyan.
Semoga gembira :)
salam,
selamat hari raya maaf zahir dan batin.
'Cantik' cerita ini. Berjiwa.
Salam lebaran buar sdra IK sekeluarga. Salam kemaafan zahir & batin atas segala keterlanjuran, jika ada.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
bro indera.. selamat hari raya.. maaf zahir batin..
apa cerita baru?
Qasseh,
Aku dah tersalah orang. Aku ingat engkau Luke tadi. Haa.. tu la, jarang-jarang nak datang rumah aku. Dah aku tersalah orang. Sorry ek..
Achik,
Maaf Zahir Batin juga untuk Achik sekeluarga
Masy,
Syama-syama...
King,
Selamat berhari raya untuk ko Bro. Di rumah baru kan..??
Khairyn,
Kami sekeluarga mengucapkan Selamat AidilFitri juga buat Khairyn yang jauh...
Achik Sufi,
Maaf Zahir dan Batin juga buat Achik Sufi di sana...
Bro BP,
Terima kasih. Saya sangat menghargainya. Selamat Hari Raya juga buatmu. Semoga AidilFitri ini merupakan AidilFitri terakhir buatmu sebagai orang bujangan. Semoga Allah menyampaikan jodoh yang segera buatmu. Salam untuk si dia itu.. :P
Saudara Kamato,
Selamat Hari Raya juga buat saudara. Saya sangat suka potret keluargamu di hari raya itu. Boleh tak saya bertanya..?? Salah seorang ahli keluarga Saudara Kamato yang mengenakan kurung merah dan tudung warna sedondon itu pernah menuntut di ITM jurusan Analisa Pelaburan? Kerana wajah mirip rakan sekelas saya yang saya dah lupa namanya. Tetapi orang Ijok juga...
Linda,
Citer besa je Linda...
Linda dah kurus sangat. Tahan makan ke..??
Saudara Kamato,
Ya.. baru saya teringat. Namanya Noraini Tomiran..
Indera classmate noraini ke, memang dia adik saya
Post a Comment