Sehari sebelum menjelangnya AidilFitri, saya bahagia tidak terkata. Saya ingin sekali menyambut kedatangan Hari Besar itu dengan penuh kemeriahan, ingin menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan semoga hari yang berbahagia itu bakalan menjadi kenangan yang terindah apabila saya sudah tidak berkesempatan menyambutnya lagi bersama sanak saudara.
Untuk itu saya sanggup berpanas dan bertungkus lumus menyediakan pelbagai juadah di bawah terik mentari penghujung bulan Ramadhan semata-mata kerana saya inginkan yang terbaik untuk insan-insan kesayangan saya. Malangnya segala usaha saya langsung tidak dihargai malah diperlekehkan sehingga akhirnya perkara yang kecil membangkitkan api kemarahan yang besar membakar lewat penghujung senja menjelang Syawal.
Atau mereka tidak menghargai saya selagi saya masih berada di hadapan mata mereka…?
Ya, betul. Saya yang terlalu emosional.
Kerana itu saya merajuk. Kebahagiaan saya yang berkobar-kobar padam serta merta. Tiada kebahagiaan Hari Raya. Kesucian Syawal itu dicemari dengan rajuk dan duka yang mencengkam jiwa. Alangkah buruknya sambutan tahun ini. Dan alangkah malangnya kerana saya tidak berupaya untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku.
Mak menangis di pagi raya menelefon memanggil saya untuk pulang berhari raya bersamanya. Hati saya merasa hiba namun apakah mereka-mereka yang berada di rumah Mak itu tahu kesedihan saya atas perbuatan mereka yang tega mencalarkan hati saya di hari baik bulan baik itu?
Langsungnya, pelawaan Mak saya tolak dengan baik dengan menyatakan bahawa saya perlukan sedikit masa untuk menanti ribut itu reda. Akhirnya saya tetap pulang ke pangkuan Mak setelah serambi Mak kosong tanpa penghuni. Dan di kesempatan yang terhad itulah saya mengucup pipinya, menggenggam erat tangannya memohon kemaafan AidilFitri sambil menyatakan rasa kasih dan rindu saya kepadanya yang tidak pernah akan padam.
Kami berbual-bual mesra. Mak bertanyakan samada saya lapar dan saya inginkan apa-apa juadah buat mengalas perut. Mata saya liar memerhatikan keadaan dapur. Hati saya lega. Sekurang-kurang menurut kata Mak, Kuah Kacang, Nasi Himpit, Rendang Ayam dan Satay Daging yang saya siapkan di kala senja itu habis dijamah oleh tetamu yang berkunjung.
“Cuma kamu sahaja yang tak sempat menjamah masakan kamu sendiri..” kata Mak sambil mengesat airmata.
“Tak apalah Mak… kalau saya teringin, saya boleh sediakan sendiri..”
Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih bapa bawa bahagia. Kasih saudara sama-sama berada.
Setiapkali saya mengenang peristiwa petang itu, saya pasti menghela nafas panjang. Salahkan diri kamu sebelum kamu menyalahkan orang lain, kata AlMarhum Armizam. Ya, dalam apa-apa keadaan pun saya tetap akan menyalahkan diri saya dahulu.
Untuk itu juga makanya saya menulis entri ini dalam keadaan hiba. Saya cuba mengelak daripada menulis tentang kehodohan sambutan 1 Syawal ini dari pengetahuan rakan-rakan di alam maya ini. Namun saya tidak berupaya menutupnya kerana sememangnya takdir hari raya saya tahun ini tiada keserian sebagaimana orang lain.
Cukup sahaja catatan yang buruk ini dipendamkan jauh dari dalam lipatan kenangan. Yang buruk itu adalah kelemahan saya sebagai manusia.

11 comments:
huhuhu..
insya-Allah aidilfitri akan datang lebih baik..
salam aidilfitri en indera.. maaf zahir batin..
harapnya ko dah tenang sekarang.. apapapun.. selamat hari raya dari aku....
Indera ...
Indera muda lagi .... jangan di ikutkan sangat rasa hati yang terkilan dan terasa nih ...
Macam saya ni dah ala ala berumur gitu , lagi cepat terasa dan terkilan tauuuuu ...
Apa apa pun ....
Semuanya itu ada hikmahnya ...
harap2 indera dah 'sembuh'.
luka di tangan, ramai yg nampak,
luka di hati, siapa yg tahu...
Bersabar dan banyakkan istifar, moga saudara indera selalu di lindungi
Langit tidak selalunya cerah.
Moga hari mendatang lebih baik dari semalam
Indera sahabat saya,
Ribut berlalu kiambang bertaut. Saya tahu hati kamu sedang luka, badai terjadi pula menjelang Syawal nan mulia. Namun, kau taruhkan sabar di pundak fikir, kau selitkan redha di celah jiwa, dan kau pulangkan doa kepada Dia, insya-Allah rubit kan teduh, damaikan mampir..
p/s: IELTS kamu berlangsung bagus?
dude, raya itu hari aku ada di kuala kangsar tipon ko tapi tak dpaat
bro.. saya baca tajok entri neh pon dah rasa 'semacam' :(
sedihnya baca entri ni... semoga luka nan lalu sudah semakin sembuh... insyaAllah, aidil fitri akan datang suasananya mungkin tidak sesedih ini... sas doa-doakan... :D
Achik,
Salam aidilfitri juga. Maaf Lahir dan Batin..
Lan,
Selamat Hari Raya juga. Ko tak penah ajak aku datang umah ko pun. Padahal Saujana dengan Rawang tu bukan jauh sangat pun... (eh-eh.. aku pulak meng-offer diri datang umah ko. Bukan apa, teringin jugak aku nak tengok hero-hero ko tu..)
Abang Ghaz,
Ha'ah la.. apasal semakin meningkat umur ni makin sensitif, kan? Pelik jugak. Dulu saya takde sensitif sangat...
Masy,
Saya pun macam Masy jugak. Brutal.. oppss Maaf lagi sekali Masy. Cantik Masy pakai baju warna merah tu...
Abang Kamato,
Cewahhh... start panggil abang ni. Maklum saja.. baru tahu yang Ani tu adik abang. Hiee tak sangka. Memang tak sangka. Rasa kecil je dunia. Pusing-pusing.. ehhh dekat je rasa. Saya dan Ani dulu rakan sekelas yang mesra. Kira Teman Tapi Mesra la... Sempat saya telefon dia tanya pasal abang. Mungkin ada masa nanti, saya bercadang nak melawat abang dan Ani sekali di Ijok..
Iman Mawaddah,
Lamborian. Hahahaha... Tak balik kampung ke raya tahun ni..??
Kak Iza,
Baru daftar semalam (29.10.2007). Test pada 8.12.2007. Kuota dah penuh..
King,
Aku dah tukar number. Sila email aku untuk mendapatkan number yang baru atau saya akan meng-email anda pula...
Linda,
Ada macam rasa mula-mula tengok promo Anak Pontianak?. Tapi bila dah tengok episod pertama, rasa menyesal lak tengok...
Sas,
Saya doakan semoga raya tahun ini raya terakhir Sas beraya sebagai orang bujang... Moga tahun-tahun hadapan Sas akan beraya berdua. Bersama teman itu...
Post a Comment