Hujan pagi turun mengguyur dengan lebat lewat penghujung tahun 1995. Sudah 3 hari hujan turun. Kadang-kadang di sebelah pagi. Kadang-kadang pula di sebelah petang. Cuaca-cuaca begini sememang sukar untuk dijangka. Langsung tidak berpeluang hendak menjemur kain baju, kata Mak. Di halaman rumah Mak penuh dengan lopak-lopak air. Hujan masih lagi turun. Ayam-ayam Mak, jantan betina kebasahan menumpang teduh di tepi longkong. Sekali-sekala terdengar dentuman guruh dari kejauhan. Walaupun perlahan tetapi cukup jelas menampar gegendang telinga.
Saya membuka langkah seribu. Jika ditunggu lagi, nahas saya dikerkah oleh kera-kera itu. Mujur selepas sebatu, kera itu tidak lagi mengejar saya. Sampai sahaja di rumah, orang ramai bertanyakan Apak. Saya terus masuk ke bilik air membersihkan diri. Sewaktu mandi itu baru saya tersedar, di seluruh kakitangan saya penuh dengan calar-calar yang halus tetapi memanjang. Bisa dan gatalnya sukar diperkatakan. Sudah disapu krim antibakteria pun, masih bergaru-garu bakup merah di kaki tangan.
Dapur rumah Mak penuh sarat dengan bahan-bahan untuk dibuat kenduri bagi meraikan perkahwinan abang saya, Khairul. Berkahwin dengan orang Kampung Kuchai yang terletak di seberang sungai sahaja.
"Kalau lepas kahwin nanti engkau malas nak pandu kereta balik ke sini (rumah Mak), engkau tebang batang pisang. Lepas tu engkau anak-beranak berakit balik ke rumah pun boleh jugak" kata saya mengusik abang saya.
Ini disebabkan jika melalui jalan darat yang mempunyai jambatan, terpaksa melalui Pekan Bota Kanan yang jaraknya lebih kurang 10 batu sebelum menghilir semula sejauh 10 batu lagi. Padahalnya jika terdapat jambatan yang menghubungkan kampung kami dengan kampung di seberang sungai itu, jarak perjalanan yang diambil tidak sampai 5 minit pun!!.
"Kamu esok ada bercadang nak pergi mana-mana ke..??"Apak bertanya kepada saya.
"Tak ada ke mana. Kenapa Apak?" tanya saya pula.
"Kalau kamu tak ke mana-mana, boleh kamu ke rumah Tok Sidin? Tolong ambil enjin pam air yang Apak sewa dari dia tu"
"Apak nak buat apa dengan pam air tu..?" tanya saya lagi.
"Tuuu.. nak pam kolam ikan jelawat Apak tu. Ada juga buat tambah-tambah lauk kenduri nanti" kata Apak.
"Apak cadang nak buat Gulai Tempoyak"
"Cukup ke tempoyak kita tu Apak?" saya mengira dalam ingatan jumlah balang tempoyak yang berbaris atas para lama Mak.
"Eh, cukup...!!"
Esok paginya sesudah bersarapan, saya menukar pakaian di bilik. Dari tingkap bilik, jelas kelihatan awan berkepul berwarna hitam larat mengisi ruang udara. Angin bertiup keras menandakan hujan akan turun beberapa ketika. Di petak bendang bersebelahan rumah Mak, anak-anak padi setinggi betis meliuk-liuk dipukul angin kencang. Beberapa ekor ayam berketuk beberapa kali memanggil anak-anaknya untuk berteduh dari kebasahan hujan.
Sesudah bersiap itu, saya mendongak ke langit menerusi tingkap bilik bagi memastikan samada hujan sudah mulai turun. Melihatkan tiada setitis hujan pun yang jatuh, saya lantas mencapai kunci motosikal dan memecut ke hulu sebelum Tok Sidin turun dari rumah menuju ke kedai kopi.
"Orang tua tu kalau dah ke kedai kopi, bukan senang nak dicari lagi dah. Entah ke mana-mana merayaunya nanti" saya teringatkan pesanan Apak. Kelewatan hanya akan menyebabkan Apak berkicau panjang. Mujur sahaja sebaik saya tiba di halaman rumahnya, Tok Sidin sedang enak-enak menghisap cerut di serambi rumah.
"Kolam mana yang Apak kamu nak keringkan ni?" tanya Tok Sidin.
"Entah...!! Kolam yang dekat kebun durian tu kot.." kata saya.
Tiba sahaja di simpang masuk ke rumah, kelihatan Apak sedang berbual sesuatu dengan Abang Senik.
"Nak buat apa diambil pam air ni, Cikgu. Dah tak ada guna, dah" kata Abang Senik kepada Apak.
"Kenapa?" tanya saya kehairanan.
"Air ban naik melimpah. Habis kolam ikan itu kena tenggelam" kata Apak.
"Habis tu, kenapa pulak?" tanya saya lagi. Gagal menangkap maksud kata-kata Apak.
"Kalau dah ditenggelam dek air, habislah keluar semua ikan tu" terang Apak seakan kesal.
"Orang-orang di Permatang tu tengah berpesta dengan Ikan Jelawat apak kamu" kata Abang Senik dalam ketawa kecil.
Hmmm... sudah tiada rezeki. Ingin diperbuatkan apa lagi. Saya mengangkat enjin pam air yang berat itu lalu meletakkannya di sebelah tangga.
"Ni ada 3 ekor Ikan Jelawat apak kamu yang abang sempat tangkap tadi. Kamu masaklah. Sekurang-kurangnya terubat sikit hati apak kamu tu" kata Abang Senik menghulurkan saya satu beg plastik berwarna merah yang berisi ikan jelawat.
Sebaik sahaja Abang Senik pulang, hujan turun dengan lebatnya. Suasana muram dengan titis air kelihatan di mana-mana. Setelah membersihkan ikan, meletakan garam barang beberapa cubit, saya membakar kayu api untuk memanggang ikan. Sewaktu mengipas dan mengawal api membakar ikan itu, fikiran saya menerawang membayangkan betapa sibuknya majlis perkahwinan abang saya nanti. Si Tompok, kucing kesayangan anak saudara saya menggesel-geselkan tubuhnya ke kaki saya minta dimanja.
"Apak ingat kamu tak payah pulangkan enjin pam tu" kata Apak tiba-tiba muncul di sebelah saya.
"Kenapa?"
"Apak ingat nak pajak kolam Tok Sidin. Kolamnya boleh tahan jugak. Banyak ikan"
"Ikan apa?" tanya saya
"Ikan tongsan"
"Best!!"
Esok akan berlangsung majlis perkahwinan. Petangnya, orang kampung kenalan terdekat dan sanak saudara sudah penuh mengisi ruang rumah Mak bagi menolong menyiapkan apa yang patut. Cikgu Din mengetuai beberapa orang lelaki melapah daging kerbau yang disembelih. Tok Aziz, ketua tukang masak sedang menyediakan rempah ratus untuk dimasak Rendang Tok. Makcik Zaleha, Makcik Umi, Opah Esah dan Makcik Jenab, isteri Pakcik Alang sedang leka berbual sambil menyiang bawang putih dan halia. Semua kerja secara gotong royong. Di halaman, saya dan beberapa orang sepupu lelaki saya, Fuad, Daud, Ejei, Ajak, Abang Wan dan Abang Key enak berbual-bual sesama kami sementara menunggu Apak, Abang Senik dan Tok Sidin. Setelah semuanya dalam keadaan yang memuaskan, kami pun berasak-asak di dalam van buruk Abang Senik yang ruang dalamnya kuat berbau minyak petrol itu.
Kolam Tok Sidin langsung tidak dijamah air. Tetapi penuh dengan Jelatang Air sehingga ke tengah kolam. Sebaik sahaja paras air berada di paras pinggang, kami sepupu-sepapat melompat masuk memburu ikan-ikan Tongsan yang rata-ratanya bersaiz sepanjang kanak-kanak berusia 2-3 tahun. Memang besar Ikan Tongsan peliharaan Tok Sidin. Yang paling besar, panjangnya hampir menyamai ketinggian saya.
Aduhhh... gatalnya air kolam ni, fikir saya.
"Fuad, jom kita balik" saya mengajak sepupu saya pulang.
"Nak balik naik apa? Lagi pun ikan banyak lagi ni" kata sepupu saya.
"Nak balik pun nak buat apa" kata Fuad lagi
"Aku nak mandi. Badan aku dah gatal lain macam ni" kata saya menunjukkan badan saya yang sudah kemerahan. Fuad itu saya lihat pun sudah tergaru di sana sini.
Oleh kerana Fuad dan lain-lain enggan pulang, akhirnya saya memutuskan untuk berjalan kaki sendirian.
"Betul ke engkau nak balik sorang?" tanya Fuad seakan tidak percaya.
"Betullah"
"Tak takut?" tanyanya.
"Takut apa?"
"Harimau..." katanya mengusik saya memandangkan jalan pulang bakal melalui hutan tebal yang jauh dari orang ramai.
"Mulut!!! celuparnya...!!"
Saya tetap mahu pulang ke rumah. Gatal badan saya sudah tidak tertanggung. Entah apa majalnya, petang itu langit cerah dengan matahari memancar garang di angkasa. Terik pancaran itu menambah ketidakkeruan gatal di badan saya. Sewaktu melewati hutan tebal di kiri dan kanan jalan itu, baru saya tersedar bahawa hutan itu terlalu tebal hatta jika gajah menari di dalamnya pun pasti tidak akan saya sedari. Ular, babi hutan, beruk besar dan harimau menjelma dalam kotak fikiran saya.
Setelah beberapa lama berjalan, tiba-tiba saya terdengar bunyi tapak kaki mengekori langkah saya. Sebaik sahaja saya menoleh ke belakang, saya lihat 3 ekor kera jantan yang besar hampir dengan kaki saya. Saya cuba menyergah kera itu tetapi kera-kera itu sedikit melawan. Bulu roma saya sudah berdiri. Lantas saya mengutip beberapa butir batu yang besar, lantas membaling ke arah kera-kera itu. Kera-kera itu bertempiaran lari. Tetapi tidak lama, keluar beberapa ekor lagi yang bersaiz besar bergabung dengan 3 ekor itu.
Saya membuka langkah seribu. Jika ditunggu lagi, nahas saya dikerkah oleh kera-kera itu. Mujur selepas sebatu, kera itu tidak lagi mengejar saya. Sampai sahaja di rumah, orang ramai bertanyakan Apak. Saya terus masuk ke bilik air membersihkan diri. Sewaktu mandi itu baru saya tersedar, di seluruh kakitangan saya penuh dengan calar-calar yang halus tetapi memanjang. Bisa dan gatalnya sukar diperkatakan. Sudah disapu krim antibakteria pun, masih bergaru-garu bakup merah di kaki tangan.
"Hahahahahahaha...." berderai ketawa rakan-rakan Apak dari arah penanggah mengusik Khairul, abang saya itu. Saya di bilik tidur, langsung tidak dapat melelapkan mata. Gatal, panas dan suasana bising di luar bercampur aduk menyeksa saya.
"Aku pun tak dapat tidur malam tadi" kata Fuad
"Gatalnya lain macam. Haaahh.. tengok ni, calar balar tangan aku ni...!! Teruk betullah penangan Jelatang Air ni" katanya lagi.
"Itulah yang aku ajak kamu balik semalam. Kalau kamu ikut, tak ada aku kena kejar dengan kera. Geram betul aku!!"
Hahahahahahaha...
14 comments:
err... seramnya kena kejar dengan kera... kalau sas, adeh... lari tak cukup tanah gamaknya... keskeskes...
jelatang tu ape ek?
Menangkap ikan di kolam ikan memang aktiviti yang menyeronokkan, walaupun tak berapa sangat makan ikan darat. :)
Tengok gambar kera itu, terfikir. Ke mana agaknya 'mereka' nak pergi bila hutan2 semua digondolkan nanti [seperti kes di Bukit Damansara itu]
Aku baru terserempak ngan biawak pun dah lari lintang pukang... kalau kena kejar kera tak tau la apa cerita, hahaha...
hulo. heh. waa, best nye tgkp ikan..nani mg tak pndai lah.. hm, hi! nice reading ur blog. *^^* i love the pictures!!
huh! Kera garang. Tak suka kera,lotong, monyet, monkey dan yang sewaktu dengannya.
dulu kecik2 kalau balik kampung memang suka sangat terjun masuk parit. Tapi mesti dapat 'tangkap' tungau jugalah. Bosan betul! Last2 mak tak bagi terjun. Takat kail ikan je tak pe hahaha
sy suka nwengok nak monyet.. sbb dorang nampak comel.. erk
salam,
semoga c hat selalu...
achik ingin ucapkan selamat hari raya aidil adha buat indera,semoga indera ceria selalu disamping keluarga hendaknya...amin.
salam eid ul adha
Salam Aidil Adha
salam aidiladha
ha ha. kera tu memang minat kat ko.
Sas,
Lagi takut kalau kena kejar anjing..
Masy,
Jelatang tu sejenis kuih yang dibuat dari tepung ubi dan rasanya sedap dimakan. Hehehehehe... Gurau je. Jelatang tu tumbuhan air yang berduri gatal miang.
Bro BP,
Pastinya masuk ke penempatan manusia. Mengeledah dapur rumah orang.
Azam,
Kat London ada biawak ke? Kekekekeke... cuak aku kena kejor ngan kera tu
Miss Potter@Nani,
Selamat datang. Memang seronok tangkap ikan. Terima kasih ye!!
Khairyn,
Masih ingat cara2 tangkap ikan guna kaki..??
Linda,
Saya rasa harimau lagi cute. Tak caya tanya Sastri.
Achik Sufi,
Alhamdulillah c hat. Orang Syria macam mana. Bila imtihan?
Arsaili,
Salam Eid Adha.
Abang Kamato,
Salam untuk abang dan seluruh kerabat abang juga.
King,
Salam AidilAdha. Engkau kat mana sekarang..??
Abang Zizie,
Biasa la. Orang cute macam saya memang banyak peminat. Hehehehehe.. Gurau je. Saya mungkin akan ke Terengganu lagi. Kalau lama di sana, saya nak singgah Kampung Atas Tol. Boleh tak?
Suka gambar itu - kera pun tahu dan faham berkasih sayang :-)
Salam buat Indera.
Post a Comment