Saya masih ingat lagi tahun itu, tahun 1988. Setahun sebelum saya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Baru tamat tingkatan 2. Cuti penggal yang panjang dihabiskan dengan menonton kaca television, merayau-rayau di sekeliling kampung dan melakukan apa sahaja aktiviti yang langsung tidak mendatangkan faedah.
Saya bosan dengan sekolah saya. Saya benci belajar. Tambahan pula saya sangat membenci subjek matematik yang diajar oleh Cikgu Md Sahuri. Hampir kebanyakan topik yang diajar langsung tidak saya fahami. Dengan adanya Bahasa Arab, tambah menyesakkan kepala saya menerima segala macam tunjuk ajar guru.
Cuti yang panjang selama hampir 2 bulan itu, saya penuhi dengan melakukan apa sahaja yang saya ingini. Janji ianya boleh melupakan saya pada kekusutan tinggal di asrama. Paginya, saya bangun jam 10.30. Terus masuk ke dapur bersarapan. Kemudian duduk di hadapan television berjam-jam sebelum mandi dan keluar merayau sehingga santak maghrib. Begitulah selama berminggu-minggu.
Rupa-rupa segala perlakuan saya menjadi perhatian mata-mata yang sakit benar melihat tindak tanduk saya yang menjolok mata itu. Kakak-kakak saya iaitu Kak Aini (Yang) dan Kak Asma.
Hendak dijadikan cerita, pada suatu pagi, sebaik sahaja saya bangun dari katil, saya akan terus menyingkap tudung saji melihat juadah yang telah dimasak oleh Mak dan kakak-kakak saya. Hmmmm… meehun goreng. Sedapnya!!
“Kamu ni dah tak ada kerja lain? Bangun tidur je dengan tak gosok gigi, dengan tak mandi, terus makan. Cuba buat perangai elok sikit!!” marah kakak saya.
Saya terpempan.
“Eh suka akulah nak buat apa pun… engkau sibuk pasal apa?”
“Aku sibuk sebab perangai engkau tu buruk sangat” kata kakak saya lagi.
“Buruk apanya? Hari ni kan ke cuti? Gunakanlah cuti betul-betul” kata saya mempertahankan diri.
“Haaa… itulah yang engkau tahu. Makan, tidur, merayap dan tidur lagi. Solat entah ke mana. Buku-buku langsung tak berbaca” leter kakak saya.
“Ni… hari ni keputusan SRP orang keluar…. Awak pulak tahun depan entah dapat berapa. Jangan nak mimpi la dapat keputusan bagus kalau perangai macam ni” kakak saya masih tidak puas-puas lagi berleternya.
“Engkau diam boleh tak?” saya sudah naik darah apabila dileter sebegitu. “Engkau ni apa hal nak marah-marah ni. Engkau period ke?” mulut saya lancang mencaci orang bila kepentingan saya tercabar.
PAAAANNNNGGG anak lesung batu menghentam pintu grill di sebelah saya dibaling oleh kakak saya. Mujur saya mengelak. Jika tidak sudah pasti anak lesung batu itu menghentam dahi saya. Alamatnya akan memancutlah darah di dahi. Boleh masuk hospital!!.
Mendengar kecoh-kecoh itu, Mak dan Kak Asma meluru masuk ke dapur.
“Ini apahal ni???” Mak bingung melihat saya seakan sedia untuk menggasak kakak saya (keji sungguh!!).
“Ni, budak ni. Buat perangai buruk. Dinasihatkan tak nak dengar” kata Kak Aini mengadu pada Mak saya.
“Bila masa dia nasihat. Asyik berleter, berleter, berleter… tangan karang!!” kata saya mengangkat tangan untuk memukul kakak saya. Kak Aini sudah menangis.
“Sudah, sudah, sudah!! Kamu Indera cuba buat perangai elok sikit” kata Mak.
“Perangai buruk, malas belajar” sampuk Kak Asma.
“Ahhhhh…. Kamu semua memang sama. Memang kamu semua tak suka kan aku. Memang aku tak suka belajar. Aku nak bakar saja buku-buku tu” kata saya sebelum meluru masuk ke bilik. Di bilik saya mengeluarkan beg galas saya dari bawah katil dan terus keluar menghamburkan isi beg itu semua ke tanah. Kemudian dengan setin minyak petrol Apak, saya mencurahkannya ke atas buku-buku saya.
Sebaik sahaja saya menyalakan api mancis tiba-tiba..
BUUUKKKKK…
Di belakang saya hinggap batang penyapu. Bukan penyapu lidi. Tetapi penyapu jerami yang mempunyai pemegang kayu yang solid itu. Aduuuuhhhh… sakitnya tidak terkata!!.
“Anak tak tahu diuntung… susah susah aku sekolahkan engkau, ini balasan engkau ye!! Nak jadi Setan??” tengking Apak sambil menghayun kayu penyapu itu berulang-ulang kali ke badan saya. Saya hanya mampu menyeringai menahan sakit.
Akibat terlalu sakit, saya menghambur lari tidak cukup tanah. Lari mengikut langkah kaki saya. Akhirnya saya tersedar bahawa saya sedang terbaring di satu pondok buruk di tepi sawah. Tidak jauh dari tanah perkuburan yang luas itu. Matahari rembang membakar tanah namun persekitaran sawah itu terasa nyaman. Sejuk dan menenangkan. Saya meraba belakang saya yang menjadi sasaran Apak sebentar tadi. Perit. Saya kira sudah berbirat kemerahan. Perut terasa lapar. Tetapi saya tidak boleh pulang ke rumah. Kelak dipukul oleh Apak lagi. Mereka memarahi aku, fikir saya.
Seharian saya duduk di pondok itu sehinggalah matahari sudah sedia ufuk barat untuk melabuhkan tirainya. Saya pasti akan terus duduk di pondok usang itu jika saya tidak mendengar suara pelik-pelik menjerit dari tanah perkuburan yang semak itu.
KUUUUUWWWAAAAUUUUU……………. Suara melaung dari kubur itu menjelang senja menaikkan bulu roma saya.
Takut dengan itu saya berlari dari situ. Melalui halaman Tok Musa sewaktu orang sedang melaungkan azan Maghrib.
“Indera….!! Kamu dari mana tu?” tanya Alang kehairanan apabila saya melintas halaman rumah ayahnya dengan kaki tidak berkasut.
Panggilan Alang itu langsung tidak saya pedulikan. Saya berlari lagi sehingga saya sampai di belakang sebuah rumah tua di tepi tebing Sungai Perak. Antara rimbun pokok kenanga dan limau purut itu saya berdiri kebingungan.
“Apa halnya kamu berdiri di situ?. Dah Maghrib. Naik cepat” kata Opah Merbi seolah mengerti apa yang terjadi kepada saya.
Opah Merbi ini punya hubungan yang unik dengan saya. Dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Fatimah. Setelah bertahun-tahun berkahwin, Fatimah masih tidak dikurniakan dengan cahayamata. Suatu hari Fatimah bermimpi, Mak yang ketika itu mengandungkan saya, menyerahkan saya kepadanya. Sejak dari hari itu saya menjadi anak angkat Fatimah. Dan Opah Merbi itu melayan saya seperti cucunya sendiri.
Malam itu, saya makan dan tidur di rumah Opah Merbi. Tidur pun ditepuk oleh Opah Merbi seperti saya ini masih berusia 3 tahun sedangkan ketika itu usia saya sudah menginjak ke angka 15 tahun.
Nun di rumah, Mak menangis tidak henti-henti. Apak sudah bingung. Saya hilang. Ada yang mengatakan saya diculik orang bunian. Ada yang mengatakan saya sudah lari ke bandar besar. Ke Ipoh atau Kuala Lumpur.
“Lebih baik Cikgu tanyakan pada Pawang Dalid tu… boleh jadi dia tahu di mana anak Cikgu sekarang” kata Pak Leman mengusulkan kepada Apak.
“Saya tak tahu dia pergi mana. Yang saya nampak, dia lari arah ke baruh” kata Alang ketika ditanya oleh orang ramai itu. Kecoh jadinya kerana Alang saksi yang terakhir melihat saya senja itu.
Apak ke rumah Pawang Dalid minta petua.
“Dia ni selamat. Dia tengah tidur di rumah orang. Orang ni pulak, sayang sangat pada dia” kata Pawang Dalid.
“Pak Dalid tahu siapa orang tu..” tanya Pak Su Usop.
“Aku tak tahu. Tapi, rumah orang itu di tepi Sungai Perak. Ada pokok mempelam besar di depan rumahnya”
Tiada siapa yang mengetahui di mana saya berada. Keesokan paginya, sebaik sahaja saya bersarapan, saya duduk termenung di tepi tebing Sungai Perak itu. Sebuah motosikal ditunggang laju sebelum berhenti mengejut berdekatan dengan saya. Mak Yah tertonggek membonceng motosikal Yeop, abang saya yang sulung.
“Ya Allah, Indera… kamu pergi mana? Penat semua orang mencari kamu” kata Mak Yah.
“Jom balik ikut Mak Yah, jom” kata Mak Yah.
“Tak mahu… Mak Yah baliklah..” kata saya. Abang saya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Jomlah balik. Tak baik buat macam ni. Mak kamu semalaman menangis disebabkan kamu. Tak kesian ke kamu kat Mak kamu?”
“Mak Yah baliklah… saya tak mahu balik” kata saya. Kalau saya pulang hanya akan dipukul oleh Apak lagi.
“Kalau dia tak nak balik, janganlah kamu paksa dia, Yah. Biarlah dia duduk dengan aku” kata Opah Merbi datang menyampuk setelah melihat Mak Yah menarik tangan saya.
Saya masih di rumah Opah Merbi sehingga tengahari. Sebaik sahaja selesai makan tengahari, di halaman rumah Opah Merbi, masuk sebuah Van Nissan Liteace berwarna biru. Saya kenal van itu. Van Beh, pakcik saya dengan Mak Uda Zaidah. Sepupu rapat saya iaitu Razak pun ada bersama.
“Indera, jom la kita balik. Kalau kamu takut nak balik rumah Apak kamu, jom balik rumah Mak Uda” pujuk Mak Uda.
Saya hanya termenung jauh di kaki tangga. Malu dengan Beh yang tidak banyak bercakap itu.
“Kalau kamu buat macam ni, Mak uda risau nanti Razak ikut perangai kamu pulak..” kata Mak Uda Zaidah sambil mengurut bahu Razak yang terpinga-pinga.
Akhirnya saya mengalah. Mengikuti Beh dan Mak Uda Zaidah kerana saya malu mencipta kecoh lebih-lebih lagi di hadapan Beh, bapa saudara saya yang sangat baik hati itu. Masuk sahaja ke dalam van, kesemua baju saya sudah sedia di dalam beg. Bagaikan Mak Uda Zaidah tahu bahawa saya akan lembut hati dengannya.
Itulah zaman huru-hara. Kerana mengikut hati, saya bikin malu. Tetapi itulah zaman remaja di mana kebaikan dan keburukan sukar dibezakan. Yang ada hanya hati yang bermaharajalela.
Indera: Saya pulang ke rumah Mak dua minggu sesudah itu. Kepulangan saya itu disambut dengan perasaan yang pelik. Semua orang tidak berani menyapa saya. Mak mencium saya beberapa kali. Tahun berikutnya, saya hilang lagi. Bikin ribut selama dua minggu sehingga kehilangan saya dilaporkan kepada pihak polis. Kali ini kehilangan saya adalah mengikut rombongan Jemaah Tabligh ke Bagan Ajam, Butterworth. Hahahahahaha… masih punya kisahnya yang tersendiri.

12 comments:
kuat betul Sham ni berlari ye! ;)
Masy,
Skang saya letih nak lari dah...
Nak dok diam-diam je. Baru rileks
Fuh manja! hahahahaha
Dulu kecil-kecil kalau kena marah tak ada masa nak larikan diri. Tapi saya bagi silent treatment hahahahaha
rasanya sampai sekarang perangai buruk tu saya amalkan. Lagi saya marah lagi saya diam. Adeh!
lari sampai bagan ajam.. ahaha dah dekat ngan umah saya tuu bro :P
dulu saya pun ada lari gak huhu mak cari sampai masuk dalam hutan. hehe maklumla anak kesayangan ngn cucu kesayangan arwah tok...
sungguh kak pB tak sangka yang Indera ni nakal jugak orangnya
happy belated besday ...
maaf kerna lewat 'wish'
Lepas ni kalau nak lari lagi, lari la jauh jauh sikit. Lari sampai sini, buleh ko tuntut teh o ais ko sekali...
Kuwaaauuuu kuwauuuuuu kuwauuuuuu......
ahak!
uih... pernah lari dari rumah rupanya... :D
Kalau zaman la ni, lari rumah silap2 tak balik terus....he he
Ny,
Mungkin itulah perkataan yang terbaik bagi menggambarkan sikap saya ketika itu. Ya, manja. Terlebih manja sebenarnya..
La,
Tu la. Kalau masa tu dah kenai La, memang dah bertandang le jwabnya..
Along,
Lari ke utan ke? Huiii.. tak takut Rimau..??
Kak pB,
Teramat nakal. Dan paling susah dibesarkan.. Sian Mak/Apak
Takpe.. yang penting ingatan..
Azam,
Betul engkau nak kasi aku Teh O Ais tu..?? Kalau betul aku dah ready dah nak lari ni. Itu pon bergantung kalu AirAsia dah landing kat London..
Kuuuuwwwaaauuu... kuuuuuwwwaaauu
Sas,
Bukan setakat lari umah je Sas. Penah pecah kepala. Penah jari hancur digelek mesin getah. Penah kena tendang lembu sampai pengsan, penah jerit pekik sampai satu hospital dengar... penah tu, penah ni...
Abang Kamato,
Kalau hilang sekarang, rasanya saya dah glamer. Masuk TV... hehehehehe
Balik juga ke rumah ayahanda bonda :-)
Sekarang ni lari dari rumah lagi tak? Hehehe ... gurau!
Salam Indera.
Bunga Rampai,
Kalau ada Ringgit Malaysia, rasanya mahu jugak lari bawa anak isteri. Apatah lagi dapat undangan dari orang di London tu (Azam)
Post a Comment