“Tidur lepas Asar itu mewarisi kegilaan!!” leter Fendi pada saya setiap kali dia pulang kerja melihat saya melingkar umpama ular sawa di ruang tamu apartment kami.
Namun saya selalu jarang mengambil endah leteran Fendi itu. Sudahnya, nasihat itu tidak lebih dari hanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
Stesen LRT Putra Kelana Jaya lengang seperti biasa kerana pekerja-pekerja di sektor swasta dan kerajaan masih belum pulang lagi. Sampai sahaja gerabak LRT itu, saya memilih tempat duduk di bahagian tengah dan terus lena tidak sedarkan diri. Jika tidak kerana bunyi bising dengungan sembang dan jerit pekik budak-budak sekolah itu, sudah pastilah saya akan terus lena sehinggalah ke Stesen Putra di Gombak.
LRT itu sudah melewati Stesen Abdullah Hukum. Tempat duduk kesemuanya penuh dengan budak-budak sekolah yang entah dari mana datangnya memenuhi gerabak itu sehinggakan saya sedikit lemas bila badan mereka menutupi cahaya matahari yang menerjah masuk. Berdiri di hadapan saya ialah 3 orang murid perempuan yang saya kira berusia dalam lingkungan 15-16 tahun. Dari gaya mereka, jelas mereka ini bukan datangnya dari kotaraya ini. Mungkin mereka ini mengikuti rombongan sekolah!!!
Ketika LRT itu melewati Stesen Bangsar, lelaki Punjabi yang duduk di sebelah saya turun. Budak-budak perempuan itu berpandangan sesama mereka.
“Pakcik, boleh saya duduk kat sini?” kata salah seorang daripada mereka sambil menunjukkan tempat duduk di sebelah saya yang dikosongkan oleh lelaki Punjabi itu tadi. Saya mengangguk. Pakcik????? Sedikit jengkel apabila dipanggil Pakcik. Tua sangatkah saya?
“Roman muka engkau memang nampak tua pun Indera” saya teringat kata-kata Faisal yang pernah mengejek roman saya yang nampak lebih berusia dari umur sebenar. Barangkali saya perlukan SKII Essence untuk menjadikan saya kelihatan muda remaja.
Bosan dengan hingar-bingar dan perjalanan yang sunyi itu, saya cuba membuka bicara dengan budak perempuan yang duduk di sebelah saya itu.
“Dari mana ye..?”
“Ye..? Pakcik tanya saya ke..?” tanya budak perempuan itu.
“Ya!! Datang dari mana ni?”
“Dari Ipoh, Pakcik..”
“Ikut rombongan sekolah?”
Budak perempuan itu mengangguk.
Stesen berikutnya, Pasar Seni…. Next Station, Pasar Seni
Budak perempuan itu tertinjau-tinjau sekeliling sementara dua lagi rakannya menguis-nguis hujung kasutnya. Saya menjeling kasutnya. Kasut kanvas yang baru. Tetapi mempunyai corak yang berwarna-warni, kuning hijau dan merah bercampur aduk. Nampak lucu sangat.
“Dari sekolah mana?” tanya saya lagi
“Sekolah Hulu Kinta..”
“Oooohhh…” saya mengangguk perlahan.
“Pakcik tahu ke..?” tanya budak itu.
“Tahu apa?”
“Sekolah saya tu…” duga gadis itu.
“Tahu.. sebab saya pun orang Perak juga”
Penumpang masuk berpusu-pusu menjadikan gerabak yang sempit itu bertambah sesak. Budak-budak sekolah yang mengikuti rombongan itu bertambah hingar berhimpit-himpit.
“Berapa hari rombongan sekolah?” tanya saya.
“Dua hari… semalam ke Melaka. Hari ini Kuala Lumpur. Petang ni baliklah” katanya sambil membelek-belek kasut kanvasnya. Sesekali dia tersenyum memandang kasut kanvasnya itu. Semacam rasa bangga.
Stesen berikutnya, Masjid Jamek…. Next Station, Masjid Jamek
Saya pandang bajunya. Nampak lusuh. Saya pandang pula tudung putih yang dikenakannya. Nampak kekuningan.
“Mak kerja apa?” tanya saya.
“Mak kerja kilang buat sarung tangan..” katanya.
“Ayah..?” saya seolah-olah penyibuk mencungkil rahsia.
Beberapa saat dia mengambil masa untuk menjawab soalan saya. Seketika dia mendongak memandang kawan-kawannya.
“Ayah tak kerja…. Ayah saya penagih dadah” katanya sambil melarikan wajah memandang pemandangan sekeliling yang ditutupi oleh terowong yang gelap. Seakan malu untuk saya melihat wajahnya. Ada kolam yang bertakung di matanya. Simpati saya datang mencurah-curah.
“Pakcik, ayah dia doktor… hehehehehehe” kata salah seorang dari kawannya yang berdiri itu sambil ketawa. Dia kemudiannya menyepak kaki kawannya itu. Cara anak remaja bergurau!!.
Kami terdiam. Saya kebuntuan akal untuk bertanya. Menyumpah kelancangan mulut saya yang menanyakan soalan seumpama itu.
“Errrr… cantik kasut. Mana beli?” saya mengalihkan persoalan.
Dia tersenyum. “Beli tadi kat kedai kasut.. Mak bagi RM20.00 suruh tukarkan kasut saya yang koyak” katanya malu-malu.
“Cantik ke Pakcik?” dia bertanya pendapat saya.
“Eh… cantik. Cantik betul” kata saya.
Sebenarnya kasut itu amat janggal dikenakan. Jika dibelikan untuk dibuat hadiah pada anak-anak hartawan Kuala Lumpur ini nescaya akan terus masuk ke dalam bakul sampah dalam sekelip mata.
Dia anak orang susah yang hidup di pinggir bandaraya Ipoh. Istilah fesyen memang jauh dari kamus hidupnya.
Stesen berikutnya, Dang Wangi…. Next Station, Dang Wangi
“Nak pergi mana ni..?” tanya saya.
“Cikgu nak bawak pergi KLCC..”
“Pernah sampai KLCC..?” duga saya.
Dia geleng kepala.
“Besar tak KLCC tu Pakcik..?” tanyanya lagi.
“Tengoklah sendiri nanti” kata saya sambil tersenyum.
“Pakcik tinggal di Kuala Lumpur?”
“Errrr… ya. Kenapa tanya?”
“Seronoknya Pakcik dapat tinggal di Kuala Lumpur…”
“Seronok…? Hahahahahaha..” saya ketawa gelihati.
“Kenapa? Mesti seronokkan dapat tinggal di bandar besar macam Kuala Lumpur ni?. Saya pun kalau dah habis sekolah nanti pun nak cari kerja kat KL ni”
LRT itu berhenti di Stesen Dang Wangi. Penumpang keluar dan masuk. Kemudian dari arah sisi, masuk seorang wanita dalam usia 20-an dengan pakaian seksi, dengan solekan terkini. Lengkap dengan beg tangan jenama antarabangsa dan aksesori seperti tulang ikan terjurai pada tengkuknya. Ketiga-tiga budak perempuan itu seakan kagum melihat wanita itu.
“Kalau nak kerja kat KL, kena rajin-rajin belajar. Baru “seronok” duduk KL” kata saya. Tahukah mereka betapa beratnya bebanan hidup di kotaraya ini. Mereka hanya memandang Kuala Lumpur dari kulitnya yang licin dan ranum. Tetapi saya memandang Kuala Lumpur dari isinya yang busuk. Saya menggeleng-gelengkan kepala.
Kenapa pula lawatan ke KLCC pula yang dimasukkan ke dalam agenda lawatan? Apa signifikannya lawatan itu terhadap pembangunan minda pelajar sekolah yang datang dari luar bandar? Apa perlunya menunjukkan gedung-gedung dan toko-toko yang menjual barangan berjenama mahal hatta gaji ibu ayah mereka sebulan pun belum tentu dapat membeli sehelai baju di sana? Tidakkah dengan melihat anak-anak hartawan Kuala Lumpur yang berpelesaran di sana hanya akan mengundang perasaan sedih dalam diri murid-murid ini tentang betapa berbezanya status kehidupan mereka jika dibandingkan dengan remaja-remaja yang berpeleseran itu?
Stesen berikutnya Kampong Baru….. Next station, Kampong Baru
“Lepas ni nak pergi mana?” tanya saya.
“Cikgu kata lepas ni kami balik Ipoh” jawab budak perempuan yang sedang berdiri itu.
Hingar-bingar budak-budak sekolah itu masih belum hilang bahkan semakin kuat. Budak perempuan yang duduk di sisi saya itu masih membelek-belek kasutnya.
“Cadang-cadang nak beli apa kat KLCC?” tanya saya.
“Entah..”
“Berapa tambang rombongan ni?” tanya saya.
“RM20.00. Cikgu kutip bulan lepas” katanya.
“Mak bagi berapa buat belanja?” Mungkin juga ibunya ada menyediakan belanja anaknya itu di tempat orang. Dia tersenyum. Mendongak lagi memandang kawan-kawannya.
“Mak kasi RM20.00. Beli kasut jelah…” wajahnya mengingatkan saya pada Khairyn. Moga Khairyn sentiasa bahagia di Glasgow sana.
Tiba-tiba saya teringatkan wang upah pendahuluan menyiapkan laporan yang diberikan oleh Encik Murad. Saya tarik sehelai not berwarna biru kehijauan itu.
Stesen berikutnya, KLCC…. Next station, KLCC
“OK, murid-murid…. Kita dah nak sampai. Kejutkan mana kawan yang tertidur. Jangan ada yang tertinggal pulak!!” Nyaring kedengaran suara guru lelaki meneriak dari hujung sana.
“OK… awak semua dah sampai dah… jumpa lagi” kata saya. Budak-budak perempuan itu tersenyum.
“Belajar sungguh-sungguh. Jangan banyak main” saya berleter mengalahkan ibubapa mereka sendiri.
“Errrr… tak ada apa yang dapat Pakcik bagi sebab sudi bercakap dengan Pakcik. Terimalah ini sebagai tanda perkenalan dari Pakcik. Buat belanja..” kata saya sambil menghulurkan not biru itu. Dia geleng kepala. Tidak mahu menerima. Not itu terbiar tidak bersambut. Seketika ditarik oleh kawannya yang berdiri. Dia lekas-lekas merebutinya.
“Kongsi bertiga, ye..!!” pesan saya. Mungkin lepas juga jika mereka ingin membeli air ataupun snek di KLCC yang mahal itu.
“Terima kasih” katanya apabila LRT itu tiba di stesen KLCC.
Dia bangun dan bergerak ke pintu.
“Errr… siapa nama?” tanya saya.
“Salwani” katanya sambil tersenyum.
Ramainya penumpang yang turun membuatkan gerabak itu terus lengang menghala ke arah Ampang Park. Tiba di Stesen Ampang Park, masuk sepasang kekasih remaja duduk bertentangan dengan saya. Bergaya dengan ranggi. Yang perempuan memakai jeans dan T-Shirt singkat menampakkan pinggang. Yang lelaki pula berambut tercacak dengan rantai berkilau melilit di pinggang. Terus duduk sambil merangkul pinggang kekasihnya dan bercumbu mesra. Langsung tidak memperdulikan mata-mata yang memandang…
Kuala Lumpur!!! Dan saya pula tersenyum…
16 comments:
ermm.. kesian.. tp oklah tu. borak lebih kurang 10-15 minit dpt rm50 ;)
baeknye ati pakcik indera. xmo ke hulur2 kat anak yatim ni? *tunjuk diri sndiri* heheh~
Hahahahahaha....
Hamboiii... nak berhulur2 jugak ker??
Klu ader brani, jom ke Sikret Resepi. Oder sama2, bayor asing2..
(Hmmmm... seperti penah ku baca statement nih, tapi kat mana ya!!!)
Salam Indera, kalau budak2 sekolah tu tau betapa jerihnya tinggal di KL tu, mesti diorang lebih menghargai Ipoh..dulu hari2 saya naik LRT dari Kelana Jaya sampai Wangsa Maju. 45 minit. Lama gilerr..sarat mengandung pun naik jugak bersesak2tu..kadang2 tak dapat tempat duduk..adehhh..la ni rindu pulak rasanya nak naik LRT PUTRA lagi...
*angkat tangan tinggi-tinggi*
Saya nak juga hehehe
Semoga anak gadis itu jadi orang yang baik-baik.
Kuala Lumpur memang paradoks. Kota yang penuh dengan 'laluan'. Mudah untuk menjadi baik dan mudah juga tergelungsur untuk menjadi jahat.
semoga kita semua berada dalam rahmatNya
salam berkunjung, kami skrg tgah menyiapkan blog untuk tugasan. harap mandapat tunjuk ajar dalam cara penulisan yang baik seperti saudara. penulisan yang saudara tulis memang sedap dibaca. ni alamat blog kami http://unic-halalproduct.blogspot.com/
salam Indera
hidup di kotaraya ini memerlukan banyak pergorbanan ....
setiap dari kita berkorban setiap masa , sedar atau pun tidak sedar ...
yang pastinya , kampung halaman tetap dirindui sepanjang masa ...
Masa kecik2 dulu dpt pakai kasut sekolah jenama Marco je. Kalau basah masuk dlm oven hitam butterfly kasi kering!
Biar susah skrg, bila dah ada duit sendiri di tangan, mereka akan lebih menghargai nilainya.
best ke duduk KL? sebenarnya tak sebest yang disangkakan...
baiknya Indera ni... bila nak belanja saya plak? :p
tahniah, mereka gagal perolehi 2/3 kerusi.
mulianya hati bro.. camni nak jadik gakaa cam bebudak tu :P
bro.. saya baca komen bro pasal entri tak besh aritu.. saya sebak.. jadik banjir lak mata neh. rupanya bro mmg dah paham eh apa yg saya rasa. susah nak cakap ekceli.. saya byk pendam dalam hati. tapi skali luah/lepas camtu lah kot jadiknya.
tapi takpe.. saya dah let go semuanya.. nak move on.. tanak pandang blakang lagik.. beri semangat pada saya k.
mekasih eh abang.. :)
Su,
Ipoh bandar yang tenang. Tidak terlalu terkejar-kejar mcm di KL. Kasihan Su terpaksa berasak-asak dalam sarat tu... memang pengalaman berulang dengan LRT ini akan ada 1001 macam cerita.
Ny,
Nak jugak..?? Kalau nak jugak, mari la balik KL. Ny pun sejak ke sana tak pernah balik, kan?
Semoga kita sentiasa mendapat Rahmat-Nya
Unic,
Petua ringkas dari penulis "kecil" mana saya ni telah saya letakkan dalam kotak komen saudara/saudari. Entah mana yang boleh diterima-pakai, saya pun tak pasti.. :b
Kak pB,
Memang dalam kehidupan ni perlukan pengorbanan. Juga pertimbangan terhadap mereka yang kurang bernasib baik...
Mungkin jika ditetapkan, saya akan mengotakan janji saya.. 2 tahun sebelum Siri Aufa berusia 7 tahun..
Azam,
Wahhh... engkau pakai kasut Marco? Besh nyer... aku dulu pakai kasut takde jenama. Tapak kasutnya kaler merah lagi..??
Hahhhh..?? masuk dalam oven?? Abih la orang makan kuih raya bau kasut kasut Azam... huhuhuhu..
Sas,
Boley.. bila-bila masa je.. Tapi mesti sekali dengan cik abang Sas tu... (nanti tak pasal saya pulak ward.. hahahaha)
King,
Aku saaaaaaaaangat berpuas hati dengan keputusan pilihan raya kali ni..
La,
Keadaan ni memang sukar untuk La hadapi sendiri. Jangan duduk sorang2.. nanti luka dalam hati tu lambat sembuh. Banyakkan mengingati Allah, luangkan masa dengan Keluarga La (Mak dan abang-abang), jumpa kawan-kawan rapat (Sally).. mereka ni semua akan membantu La untuk La cepat lupakan kenangan lama. Kalau La perlukan nasihat saya, email saja ke address indera5kencana@yahoo.com . Bila-bila masa saja La boleh emailkan pada saya..
Bebudak tu tak kan lupa sampai bila2, moga metreka mendapat rahmat dari pemberian ikhlas indera
Abang Kamato,
Hanya ingatan sahaja. Takut saya pada pujian Abang. Takut niat menjadi riak. Langsung jadi api membakar dedaun kering. A'uzubillah..
Abang mengundi di mana pilihan raya yang lepas ni...?? wahhh... YB tempat abang dah mengangkat sumpah sebagai MB. Bertuah orang Ijok..
jelsnya aku baca entri ko ni.. panjang tapi tak rasa nak berenti sampai abis!
Lan,
Aku rindu ko Lan...!!! Aku rindu ko..!!!
Hai Lan, sejak naik pangkat ni susah nor nak nampak ko apdet blog..
Tak baik jeles2.. tuhan marah. Hahahahahaha
bertambah murah rezekimu, amin!
Post a Comment