Tuesday, March 25, 2008

Mawlidur Rasul (Bhgn 2)

Shaibah tanpa tangguh lagi membenamkan semula cangkulnya ke dasar tanah yang berpasir itu. Objek keras yang disangkakannya batu bukanlah objek sebarangan. Ianya adalah patung kijang emas yang ditanam oleh Bani Jurhum sewaktu mereka menimbus Telaga Zamzam sebagai strategi perang mereka menentang puak dari utara dahulu. Sewaktu diangkat patung kijang emas itu, berhamburanlah air Zamzam keluar dari mata-airnya. Seluruh penduduk Kota Mekkah yang menyaksikan penemuan Telaga Zamzam itu bersorak keriangan. Air sudah ditemui. Kini kota itu bakalan bertambah makmur dengan sumber mata-air itu. Setiap wajah tersenyum senang. Bahagia. Gembira. Bersama-sama patung kijang emas itu, turut ditemui senjata dan lain-lain perhiasan yang berharga. Kesemua itu diserahkan kepada Kaabah sebagai tuan empunyanya.

Berita penemuan Telaga Zamzam itu merebak ke seluruh Kota Mekkah. Bukan sahaja di kota itu, bahkan ke seluruh Jazirah Tanah Arab. Penemuan itu membawa kegembiraan lantas kesyukuran dipanjatkan setinggi-tingginya ke hadrat Allah. Sesudah ini, tidak sukar lagi bagi masyarakat Arab yang ingin menunaikan ibadat di Baitullahil-haram untuk mendapatkan bekalan air sepanjang tempoh mereka menginap di Kota Mekkah.

Sedikit sebanyak, penemuan Telaga Zamzam itu telah membuka mata banyak pihak tentang betapa kewujudan telaga itu memberi pulangan yang menguntungkan bagi mereka. Lalu pemuka-pemuka Quraisy itu, tanpa segan silu mendakwa bahawa mereka berhak terhadap Telaga Zamzam tersebut kerana telaga itu ditemui di kawasan Kaabah. Jika sudah Kaabah itu milik umat manusia, maka semua orang berhak ke atasnya. Bukan setakat pemuka-pemuka Quraisy itu sahaja. Alasan itu cukup untuk menutup mulut pemuka-pemuka Quraisy yang bertegang urat menuntut hak masing-masing.

Sebagai menenangkan keadaan itu, mereka bersetuju bahawa harus ada seorang yang dapat menyelia dan menguruskan telaga itu di samping mengagihkan air zamzam kepada pengunjung Baitullah. Akhirnya mereka sepakat memilih, Shaibahlah orang yang paling layak memikul tanggungjawab itu bukan setakat dia yang menemui Telaga Zamzam itu, bahkan dia seorang yang sangat amanah, jujur dan berkarisma sebagai seorang pemimpin ulung. Dia juga datangnya dari keluarga Bani Hashim yang merupakan keluarga yang paling berpengaruh di kota itu.

Masyhurlah nama Shaibah sesudah penemuan Telaga Zamzam. Dia dianggap sebagai tempat rujukan pemuka-pemuka Quraisy atas keterampilan yang dimiliki serta pengamatannya yang sangat mendalam terhadap sesuatu isu yang berbangkit. Tugasnya sebagai pengagih air zamzam, membuatkan dia dikenali dan disenangi oleh ketua-ketua puak dan pedagang-pedagang di seluruh semenanjung tanah Arab. Namanya kini lebih dikenali sebagai Abdul Mutalib.

Hari berlalu dan masa berputar ligat. Kesibukan Abdul Mutalib membuatkan dia lupa akan dirinya sehinggalah pada suatu hari sewaktu dia sedang mengagihkan air Zamzam kepada satu kabilah, dia disapa oleh oleh ketua puak Bani Hamdan.
“Assalamualaikum, Ya Tuan”
“Wa alaikummussalam”
“Apa khabar tuan sekarang?” tanya ketua puak.
“Alhamdulillah, hamba sihat. Lama sudah hamba tidak bertemu dengan tuan. Apakah hajat tuan datang ke mari?” tanya Abdul Mutalib.
“Hamba datang ke sini adalah untuk membayar niat hamba kepada Berhala Al-Manat itu. Hamba mendapat seorang lagi anak lelaki” kata ketua puak itu.
“Ohh… begitu” jawab Abdul Mutalib.
“Tuan bila lagi ingin punya cahaya mata? Tak elok dibiarkan lama-lama. Tuan kelak memerlukan zuriat untuk mengambil alih tugas tuan di kota ini. Haa… hamba syorkan agar tuan berniat di Berhala Manat itu… Insya-Allah tuan akan beroleh cahayamata” kata ketua puak itu sebelum berlalu ke kaki Berhala Manat yang besar itu.

Kata-kata ketua puak Bani Hamdan itu tiba-tiba terkesan di hatinya. Betul kata ketua puak itu, satu hari nanti dia perlukan zuriat yang dapat mengambil alih tanggungjawab besar pada Kaabah itu. Sekali difikirkan juga, sudah bertahun-tahun dia mengahwini Fatimah bint Amr dari Bani Makhzum itu, namun sehingga kini dia masih lagi belum dikurniakan dengan cahayamata. Kalau sudah bertahun-tahun masih belum hamil, apakah maknanya itu? Pasti isterinya itu mandul.

Runsing dengan hal itu, Abdul Mutalib lantas melangkah menuju ke rumah sahabat karibnya Suhail ibn Saad menceritakan keadaan dirinya.
“Apakah jalan yang tuan hamba fikirkan?” tanya Suhail.
“Hamba berfikir untuk berkahwin lagi satu”
“Berkahwin lagi satu? Kenapa?” tanya Suhail
“Hamba fikir masalah ini adalah disebabkan oleh isteri hamba yang mandul” kata Abdul Mutalib.
Mendengarkan kata-kata Abdul Mutalib itu, Suhail menghela nafas panjang.
“Kenapakah tuan hamba menarik nafas panjang, wahai sahabatku?” tanya Abdul Mutalib.
“Hamba bimbang kalau-kalau tuan hamba yang mandul” kata Suhail.

Mendengarkan kata-kata Suhail itu, rasa gugur jantung Abdul Mutalib. Kalau dirinya yang mandul, akan sunyilah kehidupannya. Pasti hartanya yang berbilang banyak itu tidak dapat dirasai oleh waris keturunannya.
“Hamba rasa ada betulnya tuan memasang niat di Berhala Manat seperti kata Ketua Bani Hamdan itu” kata sahabatnya, Suhail itu.

Bermalam-malam tidur Abdul Mutalib tidak lena. Sering diganggu igauan bahawa dirinya mandul tidak mampu memberi zuriat. Hidupnya keluh kesah. Perjalanannya sehari-harian terasa begitu lambat dan lesu. Setelah tujuh hari berlalu, Abdul Mutalib memutuskan untuk berniat di Berhala Al-Manat itu.
“Ya Allah. Kurniakanlah aku dengan 10 orang anak bagi menggantikan tanggungjawab aku terhadap rumah-Mu ini. Jika aku dikurniakan dengan 10 orang anak itu, aku bernazar untuk menyembelih salah seorang daripada anakku itu di antara Berhala Lata dan Uzza”

Tidak lama sesudah Abdul Mutalib bernazar, isterinya Fatimah kemudian mengandung. Lahirlah anak mereka yang sulung. Seorang anak lelaki. Mereka menamakan bayi itu dengan nama Al-Harith. Kemudian diikuti oleh adik-adiknya yang lain. Muqawwam, Az-Zubair, Al-Abbas, Abdul Uzza (Abu Lahab), Abi Talib, Abdullah, Arwa, Saffiyyah dan juga Hamzah. Namun di antara anaknya yang sepuluh itu, yang paling rapat dan paling disayangi oleh Abdul Mutalib ialah Abdullah. Perwatakan, tutur katanya, kerlingan dan senyumannya, semua memikat hati Abdul Mutalib. Pendek kata, Abdullahlah cahaya hatinya. Abdullah juga kesayangan abang-abang dan adik-adiknya.

Tiba saat dan ketika, Abdul Mutalib terpaksa menerangkan hal nazar itu kepada anak-anaknya.
“Wahai anak-anakku sekelian. Sebelum kelahiran kamu dahulu, ayah sudah bernazar di hadapan Allah. Sekiranya ayah dikurniakan dengan sepuluh orang anak, salah seorang daripada kamu akan ayah sembelihkan di tempat antara Berhala Lata dan Uzza. Kini ayah ingin mendapat kepastian kamu, adakah kamu bersetuju memenuhi nazar ayah itu?”

Kesemua anak-anak Abdul Mutalib tertunduk kaku. Antara rasa gerun, kasih pada ayah, ketaatan sebagai hamba. Mereka masing-masing memikirkan bagaimana jika mereka yang terpilih memenuhi nazar itu. Adakah mereka sanggup?
“Lakukanlah ayah jika itu yang ayah nazarkan. Kami rela menerima sebarang keputusan tentang siapakah yang bakal terpilih memenuhi nazar itu kerana kami hanya mengharapkan keredaan Allah. Moga kami menjadi insan terpilih sebagaimana Nabi Ismail A.S. Lakukanlah ayah!!” jawab Al-Harith sebagai saudara yang tertua.

Setelah menerima kata sebulat suara itu, Abdul Mutalib mengambil 10 batang damak. Setiap damak itu diletakkan dengan nama anak-anaknya. Kemudian damak diisi dalam satu tabung. Tabung itu kemudiannya digoncang sebelum Abdul Mutalib mencabut salah satu damak.

Setelah digoncang, tibalah masanya Abdul Mutalib menarik keluar damak itu. Abdul Mutalib memandang kesemua anak-anaknya. Matanya terarah kepada Abdullah yang disayanginya. Abdullah tersenyum. Senyuman itu menguatkan hati Abdul Mutalib. Abdul Mutalib menarik sebatang damak. Matanya jatuh pada nama
ABDULLAH

Mengeletar tangan-tangan Abdul Mutalib. Tidak…!! Jangan Abdullah. Tidak!!. Namun keputusan sudah dibuat. Tidak mungkin dapat ditarik lagi. Kesemua anak-anak Abdul Mutalib bertangisan memeluk Abdullah, kesayangan mereka.
“Berbahagialah kamu, wahai adikku kerana dapat memenuhi nazar ayah itu” kata Al-Harith sambil memeluk adiknya itu.

Abdul Mutalib terduduk. Gagal berkata-kata. Berita Abdul Mutalib akan menyembelih Abdullah di hadapan Kaabah itu tersebar luas di seluruh Kota Mekkah. Gempar segala pemuka-pemuka Quraisy.

Abdul Mutalib menuntun Abdullah yang ketika sudah muda remaja menuju ke arah Kaabah. Orang ramai keluar dari rumah masing-masing untuk menyaksikan Abdul Mutalib yang akan menyembelih anaknya atas sebab nazar. Masing-masing berbisik dalam belas simpati terhadap nasib Abdullah. Dalam getar sayu hatinya, Abdul Mutalib keraskan juga hatinya. Membaringkan Abdullah di atas batu di antara Berhala Lata dan Uzza. Pisau tajam berkilauan sedia di tengkuk Abdullah untuk ditarik dengan pantas.

“Nanti!!!!” suara garau membentak mengejutkan Abdul Mutalib.

(Bersambung)

13 comments:

Masy said...

gmbr patung ape tu ek?

pB said...

masya allah ...

Allah Maha Besar

Bunga Rampai said...

Hadir ...

Salam buat Indera :)

Serindit said...

Er..naper tak leh makan ikan tapah??

indera kencana said...

Masy,
Itu gambar Berhala Uzza yang ditemui di Petra, Jordan. Mungkin ada persamaan dengan Berhala Uzza yang penah menghuni pinggiran Kaabah dulu. Menakutkan, ek??

Kak pB,
Dia yang berkuasa menjadikan setiap sesuatu

Salam Bunga Rampai,
Layangan Indera tidak akan jemu menanti haruman Bunga Rampai..

Chenta hati,
Kerana kami keturunan Pak Kaduk, tak boleh makan ikan Tapah. Kalau Chenta hati ada masa untuk melihat archieve saya, pasti Chenta hati akan jumpa entri yang bertajuk : Kami dilarang menjamah ikan tapah.. It's a legendary true story. Hanya Allah lebih mengetahui..

fajar said...

Salam perkenalan daripada saya buat Indera Kencana.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah dan membaca tulisan saya yang tidak seberapa. Semoga perkenalan ini akan membina ukhwah sesama kita.

Saya juga mendoakan agar rahmat Allah terus melimpahi anda sekeluarga. Insya Allah, bintang kehidupan yang diharapkan dapat bersinar dengan cerah.

Membaca cebisan kisah di sini, seumpama membaca fragmen-fragmen novel. Tapi, kisah peribadi yang ditulis sudah tentu pengalaman sebenar bukan? Unik!

Lagi satu, nama Indera Kencana ni memang nama betul ke? Dan baru tahu tentang keturunan yang tidak boleh menjamah ikan tapah ini.

fajar said...

lagi satu, entri berapa haribulan ye kalau nak baca tentang larangan makan ikan tapah itu?

asr said...

Seterusnya apa jadi???
Sambung cepat... peminat ko dah beratur tunggu tu!

Sastri said...

berhala tu berupa perempuan ek? masih ada ke kat Petra, Jordan?

indera kencana said...

Salam aluan untuk Saudara Fajar..
Memang matlamat salah satu matlamat saya berblog adalah untuk memperbanyakan kenalan dan merapatkan ukhwah sesama saudara seagama. Selain daripada itu dapat mengutip panduan menulis daripada penulis-penulis handal seperti saudara Fajar. Blog saya ini tiada yang istimewanya. Ianya hanyalah sesuatu catatan diari yang diolah dalam bentuk cerpen.
Sekiranya saudara Fajar ingin membaca tentang larangan ikan tapah itu, entri tersebut bertarikh 18 September 2006. Tentang nama saya itu, memang ramau yang bertanya, apakah nama itu memang nama yang sebenar kerana ramai tertanya-tanya apakah nama seperti Indera Kencana Bin Muhammad Suria itu masih ada lagi digunapakai oleh masyarakat hari ini.
Laman ini bersinar menyambut kedatangan Fajar menyinsing di angkasa yang cemerlang..

Azam,
Hahh..?? Beratur panjang? Lagi panjang daripada beratur masuk Harrods masa Boxing Day ke..??

Sas,
Ya, Uzza itu patung berbentuk perempuan. Dia adalah Dewi yang disembah oleh masyarakat Arab purba sebagai Dewi Kesuburan.. (Zaman Jahiliah)

Qi said...
This comment has been removed by the author.
Qi said...
This comment has been removed by the author.
Qi said...

indera kencana, benarkah awak juga keturunan Pak Kaduk seperti saya?
Opah saya selalu ckp jgn mkn ikan tapah nanti sesuatu yg buruk akan terjadi.....kalau termakan kena minum air celupan emas yg Pak Kaduk jumpa dalam perut ikan tapah.....kalau begitu maknanya anda merupakan saudara jauh saya.