yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta
ingatkah engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu
sebelum cahaya
ingatkah engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta
kekuatan hati yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta
ingatkah engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkah engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta
ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta
ingatkah engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkah engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta
Pada suatu masa di satu negeri, tinggal seorang budak lelaki bernama Cinta. Cinta mempunyai seorang ibu, seorang ayah dan 3 orang adik beradik. Bapa Cinta merupakan seorang petani miskin, namun keluarga itu tidak pula pernah keputusan bekalan makanan walaupun di musim dingin yang panjang. Di musim bunga dan di musim panas yang nyaman, Cinta hidup sejahtera bersama hembusan bayu yang menumbuhkannya menjadi kanak-kanak yang periang.
Segala keperluan hidupnya dipercukupi oleh ayah dan ibunya. Tetapi cuma satu, Cinta tidak pernah merasai akan nikmat dan keriaan sebuah sambutan harijadi sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Apabila ditanya kepada kedua orang tuanya kenapa dia tidak pernah merasa sambutan harijadi, ibubapanya menjawab bahawa mereka tidak mampu menyediakan keraian seumpama itu dengan membeli hadiah dan juga jamuan. Keperluan yang paling utama adalah untuk mengisi perut kosong anak-anak sahaja.
Cinta merasa marah terhadap kedua orang tuanya dengan mengatakan bahawa ibubapanya sudah tidak menyayanginya lagi. Hanya sebuah hadiah harijadi. Tidak mungkin itu pun tidak mampu disediakan oleh kedua orang tuanya. Tetapi hakikatnya, kedua orang tuanya sememangnya tidak berkemampuan.
Cinta menginginkan sambutan harijadinya diraikan dengan sebiji kek dan sekotak hadiah. Dia menginginkan agar sambutan itu diraikan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
“Cinta benci ayah!! Cinta benci ibu… benda sekecil itupun ayah dan ibu tak mampu nak sediakan. Cinta benci menjadi anak orang miskin”
“Cukup Cinta!! Kamu sudah melampau!!” bentak ayahnya
“Kalau tidak mampu menyediakannya lebih baik ayah dan ibu tak punya anak langsung!!” kata-kata lancang Cinta membakar kemarahan ayahnya.
PAAANNNGG…. Sebuah tampar berat hinggap di pipi Cinta yang mungil. Cinta hanya mampu menangis.
Hari itu hari jadi Jati, rakan sepermainannya. Jati lebih tua umur daripada Cinta dalam jarak 3 hari sahaja. Ini bermakna, lagi 3 hari Cinta akan menyambut harijadinya pula yang ke-9. Kesemua penduduk kampung dijemput menghadiri keramaian itu termasuklah Cinta dan ahli keluarganya. Di majlis itu, Jati menerima sebuah permainan berupa anak patung askar yang bermain gendang. Cantiknya anak patung askar itu membuatkan jiwa Cinta huru lantas kucar-kacir memikirkan bahawa 3 hari bakalan menjelang itu, dia pasti tidak akan menerima apa-apa untuk harijadinya seperti tahun-tahun terdahulu. Diam-diam Cinta meninggalkan majlis itu lantas menuju ke pinggir ladang di mana terdapatnya sepohon beringin dan altar purba yang kecil di pangkalnya. Di bawah pohon beringin itulah Cinta menangis sambil mengenang untung nasibnya.
“Ya Tuhan. Berikanlah aku sebuah hadiah harijadi. Aku rela menukarkannya dengan apa sahaja yang aku miliki sekarang!!”
Begitulah Cinta berdoa saban hari setiapkali dia duduk termenung di bawah beringin rendang itu selama tiga hari. Masuk sahaja hari yang ketiga, Cinta masih tetap mengunjungi pohon beringin itu sambil terus berdoa.
“Ya Tuhan, Berikanlah aku sebuah hadiah harijadi. Aku rela menukarkannya dengan apa sahaja yang aku miliki sekarang!!”
Di saat Cinta melafazkan doa itu, nun di atas awan, seekor Bota sedang terbang melayang mencari mangsa untuk dia menebarkan segala keburukan di atas muka bumi ini. Mendengarkan rayuan Cinta yang terlalu mengharap itu, Bota tersenyum kerana Cinta akan digunakannya itu menebar keburukan. Lantas Bota itu menjelma di hadapan Cinta sambil berupa seorang orang alim.
“Apa yang kamu inginkan?” tanya orang alim itu.
“Saya ingin sebuah hadiah untuk harijadi saya” kata Cinta.
“Hmmmm… kenapa kamu inginkan hadiah hari jadi? Apa hari ini hari jadi kamu?” tanya orang alim itu.
“Benar, hari ini hari jadi saya. Tetapi ibu dan ayah saya tidak mampu menyediakan walaupun sebiji kek pun untuk harijadi saya”
“Jadi apa yang kamu inginkan untuk harijadi kamu?” tanya orang alim itu lagi.
“Apa sahaja!! Asalkan ianya hadiah harijadi” jawab Cinta.
Orang alim itu tersenyum sambil mengeluarkan dari jubahnya sebuah kotak kayu dan sebiji botol cantik yang mengandungi cairan berwarna merah di dalamnya.
“Aku kira ini adalah hadiah yang paling tepat buatmu..” kata orang alim itu.
“Apakah itu?” tanya Cinta cuba merebuti hadiah tetapi segera dihalang oleh orang alim itu.
“Kamu akan tahu apa yang kamu akan perolehi sebaik sahaja kamu meminum air dari botol ini. Tapi sebelum itu, aku ingin bertanya pada kamu, apa yang kamu boleh tawarkan sebagai tukaran dengan hadiah-hadiah ini?” tanya orang alim itu.
Cinta hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Dia dari keluarga yang miskin. Apa yang mampu ditawarkan olehnya.
Orang alim itu tersenyum.
“Mahukah kamu menukarkan dengan kebahagiaan kamu dan dengan cinta dalam hati kamu?” tanya orang alim itu.
“Bolehkah begitu?” tanya Cinta.
“Sudah tentu boleh…” jawab orang alim itu.
“Jika begitu, saya bersetuju” kata Cinta.
Dengan tidak semena-mena, keluar dari mulutnya dua biji bola cahaya dari mulut Cinta. Itulah dia kebahagiaan dan cinta dalam hati. Kini hatinya kosong tanpa kebahagiaan dan juga cinta.
“Sekarang kamu minum air ini” kata orang alim itu.
Tanpa tangguh, Cinta membuka penutup botol itu dan mengogok cairan merah itu sehingga habis. Sebaik sahaja selesai dia meneguk air itu, Cinta merasakan hatinya terlalu pedih dan pilu. Amat seksa penanggungannya sehingga dia berguling-guling di atas tanah.
“Hai orang alim, minuman apa yang engkau berikan pada saya?” tanya Cinta.
Orang alim itu ketawa berdekah-dekah dan dalam sekelip mata bertukar wajah semula menjadi seekor Bota yang hodoh.
“Hai budak yang bodoh. Ketahuilah kamu bahawa kamu telah menyerahkan pada aku kebahagiaan dan cinta dalam diri kamu. Ketahuilah oleh kamu wahai budak yang bodoh, air yang kamu minum itu adalah racun ciptaan aku yang kuberi nama Kesepian. Hidup kamu tidak akan merasa bahagia dan tenteram selagi engkau tidak berjaya menyelesaikan teka-tekiku. SIAPAKAH YANG DATANG DIPAYUNGI OLEH SAYAP DUA MALAIKAT PENYAYANG?. Letak kotak kayu itu di atas altar purba dan jawab dengan jelas hanya di harijadimu. Selagi engkau tidak menemui jawapannya, selagi itu kampung ini akan dilanda kegelapan dan selagi itu juga engkau akan diselubungi kesunyian dan hidupmu akan terus kosong tanpa kebahagiaan dan cinta. Hahahahahahahaha….”
Selepas menuturkan sumpahan itu, Bota itu terus menghilangkan dirinya.
Awan hitam berarak dengan kilat sabung menyabung di langit tinggi. Secarik cahaya pun tidak berupaya menembusi dan menyuluh tanah di kampung itu. Orang kampung yang menyaksikan Cinta ditipu oleh Bota itu terus memukul Cinta atas kebodohannya dan segera membawa Cinta mengadap kepala kampung dan kedua ibubapanya.
“Kami mahukan supaya budak Cinta ini diusir sahaja dari kampung ini. Kerana dialah kampung kita tidak mendapat cahaya dan kerana dialah tanaman kita tidak menjadi kerana tidak mendapat cahaya” gesa penduduk kampung.
Maka terusirlah Cinta dari kampung itu. Bergelandangan dan berkelana mencari jawapan pada teka teki yang diberikan oleh Bota itu. Di dalam hatinya tidak tercalit kebahagiaan melainkan racun kesepian itu terus menghancur-lumatkan hatinya. Namun tiada siapa yang tahu jawapan itu.
Masa berganti dan tahun bertukar. Cinta terus berkelana mencari jawapan sambil mengelek kotak kayu hadiah harijadinya. Cinta tumbuh menjadi seorang pemuda yang kering hatinya. Tiada siapa yang sudi berkawan dan bersahabat dengannya. Racun kesepian itu membuatkan orang lain menghindarinya.
Perjalanan itu terlalu jauh. Cinta merasakan terlalu letih dan lesu. Akhirnya dia jatuh pengsan dan diselamatkan oleh seorang dara bernama Kecut. Kecut merawatinya. Akhirnya Cinta sihat kembali. Sebagai tanda terimakasihnya, Cinta mengahwini kecut di saat kebahagiaan dan cinta tidak pernah bertamu di hatinya. Kebenaran ini sangat melukakan hati Kecut. Namun dia tabah demi cintanya pada Cinta. Bisa racun kesepian itu tidak termakan pada Kecut kerana Kecut sudah ditakdirkan menjadi pasangan Cinta.
Setelah beberapa lama, lahirlah anak mereka. Seorang puteri. Di suatu malam, beberapa purnama sebelum jatuhnya hari kelahiran Cinta, Kecut mendendangkan gurindam buat anak mereka.
Tidurlah anakanda permata hati bonda
Besarlah segera cahaya mata bonda
Besok engkau akan dewasa mengisi alam semesta
Memakmurkan dunia dengan sinaran cinta
Tidurlah anakanda kesayangan bonda
Hadirmu ke dunia bawa bahagia
Dipayungi oleh sayap kasih sayang ayahanda bonda
Bahagia hidupmu hingga ke hari tua
Cinta terkaku mendengar gurindam itu dan seketika dia terpempan. Jawapan pada teka teki itu terbentang di hadapan matanya kini. Ya, dia sudah menemui jawapan itu setelah bertahun-tahun melalui perjalanan panjang yang sangat sepi.
Cinta membawa Kecut dan anak meraka pulang ke kampung halamannya. Kampung itu masih dilanda kegelapan tanpa cahaya yang hadir menumbuhkan tanaman. Bertepatan dengan harijadinya itu, Cinta bersama kecut, anaknya, ibubapanya dan masyarakat kampung berkumpul di bawah pohon beringin rendang itu. Cinta segera meletakkan kotak kayu itu di atas altar purba seraya berkata.
“Aku tahu pada jawapanmu. Soalanmu tentang siapakah yang hadir dipayungi sayap dua malaikat penyayang. Jawapannya adalah ANAK. Anaklah punca kebahagiaan. Anaklah cinta. Anaklah yang tempat aku merasa bahagia. Dan kini aku mengerti tentang kasih sayang kedua orang tuaku terhadap seorang anak…!!”
Di saat itu kotak kayu yang sentiasa tertutup itu terbuka luas. Keluar tujuh cahaya berbilang warna meluncur laju ke langit dan berdentum umpama meriam di udara. Pelangi naik merentang di langit tinggi. Suria memunculkan diri setelah bertahun-tahun bersembunyi. Dalam hati Cinta membuak kebahagiaan dan cinta pada Kecut, pada puteri mereka dan pada ayah dan ibunya.
Di hadapan penduduk kampung tersedia meja penuh dengan hidangan jamuan, sebiji kek harijadi dan anak patung askar memukul gendang sebagai hadiah harijadi untuk Cinta. Selamat Hari Jadi buatmu Cinta. Selamat Hari Jadi yang ke-34…
Indera Kencana Bin Muhammad Suria
12.03.1974
12.03.1974
19 comments:
betul ke nama Indera tu? bkn ade nama lain>?
selamat hari jadi :) semoga kehidupan indera sentiasa diberkatiNya, amin~
Masy,
Nama betul saya Sham. Betuuulll.., tak percaya, nah tengok ic..
Tima kacih :)
Salam Indera, selamat hari lahir. Sebaya rupanya kita. Semalam, 11 Mac harijadi shahrul yg ke 35. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki Indera sekeluarga
Selamat Hari Lahir. Semoga berjaya menjadi insan yang bertaqwa.
Ingatkan kisah lagenda bota tadi :)
selamat hari lahir bro indera yang sangat baik!.. yg ke 34 ye?
semoga panjang umo dan murah rezeki hendaknya.. amin
semoga bahagia selalu :)
salam kenal...
pertama kali sy disini sy sudah trpikat...
sronok membaca N3 kamu...penuh dgn maksud yg trsirat...
saya terlewat
selamat ulang tahun Indera
Nice story.
Selamat Hari Jadi. Panjang umur murah rezeki. Amin.
ooo selamat hari jadi semoga panjang umur dan murah rejeki
Mak aiii.... tersirat yang amat ni weii...
selamat bertambah tua hahaha... tapi ko jangan bimbang.. aku akan tetap lebih tua daripada engko hahaha
takkan takat teh tarik jer weii.... ko kena belanja aku beriani kambing hahaha..
Oh, lagu itu! Lagu kegemaran, sampai tempek-tempek kat blog saya :-)
Dan cerita itu sangat menarik!
Salam Hari Lahir buat Indera Kencana. Semoga panjang umur dalam kebajikan, dalam perlindunganNya selalu, dan dipermudahNya urusan dunia dan akhirat.
Gembira mengenali Indera walau hanya maya :-)
Macam cerita klasik asal-usul nama tempat pulak. Hehehe!
Tahniah! Selamat Hari Jadi 'abang Indera' [:D] walaupun agak terlewat sedikit ucapan saya. :)
Semoga terus diberkati dan dirahmati Allah...
Selamat Hari Lahir Indera.. Moga murah rezeki, umur yang berkat, bahagia di samping keluarga.:)
saya terlmabat 5 hari... tapi harap masih boleh diterima... selamat ulangtahun ke-34... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diredhai Allah dan bahagia selalu...
Su,
Ye ke..?? Kalau macam tu, saya kira berkembar la dengan Shahrul. Hahahahahaha... kirim salam saya pada Shahrul (dia makin sihat). Errr.. kenapa saya tak boleh nak access ke blog dia. Nak mintak izin masuk boleh..??
Iman,
Mekasih banyak2.. :b Kenapa berhenti berblog..?
Cerita asal Bota tu dan tak ingat dah..
La,
Mekasih. Aisehhh.. puji-puji ni malu, seh.
Iman_qaisara,
Salam kenal. Saya sangat mengalu-alukan kunjungan saudari..
Khairyn,
Tak pe kalau lewat pun..
Tima kacih orang Glasgow!!
Azam,
Aku nak adiah bley..?? Teh O ais ye?
King,
Mekasih... jom NZ.. aku nak Roti Nan Butter
Lan,
Memang aku tahu hakikat engkau lebih tua dari aku pon!!! Ahahahaha... Series la... Bila nak mengeteh? Jangankan briani kambing, kalau engkau nak gajah pun aku boley kasi (ceewwwaahhh)
Bunga Rampai,
Salam seharum mewangi..
Tempek di blog? Kat mana? tak nampak pun? Ada ke..? Wahhh sehati kita rupanya..
Terimakasih.
Saya juga amat senang mengenali Bunga Rampai biarpun setakat di dalam blog cuma.
Bro BP,
Terima kasih "adik" Muna.. Muna aper ye nama penuh Bro..?? Hahahahaha.. terima kasih banyak2..
Zwit,
Mekasih Zwit. Tima kasih sebab datang lagi ke blog saya..
Sas,
Biar pun terlambat, tetapi ingatan itu tetap saya hargai.. terima kasih..
selamat ulangtahun kelahiran yg terlewat.. (lebih seminggu ni dah lewat)
semoga panjang umur murah rezeki.. :)
Salam Hari Lahir Indera.
Menoleh kebelakang...menyaksi tapak-tapak perjalanan...membuat kita gementar untuk memandang ufuk langit di depan...
Hari makin senja.
AKMA
+ dari bumi yang masih tiada MB...sehingga saat ini...
AKMA,
Kita bagaikan terputus kata bicara... Saya masih menanti berita dan khabar terbaru dari saudara. Mudah-mudahan, akan terbuka hati AKMA untuk menitipkan berita di laman Blog seperti satu masa dahulu. Saya masih seperti yang AKMA kenal dulu. Saya mengerti bahawa tugasan menghalangi AKMA untuk berbicara. Mudah-mudahan, Darul Iman akan bersinar dengan cahaya keimanan bernaung di bawah timbangan Mizan..
Achik Balkish,
Terima kasih atas ingatan dan ucapan. Masa itu tidaklah penting... Ingatan Achik sangat bermakna kepada saya..
AKMA,
Terima kasih atas ingatan dan ucapan itu. Saya sangat menghargainya...
Post a Comment