Setelah ditetapkan tarikh yang sesuai, maka kedua-dua belah pihak daripada suku Bani Hashim dan juga Bani Zuhrah bersetuju bahawa pernikahan di antara Abdullah dengan Aminah diadakan secara sederhana dengan menjemput keseluruhan penduduk Kota Mekkah untuk turut meraikan kedua mempelai.
Memang mereka pasangan yang secocok. Kedua-duanya memiliki akhlak yang terpuji. Kedua-dua suami isteri itu juga langsung tidak mempercayai khurafat berhala-berhala yang banyak terdapat di sekitar kawasan Kaabah. Mereka hanya berpegang pada ajaran yang dibawa oleh Nabi Allah Ibrahim. Bagi Abdul Mutalib dan anak-anaknya, kehadiran Aminah sebagai anggota keluarga yang baru seolah-olah menyemarakkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga.
Setelah beberapa ketika, Aminah disahkan mengandung. Sudah sebulan setengah!!! Alangkah gembiranya ahli keluarga Bani Hashim. Mereka bakal menerima kedatangan orang baru dalam keluarga mereka. Tidak terucap kegembiraannya.
“Kanda sudah membuat keputusan. Kanda akan ke Syam membawa barang dagangan Pakcik Huyay ke sana. Kalau ada rezeki kita, dapatlah kita mengumpulkan wang bagi perbelanjaan menyambut kelahiran anak kita kelak” kata Abdullah kepada Aminah sewaktu dia menerangkan hal sebenar tujuan dia hendak ke Syam itu.
“Berapa lamakah kanda akan berada di sana?” tanya Aminah. Bimbang bercampur resah.
“Hmmmm… lebih kurang 6 bulan sahaja”
Aminah kelu untuk berkata-kata. Jantungnya seakan terhenti sewaktu dia menerima berita bahawa Abdullah akan berangkat jauh ke utara untuk berdagang di Syam. Perihal berdagang di Syam itu bukanlah merupakan perkara asing bagi lelaki di dalam masyarakat Quraisy itu. Tetapi entah mengapa, hatinya tiba-tiba dipagut pilu. Sayu. Bimbang melepaskan Abdullah pergi. Seolah-olah pemergiannya nanti tidak akan pulang-pulang lagi.
Aminah merenung jauh di luar jendela. Memerhatikan kanak-kanak berlari di bawah pepohonan tamar. Angin bertiup kencang dengan debu halus mencuri masuk ke dalam rumah melalui ruang yang terbuka. Cuba membayangkan gambaran rupa paras anak yang sedang dikandungnya. Tertanya-tanya samada anaknya kelak bisa seperti kanak-kanak yang sedang keriangan berlarian di hadapan rumahnya itu ataupun nasib anaknya bakalan tidak menentu. Hanya yang mampu dilakukannya hanyalah berdoa ke hadrat Allah agar anak yang dikandungnya itu akan menjadi insan yang berguna.
“Apa yang dinda menungkan itu?” tegur Abdullah.
“Errr… tak ada apa-apa” kata Aminah cemas apabila melihat Abdullah menghampirinya di jendela. Cuba menyembunyikan aliran sungai di matanya.
“Dinda menangis?” tanya Abdullah.
“Tak… debu pasir masuk ke mata dinda” dalih Aminah.
Abdullah tahu benar. Memang Aminah sedang berduka lara atas keberangkatannya. Aminah kemudiannya dirangkul ke dalam dakapannya. Esakan Aminah meletus jua di saat itu.
“Jangan bimbang. Kanda takkan apa-apa. Lagi pun Barakah (Umm Aiman) bukankah akan bersama-sama kanda” kata Abdullah mencuit pipi Aminah.
Aminah tersenyum. Dia pasrah. Hatinya memaksa agar menceritakan mimpinya kepada Abdullah. Tetapi masih terlalu awal. Baru sebulan setengah usia kandungannya..
Semalam dia bermimpi melihat bulan mengambang penuh. Cahaya bulan itu sungguh luar biasa. Sinarnya melebihi sinar sang suria. Terang menyuluh kegelapan malam yang pekat. Sinarnya memancar jauh ke pelusuk alam. Bulan itu kemudiannya semakin turun menghampirinya. Semakin lama semakin dekat. Akhirnya terus masuk ke dalam perut Aminah. Aneh benar mimpi itu. Apakah agaknya takwil mimpiku itu?, hati Aminah tertanya-tanya.
Abdullah berangkat jua. Membawa dagangan milik Huyay ibn Amr, bapa saudara dari sebelah ibunya untuk diniagakan di Syam. Selain daripadanya turut serta puluhan lelaki Quraisy yang mempunyai pengalaman yang luas dalam urusniaga. Mereka itu sudah biasa dengan laluan Syam dan Yamen itu. Bagi Abdullah, inilah masanya untuk dia mengaut segala pengalaman daripada pengembaraan yang jauh itu. Mudah-mudahan pencariaan rezeki ini akan dipermudahkan oleh Allah.
Matanya tidak lepas memandang Aminah yang melambainya dari jendela rumah. Sehingga Aminah hilang dari matanya, barulah hatinya bulat dan tekad. Perjalanan ini harus ditempuhinya jua. Tidak selama-lamanya dia harus bergantung hidup pada kekayaan bapanya. Dia harus berdikari. Demi Aminah dan anak mereka yang bakalan lahir nanti. Sekali sekala, dia menoleh ke arah Barakah, hamba perempuan yang selalu menemaninya. Setia dan sedia menyediakan segala kelengkapannya. Tubuh Barakah terhenggut-henggut mengikut gerak langkah unta yang membawanya. Sinar matanya lesu sambil wajahnya ditutupi dengan selendang berwarna hitam.
Sewaktu kafilah itu mendekati Kota Yathrib, Abdullah seakan dipanggil-panggil untuk berhenti singgah. Teringat dia pada sanak saudara di sebelah bapanya dari suku Bani Najjar yang telah lama mendiami kota itu. Alangkah lamanya Abdullah tidak bersua muka. Rindu rasa di hati.
“Tidak. Tidak boleh Abdullah. Barang dagangan ini harus segera diniagakan di Syam. Hamba bimbang lebih banyak masa yang dibazirkan akan menyebabkan kita kerugian di Syam nanti. Hamba cadangkan jika tuan hamba ingin berhenti di Yathrib itu, ada baiknya jika tuan hamba berbuat demikian sebaik perjalanan kita pulang ke Mekkah nanti” kata ketua kafilah itu apabila Abdullah menyuarakan hasrat hatinya untuk singgah sebentar di Kota Yathrib itu.
Akhirnya mereka tiba di Syam. Jualan sungguh menggalakkan. Segala barangan yang terdapat di segenap ceruk dunia, semuanya ada dijual di Syam. Sungguhlah kedudukan Syam di tengah-tengah Laluan Sutera ke China itu sangat strategik. Mereka memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda.
Cuma Syam itu sangat sejuk. Angin dingin dari Pergunungan Alps di Eropah yang berhembus laju ke Semenanjung Tanah Arab itu benar-benar mencabar kekuatan fizikal Abdullah. Dia mula terbatuk-batuk.
Sewaktu barangan dagangan dikemaskan, Abdullah merasakan badannya seram sejuk. Rasa seperti hampir pitam. Perubahan mukanya kepada pucat itu dikesani oleh Barakah.
“Tuan tak apa-apa?”
“Tidak, hamba baik-baik sahaja. Lekas kita kemaskan barangan kita untuk kita berangkat pulang” kata Abdullah.
Kesihatan Abdullah terus merosot. Suhu badannya naik tinggi. Puas beberapa kali didemah oleh Barakah, namun semua itu sia-sia belaka. Beberapa kali juga Abdullah mengalami keracauan akibat suhu badannya yang tinggi namun tiada apa yang mampu dilakukan olehnya. Di dalam kafilah itu tidak ada seorang pun tabib di kalangan mereka.
“Barakah, bilang sama ketua kafilah, hamba mahu berhenti di Yathrib. Suruh mereka teruskan perjalanan ke Mekkah”
Abdullah dan Barakah beserta dengan hasil dagangan milik Huyay ibn Amr mematah haluan ke Yathrib. Abdullah mengidap demam panas. Di rumah ibu saudaranya dari suku Bani Najjar itu dia menumpang teduh seketika.
Sangka Barakah, setiba di Yathrib itu demam panas Abdullah akan berkurangan. Namun sebaliknya bertambah tenat.
“Jaga Aminah dan anakku baik-baik…” pesan Abdullah. Barakah menangis. Dia tahu, tuan kesayangannya itu akan pergi mengadap tuhan bila-bila masa sahaja.
Pada bulan Rejab tahun itu, Abdullah mengembuskan nafasnya yang terakhir. Nafas yang mendewasakannya selama 25 tahun. Hanya airmata Barakah yang mengiringi pemergiannya. Abdullah dikebumikan di Yathrib, di perkuburan suku kaum Bani Najjar.
Barakah pulang ke Mekkah ditemani oleh beberapa lelaki dari suku kaum Bani Najjar. Menyampaikan berita sedih kepada seluruh ahli keluarga Bani Hashim. Abdul Mutalib terkalap. Gagal berkata apa-apa. Dia sendiri bagaikan dapat menjangkakan bahawa anak kesayangannya itu tidak akan dapat menemaninya ketika dia sendiri menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana anaknya sudah terlebih dahulu meninggalkannya. Dia memandang-mandang sekeliling. Kepada anak-anaknya yang termenung jauh menangisi pemergiaan Abdullah. Kemudian memandang kepada Aminah yang jatuh terjelepuk. Airmata Abdul Mutalib berlinangan mengenangkan cucunya yang bakal lahir itu tidak sempat melihat wajah ayahnya sendiri.
Abdul Mutalib berjanji pada dirinya sendiri. Berjanji benar-benar bahawa cucunya yang bakalan lahir dari perut Aminah itu akan menjadi permata hatinya. Hidup cucunya akan sentiasa dilimpahkan dengan sepenuh kasih sayang. Sekalipun hanya sekadar kasih sayang seorang nenda. Tiada siapa pun yang dapat datang di antara mereka berdua selain daripada Aminah, ibunya itu. Tiada siapa yang boleh melukakan hati cucunya. Ini mesti. Aku berjanji, Ya Allah!!!, bisik hati Abdul Mutalib.

(Bersambung)
7 comments:
mogoklah tamau bagi komen, boley? :D
Perlukah AKMA kembali menulis Indera...?
Masy,
Yelah... nak buat camne kan? Dah orang tu pun nak mogok sama.. **majuk**
AKMA,
Saya merindui coretan dari AKMA. Tidak perlu banyak. Memadailah sebaris kata buat pengubat kerinduan teman-teman yang meminati dan mengikuti tulisan AKMA dulu. Namun andai kesibukan merintangi, ingatan sahaja pun sudah memadai...
Teruskan indera, cerita2 begini bisa meningkatkan kecintaan kita kepada yang Esa
hiba rasa hati ni...
rasa macam baca hikayat sedangkan ianya adalah sebuah sejarah
aduhai-lah, saya tidak punya kemahiran bermain kata-kata macam ni
teruskan usaha :)
Abang Kamato,
Terima kasih pada abang kerana menyuntik semangat saya..
Sas,
Sirah Rasulullah memang terdapat banyak peristiwa duka dari suka. Membaca perjalanan sirah baginda kadang-kadang boleh membuat kita menitis airmata. Tentang kesedihan yang dialaminya hidup sebagai anak yatim. Kesdihan baginda sewaktu kehilangan Khadijah dan Abi Talib. Yang paling sukar saya menahan airmata apabila Rasulullah bertemu semula dengan kakak susuannya. Di pertemuan itu Rasullullah ketawa apabila kakaknya berkata dia mempunyai tanda parut di tangan akibat digigit oleh Rasulullah. Kemudian Rasulullah menangis mengingatkan kisah suka duka ketika dia bersama ibu susuannya Halimatus Saadiah.
Khairyn,
Kata orang, harimau itu selalu sahaja menyembunyikan kukunya. Ny la macam harimau tu... Aduhai, mana boleh saya menandingi awak dalam penulisan. Siap ada novel sendiri. Saya ni, nak karang blog ni pun terkial-kial... :)
Post a Comment