Friday, March 16, 2007

Seindah Cahaya Pelangi


Di dalam kebosanan, saya berkelana ke timur dan ke barat. Akhirnya tiba di sebuah laman. Lantas berbicara mesra dengan pemiliknya tentang sebuah kehidupan, tentang hari esok, juga tentang mimpi yang tidak kunjung tiba.
Saya sekali-kali tidak mahu menyalahkan takdir kehidupan saya. Minta dijauhkan dari itu semua. Namun saya letih. Terlalu letih memikirkan arah hidup saya sendiri. Saya rasakan bahawa waktu itu seolah-olah sudah terhenti sejak beberapa tahun yang lampau.
Sayalah seorang insan yang tidak punya impian. Atau saya tidak dibenarkan bermimpi. Impian saya jauh di langit ketujuh. Setiapkali saya bermimpi, setiap kali itu saya akan mengembangkan sayap terbang ke udara untuk menggapainya. Namun setiap kali itu juga, sayap saya kepatahan dan saya jatuh ke bumi. Saya terdampar kesunyian dan menangis sendirian menahan kesakitan. Impian saya kemudiannya retak seribu. Lalu jatuh berkeping-keping menimpa bumi.
Saya tidak ingin lagi bermimpi. Mimpi hanya membuatkan saya menangis kesakitan, kehampaan seterusnya merobek luas luka yang telah sedia ada. Saya melaung dan bertanya kepada Allah SWT, kenapa saya tidak dibenarkan bermimpi untuk terbang ke angkasa. Namun Allah SWT masih lagi membisu dalam Rahmat dan HikmahNya.
Hanya yang terlihat pada mata hati saya adalah sejalur benang Cahaya yang masih melingkari saya dari terjun ke jurang yang dalam. Sekurang-kurangnya, saya dapat merasakan bahawa diri saya masih lagi dipandang, dilihat dan disayangi olehNya.
Tuhan... Aku tidak ingin bermimpi. Padamkanlah erti mimpi dari hidupku Ya Khaliq, Ya Jabbar. Mimpi hanya membuatkan aku berharap dan manakala harapan itu membawa penderitaan bersamanya. Aku minta sangat-sangat. Tolong aku Ya Allah..
Saya mengerti kini. Pelangi tidak akan berkunjungan lagi ke dasar hati ini!!

14 comments:

Ghazali said...

Pujangga Arab pernah berkata ...

Jika Allah menutup satu acara / peluang / hajat seseorang itu ... tidak bermakna Allah melupakannya ... kerana Allah telah membuka seribu lagi acara / peluang untuk dirinya ...

Hanya manusia tidak sedar ... sesuatu itu ada hikmahnya ....

Sastri said...

Setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya... Mungkin kita merasakan kita terlalu lemah untuk menghadapi cubaan dan dugaan dariNya tapi Dia lebih mengetahui kekuatan kita... Sabar dalam menghadapi apa jua yg mendatang dan jangan putus harapan... sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya...

achik said...

"kdg2 Tuhan berikan petir dan guruh hingga kita menangis ketakutan tapi rupa2nya DIA nak hadiahkan kita pelangi.."

insya-Allah suatu hari nanti 'pelangi' itu milik en indera :)

Iman Mawaddah said...

Renung..
Fikir..
Kelu..

Banyakkan bersabar..pasti ada hikmah yang tersembunyi.

areyoung said...

Jgn lah berputus asa. Kita takkan tahu bila masanya akan tiba.

Kan.

p.s Hidup akan terasa lebih mudah kalau kita terima seadanya ;)

banggugar said...

salam,
berfikir?
itulah tandanya seorang yang mencari keimanan dalam dirinya pabila melihat ciptaanNYA.

(",)

KAMATO said...

Setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya, setiap halangan itu merupakan cabaran sebelum sampai destinasi sebenar

izinni said...

Aku ingin bertanya ...
kenapa seolah berputus asa?
kenapa berharap pada mimpi untuk mencapai impian sedangkan di alam realiti tempat dilabuhkan usaha?
Kenapa diimpikan untuk terbang menggapai cita sedangkan kaki ada boleh melangkah dan berlari mengejarnya?
Kenapa dikeluh kesah apa masih tidak dapat kini sedangkan apa yang sudah dikecapi seakan dilupakan?
Kenapa tidak kau berdoa meminta kekuatan untuk mencapai impianmu dari kau berdoa minta Dia hapuskan mimpimu?
Kenapa kau tidak menyedari bahawa mimpi itu nikmat Allah? Adakah kau sanggup ditarik nikmat itu?

Allah menjanjikan yang terbaik untuk hambaNya. Sabar. Jangan putus asa.

khairyn said...

Indera,

kalau jatuh tersembam, hanya satu saja yang boleh kita lakukan selepas itu. Bangun dan berdiri kembali. Mulakan langkah dan terus melangkah. Sekiranya sudah yakin boleh berlari, teruskanlah berlari.

Usah menoleh ke belakang lagi. Tapi ingat setiap akar yang pernah buat kita tersandung lalu jatuh.

Yang membezakan setiap manusia adalah iman dan azam mereka untuk capai yang terbaik. Sekiranya ada tembok besar yang menghalang Indera untuk maju, jangan cuba di robohkan, penat dan memakan masa. Cari jalan untuk panjat atau menginjak ke kiri atau ke kanan untuk melepasinya.

When God's close a door, He opens a window.

Jangan putus asa. Teruskan mimpi kerana akan datang satu peluang untuk merealisasikan impian tersebut.

blackpurple @ jowopinter said...

Jangan sampai pesimistik Indera.

Hanya orang tidak bernyawa tidak punya impian. Manusia yang tak punya impian itu seumpama burung yang patah sayap, tiada daya terbang lagi..Tapi kau masih punya sayap....!?

Cuba juga tafsir-tafsirkan kenapa Allah menjadikan pelangi itu 7 warnanya..?

Unknown said...

semua org ada impian..
semua org ada harapan..

setiap kejadian yg menimpa kita pasti ada hikmahnya.. percaya Lah

zwitterion said...

jgn berputus asa pada rahmat Tuhan..insyaAllah, akan terbentang jalan nnti..

Izariza said...

indera,

Tidak dijadikan sesuatu perkara itu sama ada baik atau buruk pada perkiraan akal fikiran manusia tanpa sebab, justeru setiap ketetapan itu tentu ada kebaikan terselindung. Moga tuan ditetapkan iman, dilapangkan dada. Hidup ini tidak bermakna tanpa ujian. Kerana dengan ujianlah kita menjadi manusia yang berfikir dan sentiasa kembali kepada Yang Khalik.

Senyum dalam redha :)

kingbinjai said...

dude, kau tidak berseorangan.