Di dalam entri saya yang bertajuk "Ke Puncak Cita", saya pernah menyatakan tentang hubungan erat antara saya dengan Dr. Indera. Ramai yang berpendapat bahawa keserasian antara kami berdua ini wujud kerana kami berkongsi nama. Sebelum ini saya tidak pernah mengambil kisah akan perkara ini kerana saya menganggapnya sebagai satu kebetulan. Namun setelah difikir-fikir semula, timbul pula fikiran yang berkata, mungkin betul!!. Setelah dikaji dan dicongak, maka saya teringat sesuatu yang merupakan kebiasaan di kampung saya pada suatu masa dahulu.
Di masa dahulu, orang di kampung saya sering menamakan anak mereka yang baru lahir dengan keadaan fizikalnya sewaktu bayi itu lahir. Jika bayi itu dilahirkan dengan kulit putih atau cerah, maka dia akan dinamakan Putih. Jika hitam kulitnya sewaktu lahir, maka nama yang tercatat di surat beranaknya pasti Itam Bin Alang Seman contohnya. Tidak kurang juga yang bernama Bulat atau nama yang disarankan oleh Islam tetapi telah diubah mengikut sebutan setempat seperti Minah (Aminah), Joyah (Zawiyah), Jeleho (Zulaikha), Seman (Uthman), Sapi (Saufi) dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, nama penduduk kampung ini mempunyai kepelbagaian dan ragamnya tersendiri. Terlalu sedikit yang mempunyai nama yang sempurna ditulis mengikut saranan yang telah dianjurkan oleh Islam. Kadang-kala terdapat keadaan di mana dua orang atau lebih yang berkongsi satu nama. Jika hal ini terjadi, kebiasaannya mereka ini akan mengaku bersaudara dunia akhirat seperti itu adik beradik seibu sebapa bagi menunjukkan keakraban mereka yang diikat dengan satu nama.
Ayah saya bernama Muhammad Suria Bin Sutan Ali (bukan sultan, ye!!). Ayah saya dinamakan Suria kerana menurut cerita Opah, Apak dilahirkan di waktu tengahari rembang dalam tahun di mana tentera dari negara Matahari Terbit mara seperti gelombang menuju ke arah selatan tanahair. Orang dahulu kurang memberi penekanan tentang makna nama bagi anak-anak mereka. Melihatkan bendera Nippon yang seperti matahari bertangan lapan, ditambahi pula dengan waktu dia dilahirkan di bawah panas mentari, Atuk menamakan Apak sebagai Suria bermakna Matahari. Dengan harapan hidup Apak di kemudian hari akan bersinar terang seperti bersinarnya sang mentari.
Setelah beberapa minggu Apak dilahirkan, jauh di hujung kampung, seorang bayi lelaki dilahirkan dan turut dinamakan sebagai Muhammad Suria. Apak dan lelaki ini sama-sama membesar, kemudian bertemu di kelas yang sama di sekolah. Setelah mengetahui bahawa mereka berdua berkongsi nama yang sama, kedua-dua belah keluarga kemudian mengadakan kenduri kesyukuran yang kecil, bertanak pulut kuning sebagai tanda mempersaudarakan Apak dengan adik senamanya. Masa berlalu dan masing-masing sudah berkahwin. Masing-masing dikurniakan dengan anak yang ramai. Timbul pelbagai perkara lucu berkenaan senama ini. Contohnya beberapa tahun lepas, adik senama Apak menelefon ke rumah, dan saya kebetulan yang menjawab telefon.
"Hello, Assalamualaikum"
"Waalakumussalam"
"Haaa... Sapa yang cakap ni..??" tanya suara di hujung sana.
"Saya Indera. Siapa ni..?"
"Apak kamu ada?"
"Ada. Siapa ni?"
"Ini Apak Nama cakap ni.."
"Haaahh?" saya sangkakan saya tersilap dengar.
"Apak Nama cakap" kata suara di sana mengulang.
"Haaahh? Apak Nama? Apak Nama tu apa?"
"Hahahaha..." suara di hujung sana ketawa garau. "Cakap pada Apak kamu, Apak Nama telefon"
Setelah dimaklumkan kepada Apak, dia terkocoh-kocoh menjawab telefon. Sesekali terdengar Apak ketawa terbahak-bahak mendengar bualan orang di sebelah sana.
"Itu adik senama Apak. Namanya pun Muhammad Suria juga. Kamu mesti panggil dia Apak Nama.." beritahu Apak.
Haaa.... sungguh saya garu kepala. Bagaimana saya boleh membiasakan diri saya memanggil Apak kepada ayah orang lain.
Itu cerita yang pertama. Cerita yang kedua pula tidak kurang melucukan. Ini pula tentang Opah saya yang bernama Maryam. Dia juga mempunyai adik beradik senama. Juga bernama Maryam. Isteri kepada Cikgu Ngah Basir, cikgu pencen yang mempunyai rumah besar di tengah pekan di kampung kami. Apabila kakak senama Opah datang bertandang menjenguk Opah, mereka biasanya akan berbual-bual di ruang tamu. Manakala saya dan sepupu saya Fuad akan mencuri-curi dengar perbualan kedua-dua Opah ini dari dalam bilik bersebelahan dengan ruang tamu itu. Perbualan mereka mempunyai variasi tersendiri kerana mereka ini berkongsi nama. Mereka tidak akan menyebut nama mereka tetapi gantinama "saya" akan ditukar menjadi "Nama". Gantinama "awak" akan sebut "Senama".
"Betul Senama dengar macam tu?" tanya Opah.
"Betul Senama. Anak dia yang kabor sendiri pada Nama. Tapi Nama tak kuasa nak cerita dulu pada Senama" kata isteri Cikgu Ngah Basir Basir.
Aduuuhhh, ketika itu saya dan Fuad sudah terguling-guling di atas lantai akibat kelucuan mendengar perbualan orang tua kami yang pelik-pelik itu. Tuuummm!! kaki Fuad tertendangkan dinding bilik. Kami serentak terdiam.
"Apahalnya kat dalam tu?" Opah bertempik.
"Orang nak bersembang pun tak senang" marah Opah.
"Minah, ooo Minah!!" Opah melaung Mak Nah yang sedang leka menonton television di tingkat atas.
"Buatkan kopi untuk Mak Nama kamu ni"
"Tak usah susah-susah Senama. Bior le Minah tu nengok TV di atas tu"
Saya terfikir juga, bagaimana jika tradisi ini menjadi pegangan orang kita. Tentu ramai adik beradik kita, bukan? Saya selalu merujuk nama saya iaitu Indera pada Buku Panduan Telefon. Mengikut nama yang tersenarai, tidak kurang dari 20 orang di Malaysia ini yang mempunyai nama yang serupa dengan saya. Ertinya saya mempunyai lebih 20 saudara di seluruh Malaysia. Lebih meragukan saya apabila nama saya berunsur Mahabharata. Ohhhh.. tidak, tidak, tidak!!! Saya tidak rela.. Kenapa nama saya bukan Zizie Ali? Ohh... Tidakkk!!
18 comments:
dan dan ni jugak kak pB check nama kat pB dalam YellowPages...
tu dia...ada 500 yang berdaftar kat situ sama dgn nama kak pB...
kalau nama aku.... mamposss... tak larat nak bagi makan kalau buat kenduri haha
indera
aku tak dapat bayang kan...ekekek kalau buat cerpen mampus org nak paham...
ps: bulan lepas memang sebok beb ada kursus perolehan dan penyediaan tender yang aku kena attend kat MOF dekat 3 minggu naik pening kepala aku beb..lepas nih sapa nak masuk tender kerajaan aku boleh jadi konsultan 25% ekekekeke
bayu terfikir pula..
bagus juga orang dipanggil nama tentang fizikalnya...lebih baik dari nama dalam bahasa arab yang diringkaskan sehinggal langsung hilang makna, kadang kadang terus berubah makna tidak baik..
Nama moden juga perlu berhati2.. hehe
Salam Indera,
Hehehe ... memang lucu!
Moga Indera sihat dan ceria :)
tapi nama anda unik!
Salam senama..untungnya nama senama hanya 20 nama sahaja seluruh Malaysia. Ada juga nama yang unik seperti senama. Jika nama nama mau berhelai2 senarai telefon tu penuh dengan nama saudara senama nama je. Nama dah kelabu2 asap bila senama cerita pasal senama haha berapa banyak nama daaa..
Hmm... yg senama dgn Sas ada tapi mungkin sedikit susah dicari... Begitu juga dengan Blackie, atau mungkin tiada yg senama dengannya...
Ha ha ha,
rajin benar buka buku yellowpagages.
Sekarang masih adakah yang buat macam tu?
aku selalu terfikir bagaiaman mana dua ornag yang sama nama bebrual?
haha..nama, senama..
oh senama saya ramai - seluruh dunia. Saya peringkat antarabangsa.
Dari clan di Scotland, pemain hoki di Belanda juga wanita pembantu rumah yang dituduh membunuh majikannya.
Wah! Saya dan senama saya - orang terkenal!
Seperti yang aku nyatakan dalam 6 + 1 = 7 yang 'pelik' itu. Aku memang tiada yang senama... He he he
Mana yellow pages ni.. nak cari adek badek senama lain ;)
Mana yellow pages ni.. nak cari adek badek senama lain ;)
kelakar la perbualan opah en indera tu hehe...
ps: en indera senama dengan adik sepupu saya... namanya indera irwan :)
bila nak tubuh persatuan indera? ahli-ahlinya orang yg bernama indera. tentu ada sambutan. kau bolehlah jadi presiden. :)
pst..opah kau dan senamanya memang kelakar. ha ha
Kak pb,
Ramainyee sedara Akak. Sampai 500 tu..
Lan,
Kalau adik beradik senama engkau, aku percaya, jangankan 10 kawah nasi, 100 kawah nasi pun belum tentu.
Zam,
Hehehe... mesti ramai yang garu kepala..
Amboi... saksi 25% tu. Jangan marah. Nanti kena jual...!!
Bayu,
Ya, ramai orang tak ambil endah pasal makna nama ni. Asal sedap, boleh saja.
Salam seharum Bunga Rampai,
Saya di sini sihat-sihat sahaja. Terima kasih kerana masih sudi menjenguk saya di sini. Kesibukankah Bunga Rampai di sana?
Linda,
Terima kasih... :)
Iman,
Yelah... berapa punya banyak nama, daaa...
Sas,
Betul ke nama BP yang seperti ada muna-muna sikit tu..?
Hakim,
Sekarang dah canggih. Buka yellowpages kat internet je.. Tak payah menyelak lagi..
King,
Macam opah aku berbual tu la..
Zwit,
Senama, Senama sihat? Kenapa dah lama tak email Nama?
Macam tu la lebih kurang..
Khairyn,
Wahh.. khairyn sekarang sudah jadi celebrity..
Bro BP,
Bang, betul ke nama engkau yang macam ko cakap kat Lan tu?
Areyoung,
Cuba www.yellowpages.com.my
Haa.. klik je nama kat situ.
Achik,
Haa.. kiranya dia tu adik senama sayalah...!! hahahaha
Zie,
Amboi.. perli nampak.
Selamat Datang Abang Zizie kita ke Blog Indera... phheeeewwiitt!!
Post a Comment