"Baba, baba beli apa?"
Itulah soalan yang sering diajukan oleh Siri Aufa kepada saya setiapkali saya tiba di kampung. Soalannya itu seperti menduga ingatan ayahnya terhadap dia. Bukanlah dia inginkan sangat buah tangan atau ole-ole, tetapi jika ada sebutir gula-gula pun, baginya sudah mencukupi sebagai tanda ayahnya sering mengingatinya.
Setiapkali hujung minggu, anak-anak saya bagaikan melepas rindu dendam mereka terhadap saya. Jika boleh, setiap benda atau perkara inginkan dari saya. Ini termasuklah mendukung, mendodoikan, memandikan serta membawa mereka berjalan-jalan. Di hujung minggu, bebanan Azah agak ringan sedikit dengan adanya saya yang dapat membantunya menjaga anak-anak. Dari Siri Aufa hingga ke Adil Rayyan, setiapkali ingin masuk ke buaian, pasti ingin saya mendodoikan mereka dengan Zikir Munajat. Setiapkali didodoikan dengan Zikir Munajat, tidur mereka akan lebih mudah dan nyenyak.
Setiap hujung minggu juga, Siri Aufa dan Adil Rayyan akan berpeluang bersiar-siar ke Lumut atau ke Manjung untuk bermain di taman permainan kanak-kanak yang terdapat di Pasaraya Giant Manjung atau jika punya lebih wang, dapat juga mereka menikmati makanan segera di restoran franchise yang terdapat di sana.
"Baba, Baba nyanyilah lagu Kak Long tu.." kata Siri Aufa
"Lagu Kak Long.. lagu Kak Long yang mana?" saya pura-pura tidak memahami.
"Haaa.. lagu Along di hulu tu...!!" katanya. Saya tertawa.
"Ok.."
Hujan di hulu tak reda-reda
Ribut menderu, ribut menderu bertalu-talu
Angah di hulu, Along di kuala
Kukirim rindu, kukirim rindu dalam perahu
"Salahlah Baba. Along di hulu!!"
"Ooohh... Baba silap!!"
Hujan di hulu, tak reda-reda
Ribut menderu, ribut menderu bertalu-talu
Along di hulu, Angah di kuala
Kukirim rindu, kukirim rindu dalam perahu
Lemak manis ala amboi amboi
Santan kelapa ala amboi amboi
Kupandanglah manis ala amboi amboi
Anak siapa?
"Anak Baba!!!" jerit Siri Aufa
"Wawa..." sambut Adil Rayyan meniru gaya kakaknya.
15 comments:
Salam Indera ...
kak pB hilang arah sedikit hari ini...
anak anak di mana?
Indera di mana ?
Keliru ....
Kak pB,
Ooo.. mungkin Kak pB tak tahu lagi tentang saya, saya kira begitu.
Saya "weekend husband". Saya tinggal bujang di Rawang sementara Azah dan anak-anak saya di Perak. Maih belum ada rezeki untuk membawa mereka ke Lembah Kelang ini.
Jika diperkenankan doa saya, mungkin awal tahun 2008 mereka akan tinggal bersama-sama dengan saya di Rawang.
jadinya setiap Jumaat, saya akan memandu pulang ke Perak selepas waktu kerja dan pulang semula ke Rawang pada Ahad malam selepas waktu Maghrib. Begitulah rutin saya setiap minggu semenjak saya berkahwin dalam tahun 2001.
Hehe.. so cute
hehe kiutnye..
indera keje kerajaan kot ye? sekurang2nya anak2 masih dgn ibunya. berbanding kawan sy (perempuan), dia di KL, suami di Perak, anak di Melaka. kesian kan? bertebaran di seluruh semenanjung
nasib badan..huhu~
ooo...gitu
dulu kak pB "weekend wife ..."
akak di Taiping
anak anak dan aBear di Puchong..
Salam indera.
Pulanglah mendakap tersayang.
AKMA sebetulnya baru pulang dari Masjid Negara. Sayu terasa akhirnya dapat Jumaat di bumi sendiri. Alhamdulillah.
Ribut sudah mula reda. AKMA sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan rentak kerja baru. Masa yang sesuai untuk kita ketemu! Nantikan saja sms AKMA.
Teringin nak dengar macam mana lagunya.. tak pernah dengar ; )
sooo sweet
anak aku skang dah pandai sebut "buuuuah!"
salam indera,
salah jgak..
lgu btul.. a.l.o.n.g = along (",)
mula2 sas pun tak faham, bila baca penerangan indera pada kak pb baru la faham... seronok ek aufa, babanya nyanyikan... :D
lama 'puasa' awak ye, indera. tk pe..smakin rindu smakin sayang orang kata. kuatkn jiwa dn smangatkn usaha.
Seminggu sekali baru dapat bersama keluarga rupanya Indera ini...tak mengapa, semakin jauh semakin akrab jadinya... :)
Bagaimana melodi lagu itu ek...?
saya pernah mengalamai seperti indera.. agak lama juga, sampai naik lali... tapi ada hikmah dia
Iman,
Hehehehe
Masy,
Saya keje swasta. Tapi masih belum ada rezeki lagi..
Kak pB,
Berapa lama akak di Taiping dulu?
AKMA,
Selamat bertugas dan selamat kembali ke alam sebelum AKMA bepergian. Saya menanti SMS dari AKMA.
Areyoung,
Kalau nak dengar lagu ni, tukar ke frekuensi 107.5 fm dan dengar Pahang fm. Lagu ni akan ke udara biasanya kalau tak jam 8.00 pagi selalunya jam 8.00 malam.
Izinni,
Hehehehe
King,
buuaahh? dia cakap nak Buah ke?
Bang gugar
A l o n g tu dia suka jugak..
Sas,
Hmmm memang dia suka sangatlah. Sekarang ni dia tengah mabuk bercerita lepas dia ikut mak dia ke pertandingan bercerita peringkat sekolah. Balik je, dia naik atas bantal, terus meniru gaya orang sedang bercerita (konon-kon dia naik atas pentas).
En Azzam,
Secara amnya 5 hari puasa. Itu belum masuk hari hari tertentu setiap bulan. Hehehehehe..
Bro BP,
Hmm.. susah nak terangkan melodinya. Ianya gabungan irama joget dengan cakleng pong. Memang happy mood la lagu dia. Hanya Radio Pahang yang putarkan lagu ni (107.5fm)
Saudara Kamato,
Wahh.. rupa-rupanya saudara lebih dulu makan garam rupanya!! Patutlah selama 10 hari di Jepun, segar bugar je. Hehehehee... Maaf, gurau je..
Post a Comment