Setelah hampir sahaja dengan rusa itu, Pak Pandir terus mencangkuk belakang rusa itu dengan mata kail besarnya. Rusa itu terjaga dan terpinga-pinga apabila merasa sakit di bahagian belakangnya. Terus sahaja rusa itu meronta-ronta ingin melarikan diri. Namun mata kail dan pelukan Pak Pandir menghalangnya untuk berbuat demikian.
Rusa itu pun bertempik sehingga mengejutkan seisi alam. Tempikan rusa berkumandang jauh sehingga dapat didengar oleh Mak Andeh yang tinggal di pinggiran hutan itu. Dalam kegawatan, Pak Pandir mencempung rusa yang sedang meronta-ronta itu langsung dicampakkannya rusa itu ke dalam paya yang disangkakannya banyak berisi ikan.
Sebaik sahaja rusa itu dicampakkan ke dalam paya, rusa itu bertempik lebih kuat lagi. Habis air di dalam paya itu berkocak kuat. Gamat suasana. Mak Andeh yang meninjau-ninjau dari rumah merasa tidak enak hati lantas menurut suara tempikan rusa itu sehingga membawa Mak Andeh ketemu Pak Pandir di tepian paya.
"Ehhh... Pak Pandir tengah buat apa..???" cemas suara Mak Andeh.
"Mak Andeh suruh aku mengail ikan dengan umpan rusa. Ini aku tengah mengaillah ni.."
"La... umpan belalang rusa. Bukan rusa!!!" kata Mak Andeh
"Cepat Pak Pandir, angkat rusa tu naik ke tebing. Mati rusa tu nanti, tak dapatlah kita sembelih dia untuk dibuat lauk"
Sewaktu dinaikkan ke tebing, rusa itu sudah agak lemah. Ini memudahkan Mak Andeh dan Pak Pandir menyembelihnya. Banyak daging yang mereka perolehi. Sebahagiannya dibuat gulai, sebahagiannya dibakar dan sebahagian lagi disalai untuk dibuat bekalan makanan esok lusa. Maka kenyanglah perut mereka hari itu berlaukkan daging rusa.
Setelah cukup tempoh mengandung, Mak Andeh pun sakit hendak bersalin. Pak Pandir pun memanggil bidan yang tinggal berhampiran untuk membantu Mak Andeh bersalin. Pak Pandir sangat gembira. Dia beroleh anak laki-laki. Wajahnya seperti dia juga. Anak bapak!!
Setelah habis tempoh berpantang, Mak Andeh terpaksa pergi ke huma untuk menanam padi. Tiada bekalan padi dan beras, bermakna kebuluranlah mereka sekeluarga.
"Pak Pandir nanti jangan lupa mandikan anak kita, ye!!" pesan Mak Andeh.
"Baiklah. Tetapi bagaimana aku ingin memandikan anak kita?" tanya Pak Pandir.
"Pak Pandir gunalah air suam"
"Air suam tu apa..?"
"Air suam itu air mendidih yang bercampur dengan air sejuk" kata Mak Andeh.
Air mendidih????
Lagi sekali Pak Pandir tersilap mendengar kata Mak Andeh. Sebaik sahaja Mak Andeh keluar, Pak Pandir menghidupkan api dan terus menjerang air. Apakala air sudah mendidih, Pak Pandir terus mencurahkan air mendidih itu ke seluruh badan anaknya. Hilang suara bayi malang itu menangis kepanasan. Sehingga akhirnya bayi itu meninggal dunia sambil terseringai tanda seksa kesakitan.
"Eh, eh... seronoknya anak aku dapat mandi. Tersenyum saja dia" kata Pak Pandir. Sangkanya anaknya itu sedang tersenyum. Hakikat sebenarnya, anaknya itu telah meninggal dunia.
Apabila pulang dari huma, Mak Andeh terus bertanyakan kepada Pak Pandir tentang anak mereka.
"Dia sedang tidur selepas aku memandikannya tadi.." kata Pak Pandir.
Apakala dilihat oleh Mak Andeh, anaknya tidak bergerak-gerak dan tubuh badannya melecur di sana sini, tahulah Mak Andeh bahawa anaknya sudah meninggal dunia. Meraunglah Mak Andeh. Pak Pandir terpinga-pinga.
"Kenapa Andeh? Kenapa engkau menangis?"
"Anak kita sudah mati"
"Mati..??" tanya Pak Pandir seperti tidak percaya.
"Bagaimana badannya boleh melecur?" tanya Mak Andeh.
"Aku tak tahu. Aku cuma memandikannya sahaja" kata Pak Pandir.
"Dengan air apa..?"
"Air suam. Kata engkau air suam itu air yang mendidih"
Maka meraunglah Mak Andeh seakan menyesal berlakikan seorang yang pandir. Pak Pandir cuba memujuk. Makin dipujuk, makin kuat Mak Andeh menangis. Akhirnya Pak Pandir buntu. Tidak tahu akan silap sebenar dirinya.
"Anak kita sudah meninggal Pak Pandir. Sekarang pergilah Pak Pandir tanam mayat anak kita ini" kata Mak Andeh.
Tanpa banyak soal, Pak Pandir pun membungkus mayat anak mereka dalam gulungan tikar. Terus dicempungnya mayat anaknya itu untuk dikebumikan. Di pertengahan jalan, mayat anaknya itu telah melungsur jatuh dari gulungan tikar itu langsung terletak di tengah jalan. Pak Pandir terus berjalan sehingga ke pinggir hutan tanpa menyedari bahawa anaknya telah melurut jatuh dari gulungan. Di situ dia menggali lubang. Ditanamnya gulungan tikar kosong yang dibawanya itu.
Sewaktu pulang ke rumah, Pak Pandir terpandangkan mayat anaknya yang telah tercicir itu.
"Eh, eh... budak ini serupa macam anak aku..." kata Pak Pandir.
Bersambung
15 comments:
"Apa punya stupidO sungguh la Pak Pandir nie"
Harap harap tak der lah laki laki yang macam ni akhir akhir zaman ni ....
nostalgia plak rasanya... pernah membaca cerita Pak Pandir ni semasa bersekolah dulu... :D
aadusss perasan seriau masih sama ketika mula mula baca kisah ini dulu
Pak Pandir dan Mak Andeh dalam dunia moden membawa konotasi yang sinis dan tersirat... Bijak akal manusia dahulu kala yang mencipta kedua watak ini. :)
menegur dalam ketawa memang banyak dalam teks melayu lama.
ironisnya, 'kisah pak pandir' seperti berulang-ulang dalam dunia moden ni.
yeay! exam dah abis!!
Hehe kisah sepanjang zaman...menarik untuk dijadikan pengajaran.
pak pandir .... kisah teladan yang tidak jemu bila diceritakan
salam,
pak pandir, mat jenin, si luncai, mcm2 lagi yg pernah kita dengar dari crta mulut org2 tua kta dlu..
sekarang pnyampaian sdah sedikit kehadapat.. dientrikan utk kit semua..
terima kasih..
sambung..
(",)
Cerita Pak Pandir..memang banyak maksud yang tersirat dalam kisahnya. Hayati pengajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku..
tak jemu2 baca kisah pak pandir ni walaupun dah penah baca..
Salam indera,
Dah bertahun-tahun tak mendengar pak pandir dikisahkan. Dulu semasa kecil, bonda selalu menghikayatkannya kepada kami adik-beradik. Seronok sangat rasaya.
Sekarang, sayapun dah tak berapa ingat kisah ini untuk diperturunkan kepada anakanda. Terima kasih indera, setidak-tidaknya .. boleh ingat balik kisah Pak Pandir :)
ni nak lari dari tajuk..
tak nak baca pn tk pe..dah pernah baca pn tk pe..aku nak cerita jugak..hehe..
Aku prnah try jual minyak tp tk laku! Masa tu aku gi kat dpan stesen minyak kt sg buloh yg bawah bukit tu kan..aku tgu la sapa2 nk beli. Lpas tu dtg la Aji Metok..alaa yg tayar basikal dia tercabut masa nk gi tgok menyunat anak sedara dia tu. Kan tayar tu bergolek terus langgar pintu bilik air Aji Saim. Masa tu Kalsum tgh mandi. Habis pintu bilik air tu pecah. Tu yg Aji Metok kena tuduh kononnya dia nk 'anu'kan Kalsum. Nasib baik aku ada masa tu utk jadi saksi(mmg 'lawa' pn Kalsum masa mandi tu!). Kalau tk merengkok la dia kt kandang rumah Ketua Kampung. Err..jual minyak tadi..Aji Metok kata "Buat apa ko jual kat sini..bukan ada org nk beli pun.." so aku blah la gi tmpat lain.
Lepas tu..
Aku gi la Medan Selera kt jaln Wangsa Maju tu. Aku bertanya la dr kedai ke kedai samada kdai mkn tu nk beli minyak ke tak. Dah tu aku jumpa bininya Aji Metok - Mak Kebah..alaa yang selipar jepun dia trsangkut kt pagar dawai klinik kerajaan jln sg ruan tu. Masa tu kan Mak Kebah tgh sakit perut tgu doktor panggil. Lpas tu aku ada kt situ tgh usha misi yg duk kt rcption tu. Dah tu Mak Kebah marah aku dia kata "Oih..ko budak 10 tahun mana boleh ngurat anak dara 25 tahun tu..!" Aku pn jwb balik "Saya dah sunat Mak Kebah." Dia pn cakap pulak "Dah sunat ke kulop apa aku kira..kang kalau kena tangkap tk pasal2 misi tu kna tuduh mlakukn maksiat dgn budak bwh umur..ceh..ko yg sedap!" Aku jwb lagi "Mmg saya nak sedap pun..hehe" Mak Kebah terus bangun dan kejar aku. Aku lari bagai ribut terus panjat pagar dawai tu. Entah macamana Mak Kebah cuba pnjat tp selipar jepun dia terlekat kat pagar tu. Padan muka dia. Selipar jepun tu smpai skrang terlekat kt situ. Nnti aku nk buat tugu kt situ dan tulis 'SELIPAR MAK KEBAH YG KECUNDANG'. Heh! Hmm..minyak td..ha..dah tu Mak Kebah cakap kt aku "Ceh..minyak tu ko nak jual kt sini buat apa..bukan kitorang guna pun." Aku pn blah dr situ.
Aku cakap kat hati..'biar la aku pakai sendiri minyak rambut ni.'
salam...
salam kehidupan,
alah............tengah syok2 ni bersambung la plak.
bgs jugak ek cerita2 lama ni diceritakan semula. cpt le smbung
aik.. ko pun macam aku jugak ker... sudah jarang2 update?
Post a Comment