Wahhhh.... hahahahaha.. lamanya saya tidak mengemaskinikan blog saya ini. Semenjak saya berceritakan tentang sambutan Hari Lahir anak-anak saya dahulu. Kini hampir dua minggu saya tidak bergelandangan di alam maya ini. Pelbagai perasaan datang menerpa-nerpa. Rindu, bersalah dan teruja untuk menitip beberapa baris ayat beradun bercampur buar.
Untuk sekian kalinya saya pulang ke kampung menjenguk anak-anak dan juga isteri. Saya menjangkakan setiap orang di kampung heboh dan merasa teruja untuk mengikut serta Perkahwinan Diraja Perak. Namun suasana yang kelihatan sirna di sebaliknya. Semua orang menjalani kehidupan yang biasa-biasa seolah-olah berita tentang pernikahan Raja Nazrin itu seperti sebuah kisah pari-pari yang hanya tersimpan di dalam buku yang diletakkan di atas almari.
Adil Rayyan semakin besar. Semakin lasak dan nakal. Dia gemar mengusik kakaknya. Mana yang menjadi kesukaan kakaknya, itulah yang direbutnya. Balik kampung kali ini saya melihat dia mendapat akal yang baru. Dia sudah pandai merajuk dan menghempaskan dirinya jika kehendaknya tidak dipenuhi. Kala menonton peti television pula, dia akan menghenjut-henjut punggungnya apabila terdengarkan alunan musik yang menarik minatnya. Perangainya itu persis perangai Andika sewaktu kecil dahulu. Barangkali inilah yang dikatakan genetik!!. Sikap dan perangai yang diwarisi tidak datang dari ibu atau bapa kandung. Sebaliknya mewarisi sikap ibu atau bapa saudara dari kedua-dua belah pihak.
"Baba... Kak Long teringin nak mandi laut" kata Siri Aufa pada suatu hari di dalam perbualan telefon baru-baru ini. Saya sekadar mengiyakan sahaja. Buat masa ini perkara bersantai di tepian pantai masih belum muncul dalam ingatan.
Walau bagaimanapun, permintaan daripada ibu mertua saya pada hari minggu yang lalu agar dibawakan bapa mertua saya ke tepi pantai, merubah jadual minggu saya. Bapa mertua menderita serangan Angin Ahmar peringkat sederhana. Menurut kata orang tua-tua, pasir di pantai sangat mujarab mengubati sakit Angin Ahmar.
Pantai Telok Batik tengahari itu kelihatan lengang. Tidak seperti kebiasaan hari-hari saya mengunjungi sebelum itu. Pengunjung yang datang boleh dikira dengan jari. Adakah sekelian manusia di negeri itu beramai-ramai ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar melihat Raja Nazrin berijabkabul?. Saya tidak pasti. Yang nyatanya hari itu, tiada tarikan yang sering menarik pengunjung untuk datang lagi ke pantai itu. Tiada ombak besar berlari menerpa pantai. Tiada angin dingin berhembus meniup pepohonan. Tiada sinar mentari yang memancar garang. Yang ada cuma ombak kecil yang langsung tidak menakutkan pengunjung hatta anak sekecil Adil Rayyan pun. Yang ada hanya beberapa ekor helang laut melayah di angkasa mencari makan.
"Baba, marilah tolong Kak Long buat Istana Barbie..." panggil Siri Aufa dalam baju yang basah kuyup selepas berendam, bermain dengan pasir. Sedang saya ketika itu berada 30 meter ke tengah laut. Itu pun masih sekadar paras pinggang saya sahaja.
Membawa orang sakit Angin Ahmar masuk ke dalam kereta memang suatu perkara yang sangat mencabar. Ini kerana keadaan fizikal bapa mertua saya yang langsung tidak boleh melangkah. Terpaksa dipapah. Sedang kerusi roda langsung tidak boleh memasuki kawasan pantai yang berpasir. Rodanya pasti sahaja akan terbenam.
Malamnya saya pulang sendirian ke Rawang. Hujan renyai-renyai mengiring perjalanan saya. Masih terbayang-bayang di mata saya, Siri Aufa tidur sambil memeluk adiknya. Alangkah bagusnya kalau saya sentiasa dapat bersama mereka. Perjalanan yang jauh itu diisi dengan ingatan terhadap peluang kerja di Terengganu yang masih sayup untuk digapai. Juga tentang pinjaman pelajaran yang ditolak permohonan. Hmmm.. entahlah. Yang pasti saya tidak akan mengalah untuk terus mencuba.
Masuk kerja di awal pagi sudah dijerkah oleh Boss yang inginkan itu dan ini. Keadaan menjadi tidak teratur lagi. Akhirnya di dalam keadaan yang serba kelam kabut itu, saya terpotongkan jari saya dengan pisau pemotong kertas yang tajam. Menitis darah jatuh menimpa permaidani di pejabat. Setelah ditampal dengan plaster, pendarahan terhenti. Syukur. Namun hati saya masih lagi sebal. Ingin terbang jauh. Jauh dari segala kebosanan.
Indera : Lama tidak menulis membikin daya kreativiti seakan tepu. Maafkan jika entri ini seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Sudah lama saya tidak menulis tentang hikayat dan juga cerita rakyat. Saya masih mencari-cari cerita rakyat yang sesuai untuk dikongsikan di blog ini.
8 comments:
wah2 mesti seronok sgt Siri Aufa dpt mandi laut..
anak buah saya pun cam Adil Rayyan.. benda yg kakak dia pegang yg tu la dia nak.. kalau tak dpt, nangis.. kecik2 dah pandai saiko.. hehe.. ;p
isk darah.. jgn kelam kabut.. hati-hati.. huhu
erm...lame dah x update blog nie, rindu lak..
moga diberi kelapangan selalu...
aku maish menunggu cerita raja bersiung. apa pun aku tengah berkira kira mahu bercerita tentang umar umaiyyah
hati2 bro..;)
Indera,
hati hati bila guna benda benda tajam ni.
Kemalangan tidak berbau, kata orang ...
Biar jari terluka , jangan hati yang terguris .... hehehehheee
Indera;
Lama betul tak dengar cite Indera .. by the way, sudi tak kita jumpa in person Indera?
Next week saya ada kat KL sebelum bertugas di Kedah pulak ...
Achik,
Wahh... bukan main seronok lagi dorang tu Achik. Terutama Adil Rayyan yang baru pertama kali mandi laut.
Thanks, Achik..
Achik_sufi
Selalulah datang berkunjung ye!! Saya hargai kunjungan Achik Sufi.
King,
Engkau tunggu aku cerita kat engkau ke atau engkau tunggu masa untuk engkau bercerita pasal Raja Bersiung tu..?? Kalau engkau tunggu aku, Insya-Allah akan menyusul tak lama lagi...
Umar Umayyah tu memang kelakar habis..
Zwit,
Thanks Zwit. Lama tak dengar khabar Zwit.
Kak pB,
Sampai sekarang pedihnya masih terasa, Kak pB.
Ceewaaahhh macam orang frust lak..
Bro Ghaz,
Bro Ghaz nak jumpa saya..?? Boleh. Saya pun lama dah teringin nak jumpa Bro Ghaz. Tapi, yelah siapalah kita nak jumpa ngan celebrity macam Bro Ghaz.. Hi hi hi. Tapi bila Bro Ghaz dah usulkan, saya terima dengan berbesar hati..
Saya hantar h/p number saya di email Bro Ghaz. Errr..minta email addressnya Bro Ghaz.
Email address saya indera5kencana@yahoo.com
tatot tengok darah
Post a Comment