Wednesday, November 07, 2007

Wajah Kesayangan Hamba


Adapun, Layangan Indera yang baru usai dilanda kabus tebal masih juga pulih dari kegundahan. Lalu teringatlah akan Indera Kencana janji pada Mak Inang pB yang mahir membuat pulut bakar itu, juga Cik Puan Balkish gemar bersiaran dengan kudanya. Kasihan benar kudanya baru-baru ini jatuh sakit dilanda wabak. Juga telah berjanji pada Cik Puan Khairyn yang mendiami negeri di atas angin dan janjinya pada Cik Puan Sastri, puteri Keraton yang baik hati bahawa Indera Kencana laki bini serta putera dan puteri akan turun menjelma di dunia maya bertemu dengan nian sekelian jua adanya.

Adapun kabus melanda itu terlalu tebal, maka Indera Kencana membatalkan hasrat di hati untuk ke dunia maya melainkan berkejarlah dia ke sana dan ke mari mencari Bunga Gul Bakawali buat menitip saripati cahaya suria yang dapat menangkis serangan kabus itu. Untuk itu, Indera Kencana buat julung kali mengizinkan kedua puteri dan putera turun bermain di dunia maya dengan melalui Jalur Desir Angin 7 Penjuru. Akibat dari tiupan kencang angin itu, wajah kedua anakanda agak kabur jua jadi. Maaf dipohonkan atas kesilapan teknikal. Maka terimalaaahhhhh (macam Abang Ghazali), anakanda hamba berdua.... Siri Aufa dan Adil Rayyan.


Budak inilah yang jatuh cinta pada Iskandar yang umur 30 tahun itu





Budak ni nakal. Disebabkan terlampau nakal, kami panggil dia Jikento


Gambar ini diambil sewaktu AidilFitri tahun 2006 (Siri 3 tahun, Adil 6 bulan)

Dua beradik yang nampak mesra. Tapi jaga-jaga. Yang kecil di depan itu mampu sahaja membuat kakaknya menangis hingga hilang suara dengan gigitan kejapnya di tulang belakang.

Wajah Kesayangan Hamba..

Indera : Maaf, kualiti gambar agak teruk. Gambar ini telah dibias menerusi mesin scanner sebelum diemailkan kepada saya oleh Cikgu Ika, teman sekerja Azah. Terima kasih Cikgu Ika..

11 comments:

Sastri said...

waduh waduh... comel gerangan pemilik2 nama unik ini... yang lelaki terserlah rupa kenakalannya... yang perempuan, waduh... bila besar nanti bakal membuat ramai tidak tidur malam...

Lan Rambai said...

memang teruk kualti gambar2 tersebut.. hahaha.... mujur model-modelnya berkualiti tinggi!

Iman Mawaddah said...

Cutenya.. :D

Masy said...

comel comel.. hehehe

bila pulak nk tunjuk gmbr babahnye? ;) gmbr zaman2 pengantin pun boleh

kingbinjai said...

dude, hp ko ada prob ke?

zwitterion said...

comelnya wajah2 kesayangan tuan hamba..:)

Bunga Rampai said...

Salam Indera,

Aduuuhhh ... putera puterimu sesungguhnya turun dari kayangan!!!

COMEL sesangat!

achik said...

wah.. sangat comel wajah putera puteri kesayangan en indera..

makasih byk2 en indera.. lepas dah teringin.. hehe ;)

hayad said...

tak rupa babanya pun. mesti ikut muka emaknya kan?

Unknown said...

comel wajah kesayangan2 kamu itu.. :)

INDERA KENCANA said...

Sas,
Hahahahaha... terima kasih. Terima kasih.

Lan,
Hahahahaha... dah ayahnya pun berkualiti tinggi. Ko tak tau ke?

Iman,
Ye ke? terima kasih :P

Masy,
Isyy.. dah jadi pengantin tua dah pun..

King,
Aku dah tukau nombor. Nah amik nomor ni. 019 - 45000@# . Bagi digit yang keenam (@) tu, engkau tambahkan digit pertama nombor lama dengan dengan digit keenam nombor lama tu.

Bagi digit yang ketujuh (#) pulak, engkau masukkan digit ketiga nombor lama aku. Naaaahhhh.. tu la nombor baru aku.

Zwit,
Terima kasih Puan. Nanti assignment saya Puan bagi saya A+ ye!!

Salam Bunga Rampai,
Terima kasih. Jangan puji banyak dong Mbak. Malu kok :D

Achik,
Hehehehe.. harap2 ok la ye!!

Hayad,
Adil rasanya memang ikut muka Azah. Tapi Siri tu mirip saya serba serbi...

Cik Linda,
Terima kasih banyak. Jom pi makan pasemboq..