“Tak naklah…”
“Ala… jomlah”
“Ishhhh… malulah”
“Nak malu apa? Kita buat tengah malam… Masa orang dah tidur. Baru line clear..!!”
“Ishhh… malulah, malulah!!”
“Bukan senang dapat peluang ni tau… sekali kita buat dapat RM30.00”
“Betul dapat RM30.00..?”
“Betul!! Sumpah..!!”
Fuad tersenyum menang apabila melihat saya mulai akur. Sepupu saya ini memang tidak pernah kering idea mengajak saya melakukan kerja yang bukan-bukan yang sering tidak masuk akal. Hehehehehehe… menampal poster Pilihanraya Umum Ke-8. Kalau Apak tahu, habis saya. Pasti saya akan disesah dengan rotan semambu yang berdiri di sebalik almari pinggan mangkuk Mak itu. Apak cukup marah jika sekiranya anak-anak Apak terlibat dalam aktiviti di luar bidang akademik jika masih bersekolah. Apak tidak mahu anak-anaknya jadi rosak dan lali dengan perkara-perkara sumbang sehingga menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran. Oleh itu Apak amat bertegas dengan kami anak-anaknya. Jika mahu keluar rumah, hanya waktu siang sahaja. Pulang dan mesti berada di rumah ketika jam menunjukkan angka 7.00 petang.
“Kalau Apak aku tahu, macam mana?” tanya saya pada Fuad.
“Engkau cakaplah malam ni engkau nak tidur rumah Opah. Takkan Ayah Alang (Apak) ada masa nak membelek engkau 24 jam. Alah, jangan risaulah..” senang sahaja putus Fuad.
“Hmmmm…. Oklah”
“Haaa… kalau macam tu, engkau siap kain baju engkau. Petang ni pukul 5.00 aku ambil engkau”
“Rumah Opah sepelaung tu pun nak siap kain baju? Kelakarnya..!!”
Fuad hanya tersengih.
Padang bola penuh dengan budak-budak muda kampung. Hampir dekat 40 orang sekali masuk ke padang mengejar sebiji bola. Apa punya permainan ini, fikir hati saya. Tiada peraturan sepertimana di dalam Liga Semi-Pro. Bola dikejar selagi mahu. Fikiran saya melayang-layang seakan-akan ternampak-nampak not merah tiga keping masuk ke kocek saya. Tiba-tiba datang bola dari arah belakang dengan laju menghentam kepala saya. Aduuhhh… pedihnya umpama rotan Apak memutuskan lamunan saya.
“Woiii Indera..!! Bola tu dah dekat engkau, kejarlah oii!! Tak mahu main pergi keluarlah!!” Budak Budin bertubuh pendek, gempal dan berkulit buntut kuali menjerkah saya.
“Budak Budin ni karang nak kena penampar aku ni…. Hiieee sabar jelah aku!!”
Jam menunjukkan angka 6.30 petang baru Fuad tersengih-sengih tiba di halaman rumah Mak dengan kapcai buruk kepunyaan Mak Nah.
“Eh.. eh!! Awalnya engkau datang ye..” kata saya menyindir Fuad. Fuad tersengih dan terus duduk menemani saya di atas tangga mengambil udara petang setelah selesai bermain bola.
“Apak engkau ada..?”
“Ada”
“Mana dia?”
“Tu…. Bawah pokok mempelam”
Apak pula baru pulang dari kebun di Permatang Guling. Masih dalam baju yang biasa dikenakannya apabila dia ke dusun. Baju kemeja putih belang-belang biru yang penuh dengan kesan getah pisang yang sudah kering sementara seluarnya pula, seluar hijau celoreng askar hadiah Abang Dom yang bertugas di Kem Kemunting. Apak sedang asyik menghiris buah mempelam sambil matanya memandang jauh ke arah deretan poster pilihanraya yang banyak dinaikkan berhampiran dengan rumah kami. Ada poster Parti Dacing, ada poster Parti Terang Bulan dan tidak ketinggalan poster Parti Jiwa46 yang banyak mengingatkan saya pada susu tepung S26 itu.
“Apak, orang tidur rumah Opah malam ni”
Apak diam. Fuad angkat-angkat kening mengisyaratkan agar saya segera bersiap. Sewaktu saya hendak melangkah masuk ke rumah itu barulah Apak bersuara.
“Buku dah baca..?”
“Dah…” jawab saya.
“Fuad.. kamu cakap pada Mak kamu, Ayah Alang nak keladi sikit. Kamu tolong hantar pada Ayah Alang pagi esok”
“Boleh… Ayah Alang nak berapa perdu? 10 cukup?”
“Ishhh kamu ni. Satu cukuplah..”
Malam itu, Pusat Gerakan Parti Dacing lengang sahaja walhal tarikh mengundi tidak sampai 20 hari lagi. Ada Abang Mad Kona sedang asyik berborak dengan Pak Derus.
“Apahal..?” tanya Abang Mad Kona.
“Errr… saya nak ambil upah pasang poster!!” kata saya teragak-agak.
“Ooo… Kamu anak Cikgu Suria, ye?”
“Errr.. ya!!” seram juga saya kalau-kalau Abang Mad Kona memberitahu Apak saya mengambil upah pasang poster malam ini.
“Sapa tu Kona?” Pak Derus berdehem terjenguk-jenguk dari dalam pusat gerakan itu.
“Anak Cikgu Suria. Nak tampal poster, katanya!!”
Abang Mad Kona masuk ke dalam bilik gerakan itu sebelum keluar membawa poster-poster setinggi thesis PhD yang berwarna biru dan berlambangkan dacing itu dan terus meletakkannya ke lengan saya yang terbuka luas. Melurut sedikit tangan saya menahan beban berat poster itu.
“Haaa… engkau tampallah kat mana yang engkau suka. Tapi biarlah buat cantik-cantik sikit.. Dah habis tampal nanti datang sini ambil duit” kata sebelum menghulurkan satu beg plastik berisi segulung tali tali raffia, beberapa kotak kecil dawai stapler beserta dengan staplernya sekali, sebotol gam dan sebotol kecil air mineral. Sementara itu Pak Derus berdehem beberapa kali sebelum menderu hilang bersama motosikalnya entah ke mana.
Malam itu saya, Fuad dan Nizar sibuk mengetip poster-poster yang kami perolehi sambil duduk ketawa berdekah-dekah di simpang sunyi berhampiran dengan kubur itu. Fuad mengetip poster Parti Terang Bulan sementara Nizar pula mengetip Parti Jiwa46.
“Ni kalau dapat satay ni, sedapnya kan Indera. Sambil-sambil mengetip poster ni…” kata Fuad.
“Engkau ni memang suka mereka. Nak makan itulah, nak makan inilah.. Habiskan kerja ni dulu, baru ada duit masuk” sungut Nizar.
“Aku cakap jeeeee…” kata Fuad bernada seakan merajuk.
Malam itu kami beroperasi. Menaikkan poster di tengah malam buta. Di tiang telefon, di tingkap-tingkap rumah kosong hatta di ranting-ranting pokok rambutan. Bercampur-campur tidak tersusun berselang-seli poster Parti Dacing, poster Parti Terang Bulan dan poster Parti Jiwa46 di setiap tempat. Lebih kreatif dan lebih harmoni, temanya!!!.
Tiba di belakang rumah Mak Wan Diah, di bawah cahaya bulan yang samar-samar itu, kami ternampak pokok durian-kahwinnya yang rendah itu. Dahannya yang paling rendah separas dada kami dengan diameter sebesar lengan saya sahaja. Sementara dahan yang di atasnya tidak pula tinggi. Kira boleh dicapai juga.
“Ahhh… cantik pokok ni. Jom kita tampal poster” kata Fuad.
Kami tidak banyak soal, seorang demi seorang memaut dahan itu sebelum melonjak naik ke atasnya.
“Nanti, nanti, nanti!!! Aku pegang tali kat pangkal ni. Biar Indera yang tarik sampai hujung” kata Fuad.
“Eh…. Aku rasa tak selamatlah. Dahan ni dah melendut dah ni..” kata saya.
“Boleh..” kata Fuad dengan yakin.
“Biar aku tolong engkau..!” kata Nizar menghampiri saya di hujung dahan.
“Jangan, jangan…. Dahan ni nak…”
PRRAAAAAAKKKKKK…..
Dahan durian itu sekah sebelum BBBBUUUUKKKKKK… jatuh ke bumi bersama kami bertiga. Seeeeerrrrrr…. Bunyi dedaun durian itu menyapu semak-samun belakang rumah Mak Wan Diah. Saya betul-betul jatuh terduduk.
“Aduuuhhhh…. Sakitnyaaaaa” suara Fuad yang terbaring di atas tanah.
“Aaarrrgggghhhh….” Itu sahaja bunyi yang keluar mulut Nizar.
“Sakitnya punggung aku…!!!” saya merasa sengal yang teramat di punggung.
Seketika kami terdiam sebelum….
HAHAHAHAHAHAHAHA…. Ketawa kami memecah keheningan malam berselang seli dengan sahutan burung hantu dan cengkerik yang tadinya sunyi seketika apabila mendengar bunyi dahan jatuh.
Haiiii…. Tiga puluh Ringgit punya pasal
Hahahahahahahahaha….

Indera : Apak tahu yang saya menampal poster malam itu apabila Pak Derus datang mengadu pada Apak. Entah apa anginnya, saya terselamat dari rotan Apak. Sedikit pun dia tidak ambil pusing. Mungkin dia tahu bahawa ini adalah langkah pertama saya belajar mencari wang sendiri.
9 comments:
blanje apak makan sate tak lepas tu? ;)
mengundi kat mana tahun ni? calon bulan mengambang kat Bota tu bukan calang2 orang tu...undilah dengan bijak ye Indera!
ooo... tampal poster ekkk... keskeskes... lumayan jugak ek upahnya...
ok tu kalau boleh tampal poster sama2 dengan parti lawan, tampal poster yang bergaduh itu yang susah
slamat menyonteng!
hamboi.. sonok sakan kan dapat kuar malam pastu dapat buat 'kojo' kan.. hehe
Itu kisah dulu... la ni kalau gantung RM300 mau dapat kot?
Selamat memangkah dengan bijaksana... :)
Tapi RM30 kalau masa budak-budak tahun 80an dulu kira mewah tu Indera. Sekarang ini paling kurang pun RM50-100 agaknya.
:D
Masy,
Masa tu lepas lagi. Secucuk baru 25sen..
Sue,
Diaorg dah turunkan orang yang bertanding Parti Kati tu. Selama sepenggal tu, tak penah sekali pun tunjuk muka. Pembangunan langsung tak nampak. Nak kata keluar dalam TBTega mewakili sore rakyat pun tak jugak. Dia tido kot. Alih PRU ni masih ada hati nak bertanding DUN tu...
Sas,
Masa tu lumayan. Nak pulak sapa2 yang keje untuk Parti Dacing
Abang Kamato,
Memang ada yang gaduh... tapi kami ni dulu jenis muka talam 4 muka. Mana2 parti kami keje. Asai duit masuk je...
King,
Samat menyonteng jugek..
Cherry,
Bab kuar malam tu yang suker ngat tu..
Azam,
Mana ada... depa dah tak banyak duit cam dulu. Tak memangkah jugak ke..??
Bro BP,
Memang, banyak RM30 tu... boleh dapat Levis selai tu..
Post a Comment