Berikut adalah sepucuk email yang saya terima di awal pagi ini. Mengocak hari saya. Rasa simpati saya datang menerpa umpama air. Lantas saya terpanggil memberikan secebis kata-kata buat mereka yang berada di tempat Puan yang menulis ini.
Pembaca Semua,
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagaiseorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yangmenbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dansetelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkansaya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasatertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memelukatau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya. Baru2 ini saya mendapattahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yangterjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalinhubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiadarangsangan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahusaya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut saya pulatebal, tidak menarik di rumah bila hanya berT-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yangdibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti temanwanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenalidunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untukberbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapidia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sya tidaklah dudukmeratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik
**************************************
Berikut adalah kata hati saya…
Hmmmm pertamanya apa yang saya boleh katakan isu ni berat. Puncanya hanya perkara kecil yang menyebabkan runtuhnya satu institusi kekeluargaan. Isu tentang kecantikan dan tuntutan rumahtangga. Itu belum lagi dikira tentang hak penjagaan anak dan juga nafkah selepas perceraian.
Saya bersimpati dengan Puan yang menulis kisah hidupnya ini. Tentang betapa pengorbanan seorang isteri yang menjadi lilin dalam rumahtangga. Cuba menjadi yang terbaik buat suami, cuba mengurangkan bebanan kewangan suami tetapi akhirnya tidak dihargai. Apa yang saya nampak di sini, bukan kecantikan yang harus ditekankan sebenarnya, tetapi mesti dilihat dari perspektif yang lebih besar iaitu tentang keredhaan seorang lelaki menerima jodoh yang telah Allah tetapkan untuknya.
Sebagai seorang suami, saya faham tentang keinginan punya seorang isteri yang cantik. Isteri yang hampir sempurna yang mampu membikin hati lelaki lain berkata, "alangkah bertuahnya dia punya isteri yang sedemikian rupa". Hati dan nafsu sering sahaja membisikkan, kenapa isteri orang lain cantik sedangkan isteri sendiri langsung tidak berbekas di hati. Namun perkara ini boleh dipujuk dengan mengingatkan bahawa isteri kita telah banyak berkorban demi rumahtangga, melahirkan anak-anak kita, menyediakan keperluan seharian kita atau jika ini pun masih tidak mendatangkan keinsafan pada kita, ingatlah di saat percintaan kita dengan isteri kita sebelum berkahwin. Saat kita bertarung merebut cintanya supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.
Apa yang saya dapat cerap daripada cerita Puan ini, segala alasan yang diberikan semuanya berbaur nafsu semata-matanya. Akalnya dipandu bisikan syaitan. Memang benar lelaki mudah tertambat pada wanita cantik dan bergaya. Sudah itu pula, pintar akal fikiran dan petah tutur katanya mendebatkan soal-soal yang tidak tercapai dek akal si lelaki itu. Pantas dibawa ke mana majlis pun supaya orang berkata, "alangkah sepadannya mereka berdua". Kerana itu suami Puan ini memberi alasan bahawa isterinya tidak dapat memberikannya rangsangan lagi. Bukan rangsangan seksual, tetapi rangsangan dari segi maruah dan harga diri.
Itu semua alasan semata-mata. Dia inginkan isterinya cantik, tetapi pernahkan dia bekerja keras mencari lebih wang untuk menghantar isteri ke pusat kecantikan? Jika isteri tidak punya masa untuk menambah pengetahuan dengan membaca akibat daripada kesibukan sebagai surirumah, pernahkan dia meluangkan masanya untuk meringankan bebanan isteri di rumah? Dan yang perkara paling melucukan, dia mengatakan isterinya tidak wangi dan seharum kekasihnya, pernahkah dia mengeluarkan sejumlah kecil wang untuk membelikan sebotol minyak wangi untuk dipakai oleh isteri?
Jelasnya lelaki ini hanya ingin menutup kelemahannya dengan tebakan dan hinaan ke atas isterinya. Sudahlah diri sendiri tidak mampu memberikan keperluan dalam rumahtangga, isteri yang selama ini banyak berkorban disia-siakan begitu sahaja. Alangkah malangnya nasib lelaki ini..
Kerana saya lelaki, saya memahami jiwa lelaki. Lelaki perlukan maruah untuk menjulang egonya bagi membolehkannya terus "hidup". Berbeza dengan wanita yang sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta. Kerana menyedari dirinya punya aset iaitu rupa, lelaki memperdagangkan rupanya untuk suatu ego yang secara jelas tidak membawanya ke mana-mana. Apa perlunya seorang lelaki berjawatan kecil inginkan seorang wanita untuk menakluki dunia korporat? Dunia korporat hanya dapat ditawan dengan ilmu, pengalaman, usaha yang keras di samping faktor nasib. Bukannya dengan jalan persundalan dapat kita membina kejayaan atas dunia.
Saya bukan suami yang baik bahkan saya juga mempunyai sudut gelap saya yang tersendiri. Namun sebagai manusia yang punya perasaan, saya sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa Puan ini. Kata orang, apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak. Nasihat saya pada Puan ini dan juga kawan-kawan wanita sekelian, jagalah tanggungjawab dan keperluan isi rumah. Kecantikan haruslah dijagai sebagai penambat kasih suami serta ambillah usaha menambah ilmu pengetahuan anda. Ambil usaha untuk menyambung pelajaran anda atau mencari sumber pendapatan lebih supaya jika anda disiakan oleh spesis saya yang bernama lelaki itu, hidup anda sudah boleh berdiri sendiri tanpa ratap tangis yang sia-sia. Jika anda berada di tempat Puan ini, bersorak gembiralah kerana anda tidak lagi perlu mendukung biawak hidup yang tidak mendatangkan manafaat hatta kepada diri dan keluarganya sendiri. Biar perempuan kekasihnya itu mengambil alih mimpi ngeri yang telah anda lalui. Kata orang, hidup ini umpama roda. Sesungguhnya hidup itu berbalas!!! Kepada kaum saya iaitu lelaki, dunia ini kita khalifahnya. Kita sendiri yang menentukannya.

Dalam banyak-banyak wang yang dicari, harus ada peruntukan untuk diri sendiri.
21 comments:
betul tu abg indera..
sbnrnya sume tu alasan.. kita tgk skrg ni byk juga yg isterinya cantik tp tetap berantakan rumah tangga - mungkin alasannya isteri terlalu sibuk menjaga kecantikan. semuanya serba salah, serba menyalahkan org sedangkan ketiak berbau masam kepunyaan sendiri pun tak perasan!
minta dijauhkan sy dgn org2 macam ni (org yg byk alasan dan berketiak masam hahahaahahah)
mlm ni jadi tau abg indera! pape sms eh~
Wah, dah jadi encik sri siantan pula ka? Moga yg terbaik saja untuk semua... amin.
Masy,
Tima kasih sebab sudi datang semalam. Errrr... semalam memang berpeluh sakan, pasan tak? Sebabnya keta airconditioner dah kaput..
Azam,
Amacam, ada telent tak aku jadi Cik Sri Siantan Jantan? hehehehe
Bila ko nak balik Zam. Aku dah siap pulut kuning dengan bunga manggar ni..
M.e.m.e,
Saya rasa ada baiknya kita bincangkan hal ini di dalam email. Saya tunggu m.e.m.e. di kotak email saya.
email saya;
indera5kencana@yahoo.com
Wei ni 1st time aku komen 2 kali. Untuk entry kali ni, aku nak request lagu Manis Masa Bercinta dari Haida sebagai background song, hihihiii...
*Saaaaat ja lagi aku balik lar, ahak!
Zam,
Boleh... boleh. Nanti aku carikan
Nanti ko bagitau aku tau, tarikh dan masa Soyuz ko berlepas. Bagitau tau.
Saya ingin bincangkan bab ini dalam blog saya... jadi saya akan link serta copy dan paste tajuk ini.
Harap tidak menjadi kesalahan...
TQ
Izawani/Jeen,
Tentu sahaja tak jadi masalah. :D
Ini dilemma majoriti isteri, malah yang suami pun saya rasa ada dilemma begini...kalau tak kuat iman beginilah jadinya .... menarik kisah ni....
adoilaaa
Salam bro indera,
Dah lamaaaa tak jengah sini. Tak sedar pun dah ada adik si Adil. Ingatkan masih dua. (eh ye ke? I assume the baby in ur raya pic is the 3rd one).And my 1st time seeing ur family pic. :)
Btw, sgt setuju with your comments. Sudah ada kawan sy yg kena mcm ni. Sy rasa nak sekeh kepala laki dia tu.
Paling setuju, yg ini,
"Dalam banyak-banyak wang yang dicari, harus ada peruntukan untuk diri sendiri."
Hehehe...alasan popular utk saya shopping & manjakan diri...:P hihi!
Begitulah insani, jika mata hanya memandang pada lahiriah -maka jiwa akan berasa tidak pernah puas, hati pula buta pada pada kecintaan yang abadi-jiwa akan lemas ddalam lautan kepalsuan.
Tapi saudaraku - every coin has two side. kadang2 apa yang dilihat, didengar atau dirasa belum tentu hakiki.
Begitulah lumrah kehidupan.
he..he
;-)
P/s: Bila kau nak bg aku dokumen tu?
Salam Indera, sorry lama tak menjengah. Harap Indera, Azah & anak2 sihat2 belaka. Dah jumpa Azam ke belum? Kami pun nak balik jugak krismas nanti sampai pertenghan januari.
Menarik sekali entri kali ini. Inilah isu yang amat ditakuti setiap wanita bergelar isteri. Pengorbanan yang tak dihargai. Komen saya pendek sahaja. Semailah kasih sayang kita dengan ibadah harian, doa kepada Allah semoga Allah panjangkan jodoh kita dan pasangan kita hingga ke akhir hayat. Bila kasih sayang sudah kukuh terpatri, gemuk, gempal, itu semua tak jadi masalah lagi. Tambah2 dok kat negeri orang putih ni, lelaki handsome, macho, hari2 jumpa....alhamdulillah setakat ini hati saya tidak pernah tertarik walau sedikit pun kepada tarikan dunia tersebut...harap2 cik abang saya pun begitu juga....
Salam abg Indera,
persoalan yang cukup menarik..tapi bagaimana pula kalau suami sudah tidak hensem lagi..;)
Manusia ini memang tak lepas dari godaan. Kita perlu sentiasa waspada.
Tak kira samada isteri atau suami, sekiranya semua tindakan berlandaskan quran dan hadis, insyaallah akan diberi keberkatan.
Salam Indera :)
Allah melindungi orang-orang yang benar.
Selamat Hari Raya Korban. Semoga pengorbanan kita selama ini diredhai dan dirahmatiNya. Amin.
Salam,
Sebenarnya, isteri bukan tidak cantik lagi, tetapi mata yg sudah kabur pandangannya.
isteri itu tetap sama seperti mula2 gila bayang dulu, cuma usia makin meningkat, tetapi belum lah lagi mencapai tahap nenek/opah.
Yang membezakan cantik/tak cantiknya lagi isteri itu ialah 'hati' suami yang biasanya inginkan sesuatu yg baru pula dlm hidupnya.
Dan memang benar, suami juga harus tahu menilai dirinya samada masih kacak atau tidak seperti mula-mula perkenalan dahulu...
salam indera... entri ni terasa menyentuh hati nih... dah banyak isterinya berkorban, berjasa tapi semua tak pandang, hanya kerana rupa... isk isk... sedihnya...
mintak dijauhkan jadi macam nih...
cantikkk.. ahh.. universal sungguhhh.. dan biasanya kriteria utama lelaki, tapi kalau kawin semata-mata kerana cantik.... biasanya tak kekal lama punn..
ni lelaki tak sedor diri namanya.huhuhu
Hijrah,
Kedua-dua belah pihak suami dan isteri harus bertolak ansur sambil menjauhi segala bisikan syaitan yang mengajak ke arah kemungkaran.
King,
Kenapa? Ko sakit ke King? wehhh.. bila nak ke NZ lagi? Aku nak lamb chop.
Nina,
Salam untuk Nina, Rafique dan Nafisa. Mesti Nafisa dah besar kan? Heeeee mesti comel macam mummy dan daddy dia jugak...
Hmmmm memang dah 3. Harap-harap boleh dapat masuk 4 pulak tahun depan. Rafique dah dapat balik Semenanjung ke?
Hehehehe... Nina masih suka shopping?
AN,
Kalau tengok lahiriah, memang kasih sayang tak boleh kekal la sebab rupa paras akan berubah mengikut masa. Tapi hati jugak tak pernah berubah sampai akhir hayat.
Besornya JJ Keramat Wangsa. Lepas ni takyah la kita minum jauh2 sampai carrefour lagi AN. Minum kat JJ je. Lepas tu AN jalan kaki balik rumah. Hehehehe..
Sue,
Sue.... sob sob sob, Azam kan, sob sob, dia dah... uwaaaaa. Sampai ati Azam.
Tak jumpa pun. Masa singkat sangat. Dia cuti saya keje. Masa saya cuti, saya ada program pulak. Tapi Azam tak nak call... uwaaaaa. Jaga la Azam nanti, balik Mesia sekali lagi nanti, akan ku tuntut teh o ais aku!!. Sue pulak balik nanti jangan tak call pulak. Saya dah plan nak melepak kat Restoran Pakcik Rahim ni. Nak pow Pakcik Rahim teh o ais... (jangan speku, Zam)
Big Heart,
Kalau husband dah tak ensem, cari husband yang lain la hehehehehe... takde la. Melawak je. Kalau suami tak ensem dah, tu kira Alhamdulillah la. Sebab takde kebarangkalian pompuan lain jatuh cinta ke dia. Kira selamat rumahtangga :P
Abang Kamato,
Ya.. contoh terbaik dalam melayari bahtera rumahtangga adalah Rasullullah sendiri, kan?
Bunga Rampai,
Benar. Kebenaran itu tidak perlu diperbahaskan. Ianya akan dibuka oleh Allah juga satu hari nanti. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak akan diperlihatkan.
onthescene,
Salam perkenalan dari saya. Terima kasih atas kunjungan saudara.
Kecantikan hanya bersifat sementara. Tiba masa dan waktunya, kecantikan akan luntur. Segala seri akan hilang pudar. Hanya hati yang dapat mengikat kasih sayang. Kata orang, isteri adalah cermin suami. Jika ingin melihat isteri cantik, suami juga harus melihat di dalam cermin, apakah dia sudah cukup kacak buat isterinya. Itulah baru adil.
Sas,
Itulah kelemahan orang lelaki kita sekarang. Suka mengutamakan kecantikan dari segalanya.
Tapi saya yakin, si dia tu tak macam tu kan? Bila Sas dengan dia nak ehem-ehem...?? Maaf, mengusik je...
Lan,
Entah la Lan. Aku pun tataw.
Wehhh.. ko kata nak call aku. Tak call pon. Kalu nak mengeteh, joint aku ngan King la kat NZ Wangsa Maju. Amacam, ada brani?
Dayah,
Hamboiii.. cikgu. Tenggelam timboi. Kat mana ni?. Segambut ke kat Padang Rengeih?
Post a Comment