Tuesday, November 21, 2006

Ahh.. Mereka itu..

Suasana malam di Pusat Kembangan UKM itu agak sejuk dan sunyi. Kelas Statistik untuk malam itu sudah 15 minit berlalu. Saya, Isma, Faridzul dan juga Ikhwan masih lagi duduk berlonggok di tepi longkang itu. Si Ikhwan sejak tamat sesi malam itu, tidak sudah-sudah lagi menceritakan hal asmaradana dengan buah hatinya, Haiza.

Saya sekadar mendengar dan menyampuk di mana tempat yang perlu sahaja. Dalam kejemuan mendengar kisah cinta Ikhwan itu, saya mengesani ada mendung di wajah Isma. Cepat-cepat saya tukar tajuk agar cerita itu cepat berakhir.
"Eh, Wan. Engkau kata nak bawak Haiza pergi makan tadi. Haa.. pergilah cepat" kata saya.
"Ada ke aku cakap macam tu..??" tanya Ikhwan.
"Ada.. Dah-dah. Pergi cepat" saya seperti menghalau.

Ikhwan berlalu dengan kereta kancilnya membelah malam yang gelap. Faridzul minta diri kerana takut meninggalkan isterinya lama-lama di rumah. Tinggal saya dengan Isma. Di sudut bangunan itu ada Ravi dan kumpulannya sedang berbincang. Di situ juga ada Rahman dan Hussein sedang menyiapkan tugasan.
"Entahlah Indera. Isma ni sudah 26 tahun. Jangankan suami, teman lelaki pun tak ada" kata Isma melepaskan keluhan.
"Engkau perlu teman lelaki? Hmmm.. susah-susah sangat ambil aku jadi teman lelaki. Aku rela" saya menawarkan diri.
"Tak mahulah bercinta sekelas. Indera.. tolonglah carikan seorang kawan untuk Isma"
"Errr.. maksudmu teman lelaki?"

Isma diam. Tidak bersuara.
"Engkau malu Isma?"tanya saya.
Diam lagi.
"Dalam hal ini Isma tak perlu malu. Setiap orang itu dijadikan berpasang-pasangan. Insya-Allah akan saya usahakan jodoh untuk Isma. Mahu tak..?? tanya saya.
Isma mengangguk setuju. Saya pusing kepala. Dengan siapa hendak saya jodohkan??

Perkenalan saya dengan Haiza, teman wanita Ikhwan membawa kepada perkenalan saya dengan Nizam, bekas teman lelaki Haiza yang hatinya remuk dikecewakan oleh Haiza lantaran beralih kasih kepada Ikhwan. Kami berkenalan dan akhirnya menjadi sahabat karib.
"Berapa usiamu tahun ini Nizam?" tanya saya ketika kami sedang makan tengahari.
"34" jawab Nizam acuh tidak acuh. Ahh.. kuat benar haruman Hugo yang dikenakannya.
"34... hmm.. bila agaknya engkau akan berkahwin..??" tanya saya lagi.
"Entahlah Indera. Sejak hatiku dilukai oleh Haiza, serik rasanya untuk aku bercinta"
"Baiklah jika begitu. Tetapi aku ingin bertanya denganmu. Jika sekarang usiamu 34 tahun dan engkau terkecewa. Untuk engkau bukakan pintu hatimu mungkin mengambil masa 3 tahun lagi. Sesudah 3 tahun itu baru engkau menemui gadis idamanmu. Ketika itu sudah berapa usiamu? Katakan pula engkau mengambil masa 2 tahun untuk mengenali hati budinya sebelum engkau bersetuju untuk suatu ikatan. Berapakah usiamu ketika berkahwin?. Jangan begitu, Nizam. Buka sahaja pintu hatimu.. dan jika engkau mahu, ada seorang gadis yang sudi menerima lamaran cinta seorang lelaki. Seorang gadis yang terpelihara dan beradab sopan."

Nizam termenung. Saya menghulurkan nombor telefon Isma kepadanya. Disambut cuma namun tiada sebarang tindak balas. Kepada Isma, saya khabarkan pertemuan saya dengan Nizam. Dari hari ke sehari saya bertanya pada Isma apakah dia telah menerima panggilan dari Nizam. Isma geleng sahaja.
"Jika Nizam tidak menghubungimu.. kenapa tidak engkau sahaja menelefon Nizam" saya mengusulkan kepada Isma.
"Tidak. Sesekali tidak. Apakah Indera mahu Isma dikatakan seperti perigi mencari timba?" tegas Isma.

Aduuhhh.. sulit mereka ini. Setiapkali saya menelefon Nizam pula, jawapannya dia masih memikirkan hal itu tetapi masih belum ada sebarang tindakan. Saya mengalah dan membiarkan perkara itu berlalu pergi.

Setengah tahun berlalu. Saya menerima panggilan telefon dari Isma. Mengajak saya makan malam bersama. Demi tidak mengecewakan hatinya, saya memandu jauh dari Shah Alam ke Bangi. Demi cinta saya untuk Isma.

Di restoren ala Thai itu, Isma sudah menanti dengan wajah yang cantik. Bertudung litup yang menyerlahkan kecantikannya. Kami duduk bertentangan. Saya bahagia. Hidangan tiba. Saya mengajak Isma makan. Isma kata dia sedang menanti seseorang. Siapa? Jamilahkah teman baiknya itu.

Tiba-tiba seseorang lalu di belakang saya. Isma tersenyum. Lelaki itu terus menutup mata saya. Saya terkalap. Terdengar Isma tertawa. Siapa ini? Semerbak minyak wangi itu seperti saya kenali. Lelaki itu mengalihkan tapak tangannya. Saya segera berpaling. Nizam????

Mereka duduk bersebelahan. Mesra menyudukan lauk ke pinggan masing-masing. Saya sayangkan Isma. Tetapi hari ini sayang saya kepadanya sudah bertukar seperti sayang seorang saudara lelaki kepada saudara perempuannya. Hati saya puas.

Pertengahan tahun 2002 itu, mereka diijabkabulkan. Sekarang dikurniakan dengan 2 cahaya mata. Yang sulung perempuan dan yang kedua itu lelaki. Saya memikirkan mungkin selepas ini saya boleh membuka agensi mencari jodoh buat pasangan yang masih belum berkahwin!!.
Hmmm.. boleh tahan juga idea itu..

11 comments:

kingbinjai said...

aku nak join!aaa bukak kompeni bukan join cari jodoh ha ha

Iman Mawaddah said...

Indera,
Tolong carikan saya sorang. Kalau boleh org Perak ataupun KL. Senang tak payah bergaduh soal giliran kalau hendak balik beraya..hehehe

zwitterion said...

Indera,
saya pun nak!..heheheh

ZaKiN said...

wah.. agensi mencari jodoh. kalo saya bercerita tentang cinta saya pada tuan.. pasti tuan dapat selesaikannya.. hohoho..

Rie said...

wah wah... aku nak join jugak boleh?

INDERA KENCANA said...

PERHATIAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN. PERKHIDMATAN INI HANYA UNTUK MEREKA YANG MASIH BUJANG SAHAJA. MANA-MANA INDIVIDU YANG MENGAKU BUJANG TETAPI SEBENARNYA TELAH BERKAHWIN, INDERA KENCANA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG PERMASALAHAN YANG BAKAL TIMBUL. HARAP MAKLUM. HEHEHEHE...

INDERA KENCANA said...

King, Aku set je. Aku tengok market Lembah Kelang pun not bad. Hehehe.. (Weeiii, jangan ada fikir pulak, ye!!!)


Iman,
Boleh. Insya-Allah. Sila email resume ke indera5kencana@yahoo.com . Hehehehe..


Zwit,
Boleh Zwit. Cakap je nak macam mana. Insya-Allah.


Zack,
Citer la love story mory ko tu. Kalau malu, tulis kat email je, ek!!


Esis, weiii, ko bukan dah kawin ke Esis? Err.. nak joint tu nak joint kompeni ke..??

INDERA KENCANA said...

King, maksud aku jangan ada fikir nak kawin lain..

Anonymous said...

assalammualaikum indera...
soal nikah khawin ni menjadi soal yang paling penting dalam kehidupan kita. tak ke gitu cik indera? pekara pertama dalam hidup kita adalah untuk mencari sebaik mungkin siapa yang berhak keatas kita kan? ntahlah masih bujang dan belum terniat lagi untuk meneruskan kehidupan bermudua. umur masih lagi muda.
saya ucapkan tahniah diatas kejayaan saudara menjadikan nizam dan isma menjadi keluarga yang bahagia. buat indera, semoga berbahagia selalu...
amin...

Bunga Rampai said...

Salam buat Indera,

Wah, nak buka agensi cari jodoh?

Ermm, Indera juga ada hati kat Isma tu ke? Hisy, menyibuknya saya.

INDERA KENCANA said...

Zairul,
Walaupun di usia muda, soal jodoh dan perkahwinan ini sebetulnya ada berhampiran dengan anda sahaja (just around the corner). Perkahwinan dan seks (dalam Islam) sebenarnya sesuatu yang taboo dalam masyarakat kita dan tidak akan dibuka perbicaraan tentangnya di hadapan golongan muda. Namun ketidaksediaan orang tua untuk berkongsi maklumat itu sebenarnya lebih mendedahkan generasi muda kita ke kancah gejala sosial yang lebih parah.


Salam Bunga Rampai,
Hanya setakat berangan-angan sahaja.

Sewaktu bujang dulu, saya teramat mudah jatuh cinta dan selalu jatuh cinta. Hehehehe.. Mungkin kerana saya tiada teman istimewa barangkali. Isma adalah di antara belasan wanita yang telah menolak (me-reject) saya.. Kesihan saya asyik ditolak cinta.. Hahahaha... Malu kalau ingat.