Friday, November 03, 2006

Keajaiban Dunia Cyber

Sejak ledakan teknologi maklumat seawal tahun 80-an di Malaysia ini, kita sudah mula terdedah dengan dunia tanpa sempadan. Segala maklumat yang terdapat di alam maya ini hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk diakses. Tekan satu butang, puluhan ribu maklumat tersedia terpampang di hadapan mata.

Juga dengan Yahoo Messenger yang menjadi kegilaan itu sehingga mencetuskan banyak gejala sosial yang tidak terancang. Tarikan dan pukauannya amat berhantu. Ramai yang menerima notis amaran kerja dan diberhentikan kerja akibat prestasi kerja yang buruk kerana terlalu leka di Bilik Sembangan (Chat Room) dan juga banyak rumahtangga yang keberantakan.

Semua ini terjadi kerana kita datang dari seluruh dunia, dan duduk semeja tanpa sebarang syarat dan etika percakapan. Tanpa wajah. Tanpa suara. Yang ada hanya kata-kata. Untuk itu kita akan selalu membayangkan bagaimana rupa tubuh orang di sebelah sana. Bayangan yang muncul ciptaan imaginasi sering sahaja menawarkan yang indah. Orangnya mesti cantik. Baik pekerti dan yang terpenting - sempurna serba serbi mengikut acuan pemikiran kita.

Seorang teman baik saya, Faizal (bukan nama sebenar) satu ketika mampir di rumah dalam senyum yang meleret. Mengkhabarkan kepada saya tentang pertemuannya dengan seorang gadis di alam cyber. Tapi masih belum bertemu dan bersua wajah. Anehnya sudahnya mengungkap kata sayang dan cinta. Saya hanya tertawa cuma. Cinta Cyber.

Kepada Faizal saya khabarkan kepadanya bahawa cinta cyber hanyalah sebuah cinta rekaan. Semua orang bisa menggambarkan apa sahaja tentang dirinya kerana pihak yang satu lagi tidak berupaya melihat diri sebenarnya. Jika sekadar suka-suka, untuk tujuan bersembang melepaskan kebosanan tentu sahaja tidak salah. "Tetapi jangan dibiarkan rumahtanggamu keberantakan hanya kerana perkara palsu seperti ini". Demikianlah nasihat saya.

Namun Faizal telah membuat keputusannya sendiri. Dibuat terlebih dahulu sebelum menanyakan pendapat saya. Untuk serius dengan gadis itu. Apa daya saya untuk menyekatnya. Itu haknya dan saya tidak boleh campur urusan haknya.

Mereka bertukar-tukar nombor telefon bimbit. Mulai saat itu, telefon bimbit Faizal berbunyi hampir setiap minit dengan mesej-mesej yang romantis dan mengghairahkan. Itu belum lagi dengan perbualan telefon yang berjam-jam. Ahhh.. sulit mereka itu. Saya hanya memandang dari jauh. Mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga.

Perkara yang mencurigakan tidak selama-lamanya dapat disembunyikan. Fatin mulai curiga dengan tindak tanduk suaminya. Suka berbicara di talian jauh-jauh darinya. Menghantar sms lewat malam-malam buta. Berwajah lebih ceria dan terlalu mengambil berat tentang penampilan diri yang selama ini jauh dari keinginan citarasanya. Di suatu malam tatkala Faizal sedang membersihkan diri di kamar mandi, telefon bimbitnya berbunyi hampir 5 kali. Hati Fatin tergerak untuk membuka. Nama seorang wanita!!
"Malam ini Sayang tidur nyenyak. Lena diulit madah-madah abang. I Luv U"

Dusss.. mesej itu cukup membuatkan mereka berdua berperang besar. Fatin sama sekali tidak dapat menerima kenyataan bahawa suami yang dicintainya tergamak menduakannya. Faizal sekali lagi menemui saya.
"Bukankah sudah kukhabarkan kepadamu dulu.." saya memulangkan paku buah keras.
"Aku bertekad Indera, untuk bertemu dengan gadis itu" katanya
"Jangan Faizal. Itu akan lebih menyulitkan keadaan. Pujuk sahaja Fatin. Kebenarannya pun yang kamu belum pergi jauh dengan gadis itu. Mohon maaf dari Fatin. Habis cerita. Nah, sekarang syurga di kananmu sementara neraka di kirimu. Pilihlah yang mana yang kamu sukai"

Faizal tetap tidak mendengar kata saya. Dia menemui juga gadis itu. Jika dibandingkan dengan gadis itu, rupa-rupanya Fatin berpuluh kali ganda lebih cantik, lebih menarik dan lebih segala-galanya. Syurganya bersama Fatin..

Akhirnya hanya kerugian yang diperolehi. Rugi masa. Rugi wang ringgit melayan panggilan telefon dan melayari internet. Rumahtangga juga keberantakan. Mujur sahaja Fatin sudi memberinya peluang kali kedua demi anak-anak. Pun begitu parutnya tetap sirna.

Haii.. dunia cyber..

10 comments:

Iman Mawaddah said...

Lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu..Perempuan pula 1 akal 9 nafsu..Baik lelaki mahupun perempuan jika hilang kawalan tidak mustahil tangan yang mengoncangkan dunia juga boleh mengoncangkan iman lelaki..dan tidak mustahil lelaki nakhoda keluarga boleh menghancurkan kehidupan isteri dan anak2 yang disayangi...tanyalah hati..tanyalah iman sebelum mengambil tindakan.

INDERA KENCANA said...

Salam Iman,
Benar. Iman dan taqwa amat penting dalam memandu kita ketika menongkah arus masa kini.

Rie said...

hahahaha aku ingat ini cerita dongeng. cerita rekaan. drama swasta.

rupanya terjadi didunia reliti.

jauhkanlah....

kingbinjai said...

ah, terkenangkan kisah aku pula. tapi tidak semasa berumahtangga. tapi semasa bujang. selepas kahwain. amat jarang sekali aku online kecuali utk pertemuan narayuda di maya. selebihnya aku selesa berblog sahaja. cukuplah satu untuk aku. sementalh, dia juga seorang puteri yang aku perolehi dari alam cyber juga. :)

nabi berpesan, hadiah yang terbaik sekali untuk seorang isteri utnuk suaminya, ialah membenarkannya di madu. dan hadiah yang paling baik dari seorang suami kepada isterinya adalah dengan tidak memadukannya.

dan aku memberikan hadiah itu yang paling terbaik 2 kali setahun kepada seorang puteri yang terbaik sekali.

hakim dirani said...

Macam macam ya zaman sekarang ni. Di Syria pemuda-pemuda dah mula habiskan masa denga chat ja. saya lihat di skrin mereka gambar love tu banyak betul.

Bunga Rampai said...

Salam Indera,

Tiga entri yang belum dibaca dan kini sudah dibaca :)

Entri ini menarik.

Bagi saya, apa jua ciptaan manusia itu adalah atas izinNya jua, dan segala yang diizinkan itu ada sebabnya. Alam maya bagi saya memang menarik dan amat berfaedah.

Dunia internet andai diguna dengan betul adalah satu saluran untuk bersantai melega kekusutan, untuk menjalin persahabatan mengukuh ukhwah, menambah ilmu, tempat untuk saling ingat-mengingati nasihat-menasihati, membantu insan lain apa yang terdaya. Internet juga satu cara berkesan untuk pengisian rohani.

Berada di alam maya memang kadang tu mengasyikkan, tapi ahrus ada disiplin.

Eh, maaf, panjanglah pulak celoteh saya...

INDERA KENCANA said...

Esis, Ini betul-betul kejadian. Bokan Cobaan!! hahahaha 2-0.

King, apa yang ko bagi 2 kali setahun tu..??

Hakim, OK lah tu. Baru ada mood jiwang..

Bunga Rampai,
Salam. Internet ini tidak ubah seperti api. Membantu segala urusan kita sewaktu kecilnya namun biasa membakar segalanya jika tidak berupaya dikawal.

BooK said...

setakak tulisan ini dicatat, aku masih mempunyai beribu wajah dalam memori aku yang masih bertanda x, y, z, *, &, dan macam-macam lagi simbol pelik.
aku masih meneka bagaimana rupa mereka.

BooK said...

setakak dalam tulisan diatas. ialah cara terbaru untuk menulis setakat. harap maklum.

INDERA KENCANA said...

Book, hahaha... banyaknya tanda misteri.

Aku suka penggunaan kata 'setakak' tu..