Thursday, November 16, 2006

Mamut

Di pinggir jalan sebelum memasuki tanah dusun Apak, terdapat sebuah bangsal yang didirikan oleh pihak RISDA untuk kemudahan penoreh-penoreh getah yang mempunyai kebun di sekeliling kawasan itu. Bukan mereka sahaja, bahkan penoreh-penoreh yang turun jauh dari Permatang Guling dan Lubuk Kucing juga datang menggelek getah mereka di situ. Ada dua penggelek yang disediakan. Satu yang licin dan satu lagi yang mempunyai corak berbunga.

Di sekolah itu, hubungan saya dengan Mamut masih lagi tegang. Pasti ada sahaja hal yang membangkitkan pertelingkahan. Saya yang sering memulakannya dahulu dan selalunya berakhir apabila Mamut mengalah. Saya akan tersenyum menang.

Mamut anak bongsu Wan Kiah kawan baik Mak (Wan di kampung kami adalah gantinama makcik). Dia kehilangan ayahnya sewaktu Mamut berusia 3 bulan apabila Achik Rasid meninggal dunia akibat dihempap pokok. Sebagai anak bongsu, Mamut sangat manja dengan ibunya dan bersama Opah Esah, jiran sebelah rumah saya, tempat Mamut mencurahkan kasih. Mamut selalu berbangga dengan saya bahawa dia keturunan Raja Hitam dari Kerajaan Rawa. Tetapi, entah apa musababnya, saya sering mencari tengkar dengan Mamut.
"Aku anak yatim. Aku dikasihi oleh Rasullullah. Kalau kamu menyakiti aku, sama macam kamu menyakiti hati Rasullullah".

Kata-kata itu sering diulangnya berkali-kali. Tetapi ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
"Nama pun Mamut. Nama kamu mesti diambil dari perkataan Mammoth. Jangan-jangan Mammoth tu gajah tunggangan Raja Hitam yang terjatuh dalam ais tu tak?? Nasib baik cuma Mammoth tu saja yang jatuh dalam ais. Kalau dengan Raja Hitam tu sekali jatuh, mesti moyang kamu itu sudah dipamerkan di muzium..."
Aduuhh, begitu teruknya tingkah laku saya terhadap Mamut dahulu.

Suatu hari Mamut hadir ke sekolah dengan tangan berbalut. Puas saya bertanya akan sebabnya namun tetap tidak berjaya membuka mulut Mamut. Cikgu Fatimah masuk ke kelas. Cikgu Fatimah ini pangkat sepupu dengan Achik Rasid dan semestinya hal Mamut menjadi perhatiannya.
"Mamut, tangan dah elok..??" tanya Cikgu Fatimah
"Belum, Cikgu.." jawab Mamut
"Haa.. itulah. Lain kali jangan nakal sangat. Dah tak ada benda lain nak dimain sangat sampai mesin penggelek getah itu pun jadi permainan.." Cikgu Fatimah bersyarah.
Mamut tertunduk. Saya terlongo seketika sebelum ketawa saya meledak mengisi ruang kelas.
"Hey, Mamut. Kamu terkena mesin penggelek yang licin itu ke atau yang berbunga..?? tanya saya ketika waktu rehat.
"Yang licin tu"
"Hahahah.. kamu kalau tak ada benda lain nak main, haa.. mari datang rumah aku. Aku boleh ajar kamu main apa kamu nak..?? Bola..?? Batu seremban..?? Kerantung Nakus?? Polis Sentri..?? Masak-masak pun aku boleh ajar. Ada ke main dengan mesin penggelek getah..!!"
"Eh, suka akulah nak main apa.." Mamut mula naik berang.
Begitulah saban hari. Cuma bergasak sahaja yang belum. Ada sahaja perkara menjadi punca pertengkaran.

Musim durian tiba. Durian banyak gugur di merata. Apak menyuruh saya menunggu durian gugur untuk dikumpulkan. Jika tidak ditunggu, alamatnya pasti ada kacang hantu yang akan mengambil peluang mencuri buah durian orang. Saya mengajak sepupu saya Fuad untuk bersama.

Bosannya menunggu durian ini. Masuk ini sudah 7 ekor ikan puyu yang dipanggang untuk menghilangkan kebosanan. Fuad tiba-tiba hilang. Saya tercari-cari. Akhirnya saya menjumpainya sedang bermain dengan mesin penggelek getah di bangsal usang itu.
"Indera, marilah. Seronok ni.." laung Fuad sambil tangannya sibuk memasukkan kertas ke dalam mesin penggelek. Disangkanya kertas itu getah agaknya!!
Saya menghampirinya dan saya terhibur melihat aksinya. Lalu timbul perasaan ingin mencuba. Saya masukkan kertas itu berulang-ulang manakala Fuad memutar pemulasnya. Seronok. Tiba-tiba... PPRRAKKK!! Fuad terdiam. Dahi saya berkerut kesakitan. Kemudian saya melolong. Sakittttt!!!!.

Mesin penggelek itu sudah basah dengan darah saya. Kuku saya sudah tertanggal. Mujur Fuad pandai mengundurkan kembali pemulasnya. Fuad panggil Pakcik Mad Kidam. Laung Tok Long Nor. Mereka mengusung saya ke hospital.

Di hospital saya menerima beberapa jahitan. Esoknya saya tidak ke sekolah. Petang itu sedang saya duduk di dalam bilik, seseorang datang bertamu ke rumah.
"Assalamualaikum..."
Haa..?? Wan Kiah...?? Mamut pun ada!!. Mamut tersenyum memanjang.

"Itulah. Tak baik sombong. Haa.. kan dah kena" kata Mamut dalam tawanya. Rasa hendak sahaja saya merabut mulutnya. Geramnya.
"Kamu kena mesin penggelek yang licin ke yang berbunga, Indera?" tanyanya.
"Berbunga.."
"Wahhhh.. tahniah. Kamu memang lebih hebat dari aku!!! Hahahaha... Aku ni ada daulat, kau tahu. Sebab itu tak lama lepas kamu ejek aku, kamu pun tergelek sekali.." Mamut masih lagi ketawa.
"Daulat apa..?? Daulat Raja Hitam kamu tu? Raja Hitam konon. Aku tengok kamu ni putih je.. Hey, kalau kamu keturunan Raja, haa.. ni, aku ni keturunan Nabi..." saya tidak mahu mengalah. Tetap mahu bertengkar.
"Nabi apa..??" tanya Mamut.
"Nabi Adam".

Mamut geram. Dijentiknya jari sakit saya. Kuat sekali. Saya serentak terlolong.
"Aduh Mak, sakitnya!!"
Di ruang tamu, Mak menepuk meja marahkan saya.
"Aku tak suruh!!!"

13 comments:

hakim dirani said...

ha ha ha..
Sabar je lah, pengalaman yang menarik. mungkin itu doa mamut kepada anda, ketika itu.

kingbinjai said...

ha ha ha
tuku taka balik pintu, budak nakal memang begitu.

ha ha ha

Bunga Rampai said...

Padan muka Indera! hahaha...
Oopss, maaf bergurau :))

Tapi banyak pengajarankan yang dapat dari pengalaman tu?

Salam buat Indera.
Selamat berhujung minggu.

ZaKiN said...

hahhahha.. tua ni banyak betol pengalaman dan ilmu didada.. tergelak saya..

INDERA KENCANA said...

Hakim, itulah doa yatim barangkali..

King, Aku ingat tak de apa-apa. Tak tau boleh terkena pulak..

Bunga Rampai, Hahahaha memang terkena saya masa tu. Tetapi memang banyak pengajaran bila berkawan dengan Mamut (namanya Mahmud).
1. Jangan menyakiti hati anak yatim
2. Jangan suka menghina orang lain hanya kerana hidupnya susah
3. Mamut kawan sejati. Dia tidak pernah membalas apa yang saya lakukan terhadapnya. Kadang-kadang tu dia hangin juga dengan saya.

Selepas Wan Kiah dan juga Opah Esah meninggal, Mamut membawa diri. Barangkali tiada siapa-siapa lagi di kampung itu. Mamut berkahwin dengan orang Terengganu.

Maniq, Betullah. Bila dah tua ni, macam-macam dah rasa. Kata orang dah banyak makan garam

Iman Mawaddah said...

Indera..
Baruku tahu rupe2nya indera zaman kanak2nya ala2 samseng kampung dusun juga ya..hehe..tp tak pe pengalaman mengajar mematangkan fikiran...menilai mana yang baik dan mana yang buruk

Sunan_Jati said...

wargh.. sorryla kenchana sakti... aku xsempat nk buat tagla.. ngeheheh.. line xberapa el;ok.. mggulps aku tumpang member aku nyer pc jap... wargh.,, samseng nyer... ganaznyer20x!...

Sunan_Jati said...

Hi iman amwaddah ngehehehhe..
peng peng.. kebabom...

AKMA said...

Indera...Indera duduk di Bandar Tasik Puteri Rawang ker? AKMA baru habis membaca posting September.

Subhanallah!!!. kalau benar di Tasik Puteri...kita setaman!!!!

AKMA di blok 2. Jalan 3/16. Insya-allah ketemu bila AKMA pulang nanti.

Anonymous said...

Salam,
Nuku Naka Balik Bukit,
Budak nakal boleh penyakit.

Aku tau camana rasanya tangan kena mesin getah, sebab aku pun anak penoreh getah.

zwitterion said...

haha..mesti rasa nak sorokkan diri waktu Mamut dtg ziarah kan?..hehe

blackpurple @ jowopinter said...

Hahaha..

Ada lagi tak cerita lain pasal Mamut....?

Hahaha

INDERA KENCANA said...

Iman,
Saya tak de la samseng sangat.. tapi rajin mengusik orang tu memang iya la..

Kanjeng Sunan,
Haa.. dah kena tag. Takpe, buat slow-slow.

AKMA,
Saya tinggal di Blok 29, Jalan 6/8. Boleh le kita jumpa nanti.

Mazudi,
pernah kena mesin getah juga ke..??

Zwit,
Rasa tak tau macam mana nak sorok muka. Lagi sakit hati tengok senyum dia tu.. Hahahahaha..

Bro BP,
Insya-Allah kalau saya berkesempatan, saya masukkan cerita tentang Mamut dan kenangan kami sewaktu kecil.