Wednesday, November 29, 2006

Perjalanan Mencari Bidadari Hati

Aku memang pencinta wanita
Namun ku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia

Aku memang pencinta wanita
Yang lembut seperti dia
Ini saat kuakhiri semua
Pencarian dalam hidup
Dan cintaku ternyata
yang ku mahu hanyalah dia..

Lagu ini saya dengari dari corong radio pagi ini. Lantas hati menyanyi-nyanyi riang. Teringatkan dia. Dia yang diciptakan oleh Allah untuk menjadi pasangan saya.

Ceritanya bermula sewaktu Apak beria-ia untuk menjodohkan saya dengan anak dara sepupunya yang menetap di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Di petang Hari Raya AidulAdha itu, keluarga kami sepakat untuk melihat gadis berkenaan sambil jika persetujuan dipersepakati, keluarga kami sememangnya ingin terus menetapkan belanja dan tarikh langsung perkahwinan.

Sewaktu berkunjung itu, sekelian adik-beradik kami terutama yang lelaki ramai-ramai naik ke ruang tamu menjadikan si dara terkeliru dengan jejaka manakah yang akan dijodohkan dengannya. Diam-diam si gadis itu menyangkakan bahawa jejaka yang bakal dijodohkan dengannya itu adalah adik saya memandangkan di antara jejaka-jejaka yang hadir itu, adik saya agak segak dengan kulit yang putih, senyuman yang menawan serta berperwatakan lucu. Si gadis itu hanya tersenyum apabila ditanyakan samada dia bersetuju untuk dijodohkan dengan saya.

Setelah kami berangkat pulang meninggalkan rumah itu, si ayah bertanyakan kepada Apak, yang mana satukah jejaka yang dimaksudkan. Apak menjawab, itulah dia yang berbaju melayu itu. Jadi sekelian mereka itu terkejut lantas berkejar ke jendela melihat rupa saya sebenar kerana asalnya mereka turut menyangkakan bahawa adik saya itu adalah orang yang dimaksudkan.

Saya tidak pasti apa yang tersirat di hati gadis itu. Bangun sahaja daripada tidur itu, si gadis itu merayu kepada ayahnya agar pertunangan kami diputuskan sahaja. Puas ayahnya bertanyakan alasan yang wajar namun si gadis hanya menjawab dengan airmata dan berkali-kali meminta agar pertunangan itu diputuskan.
"Kalau ayah hendak bunuh saya pun ayah bunuhlah. Tetapi saya tetap tidak mahu berkahwin dengan Indera Kencana itu" katanya.

Si ayah tidak mempunyai alasan lain selain daripada menemui ayah saya dengan ditemani oleh anak-anak lelakinya minta diputuskan pertunangan. Sewaktu saya sampai di rumah Mak itu, saya lihat mereka sekeluarga baru sahaja keluar pintu. Apabila terpandangkan sahaja wajah saya, si ayah menundukkan mukanya seperti teramat malu menentang wajah saya. Saya terpinga-pinga. Kenapakah tiada senyuman di wajah mereka? Abang-abang gadis itu bersalam dengan saya sambil tersenyum pahit. Kenapa agak?

Sepulang sahaja mereka, Apak nampak gusar.
"Indera, kalau Apak cakap sesuatu, Indera jangan terkejut ya!!" kata Apak lagi membuatkan saya kehairanan. Sedikit bimbang.
"Mereka itu datang untuk memutuskan pertunangan kamu. Budak perempuan itu menolak. Tidak mahu. Sungguh-sungguh!!" Apak sedikit kepucatan meunggu reaksi saya.

Mendengarkan itu, saya terlongo. Kemudian pecah ketawa saya. Mereka terkalap. Sukar menduga apa yang terkandung di dalam hati saya. Mak datang mengusap belakang saya.
"Katakan Indera. Apakah kamu sedih?"
"Tak. langsung tak. Sebesar hama pun tidak. Tiada jodoh. Mau dibikin bagaimana? Sementelahan pun, saya tidak mengenali langsung akan gadis itu. Bagaimana boleh timbul cinta?" jawab saya.

Namun Apak tetap tidak berpuas hati. Apak inginkan penjelasan. Apak menghidupkan enjin motorsikal. Menderu laju ke darat mencari Makcik Limah Tembam. Sepupunya yang juga kakak kepada ayah si gadis itu. Sebelum tiba di rumah Makcik Limah Tembam itu, Apak menjemput Mak Yah bersama kerana Makcik Limah Tembam itu sangat akrab dengan Mak Yah.

"Aku tak tahu Yah. Tersedu-sedu budak itu menangis di hadapan ayahnya. Katanya dia bermimpi melihat ular besar berwarna hitam memanjat dan melingkari pokok besar di belakang rumah itu. Di mulut ular itu menyala dengan api yang besar. Ular itu kemudiannya menjerut salah satu dahan pokok itu sehingga putus sebelum sama-sama jatuh ke tanah. Terkejut dari mimpi itu, dia terus menangis hingga ke santak subuh. Aku, ayah dan ibunya sudah buntu. Dia tetap juga berkeras tidak mahu dijodohkan dengan anak saudara kamu, si Indera itu" cerita Makcik Limah Tembam.

Apak hanya termangu-mangu di muka pintu Makcik Limah Tembam. Apak pulang dengan langkah longlai. Saya masih lagi selamba seperti tiada apa yang berlaku. Sungguh, itu kebenarannya. Tetapi bagi orang tua dan orang lama seperti Apak, maruahnya terasa seolah-olah diinjak-injak.
"Apa kurangnya anak teruna aku sehingga orang perlakukannya sedemikian rupa? Indera itu mungkin zahirnya nampak ceria. Tetapi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam hatinya. Ohh.. kasihan anakku.." saya terdengar Apak berbisik pada Mak di kamar mereka. Mak memujuk Apak dengan kata-kata semangat. Dari saat itu saya menyedari bahawa Apak sangat menyayangi saya.

"Tak apa, tahun ini juga engkau mesti kahwin. Apak boleh pinangkan gadis mana yang engkau suka. Biar orang kampung tahu kita ada maruah" kata Apak di suatu petang. Saya menggaru kepala. Pening. Soal jodoh bukan boleh kita tentukan. Tetapi Apak itu.... Ahhh, sulit. Terasa lucu pun ada.

(Bersambung....)

Indera : Saya pernah berkata kepada si dia bahawa hal-ehwal rumahtangga kami tidak akan dimasukkan di dalam blog ini. Namun kisah itu adalah perkara sebelumnya pernikahan kami. Harap-harap si dia tidak marahkan saya. Hehehehe...

12 comments:

Adinina said...

sy ada cite yg sama.tp pinangan itu utk abg saya.kesemua 4 abg, sy & adik ppuan ikut sama. mungkin kakak tu pun confused yg mana satu.kami ketawa2 krn rasa mcm dlm drama melayu lama. hahaha..tp akhirnya x jd. sbb abg sy x suke.katanya keluarga ppuan itu blebih2..belum pun kenal, sudah decide 3 cincin, hantaran sekian blablabla..sepatutnye kunjungan pertama biarlah utk berkenal2 saja..

Iman Mawaddah said...

Cepatlah sambung...cite best ni hehe

zwitterion said...

Indera, cepat sambung..x sabo ni nak tau..

hayad said...

smbung la cpt, teruja mahu tahu lg :)

kingbinjai said...

cepatla sambung!!!

hakim dirani said...

Wah! ramainya tak sabar nak dengar smbungan tu.

SAya nak juga!!!

Anonymous said...

Salam buat Indera Kencana, masih tunggu Si Bunga Rampai? :)) heh, pagi-pagi dah merapu

Saya ketinggalan lagi tapi semua entri dah baca. Tak terfikir pula yang Indera boleh menitiskan air mata kerana pokok bacang itu. Ahh, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula ...

Bidadari hatimu di mana? Jauh perjalanan, banyak pilihan :)

INDERA KENCANA said...

Nina,
Dalam hal saya pulak, keluarga saya yang berlebih-lebih meminta dipercepatkan.

Ya, betul. Macam orang dulu-dulu sahaja.


Iman, Zwit, king, hakim,
Ok. Saya sambung. Maka Terimalaaaahh aaiiyyoo dah macam Bro Ghaz pulak.

hayad,
Selamat datang ke Layangan Indera. OK saya sambung ye!!

INDERA KENCANA said...

Salam Bunga Rampai,
Layangan Indera berentang pelangi 7 warna menyambut tibanya haruman Bunga Rampai setelah beberapa hari tidak dikunjungi. Hehehehe..

Banyak kerjakah? Suami dan anak-anakmu sihat?

ZaKiN said...

terlepas saya cerita ini.. saya tidak akan terlepas lagi hehehhe.. pantai dalam dimana?? hahhahha.. macam sebelah umah la plak...

INDERA KENCANA said...

Zack,
Pantai Dalam kat Stesen Komuter kot.. Hahaha..

ZaKiN said...

hohoho.. bekas tapak kaki diawal kemunculan saya disini.. dan masih jadi pengunjung jika memerlukan.. hehehheh