Mentari muncul di ufuk timur membawa bersama pengharapan untuk kehidupan yang lebih cerah buat berbilion umat manusia yang mendiami alam fana ini. Sinarnya yang gemilang dan nyaman itu menjadi inspirasi buat anak-anak Adam untuk terus berusaha mencari sesuatu yang lebih bermakna di dalam kehidupan.
Di akhir-akhir ini, saya kian diburu resah tidak menentu. Setelah dikaji dengan teliti, asbabnya berpunca dari satu permasalahan dalaman saya. Saya hilang minat. Saya hilang minat hampir terhadap segala-galanya. Kerana itu saya tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap perlakuan saya.
Sudah tiga hari kita berpuasa, sudah tiga malam juga saya tertinggal Solat Tarawikh berjemaah. Bukan kerana terlalu kekenyangan dek hidangan berbuka, bukan juga bermalas-malasan tetapi tiadanya tumpuan itu membuatkan saya tenggelam punca.
Saya diburu rasa bersalah. Saya rasakan bahawa diri saya semakin jauh dengan Azzawajalla. Akhirnya membuatkan saya diburu rasa ketakutan sekiranya ditakdirkan saya dijemput ke hadrat ilahi, apakah saya tergolong di kalangan mereka yang diberi kasih sayang oleh Allah.
Apabila kita merasa jauh dari Allah menandakan bahawa hati kita keras. Hati keras adalah disebabkan kegelapan yang menyelubungi hati yang terhasil daripada tempelan dosa-dosa yang dilakukan. Oleh itu hati kita tidak ditembusi oleh Nur keimanan yang menjadi tali wasilah antara kita dengan Rabbul Jalil.
Ya Allah.. Satukanlah hatiku denganMu, Ya Allah.. Terangilah hatiku sebagaimana engkau menerangi bumi dengan pancaran MatahariMu. Masukkanlah aku di kalangan orang-orang yang menyerah kepadaMu. Engkaulah Tuhan seru sekelian alam. Tempatku bergantung harap dan kasih...
8 comments:
isk isk macam mana aku boleh tetringgal isen isen yang lain tu? tak boleh pakai punya mozilla!
dude, try la zikir nama nama Allah.
Thank, dude. Mudah-mudahan zikir dapat menerangi hati.
Amin! moga doa anda di makbulkan oleh Allah.
Terima Kasih, Hakim..
Sdr.
Resah-gelisah itu mainan jiwa. Pasti ada ubatnya.
Bacalah selalu :
"HasbialLahu wani'mal wakiil"
(Sila rujuk kepada ejaan Jawi supaya sebutannya tepat)
Jikan anda istiqamah dalam membacanya, Insya Allah anda akan tenang, lapang dada dan ceria (dengan izin pertolongan Allah).
Salam untuk Pak Dharma,
Terima kasih atas kunjungan Pak Dharma ke blog saya dan terima kasih juga atas zikir yang Pak Dharma hulurkan kepada saya. Insya-Allah, saya cari dalam ejaan arab supaya ianya leih tepat.
Salam Indera,
Membaca Al-Quran juga dapat menenangkan jiwa, dan membawa hati lebih dekat padaNya. InsyaAllah.
Manfaatkan bulan Ramadhan.
Salam untuk Bunga Rampai.
Terima kasih. Alangkah baiknya jika di Ramadhan kali ini saya mempunyai kumpulan tadarrus seperti dulu..
Post a Comment