Friday, September 15, 2006

Sumpah Orang Minyak

Si Bongkok berjalan terjengket-jengket menghampiri pentas. Dari kejauhan kelihatan Afida selaku ketua Pemudi Seni Tualang Tiga sedang meliuk-liuk menari. Selepas Afida menyelamatkan dia dari seksaan Amri dan rakan-rakannya tempoh hari, dia sudah menyiapkan sebuah lukisan yang indah untuk Afida sebagai tanda hati. Semoga Afida suka.

Tiba-tiba dia ditangkap oleh Amri dan konco-konconya. Dia dibawa ke hadapan pentas itu lalu dimalukan oleh Amri di hadapan penduduk Kampung Tualang Tiga yang mengatakan ayahnya seorang pembunuh. Pembunuh saudara Tok penghulu. Atas hasutan itu Tok Penghulu terpaksa melaksanakan hukuman ke atas Si Bongkok. "Bongkok, besok pagi sebelum fajar menyinsing, pergilah engkau dari kampung ini" perintah Tok Penghulu.

Afida datang sebagai bidadari yang menyelamatkan jiwanya dari lebih luka parah. "Benar kata ayahku itu Bongkok. Pergilah. Tidak sampai hatiku melihat engkau diseksa..". Bongkok pergi. Pergi jauh dari Tualang Tiga.

Tiga tahun berlalu. Bongkok kembali ke Tualang Tiga. Kali ini dengan wajah yang sangat tampan. Muncul di hadapan Bang Selamat. Terperanjat Bang Selamat melihat seorang orang muda sedang tersenyum sambil memandang tepat ke arahnya..
Bang Selamat : Siapakah engkau wahai orang muda? Belum pernah aku bertemu denganmu sebelum ini..
Bongkok : Apa Bang Selamat tidak mengenali saya lagi? (tersenyum simpul)

Bang Selamat mengangkat tangannya menutup pandangan bawah wajah Si Bongkok. Yang kelihatan hanyalah pada matanya..
Bang Selamat : Bongkok?!!
Bongkok : Ya, aku Bongkok. Masihkah engkau ingat padaku?
Bang Selamat : Sudah tentu. Tapi ke manakah engkau menghilang selama tiga tahun ini..? Tiba-tiba engkau muncul dan wajahmu sangat cantik..
Bongkok : Ala.. Aku malulah untuk memberitahumu..
Bang Selamat : Katakanlah..
Bongkok : Aku malulah (menutup muka yang merah). Aku ke Jepun membuat Plastic Surgery. Setiap 3 bulan disuntik dengan Botox.. Sebab itulah aku cantik..
Bang Selamat : Oooo...


Indera : Saya terlalu sibuk hari ini sehingga menulis ini pun terpaksa mencuri-curi masa. Selamat bercuti Sabtu dan Ahad!!

6 comments:

hakim dirani said...

ha ha ha.
Bongkok sudah datang untuk membals dendam.

dugongsenyum said...

kah kah kah...

oit oit, if you don't mind aku nak tanya.. apasal korang dilarang makan ikan tapah?

kingbinjai said...

ooo bercuti... kemana? pi suntik botox ke?

INDERA KENCANA said...

Hakim, Biasa dia datang dengan bunyi GRRRR... (Jaga-jaga cavity..) hehehehe..

Bas, InsyaAllah entri Isnin ini aku jelaskan kenapa sebabnya.

King, aku ka..?? Aku Balik kampung. Bayar Bil air..

Bunga Rampai said...

Baca :D

Hari Isnin. Selamat kembali bekerja :)

Salam.

INDERA KENCANA said...

Salam utk Bunga Rampai,
Banyak dapat bonus tahun ni..??