Saya pernah bertanya kepada Apak tentang ikatan kekeluargaan.
"Apak, adakah sepupu itu dekat dengan kita?"
"Jika sepupu itu masih dikira dekatlah.." jawab Apak.
"Jika begitu bagaimana dengan dua pupu atau tiga pupu?"tanya saya lagi.
Apak mengeluh.
"Indera, dekat atau jauhnya itu, kita sendiri yang menentukannya. Jika kita rasa dekatdan mesra, tiga pupu atau empat pupu itu rasakan seperti adik beradik. Jika kita merasakannya jauh, maka sepupu sendiri pun seperti orang lain dalam hati kita"
Jawapan Apak itu membuatkan saya termenung panjang.
Entah kenapa dalam seminggu dua ini hati saya sering teringat kepada Wah Salamah. Kebetulan kisah hidupnya saya rakamkan secara kasar di dalam entri saya yang lalu. Cuti Hari Raya Aidil Adha yang lepas memberi kelapangan untuk saya berkelana ke kedaerahan Manong. Tempat bermastautinnya Opah Tua Saodah, insan yang menyaksikan saat-saat akhir Wah Salamah menghembuskan nafas yang terakhir.
Terpegun saya melihat kampung Opah Tua. Tanahnya diberkati dengan kesuburan. Banjaran gunung yang tinggi menganjur jauh dari utara membuatkan udara di situ nyaman dan segar. Opah Tua sudah tiada lagi. Yang tinggal hanyalah rumah pusaka peninggalan Opah Tua yang sekarang ini diduduki oleh anak sulungnya Mak Tua Tijah.
Saya dan Mak tiba di halaman rumah itu sewaktu azan Maghrib berkumandang dari surau berhampiran. Persekitaran rumah yang sunyi membuatkan kami terfikir bahawa rumah itu sudah lama kosong.
"Pelik. Seperti tiada orang. Tetapi kenapa tingkapnya terbuka?" kata saya kepada Mak.
Setelah puas memberi salam barulah terpacul seraut wajah lelaki dalam lingkungan usia 40-an.
"Mak tak ada. Dia dah ke Taiping" kata lelaki itu kepada Mak.
Saya seperti pernah berjumpa dengan lelaki ini. Tetapi di mana?. Setelah diingatkan kembali, lelaki itulah yang duduk di sebelah saya di rumah Pak Yeop sewaktu hari kematiannya.
"Abang, apa khabar?" saya menegurnya.
"Baik" katanya.
"Abang, maafkan saya kerana tidak mengenali abang sewaktu hari meninggal Pak Yeop. Tiada siapa yang ingin memperkenalkan abang kepada saya. Jadi saya ingat abang ini entah siapa-siapa" kata saya.
"Haa.. Hairi. Inilah Indera, anak Mak Su.." kata Mak memperkenalkan saya kepada lelaki itu.
Rupa-rupanya kami ini dua pupu!!.
Sejak tahun 1986, saya tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke kampung itu. Sewaktu kecil-kecil dahulu memang Mak sering singgah di Manong dalam perjalanannya ke Kuala Kangsar. Tetapi di usia kecil itu, daya pemikiran saya tidak kuat. Tidak mengingati wajah sanak saudara malah lokasi rumah saudara mara juga kelam dalam ingatan. Sewaktu kali terakhir saya berjejak di sana, Abang Hairi mungkin sudah muda belia dan layak berkahwin.
Singgah solat di rumah Yong Za. Yong Za sangat terharu dengan kunjungan kami. Betapa jarak waktu tidak pernah mengurangkan kemesraan persaudaraan yang telah dibajai bertahun-tahun. Mungkin jika Wah Salamah masih ada, mungkin dia berasa amat sukacita bertemu dengan saudara maranya di Manong.
"Ni Indera, Yong Za nak kasi ingat. Dah tahu letaknya rumah Yong Za, selalu-selalulah jenguk kami yang tua ni di sini".
"Insya-Allah, Yong".
Kami adalah saudara yang lama terpisah. Namun segala-galanya terletak di tangan saya. Bak kata Apak, dekat atau jauh itu kita yang menentukannya.
"Opah, Opah Tua, Tuk, Wah Salamah dan Pak Yeop... Indera datang ke Manong menyambung persaudaraan yang hampir terputus. Insya-Allah, dengan berkat pertolongan Ilahi, tidakkan Indera biarkan jalinan ini berakhir setelah pemergian generasi yang tertua. Akan Indera usahakan semoga ikatan itu tersimpul erat seperti dahulu..."
16 comments:
Manong...ya memang nyaman sekali. Sebut pasal Manong teringat saya pada arwah Abang Amir yang berasal dari sana. Dia sahabat sekerjaya pak cik saya. Hubungan mereka sangat akrab. Kehadiran dia dalam keluarga bukan lagi dirasakan seperti orang asing. Sehingga saat kematian mengejutnya pihak hospital menelefon keluarga saya untuk menuntut jenazahnya. Sebab dalam wallet dia tertentera no telefon kami yang ditulis sebagai Nyah dan Abang Nyah(Nyah refer pada ngah). Walaupun dia tiada pertalian saudara tapi ibarat kata Apak Indera, kita sendiri yang menentukan dekat dan jauhnya seseorang itu di hati kita...
Alfatihah untuk arwah Abang Amir
Betul juga.
Bila dah merantau entah ke mana-mana ni kadang-kadang saudara-mara jangankan yang jauh, yang dekat pun ramai jadi tak kenal...
Biar jauh di mata tapi dekat di hati...
eh,kalo datang kuala kangsar, habaq mai la tau,hehe
Salam Indera ... dah minum petang?
Orang kata yang jauh dekat-dekatkan, yang dekat mesra-mesrakan, yang mesra rapat-rapatkan ... yang rapat diapakan eh? :))
Tali persaudaraan usah putuskan. Hidup ini saling memerlukan...bantu membantu, nasihat menasihati.
mmm betul jauh atau dekat hubungan persaudaraan tu kita yg tentukan sendiri... sepupu2 saya duduk dekat je pun tp entah kenapa masing2 makin jarang beramah mesra...
Iman,
Saya sangat bersimpati di atas pemergian Abang Amir itu. Sudah tentu dia dahulunya sangat rapat dengan keluarga Iman sehingga menyimpannya di dalam beg duit serta merujuk sebagai "Nyah@Ngah". Begitulah, apabila kita dekat dengan seseorang. Hubungan yang pada asalnya entah siapa-siapa bertukar kepada persaudaraan yang intim. Al-Fatihah untuk Abang Amir.
Bro BP,
Yang jauh di mata sudah pulang? Alaa.. yang tu.. yang tu la...
hayad@dayah,
Kasilah nombor telefon. Nanti boleh kenalkan Siri Aufa dan Adil Rayyan pada untie dayah..
Salam Bunga Rampai,
Hehehe.. belum sempat lagi..
Yang rapat di.. di.. dipertemukan. Betulkah? :))
achik,
Tugas achik untuk menguatkan ikatan itu. Persaudaraan itu sesuatu yang sangat bernilai..
saya setuju sangat dengan kata apak en. indera.
dan...
ibu bapa kena selalu bercerita, kenal-kenalkan anak2 dgn saudara-mara.
sebab tu penting, masa kenduri-kendara atau hari raya anak-anak kita bawa sekali melawat saudara-mara. jangan dibiarkan saja dia mengadap tv.. :D
sama laa, kenal setakat sepupu je. 2 pupu kaa 3 pupu kaa.. tak tau, kalau tau pun dah lupa.. ape nyer, ikut hubby je.. kalau belah CERI alamatnya satu banting and kg pandamar tu.. sedara sepupu sepapat sampai CERI nih dah pangkat Nekwan Sedara wooo.. tak terlarat..
bagaimana yer mahu bagi no telefon? saya tak boleh beri di public begini..takut peminat sy serbu menelefon,hahaha :p
Aminbakish,
Masa kenduri, hari raya, dan kematianlah selalunya kita dapat kumpul anak beranak kan? Masa lain tu sibuk memanjang. Betul kata Aminbakish, masa kenduri tu patut bawak semua adik beradik, anak pinak kenalkan dengan sedara mara.
Cherry,
Kata orang Perak - Sogheh. Bila dikaji diselidik rupanya kita ini pangkat datuk kepada si polan si polan. Nasib tak baik, terus pangkat poyang...
Dayah,
Tak pe lah. Nanti Dayah dapat gangguan pulak. Entah gangguan apa-apa pulak nanti. Sapa kena? Saya jugakkk... tapi kalau Dayah nak kasi buat pengerat silaturrahim antara Azah dengan Dayah, boleh emailkan ke indera5kencana@yahoo.com
Aminbakish dan cherry,
kenapa saya masih ak dapat nak tinggal komen dalam blog anda berdua..??? Huhuhuhuhuhu...
salam indera.
Indahnya jalinan persaudaraan bukan setakat atas dasar pertalian darahkan? Kami boleh dikatakan rapat juga dengan saudara2 di sebelah bonda kerana ayahanda anak yatim piatu. Tapi yang kurang ini digantikan pula dengan kenalan rapat yang saya anggap sebagai keluarga saya sendiri. Kita sebagai umat Islam juga bersaudara.
Apa khabar saudaraku indera dan keluargamu? :D
syabas saudara, keakrapan persaudaraan terletak pada kita juga
Salam khairyn,
Pertamanya, khabar saya dan keluarga baik-baik sahaja. Keduanya, tahniah kerana selain dari ahli keluarga, khairyn juga dikurniakan dengan teman-teman laksana saudara sendiri.
Saudara Kamato,
Ya, saya setuju dengan saudara
sy setuju ng apak Indera..kalau tak rapat, sepupu pun cam org lain jer
hm, ye ker? ceri tak guna beta pun.. shud be ok laa.
comment as annonymous laa.. but put ujung comment inderakencana.
Post a Comment